Showing posts with label latihan mengajar. Show all posts
Showing posts with label latihan mengajar. Show all posts

Friday, February 1, 2013

latihan mengajar:kokurikulum dan sukan

#Oleh kerana kebosanan terlampau dan tidak ada mood untuk ber-karya korea,lalu aku kembali mengimbas /menyingkap kenangan lalu.

Untuk aktiviti kokurikulum,aku dan kawan aku diberi kebebasan oleh GPK Hem untuk menyertai mana-mana persatuan dan badan beruniform yang kami minati.Begitu juga dengan sukan,kami boleh pilih ikut keselesaan kami.Untuk badan beruniform aku pilih pandu puteri walaupun sebenarnya aku tidak pernah menyertai badan beruniform ini semenjak dari sekolah rendah.Motif utama turut serta dalam pandu puteri adalah untuk belajar sesuatu yang baru manakala motif tersembunyi aku turut serta sebab aku ada rapat dengan seorang kakak ni(cikgu) ,dia yang ajak aku join jadi senanglah sikit kan.Aktiviti koko biasanya dijalankan pada hari Rabu(kalau tak silap lah;)pada jam 2petang.Waktu pembelajaran habis pukul1.05 sebab sekolah ini sekolah 2 sesi.Aku pernah mengajar waktu hujung ni di kelas form4 di tingkat atas, boleh nampak la,hari Rabu semua pelajar bersesak-sesak nak melobosi(betul ke?)pagar sekolah.Untunglah siapa yang berjaya lepas tetapi rugi sebab tak dapat ilmu tambahan.sengih.Sepanjang tempoh aku praktikal, adalah dalam 4 kali sempat turut serta aktiviti uniform ini.Aktiviti uniform dan persatuan akan diselangselikan tapi sepanjang berada di sana aku kerap kali rasa aktiviti badan beruniform lagi banyak diadakan(kenapakah??abaikan)

Untuk persatuan,sebenarnya aku hampir lupa aku incharge yang mana,sebab terasa macam aku tidak sertai mana-mana(seriously,lupe..arggh)Mungkin faktornya adalah kerana,kadangkala hari Rabu diadakan mensyuarat guru yang berlajutan masanya,dan kadangkala juga aktiviti koko ditangguhkan(agaknya..)

Untuk sukan pula,aku pilih pingpong.Oleh kerana,aku memanglah weak dengan sukan jadi aku rasa sukan ini adalah yang terbaik untuk aku.Walhal sebenarnya,aku join pingpong ni pun sebab senior U aku(a.k.a cikgu sekolah tu jugak) ajak aku join.Tengok,aku memang takkan menghampakan harapan orang.Aktiviti pingpong diadakan pada setiap hari selasa petang dan pingpong best sebab tidak perlu berpanas terik.Malah duduk berborak di bawah kipas kelajuan 5..ok.tipu aku pun tak ingat ada kipas ke tak..tapi tempat yang pelajar berlatih main pingpong tu ada bumbung dan ada laluan untuk udara masuk dan keluar;)Menurut senior U aku tu,dia tak pandai pun main pingpong ni,tapi lama-lama pandai la sikit sebab pelajar-pelajar yang ajar.See..pelajar pun boleh ajar guru.Oh ye. ingat lagi kata-kata GPK 1 sek.,nak jadi guru yang incharge kat sesuatu sukan tu, tak perlu pun kita ni dulu ada pingat emas ke,perak ke,dalam sukan tersebut atau handal bermain.Kalau ada ni semua memang cukup bagus lah,bonus mark la kiranya.Tapi biasanya yang ada ni budak2 sains sukan je.So kalau nak pilih sukan apa yang nak incharge tu bole je pilih yang kita tak pernah main,Ye la,saja nak tambah pengalaman lagipun yang penting kat situ adalah kemahiran seorang guru menguruskan pelajar.Kalau tak tahu main mungkin boleh jemput orang luar untuk ajar pelajar.Macam waktu aku praktikal dulu,pelajar-pelajar yang join pingpong tu memang dah tahu main pun,belajar dari sekolah rendah kot.So cikgu just adakan event,pertandingan nak bagi polish lagi bakat diorang.
Tetapi,ada kawan aku kat sekolah lain,cikgu/pengetua yang tetapkan diorang masuk kelab apa semua-semua tu.So,depends la kat sekolah masing-masing.Insyaallah,apa-apa pun tugasan yang diberi,cuba la memberi komitmen sebanyak yang boleh.

Saturday, May 5, 2012

latihan mengajar 4

#bila aku review balik short analysis pada hari ini 02/02/2013,rasa malu pulak baca how emotional am i,and how could i described my students in these wayT.Tmaaf di atas kekhilafanku jika yang membaca terasa hati.Aku adalah budak baru belajar.



