Showing posts with label master. Show all posts
Showing posts with label master. Show all posts

Thursday, June 30, 2016

done master

Alhamdulillah.

Macam tak percaya dah sampai ke penghujung rupanya perjalanan master. Perasaan puas, penat yang tertahan,rasa terharu sampai nak nangis pun tak boleh. Betapa dipermudahkan semua oleh Allah,syukur sangat. Walalupun coursework je orang kata tak berapa mencabar, tapi dia jadi mencabar apabila tiba-tiba dapat posting, kemudian hei satu subjek core tak ambil lagi,nak grad kena ada subjek tu, nak ambil macam mana kalau da jauh nun di Kapit. Mencabar yang kedua apabila menyiapkan research secara jarak jauh, nak collect data, nak kekalkan momentum kerajinan membuat research.susah ok.lagi2 pengawasan secara jarak jauh ini,hanya email dan whatsapp. Cuti sekolah memang jadi rutin wajib untuk berjumpa dan berbincang dengan SV.

hem.Kuasa doa tu memang kita tak tahu kan. Masa risau pasal subjek core tu tiap2 kali lepas solat mesti doa, minta kawan gak doakan. Dalam fikiran duk cakap tak ada apa yang mustahil.minta je kat Dia.lepas tu tup2 next sem tu boleh apply independent study.Berbunga-bunga sangat da hati tu,dah terbayang konvo sekali lagi da.haha.Tapi tiba-tiba ada masalah dengan research lak tak sempat nak collect data masa sem tu, so terpaksa lah sambung lagi semester. Jadi semester last pulun betul2 juga la research ni, nak buat yang terbaik.Tapi tulah rasa macam banyak je lagi yang kurang.huhu.master done...phd kasik banyak pengalaman dulu kat sekolah kot2 ada idea nanti.haha

Tuesday, June 7, 2016

marhaban ya Ramadhan

Already submitted research project for the evaluation. 2 minggu lagi insyalllah boleh ambil untuk buat pembetulan lepas tu jilidkan. Memang confirm ada pembetulan sebab hari tu buat rushing tak cukup masa.hoho. haih terbayang lagi saat-saat akhir nak hantar, tak tidur malam kot.sakit satu badan ,mata panda tak payah cakap la kan. Salah kat diri sendiri juga la sebab last minute tetapi nak buat macam mana memang remeh nak finalize kan semua. Apa-apa pon dah usaha sekarang ni doa dan tawakal je la.Harapnya ada peluang merasai 4flat sem ini..berangan.haha.yang penting lulus dan dah habis master.yay!alhamdulillah.

Marhaban ya Ramadhan.
Tahun ini berpeluang puasa banyak hari sikit kat rumah sebab kebetulan puasa jatuh pada tarikh cuti sekolah. So puas lah rasa ..cuma raya macam tahun sebelum ni lah 4 hari je kat rumah.hoho.boleh lah ,dah bertambah umur ni macam tak berapa sangat lah rasa excited nak sambut raya tu. Sekadar ada sepasang baju raya baru dan kasut baru cukup. Walaupun tak excited, tapi baju raya sebulan sebelum puasa dah beli dah.haha.kasut je belum,tudung dengan handbag guna apa yang ada. Tahun ni kurang sikit mood shopping sebab sedar diri hutang banyak.hutang belajar ku.huhu

Lepas dah setlle master ni, mula lah mak tanya, 'kawan lagi ke dengan dia', 'tak suka ke dia', lepas tu mak cakap ayah dah risau yang anak-anak perempuan ni dia ni tak kahwin lagi. La..ku ingat ayah tak kisah, daku baru nak leklek menyesuluri umur pertengah 20 an.haha.Memang perasan pun start tahun ni sejak balik cuti je mesti mak tanyaa..adoiii.aku macam biasa tak tahu nak bagi jawapan apa.tak suka nya umur da bertambah ni,kene bersedia untuk lebih banyak komitmen. Bila duduk kat Kapit tak risau pun benda2 ni sebab bagi full komitmen kononnye sebagai cikgu.konon..Jadi sempena bulan Ramadhan yang mulia ini,kena doa banyak2 la supaya dibukakan pintu hati ditunjukkan jalan yg lurus ;) insyaallah.

Wednesday, June 1, 2016

Ke garisan penamat!

