Showing posts with label mylife. Show all posts
Showing posts with label mylife. Show all posts

Tuesday, June 7, 2016

marhaban ya Ramadhan

Already submitted research project for the evaluation. 2 minggu lagi insyalllah boleh ambil untuk buat pembetulan lepas tu jilidkan. Memang confirm ada pembetulan sebab hari tu buat rushing tak cukup masa.hoho. haih terbayang lagi saat-saat akhir nak hantar, tak tidur malam kot.sakit satu badan ,mata panda tak payah cakap la kan. Salah kat diri sendiri juga la sebab last minute tetapi nak buat macam mana memang remeh nak finalize kan semua. Apa-apa pon dah usaha sekarang ni doa dan tawakal je la.Harapnya ada peluang merasai 4flat sem ini..berangan.haha.yang penting lulus dan dah habis master.yay!alhamdulillah.

Marhaban ya Ramadhan.
Tahun ini berpeluang puasa banyak hari sikit kat rumah sebab kebetulan puasa jatuh pada tarikh cuti sekolah. So puas lah rasa ..cuma raya macam tahun sebelum ni lah 4 hari je kat rumah.hoho.boleh lah ,dah bertambah umur ni macam tak berapa sangat lah rasa excited nak sambut raya tu. Sekadar ada sepasang baju raya baru dan kasut baru cukup. Walaupun tak excited, tapi baju raya sebulan sebelum puasa dah beli dah.haha.kasut je belum,tudung dengan handbag guna apa yang ada. Tahun ni kurang sikit mood shopping sebab sedar diri hutang banyak.hutang belajar ku.huhu

Lepas dah setlle master ni, mula lah mak tanya, 'kawan lagi ke dengan dia', 'tak suka ke dia', lepas tu mak cakap ayah dah risau yang anak-anak perempuan ni dia ni tak kahwin lagi. La..ku ingat ayah tak kisah, daku baru nak leklek menyesuluri umur pertengah 20 an.haha.Memang perasan pun start tahun ni sejak balik cuti je mesti mak tanyaa..adoiii.aku macam biasa tak tahu nak bagi jawapan apa.tak suka nya umur da bertambah ni,kene bersedia untuk lebih banyak komitmen. Bila duduk kat Kapit tak risau pun benda2 ni sebab bagi full komitmen kononnye sebagai cikgu.konon..Jadi sempena bulan Ramadhan yang mulia ini,kena doa banyak2 la supaya dibukakan pintu hati ditunjukkan jalan yg lurus ;) insyaallah.

Sunday, March 13, 2016

first entry 2016

2016

semakin mencabar.umur menginjak satu angka.Perlu kan lebih kegigihan, kerajinan dan ke-tawakal-an untuk
selesaikan Master
mungkin upgrade diri ke satu fasa yang lain?
hemmm

Tahun ini diberi tanggungjawab untuk subjek Sains kat sekolah.Masa mula-mula dapat tahu frust juga lah, why..why..tetapi lepas dah mengajar 2 bulan ni,rasa keseronokan ajar Sains ni berbanding Matematik.hehe.Tambah lagi ajar form1 dan form2, jadi tak lah susah mana dan sambil mengajar,cikgu nye pun belajar sekali.hehe.

Research...adoii.
kejap rajin kejap malas macam tu lah
nasib ada SV yang sangat supportive dan selalu mengingatkan student dia ni.hihi

cuti sekolah ini pun otak da penuh dengan research ..oh research.
tak siap lagi..
huwaa.


Monday, December 7, 2015

dunya things

money

mybrain things tak selesai lagi. Dah jumpa surat tangguh pengajian,lepas tu baru perasan kat surat ada tulis part time. Maksudnya mesti lah nanti dia mintak surat part time juga sebab offer letter sepenuh masa.Pening.Firasat hati cakap macam kena terminate je mybrain aku ni.Perjanjian dah tulis kena maklumkan sebarang penangguhan tetapi aku tak buat. Ingatkan tak payah, sebab bajet2 mybrain tahu lah konon.alahai...lepas tu dah busy dengan sekolah tup2 dah sem baru..

tak bagitahu laaagi mak dengan ayah,nak settlekan sendiri.tengah planning la nak cekau mana kalau tiba2 kena terminate.get ready je la.

hemm

research so far ok saja, sv pun cakap ok.

counting days 4 hari lagi nak pergi umrah.Moga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga.amiin

Sunday, August 2, 2015

misi bulan 8 : selesaikan bab3

yay.saya rasa saya macam rajin hari ni.
suka betul!nak reward diri apa ea.haha
dalam kesibukan dan kecelaruan menyiapkan bab3 , tiba2 turun ke bawah memasak.alahai ayam masak sos campak2 je pun.biasa lah hujung minggu kadang2 masing2 nak rehat,kalau tak ada orang nak memasak baru lah daku merajinkan diri.Semalam masak kuah kacang dengan housemate untuk potluck.Saya selaku assistant je,resipi kitorang ambil kat internet dan ubah2 dengan resipi my mum.Masak nasi impit gak yang hampir hangus sebab leka dengan kuah kacang.hehe.
Biasanya kan kalau minggu tu saya selalu masak, minggu seterusnya terus jadi malas.hehe.