Assalammualaikum

pejam celik pejam celik rupa2nya selesai sudah 6 minggu aku menjalani praktikal sebagai guru.So now, berbaki lagi 7 weeks.Tapi tak semua la 7 weeks tu kene mengajar sebab budak2 ade mid exam so cekgu dapatla rehat sikit.senyum.ok.title post dah latihan mengajar so kena stori siket la.mai..mai.nak habaq.

eh.eh.tak boleh nak stori la ayat tunggang langgang.stori semu dah habes cite kat housemate.=.=!hehe

ok la.short analysis dalam 6 minggu aku praktikal:

2RKB
Budak-budak laki mostly suka sangat bercakap,main-main and then kacau kawan dia.
Nak kate kurang kasih sayang tak jugak .grr. Even period last pun diorg masih bersemangat untuk mengacau kawan die.Aku sangat suka dengan semangat diorang tu tapi alangkah bagusnya kalau semangat tu adalah semangat untuk menyiapkan handout yang aku bagi.Ini tidak, aku jalan kat tempat diorang kertas kosong lagi.Hangin dibuatnye.
Budak2 kelas ni memang pandai berlakon.Waktu lecturer aku datang buka maen patuh lagi.Aku punye p&p pun smooth je,,sampai aku rase aku ada masa terlebih,selalu tak cukup je masa :'|
Budak cina kelas tu memang pandai,sejuk sikit hati tengok diorang.
Budak perempuan bagus, suka tanya soalan.Dalam kelas memang bagi attetion cuma ada la 2 3 orang je yang kekadang tak bagi tumpuan.

4wawasan
to be honest,rasa macam aku tak rapat dgn budak kelas ni if dibandingkan dengan lim(kwan praktikal aku).mungkin sebab aku masuk kelas diorang 2 minggu lambat kot.
Diorang ni bijak2 la gak.Ada sorang budak cina selalu je tanye soalan kat aku and then aku pulak yang jadi konfius.oh ye.kat kelas ni ade mcm2 budak ,budak kemboja, budak australia(yg ni bdk kelas die ckp budak ni kecik2 dulu duk kat autralia).haihh.macam2 pe'el siket dyorg ni.Yang melayu alhamdulillah ok la,bagi tumpuan waktu aku mengajar,buat homework.Yang chinese je masalah siket,suka tukar2 tempat,cakap kuat2.Yang malay pun sama je.Kelas ni pun memang sangat suke bercakap.Lagi2 bile aku start tulis kat whiteboard(membelakangkan pelajar) mulalah bunyi macam lebah lah,pasar malam pun kengkadang:'|


oh ye,dapat new idea nak buat satu buku ni.tiru macam cinta buat emelda.dah siap buku nanti,i paste gambar kat sini:)

Tuesday, April 10, 2012

latihan mengajar 3

hari yang kelamkabut

Alhamdulillah,Allah lindungi saya lagi.Syukur Ya Allah. Tadi hampir-hampir je kereta, lim n me...nak dilanggar lori.Puncanya tak tengok depan heboh sangat nak masuk ke tepi,last2 amek kau dengar bunyi hon and then tengok cermin kanan nampak lori sipi je lagi.apalagi press minyak ahh :'| mengucap banyak-banyak after tu.Ni lah nasib bila dah tahu diri ni tak pro drive tapi tak berhati-hati ;"| pengajaran sungguh

Oh ye,lame sungguh tak hupdate kat sini,berangan nak tulis kisah-kisah sepanjang lm kat sini la kan,tapi lesson plan pun merangkak-rangkak nak buat so nak blogging memang mimpilah kan...:'|
Tadi kat sekolah boleh pulak lupa nak masuk kelas 2RKB,siap boleh potong-potong kertas,then tetibe Cg.Wahid tegur," eh,awak tak masuk kelas ke..waktu ke3 kan sekarang".Aku pun start gelabah,"eh.ye ke cekgu,saya salah tengok jadual la ni*cover2*"kelamkabut amek buku teks form2,buku rancangan mengajar,marker merah dan hitam letak dalam handbag.Masa tinggal 10minit lagi.aihhh.Masuk je kelas kelamkabut ajar.see..again kelamkabut.Ada student cakap cekgu takpe slow-slow takpayah cepat-cepat ajar.Aku cakap kat diorang sorrylah,saya ada masalah sikit time table..hahh.cover2 lagi.*sigh*Ni semua sebab aku duk pikir nak masuk kelas 4wawasan lah.Tadi 4Wawasan pun aku hampir lupa masa kelas tu,ingatkan waktu 8 dan 9,sekali Kak Dewi cakap,"eh,waktu kelas kan sekarang".Aku cepat-cepat tengok jadual and realize memang waktu kelas tu sekarang.see.aku jadi pelupa hari ini.Baru nak get ready important note,rupa-rupanya dah time..lenjan je la kan..Alhamdulillah ok..sebab subtopik senang kot.Ni,lecturer nak datang dalam 2,3 hari ni so memang kena well-prepared la ;) 