Dah mulakan mestilah kena tamatkan.Ada beberapa jam lagi sebelum kena submit.Tak cukup masa  rasa macam nak minta tambah sehari. Semalam jumpa sv untuk last perbincangan, tak ada lah banyak yang kena betulkan tapi part yang ayat nak kena ganti dengan yang ada cite tu, jem terus otak.jenuhh.ini pun settlekan yang boleh dulu, yang tu nanti last sekali kita pusing perah otak puas-puas.
Penyudahnya memang last minute dengan semalam dugaan tiba-tiba sakit perut laa,last2 stay up gak untuk finalize kan semuaa cesss sama macam zaman degree tak ada kemajuan sungguh.haha.
tak apa lah, cuba untuk phd yang 10/20 tahun akan datang.hehe.

Thursday, September 17, 2015

How time flies

Cepatnya masa berlalu,lusa dah nak balik.Dalam banyak2 cuti, aku rasa cuti kali ini yang aku tak berapa excited nak balik,aku macam cool je..eh ke sebenarnya nervous nak balik sebab...hemm.ye.salah satu sebab,banyak pula perkara nak diselesaikan cuti ini dan semuanya berkait dengan masa hadapan.yes.the future!

Bab 3 yang misi aku tu mestilah tak selesai lagi.Hari tu emel Dr. tanya, dia pula minta aku hantar draft yang aku dah buat.haa.so hasil dia faham-faham lah.segan juga nak emel Dr.bukan main karang ayat dalam emel tu supaya Dr.lembut hati.hehe

Lepas tu, 3 hari lepas tiba-tiba SV mesej suruh aku buat appoiment dengan lecturer media design untuk bincang pasal independent study. Sebab SV cakap lecturer tu ada seorang student independent study under dia. Terus excited whatsap dia dan dah set appoiment,harap ada respon yang positif dari perbincangan dengan beliau nanti.amiiinn.

Ada juga lak fikir kalau ambil subjek tu dengan research , boleh ke aku bawak nanti. Buat research pun terkial-kial,pastu tambah lagi dengan assignment, ha..boleh ke awak zati.kata suka kan cabaran.yes,i do love challange,but let see how the discussion goes first. Sekarang ini, semua keputusan kalau buat kena fikir betul2,tak nak la macam sebelum posting buat tak kisah je tak ambil satu subjek kelas  yang wajib sambil bajet2 dapat posting Johor,padahal masa tu patut dahulukan yang wajib ni elektif kemudian.. ha sekali dapat Sarawak meraung.hihi.Tetapi semua perkara tu ada hikmah, Allah dah ada perancangan terbaik untuk kita. Tengok sekarang tiba-tiba ada possibility dapat ambil subjek kelas tu dengan independent study:)

Sekolah?

Banyak sangat berlaku, 

Hari sukan ( entri seterusnya)



Thursday, December 18, 2014

berjuang!

hum.rasa macam lama tak update.padahal baru seminggu.
Minggu lepas ingat kerja dah tak banyak rupa-rupanya banyak lagi.Sekarang ni dah rasa macam tak ter-organized.Kerja yang tak siap lagi chapter 3,report web,report networking,photoshop,sistem web.
Banyaaaaaakkk.huwaaa.
Tak nampak bayang bila boleh curi masa untuk balik rumah. Perancangan nya nak balik minggu depan waktu cuti Christmas harap2 sempat lah siapkan kerja. Maklumlah bila mood nak buat kerja tu datang, nak kena fokus kalau tak , tak jalan lah. Hujung minggu ni pula member semua yang dekat2 bilik ni balik,jealous nya..terpaksa juga menggagahkan diri. Takpe la kan..kita susah2 dulu,nanti senang kemudian hari. Kebelakangan ini pun kadang-kadang mimpi famili, nampak sangat lah kan homesick nya tu.Sabar..sabar..sekarang ini adalah fasa penting dalam hidup kau..teruskan berjuang.fighting!


Thursday, December 11, 2014

The second semester

hem..so there is only one week left and only 2 classes for next week, oh ya..not being left out ,a 'bunch' of assignment.nyummmy.