Chapter 3 masih dalam proses,susah gak nak mula writing ni.Tetapi bila dah mula tulis, terus macam ada satu semangat tetiba meresap ke segenap tubuh,sampaikan tak dan nak buat kerja lain. Buat masa ni, dah nampak sikit yang kabur-kabur tu,tetapi kena semak semula questionnaire baru boleh sambung.

Berhenti sekejap lah petang ni malam nak study untuk mengajar esok pulak, bab bulatan. Banyak term bm yang kena belajar.hem..semoga saya sentiasa jadi rajinn...aminnnnn..
 p/s ; habit saya kalau nak writing mesti kena ada fokus yang tinggi dan tak boleh fikir bende2 yang lain. So saya ada pesan kat sesorang tu jangan tanya saya soalan pelik2,nanti berat rasa nak fikir sebab dalam masa sebulan ni saya kene settlekan satu kerja yang penting.hihi.kejam tak...terpaksa selfish untuk masa hadapan ..eh..

Friday, July 31, 2015

Cikgu, cikgu Izzati tak marah pun.....

...kitorang buat bising,bercakap
...kitorang masuk lambat (lepas PJK)

dapat tahu ni daripada guru yang sama mengajar kelas yang sama, bila cikgu tu nak marah diorang.
diorang jawab macam tu..hemm

Siapa kata tak marah!masalahnya diorang tu bijak.Setiap kali saya tulis soalan di papan putih saya akan pesan ,'cikgu habis tulis,kamu habis salin ok'.Saya pun tulis dan tatkala saya membelakangkan budak2 (sebab tengah menulis di papan putih) mula lah kedengaran sokseksoksek. Apabila saya toleh senyap pula.Jadi saya ingatkan diorang salin cepat,biar tangan yang berkerja,mulut berhenti bercakap baru cepat. Diorang pula jawab ' cikgu, kalau tak cakap nanti saya mengantuk,kalau senyap sangat nanti kita boleh jadi stress belajar saja'.ha.tak ke 'bijak' jawapan tu. Bijak beralasan,bijak membuat hipotesis barangkali! Lagipun guru kelas diorang pun cakap budak2 tu memang banyak cakap walaupun dah tegur tetapi sebab diorang buat kerja so kira okey la tu. 

Masuk lambat lepas PJK..hemm..yang ni segelintir pelajar je.Memang saya tak marah pun, malas nak bebel sebab nak kejar silibus.Kalau 'layankan' diorang ni makin lambat lah silibus habis. Saya hanya minta kumpulan pelajar tersebut tengok jam,dan tanya berapa minit lambat masuk, jangan buat lagi dan cepat salin nota. Itu masa mood okayyy dan malas marahh. Kalau tengah bad mood pernah la juga suruh diorang berdiri kat luar tapi macam tak ada effect pula.  Tapi itu dululahh sekarang ni diorang dah punctual sikit dan saya pun dah garang sikit sebab budak makin ngada-ngada!bila kita baik dia ambil kesempatan..so kesimpulannya teruskan usaha menjadi garang!haha

Saturday, July 25, 2015

Doa dan makbul

Betul lah bila kita minta dengan ikhlas insyaallah doa kita tu dimakbulkan.Tetapi kan kita pun tak tahu kan bila masa nya hati kita betul2 ikhlas masa doa.Oleh sebab tu lah, kita kena selalu doa,minta kat Dia.Ada juga ketikanya, kita rasa kita tak ada  minta pun, tapi benda tu pernah terdetik kat hati kita dan kita ada keinginan juga masa tu. Contoh macam sebelum result penempatan keluar dulu, pernah juga terdetik kat hati ni macam best je mengajar kat sabah sarawak, lagi2 kat pedalaman budak2 macam ok je , dapat cabaran baru pula tu. Tup tup bila keluar result, betul2 dapat sana..sedih kemain haha.masa tu terkenang master yang hampir tamat perjuangan dan tak yakin dengan diri..pastu ingat famili lagi.jauh sangat..eh over betul emo masa tu.Tetapi tu perasaan sebelum je, bila da sampai kapit rasa macam ok je tak ada apa2 pun. Dan sampai sekarang dah 6bulan rupanya kat sini, sekejapnya masa berlalu,tak sabar nak keluar kapit.haha

Dan...Ramadhan lepas, Allah dengar doa saya yang banyak khilaf ni,Allahuakbar..dan juga doa dari 'mulut2 masin' housemate..macam nak demam rasa pastu takut.seriously,tapi tak demam pun.hehe.bila dah cuba terima ni baru terasa lapang hati.betullah macam  penulis favourite saya cakap "Allah beri apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu". Moga dipermudahkan olehNya dan yupp saya masih ada masa untuk berDoa kepadaNya!!!