Saturday, March 24, 2012

Minggu pertama latihan mengajar 2

SELASA(18 MAC 2012)

macam biasa ke sekolah,waktu yang sama,cuma kasut je berbeza.Semalam kasut hampir tercabut nasiblah waktu tu dah nak balik.Hari ni dapat relief satu kelas 5 Pintar.Tingkatan 5 cuak la jugak duduk kat bilik guru fikir aktiviti apa yang nak dibuat nanti.Sebabnya pengetua dengan GPK ada pesan waktu kami(guru praktikal) relief,beliau nak tengok apa aktiviti yang kami lakukan.5 Pintar ni kira kelas yang agak hujung,jadinya memang la sy risau sangat nak masuk kelas ni walaupun relief je.Tiba waktu relief tu baru dapat tahu pelajar2 kelas tu tiada di kelas.Mereka sedang mengikuti motivasi di dewan,jadi cepat2 bergerak ke dewan nak tengok pelajar.Waktu kat dewan boleh la nampak pelajar2 yang hard core tu, waktu orang bercakap pun die masih nak bermain,mostly Chinese boy la sebab die duduk belakang.Kemudian,after period tu,pergi pula relief di kelas 4wawasan,kelas ini kemungkinan kelas yang saya bakal ajar.Jadi ia satu peluang yang baik la dapat relief kelas ni bolehlah kenal peljarnya macam mana.4 Wawasan ni kelas ke 2 jadinya mereka punya well-behaved kira di tahap yang baik tapi suka sangat bercakap yang ni diakui sendiri lah oleh cikgu2 disitu.Katanya kalau pelajar pandai ni dia suke bercakap dalam kelas.kalau pelajar kurang pandai pula die suka bercakap PLUS suka berjalan-jalan dalam kelas.Good info cikgu-cikgu, akan digunakan sebagai bekalan di sini.Disebabkan ada relief kelas hari ni,so rasa terisi sikit lah masa tu takdelah boring je di bilik guru tu.Dan macam biasa,selalu tak sabar tunggu 1.05ptg*waktu balik*.hehe

Minggu pertama latihan mengajar 1

As-salam


Konon-konon nya dulu berhasrat tiap-tiap hari akan menulis blog ini,tapi apakan daya kita hanya merancang Allah yang menentukan segalanya.Asal online je mula lah malas nak buka blog ni,ROS(Rancangan Orientasi Sekolah) pun tak siap-siap lagi,minggu depan memang kene pulun habis lah nampaknya.OH ye,di sekolah saya ada lagi seorang kawan cina di mana optsyen nya adalah kimia.Kejap nak flashback semula 1 minggu sepanjang bertugas di SMKL.

ISNIN(19 MAC 2012)

Bertolak dari rumah seawal jam 6.45am,memandangkan tumpang kawan dan kawan pula sekolah nya agak jauh sedikit dari rumah sewa kami.Perjalanan ke sekolah saya dengan menaiki kereta adalah lebih kurang 3 minit.Manakala kalau berjalan kaki saya tidak tahu kerana belum pernah lagi berjalan kaki tapi rasa saya agak jauh untuk berjalan kaki.humm.Pagi Isnin itu kena lapor di pejabat ter lebih dahulu.Kemudian tunggu untuk berjumpa pengetua.Semasa menunggu pengetua sampai,kami duduk dahulu di pejabat satu-satu cikgu masuk sambil bertanya siapa kami.Kami mudah je senyum sambil mengatakan guru praktikal.Cikgu-cikgu pun senyum je tiap kali masuk pejabat.Pengetua dah sampai dan memberi arahan supaya cikgu praktikal juga kene hadir ke tapak perhimpunan.Saya trngok jam,ok,dah pukul 7.30 semua pelajar dah ada kat tapak perhimpunan alamatnya akan jadi macam Cg.Ali cerita yang mana sewajtu pergi tapak perhimpunan nanti semua pelajar akan pendang kamu .*penat pula tulis panjang-panjang,lepas ni saya cerita short-short saja la*
Masa assembly,pengetua siap perkenalkan kami guru praktikal,pelajar bagi response seperti uuuuhhh.Berdebar dah waktu tu.After perhimpunan ada pelancaran Anjung Bahasa,follow je ceikgu2 yag lain pergi.Then,jumpe pengetua dan GPK untuk maklumat.Kat bilik guru pun telah diberikan meja guru.Alhamdulillah tempatnya selesa.Untuk hari Isnin tak de apa2 aktiviti2 jadi 1 lebih dah boleh balik sekolah.