I'm so glad that the second semester is going to be end soon.It is harder than what I expect. At the beginning of semester, it is really relaxing situation with less assignment and only few presentations. But as the times goes on and on....the work load does the same things to..goes on and on...~ However, there is a lot of things I learn or can be say as I gain in this semester. I  realised that it is hard for me to do the multitasking ( studying & think/do about another things),it doesn't suit me!I want to do one thing at one times. I also learn to trust other people until the end but the trustiness also has an expired time right?this applies when I'm working in a group. And another one, just like I've been mentioned in the last entry is when you dont feel good about someone,just try to put your self in that 'someone' shoes. Somehow, this only apply in certain situation such as working in group or you see your friends come late in the class :D


Oh ya,the most important is I learn that..


the beginning is always hard ( the hardest phase, you dont know how to start the first sentence, always questioning your works;am I doing right things?)......searching,revising..but as times goes on...then you gonna cope with it.Believe me. At the end you gonna smiling earnestly.well..remember the journey is not that easy ;) or to be more specific, the master by coursework is not that easy! haha


cr : google



'that ' feelings come again...ohmymind
cr :google

Thursday, December 4, 2014

Procrastination & Amos

haihh.amalam suka bertangguh ini memang tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan.
Seriously, sikap yang susah nak buang.grr.

credits

Contoh terbaik setiap kali nak hantar research, 3 atau 4 hari sebelum dateline baru aku kelam-kabut nak buat, idea pun masa tu lah baru nak muncul,dengan nak susun balik idea tu,cari baca..ha.rasa macam nak putar je balik masa.I want more time.pleaseeeeee..Lepas itu setiap kali nak tidur atau nak lelap sekejap mesti mimpi tak best yang rasa macam takut nak tidur.Kesan daripada stress dalaman barangkali. Sekarang ni aku tinggal nak susun ayat, touch up2, buat relation..eh banyak pula kan..memang pun! pening!Walaubagaimanapun janji tetap janji, jadi tanggal 6 Disember ini, haruslah bab 2 dihantar seperti yang telah dikotakan,kalau tidak janji capati namanya!haha

Kelas Amos (SEM)


Hari Selasa hari tu aku ada pergi bengkel penggunaan Amos untuk bina structural equation model(SEM). SV aku yang ajak pergi,sebab benda ni ada kaitan dengan reserach aku. Bengkel ini buat kat UTM je ,tak lama pun dalam 3 jam lebih macamtu. Masuk-masuk je tengok ramainya pensyarah Edu Tech, terasa begitu asing di situ.You know, the feeling of weird and small. Nasib lah ada seorang kawan yang kenal terus duduk sebelah dia. Lepas tu datang pula seorang Dr. ni duduk sebelah aku sebab masa tu seat sebelah aku kosong. Rasa macam tak percaya aku berada dalam kalangan orang-orang yang hebat ini. Kerdil je rasa diri ni, tapi pensyarah Edu Tech semuanya sporting2 so kelas tu memang enjoy lah. Sempoi je kelas, daripada kelas itu apa yang aku dapat cara nak lukis model itu dan cara nak tengok sama ada model tu fit atau tak. Yang aku tak fahamnya cara nak tentukan variable tu semua, anak panah arah mana..sebab yang itu dia tak ajar pun,katanya yang tu langkah awal dalam membina model tapi tak akan diajar dalam kelas.Jadi kena belajar sendiri lah tu..bila pula lah nak belajar.huhu. Boleh dikatakan dalam 2 minggu ni ( pergi seminar  dan bengkel ini) banyak sangat ilmu penyelidikan aku dapat,ini pun galakan dari SV aku suruh pergi kalau tak, memang aku tak dapat lah pendedahan terhadap dunia penyelidikan ini. Hopefully, apa yang aku telah belajar tu dapat bantu aku dalamm menyiapkan research aku yang aku tak berapa nampak lagi ni.haha


Tuesday, December 2, 2014

done setup makmal dan studio rekabentuk

ya Allah , pengsan terus lepas magrib (maksud pengsan kat sini tertidur dengan begitu lena tadi),sedar2 dah hampir pukul12 malam,sudahlah tidur dengan telekung.bajet nak tunggu isya' last-last isya yang tunggu aku.zszz

