Showing posts with label desa balqis. Show all posts
Showing posts with label desa balqis. Show all posts

Thursday, April 3, 2014

Hari Keluarga Di Desa Balqis Kuala Linggi | sambungan

Ini sambungan entri ini dan ini.

Kambing golek.nomnom!harus ada.

Lepas magrib, saudara yang jejaka-jejaka susun kerusi dengan meja sebelah rumah pak long kat rumput hijau tu.Suasana dia memang best lah, rasa macam tengah makan kat gerai ramai-ramai sambil hirup udara segar.Lampu-lampu warna warni pun ada jadi memang menambahkan kemeriahan suasana.Rasa macam buat jamuan raya pun ada.huhu




Kek birthday untuk semua orang.Sebelum ni buat untuk birthday bulan tertentu je,tapi ramai rasa tak fair,jadi kek kali ini untuk semua sekali.Fair and square!


Kami juga book untuk karaako.Tempat nya dekat je.Jadi rasa perut tu penuh pegi la karok dulu lepas tu sambung makan balik.hehe


dah habis makan tu, kerusi meja semua kena susun sendiri letak dekat tempat karaoke tadi sebab esok nak breakfast makan kat situ.


semua bersiap sedia, makan untuk tenaga,kejap lagi nak bersukaneka



acara untuk pasangan.acara tahunan: sambut lah sayang.memang acara wajib ni



acara kanak-kanak:macam biasa tiup tepung untuk cari gula


dan perkara wajib...family potrait!



secara kesuluruhannya, aku bagi 4 bintang.1 bintang lagi tu sebab toilet kt situ sikit.1 rumah ada 1 toilet.tak cukup.hehe.walau apapun desa balqis terbaik!nanti majlis kahwin nak buat kat sini lah.haha.habis lah kopakk..



Wednesday, February 12, 2014

Hari Keluarga di Desa Balqis Kuala Linggi | family day 31Jan-1Feb

#Assalamualaikum

Seperti yang pernah dinyatakan dalam entri sebelum INI tentang plan famili aku nak buat family day kat sini, maka perancangan tersebut berjalan dengan lancar dan jayanya.tepuk tangan sikit.huhu.Seronok sangat sebab mak2 saudara dan cousin semua puji tempat tu cantik.Siap tanya mana tahu tempat tu.huhu.Of course lah dari hasil men-google.yeh.semua di hujung jari. Untuk famili day ni kami semua sekali ada dalam 50 orang lebih kurang.tak berapa ingat jumlah sebab ada yang sampai lambat. Untuk hari pertama aktiviti bermula jam 5.30 petang , jadi sebelum tu kami dibenarkan untuk membuatkan aktiviti bebas.Selepas dah makan tengahari, perut pun kenyang kami mulakan aktiviti melawat rumah ke rumah. Ada la feeling  macam suasana raya gitu.


Rumah yang ditempah untuk family kami adalah rumah paklong ( menghadap pemandangan yang cantik, best!), rumah balqis ( paling excited masa melawat rumah-rumah sebab rumah ini 2 tingkat dan ada beranda kecil, angin pun sepoi2 bahasa je bila duduk atas tu), rumah mama (luas,rumah ni je ada tv lcd), rumah pak cik ( yang ni agak moden sikit, lantai bersimen, kami saudara-saudara perempuan yang duduk) dan rumah  (luas, suka dia punya tirai/bidai nk tutup katil).

rumah belakang tu rumah pak long.mak ayah yang comels.

Beranda( err.ye ke orang panggil beranda?) surprise untuk family day.setiap keluarga dapat one goodies bag.dalam tu ada tshirt! suka sangat!sebab masa plan dulu aku ada bagi cadangan buat tshirt, semua setuju tapi lepas tu senyap je.Jadi ingatkan tak ada, rupa-rupa nya ada. Mak saudara yang sponsor tu yang senyap2 ..ye la kan surprise.yeh.i love surprise:D

Ini lah rumah balqis tu.gambar dari luar je mampu tunjuk.Kat dalam memang cantik, sila percaya. Kitorang waktu masuk rumah tu masing-masing macam 'wahh..wahhh..bestnya......!' haha.cuma tangga dia la kecil sikit kena berhati-hati.


