Seperti yang pernah dinyatakan dalam entri sebelum INI tentang plan famili aku nak buat family day kat sini, maka perancangan tersebut berjalan dengan lancar dan jayanya.tepuk tangan sikit.huhu.Seronok sangat sebab mak2 saudara dan cousin semua puji tempat tu cantik.Siap tanya mana tahu tempat tu.huhu.Of course lah dari hasil men-google.yeh.semua di hujung jari. Untuk famili day ni kami semua sekali ada dalam 50 orang lebih kurang.tak berapa ingat jumlah sebab ada yang sampai lambat. Untuk hari pertama aktiviti bermula jam 5.30 petang , jadi sebelum tu kami dibenarkan untuk membuatkan aktiviti bebas.Selepas dah makan tengahari, perut pun kenyang kami mulakan aktiviti melawat rumah ke rumah. Ada la feeling macam suasana raya gitu.
Rumah yang ditempah untuk family kami adalah rumah paklong ( menghadap pemandangan yang cantik, best!), rumah balqis ( paling excited masa melawat rumah-rumah sebab rumah ini 2 tingkat dan ada beranda kecil, angin pun sepoi2 bahasa je bila duduk atas tu), rumah mama (luas,rumah ni je ada tv lcd), rumah pak cik ( yang ni agak moden sikit, lantai bersimen, kami saudara-saudara perempuan yang duduk) dan rumah (luas, suka dia punya tirai/bidai nk tutup katil).
rumah belakang tu rumah pak long.mak ayah yang comels.
Beranda( err.ye ke orang panggil beranda?) surprise untuk family day.setiap keluarga dapat one goodies bag.dalam tu ada tshirt! suka sangat!sebab masa plan dulu aku ada bagi cadangan buat tshirt, semua setuju tapi lepas tu senyap je.Jadi ingatkan tak ada, rupa-rupa nya ada. Mak saudara yang sponsor tu yang senyap2 ..ye la kan surprise.yeh.i love surprise:D
Ini lah rumah balqis tu.gambar dari luar je mampu tunjuk.Kat dalam memang cantik, sila percaya. Kitorang waktu masuk rumah tu masing-masing macam 'wahh..wahhh..bestnya......!' haha.cuma tangga dia la kecil sikit kena berhati-hati.
Ini rumah anak-anak dara.huhu.
~~sambungan entri SINI
No comments:
Post a Comment