Akhirnya siap juga setup networking dengan wiring untuk makmal.Kitorang buat 2hari, minggu lepas (selasa) dengan hari ini. Pengalaman pertama aku pasang suis,tak susah mana pun,sebab ada technician yang ajar dan panduan ada cuma gigil juga lah tangan. Lepas tu boleh pulak bila pasang kat dinding tak boleh guna suis nya,rupa-rupanya tak looping.Haha.kerja aku lah yang tu.Terpaksa betulkan balik dengan gigih and at last I did it! Sekarang ini aku rasa positif sikit nak buat kerja-kerja teknikal ni yang melibatkan tangan walaupun tangan juga gigih berpeluh. Tadi juga aku kena configure wireless untuk router, bagus betul Dr. pilih aku macam tahu-tahu je aku malas nak pasang skru bagai tu. Blur juga mula-mula nak configure macam mana nasib ada classmate yang tolong sekali. So, lepas ni kalau ada router baru aku boleh configure sendiri dah, tukar nama,letak username,passoword,security key.huhu..Harap-harap tak lupa lah.

Minggu depan projek kat sekolah pula,yang projek kat sekolah ni tak banyak wiring,banyak kena pasang pipe dekat atas, jenuh la nampaknya nak memanjat tu.hemm.


Wednesday, November 5, 2014

Stressful phase

currently I'm on this phase

stress nye hoi..

4hari lagi.malas nak counting.hanya berharap masa akan berlalu dengan lambat.boleh tak.

chapter 2
proposal networking
web ( cari content)
e-draw diagram
(susunan mengikut keutamaan dan dateline)

dan betul ke apa yang aku buat ni. baru 4 page ni T.T

#kejap lagi pergi library fakulti,harap-harap dapat ilham wa hidayah di sana

Wednesday, October 29, 2014

Settling assignment!

Ok.nak clearkan assignment cepat2.
selagi ada assignment selagi tu susah nak gerak buat research .
tak boleh nak fokus.
one by one pleasee

Monday, October 20, 2014

meeting with SV



Sarapan pagi tadi.teringin makan cucur.cepat-cepat masak lepas subuh nanti.takut kantoi :p

Selesai jumpa supervisor pagi tadi. Rasa macam bersemangat sikit.ecehh
Awal2 jumpa terus je SV cakap..ha..apa yg awak tahu pasal research background tu..apa yg awak tulis..cuba cerita kan..
ha..blur aku buat seketika.rasa macam dah campur aduk je semuanya.aku pun cuba lah terang yang aku ingat.bla...bla...
Lepas tu Dr tanya pula pasal problem statement..aku cakap tak pasti aku buat tu betul ke x..
terus Dr tanya apa yang awak tahu pasal research gap..
ha...makin blur dibuatnya.haritu member ada terangkan kat aku..nasib betul apa yang aku terangkan tu.
Lepas itu bincang2 dan tetapkan tarikh untuk submit draft chapter 2 and 3 , and final submition chapter 1-3. Lebih kurang 2 bulan lebih je tinggal.Tak lama lagi je tu ..dan Dr.kata awak kena serius tak boleh main2..ye baiklah Dr ;)

ok.sekarang nak siapkan assigment yang berderet tu.memang tak awesome langsung cuti kali ni.redha la zati oiiii....

makanan tambahan untuk merangsang pemikiran dan motivasi ku,
kacan
g tumbuk yang paling best!

Sunday, October 19, 2014

rationale of study

apa benda alah ni?
menyesal betul hari tu tak salin dekat thesis senior
zZz..
aku dapat merasakan lepas hantar chapter 1 ni mesti SV aku akan respons...sila baca ...cerita kan
dengan lebih mendalam...deep*yg ni aku tambah:p *bila baca sendiri memang dapat lah rasa betapa tak deep nye.betapa tak kritikal nya.haha.i need magic write now,abacadabara..eh bismillah....please turn my writing to be critical & bombastic !:)

cr:google
this want also dip ( pronunciation lebih kuran
g same:p)
meltin
g!!!same goes la,,if your writing is deep,, you also can melt people hearthaha
*dedicated to my ownself 
#feeling alone make me to keep posting 

Saturday, October 18, 2014

oh research gap

weyyy..
nak bagitahu yang aku rasa aku dah dapat rasa kususahan tu ..
apabila tajuk..objektif tu semua dah ada..
research gap pula tak jumpa..
blur sesaaat.dua saat.satu jam..
seolah2.daku mengayuh basikal ke belakang.
boleh tapi (baca : lawan senang)

malam ni kena hantar ..
memang last minute uiiii

*sedapnya bau bubur.apesal lama sangat proses menanak nye.

