Bermulalah episod persediaan ke majlis walimatus urus aku bulan 8 nanti Insyaallah. Pada awalnya, aku fikir bulan 1 cuti tahun baru Cina tak nak balik Melaka, nak saving lah katakan dan masa tu pula agak mahal tiket. Kemudian tiba-tiba satu malam tu dapat mesej mak cakap ayah check tiket sibu-jb, jb-sibu murah dalam 300lebih. Fikir punya fikir konon nak settlekan sekali hal baju pengantin jadi ,daku pun membeli lah tiket tu. Rela tak rela je oii,fikir nak settle baju je ,sebab bulan 3 nanti balik lagi cuti sekolah pula.,bulan lama pun(tapi sebenarnye lamaaaa.sobs.hehe)
Before nak balik tu, aku dah siap lah usha instagram, fb, blog pasal butik kat Melaka. Tapi tak berapa banyak lah, jadi aku combine semua maklumat yang aku dapat baru lah banyak maklumat nye hehe.
Dan aku berjaya merajinkan diri untuk survey sebanyak 9 butik haa.banyak tak.Aku ada seorag member ni masa dia kahwin dia cakap dia survey 10 butik hehe.Jadi dia menang lah.hehe.
Okay kalau korang jenis tak kisah, korang aim je kat butik yang korang nak tu. Yang aku, sebab konsep nye nak survey jadi mesti lah banyak butik pengantin yang aku pergi. Survey ni pun bagus sebab kekadang ada butik tu tak ada pun warna yang kau minat ataupun design kesukaan ikut size badan kau. Memang butik boleh otter baju tetapi dia akan suggest kat kita lah baju mana yang lebih kurang dengan size badan kita. Macam aku size badan yang kecil diorang mostly suggest baju two pieces sebab diorang senang nak otter, Kalau one piece diorang tak boleh otter dah la dan takkan la nak pakai heel sampai 6 inci kot gara-gara baju yang labuh je hehe. Lagipun, kalau diorang otter terlebih takut nampak macam baju pinjam pula hehe.
Okay ..oleh kerana kefemesan social network sekarang, kebanyakan butik ada page sendiri dan ada letak no.whatsapp diorang. Sebelum pergi survey tu aku ada whatsapp beberapa butik tanya harga pakej, ada yang reply cepat, ada reply lambat dan ada yang reply cakap nak bagi harga tapi tak bagi-bagi harga(nii..jasamoure concept,tanya butik kat mana nak datang pun xreply).
Senang juga dah whatsapp dah tahu harga pakej, jadi bolehla aim tak payah pergi butik yang tertentu sebab harga pakej dia diluar bajet.Tapi ada gak butik yang aku whatsapp tak tanya harga, sekali datang butik.pehh..hargaa..tapi baju dia cantik!haha.
Aku survey butik pengantin ni 2 hari. Dua hari dari tengahari hingga petang.Nasib ada bonda tercinta menemani,Entunang ade je nak teman,aku tak ajak pun,buat apa.kang tengok baju dengan dia, aku gak kena decide, so baik aku pilih awal2 nanti je bawa dia datang.hehe
okay ni butik-butik yang aku dapat maklumat,ada yang aku pergi, ada yang tak..
1. Butik Pengantin NURUL (yang ni home-based,ada fb)
alamat : 586n, lorong utama 16,
Air Keroh Heights,75450 Melaka
0164107087
*susah nak cari rumah dia,rupa2nya lorong belakang masjid je..cess.
*akak ni baik,mesej cepat je dia reply
*harga pakej pun okay bwh 2k
2.Ezanabil Bridal
alamat:whatsapp awal2 minta share location sbb kedai dia jauh ke dalam,sesat haritu..huh
0176814788
*baju cantik2 gak, famous gak butik ni
*harga pakej tak ingat sebab takda mood masa ni susah sangat cari butik dia
3. Merylinn Home Concept
No.37-1 ,Jln mp3,tmn merdeka permai(sebaris big bowl ice)
019-7743505
*tak sempat pergi butik akak ni
*mesej je sebab dia reply
4.Bridal Leeya
No.7,Jln BS1,Tmn Bertam Setia,
76450 Melaka
019-4768787
*tak sempat pergi yang ini
5.Winwin touch
No.62e Jln Permai 6, Tn Perkota
Bukit Sebukor Melaka
012-4117564
*tak pergi sebab pakej luar bajet
6.Butik Harryshaari
Kota Fesyen Mitc (dekat dengan Bank islam)
017-77221213
*business husband and wife
*akak ni baik, cepat reply mesej.Mula2 plan nak ambil dengan dia, tapi dapat offer baik lagi hehe
7.Sayang Creation
Kota Fesyen Mitc (atas PISB)
Pakmus(011-11389436)
*butik ni tak boleh cuba baju,kena bayar booking dulu baru cuba.huhu.adoaii.Butik lain semua dia bagi je cuba baju
*boleh tahan cantik gak baju butik ni, banyak pilihan,
*harga pakej 2k
8. Shidi Rahmat Enterprise
Kota Fesyen Mitc (dekat dengan bank Islam)
012-2247005/012 620 4323
*harga pakej 2k ++ sikit
*baju kat sini tak ada taste daku hehe
9.Fawziah Wedding Planner
No.8,Jln Am 2, Tmn Alai Murni, 75460 Melaka
013-6005017
*harga pakej bawah 2k,murah.pakej campur bertandang pun murah
*baju design baru tak banyak kena pandai pilih,tapi banyak baju hehe
10. Astella Bridal
Sg Petai, Alor Gajah
Zack 0176485408
*harga pakej 2k
*baju banyak pilihan,cantik2 gak design
11. Bridal Iwanna Andaman
A2, Bazar Pantai Peringgit, Bandar Bukit Baru Seksyen v, melaka
kak Ana(0192605135/0126205136)
*harga pakej starting 1.5 k.murah..
*tak sempat pergi
12. Bridal Sharima
017-3143879
13.Alyza make up & wedding
0172457729
No 66-1, Jln PE1, Tmn Paya Emas, 76450 Melaka.
14.Modecreative
Kat duyong(deret klinik 1 Malaysia)
012-6884444
*baju cantik aihh,banyak design yang i loikee
*tapi harga pakej over bajet huhuhu.
15. Zamrimatouch melaka, lumiereconcept, gee cantek
*kat ig pergi cari sendiri,butik ni jauh dengan rumah, malas nak pergi,lagi satu harga pakej luar bajet haha
16.Jasamoure
*cari kat ig,butik ni mungkin famous.Sebab reply mesej lambat dan tak share location butik pun bile orang tanya.Tak best.hahaaa!
*Masa first day dah survey 4 butik,lepas tu ada ambil gambar baju dan try,share dekat member lepastu diorang cakap tak cantik survey lg.haha.kau rasa..penat gila kot.
okayyy.sekian.Penat menaip.Sila buat appointment siap2 untuk survey jangan terjah je nanti butik tutup huhu.
bai.