Ini rumah anak-anak dara.huhu.

~~sambungan entri SINI

Friday, September 13, 2013

Site visit di Desa Balqis, Kuala Linggi, Melaka



 #Assalamualaikum.

eceh.tajuk nak site visit. sebenarnya lebih kurang macam survey-survey je giteww. Tujuan 'site visit' ni sebab keluarga belah mak planning nak buat family day kat situ. Actually, aku yang cadangkan tempat tu. Terjumpa waktu sedang men-google chalet yang mak andak cadangkan. Then, bila aku try call semua chalet dekat2 situ banyak yang da fully booking untuk chinese new year tahun depan kecuali desa balqis ni. Cuma desa balqis ni mahal sikit la. Since desa balqis je yang tinggal dalam pilihan maka kitorang decide untuk stay kat desa balqis ni. So, nak dijadikan cerita, aku,mak ngan adek2 aku pegi la site visit .Kekonon nya boleh la nak tengok betul ke kawasan dia cantek macam dalam web tu, betul ke rumah tu besar..haa.ye la lagipun kat melaka je pon. Mula-mula sampai segan-segan juga nak masuk,lepas tu mak aku lah tegur staf kat situ. Diorang tengah mengemas,mak aku pun duduk la kat anjung rumah tu. Staf tu siap jemput kitorang masuk lagi kalau nak tengok2 dalam rumah tu. Rumah yang kitorang dapat masuk rumah pakngah dengan rumah paklong, rumah yang lain dah kunci .Ini antara dua rumah yang paling besar lah kat situ. Aku dengan adik aku siap tumpang toilet lagi kat rumah pak ngah.hehe.Toilet dia besar kot, budak2 kecik 2-3 orang boleh lah lau nak berpesta air kat situ.hehe.


antara rumah yang ada.yang ni 2 tingkat
adek feeling so happy


football field, hujung sikit swimming pool, hujung lagi pantai (orang tu cakap air kat situ tak berapa bersih,berlumpur,so tak berapa sesuai nak mandi kat situ)

view dari tepi rumah pak long*dustbin hitam juga mahu interframe

road at the side of the house.

the lonely babyvy ditinggalkan masa kitorang jalan2
dari depan rumah pak ngah.

bilik di rumah pakngah

anjung rumah pak ngah,panjang huii.leh main congkak kat sini.hehe

anjung rumah pakngah.atok dan nenek minum kopi di sini.pak-pak dan mak-mak sedara juga boleh turut serta

si bujang dan anak dara boleh bergosip di sini.luas teramat ok


rumah-rumah*tak ingat nama*tapi semua rumah ni dekat-dekat je.
Baiklah, ini je gambar yang ada.Berterabur sikit, susah pulak nak susun. Btw, untuk tahun depan harga sewa kat sini akan naik. Means kalau korang plan nak book untuk tahun depan, korang jangan tengok harga kat web, call terus no.yang ada kat web tu dan tanya harga nya ok. Tahun depan insyaallah kalau panjang umur, ada kat bumi semenanjung ( mak aku la ni cakap kot2 aku kena poting kt s..nanti), bulan februari nanti aku update pasal family day tu. Yang ni gambar simpan buat kenang-kenangan since kitorang tak book rumah pak ngah ni pada hari kejadian sebab dah ada orang lain book:( luckily lah, aku dah masuk dan bercam-whore katt rumah pakngah tu,hehe.Lupa nak cakap, terima kasih staf desa balqis yang baik hati sebab bagi kitorang tengok-tengok rumah:)
# gambar tak di edit sebab nak buktikan keaslian tempat itu.sekian
#masa pergi ni memang aim sangat nak book rumah pak ngah, tapi sayangnya dah ada orang book dulu.
# baca Hari Keluarga di Desa Balqis