Friday, October 17, 2014

yay.dapat mybrain15 master!

alhamdulillah.risau tahu tak dapat.sebab ada tersalah isi kos waktu degree.tapi kawan aku cakap tak payah risau sebab yang tu tak penting.and end up betul apa yang dia cakap so aku dapat scholarship tu.

Actually senang je nak minta scholarship ni, pastikan bagi dokumen yang betul ikut cara nya then, permohonan korang diluluskan lah. Proses permohonan ni ambil masa dalam 2 bulan lebih .Aku mintak hari tu bulan 8 (awal bulan 8 lebih kurang) , then pertengahan bulan 10 ( 16/10) dapat emel bagitahu dah boleh semak keputusan.And thanks to Allah i got it dan sekarang proceed ke step seterusnya surat penjanjian etc dan settle kan dalam masa 14 hari....

Sepatutnya dah minta scholarship ni last sem tetapi takut dapat posting( since syarat scholarship ni individu yg bekerja bawah kerajaan tak boleh apply)  jadi aku tak apply. Sekarang bayang-bayang posting macam kejap ada kejap tak ada so why dont la aku apply kan...ada peruntukan diberikan..so mari ramai2 sambung belajar! haha.padahal bila kawan tanya pendapat ok ke dia nak sambung belajar..mula2 aku cakap ok ..sebab posting lambat kan...tetapi lepas tu aku tambah lagi fikir2 betul2 wey pegi kelas tu belajar semua tu best lah (bagi aku lah tapi sekarang ada satu subjek tu buat aku nak nanges...susahh...wuuu) nak buat reseachh tu erghh berat sikit.hehe..So fikir untuk diri sendiri, jangan follow orang.Jika anda rasa anda boleh,move on.Jika anda rasa anda tak boleh,tetapi nak sahut cabaran ini..yey..move on too! 


to my ownself: keep up your spirit.


cr : mytice FB

Thursday, October 2, 2014

chapter 1:Introduction

okay.aku tengah 'pusinggg' sekarang
terkapai-kapai
ahh seminggu lagi.

jurnal nak seratus dah dalam dropbox
aku dah baca half
tetapi...
........................

ok aku kena habis bacakan jurnal relate dengan Facebook dulu.ada 15.pengsan
lepas tu baru boleh menulis.

bai

Thursday, September 25, 2014

tugasan yang semakin bertambah!

Assalamualaikum

feeling fresh in the morning.
sambil download cerita.
maklumlah nak habiskan quota internet untuk bulan ini :p

huhuiii..oleh kerana sekarang sudah minggu ke 3, haruslah tugasan bertambah, dan berderet menunggu giliran.gembiranya :p
perkara yang utama sekarang ini adalah menyiapkan bab 1.
memang kena push la diri sebab next week nak bercuti,jadi minggu ni kena struggle habis.eceh
masalah nya nak istiqamah tu susah
contoh kelmarin aku dapat baca 3 jurnal
semalam satu jurnal pun tak berjaya dibaca
sebab tengah sibuk fahamkan networking untuk terangkan dalam forum
satu hari kot baca,dok ulang-ulang tetapi keliru lagi ni nak buat dalam bentuk ayat sendiri.
ideaaa.idea...come to mama please :p

so, here goes my weekend
basuh baju
mengemas bilik
dan doing writing!

bai.

Sunday, September 14, 2014

research background

nak bagitahuu yang aku kene buat research background in less than 12hours tu je
haha
waa.serabot.
mood tak nak datang
haritu laptop rosak.dan hdd berjaya diselamatkan
alhamdulillah.jadi bayar 50 saja.
thank you enchik komputer krp!

second week
makin ramai pula jumpa budak muda-muda
22tahun uolsss sambung master
jeles hokeyyy
kenapa muda sangattt
tengok budak-budak first year pula
alahai bestnye korang umur baru 19
adoi jeles lagi
rindu nak ke umur tu
muka suci murni
jerawat pun malu-malu nak tumbuh kalau diingatkan dulu
sekarang
haiihhh
tak dengar cakap tuan.
ingkar betul
lantak lah kau jerawat.

bilik dah berisi da.
barang elektrik baldi tikar getah dah ada
baru terasa 'alive'

okayy.mari mula fokus


Friday, September 12, 2014

Meneruskan perjuangan

first week at utm
ada lah feeling lonely tu .walaupun kawan bilik sebelah je,
ye la dah 3bulan duduk rumah 
rasa macam kosong gak lah
ke.sebab bilik aku ni nampak macam kosong
sebabnya barang elektrik tak ada lagi
tak dapat lah nak masak
laptop pula tibatiba buat hal
rasa macam separuh jiwa melayang(over!)
ye la ingat nak teruskan momentum buat research
tiba2 laptop lak tak boleh nak masuk windows nya
melayang lah 200.
kena tukar hdd .hdd harga rm170.format laptop rm30
kat rumah tak ada pulak nak buat hal laptop ni
sedih betul
nasib kedai komputer tu ada buat delivery 
jadi tak risau nak pergi ambil laptop macam mana
redha kan je lah dengan nasib laptop ni
lama dah pun berkhidmat
dan khidmatnya masih lagi diperlukan okay
untuk kelas pula first week ni banyak habis awal
so far okay la nampak
cuma risau subjek leadership yang tiba2 aku dilantik secara rambang menjadi ketua.sebab aku student full time
aihh.terpaksa terima.haha
subjek komputer pula rasa nya tak akan habis kelas lewat macam semester dulu
senang hati dengar.
esok harap laptop dah siap nasib ada kawan baik hati bagi pinjam laptop
kalau tak tidur je la kat bilik ni
almaklumlah tengah musim sejuk.huhu

Friday, September 5, 2014

sumbit done!xoxo

alhamdulillah,dah hantar draft chapter 2, tetapi hantar lambat gak sebab salah buat citation last2 minute check baru perasan.
tetapi kan tak tahu lah tu ke draft yang Dr. maksudkan.haha.
kalau Dr suruh buat baru.beres.boleh je.sebab memang tengah ada momentum nak buat research ni.cecehhhh..aihh.apa la reaksi Dr. baca aku punya draft tu.entah2 tergelak tengok bahasa aku.kata Master..aku guna English simple je kot.kategori simple sentences. maklumlah vocabulary kurang.Itulah menyesal pulak tak banyak membaca. Sekarang tengah berdeabr tunggu respon sv.Samada terus sambung tulis dalam Bahasa Inggeris atau tukar Bahasa Malaysia.anyhting could be possible!atau sama ada kena kritik habis-habisab.huhu.i'm ready for it.last minute kerja kan.Rasa lemah dah ni badan sebab almost 24 hourr duduk depan laptop.haihh..tolong-tolong lah ambil ini sebagai pengajaran wahai diriku.
Kejap lagi nak pergi kenduri kahwin classmate.I'm so excited walaupun rasa penat ni tak hilang lagi.
Malam pula kena berhempas pulas mengemas barang dan esok..hello UTM!


Wednesday, September 3, 2014

super stress

tajuk pun dah berbaur unsur ke-negatif-an
haha

SV dah mesej pagi tadi suruh hantar draft chapter 2
draft oi
macam mana rupa draft.
pagi tada baru aku siap mind map bagai
malam ni nak goreng ayat.
tapi blur gak ni macam mana nak start.
ye.aku lupa baca Bismillah..doa..tup-tup idea datang.amiiinn

Jumaat ni dah start daftar subjek.
Aku dah pening nak amek 5 ke 6 subjek.Kalau 6 subjek maksudnya tiap2 hari ( ahad-khamis)
aku ada kelas.ok fine je.Tapi masalahnya ada research study 1 tu. Ye ke weekend ( jumaat-sabtu ) aku fokus buat keje.selau waktu tu lah aku nak berehat.kekonon weekdays otak dah penat  so kita bagi rehat sikit!ha..Kalau ambil 6 subjek tu maksudnya sem depan aku hanya ada research study II je lah dan aku tak perlu ke kelas. Tak payah duduk kat UTM pun takpe.ha..best kan.dah boleh kerja time tu..dan kalau posting dah masa tu lagilah senang. Masalah utama sekarang ni mampu ke aku nak bawa 6 subjek tu dengan research lagi.haih..picosso taw bila fikir research ni.Macam aku buat kat rumah ni ,dia punya malas yang ampunn..sesungguhnya aku betul dilemaaaaaaa