Saturday, March 24, 2012

Keliru untuk menggunakan BBM apa

AS -SALAM

Hari Isnin depan hari pertama saya mula mengajar,konfius memikirkan nak mengajar macam mana nanti.Berkepit dengan buku dah lebih 12 jam tapi baru dapat tulis 5 baris ayat dalam lesson plan.BBM lagi lah buat saya konfius,pening, sebab langsung tak de idea nak guna apa.Cikgu tu pula cakap dia nak kejar chapter nak cepat2 habiskan chapter tuh,so tak boleh ajar lama kene manage time betul-betul.Ini memang betul2 cabaran.Dulu lain,microteaching hanya dengan kawan sekelas,sekarang dah tiba masanya untuk ke real-situation.Masa untuk memerah otak sudah tiba....

Minggu pertama latihan mengajar 2

SELASA(18 MAC 2012)

macam biasa ke sekolah,waktu yang sama,cuma kasut je berbeza.Semalam kasut hampir tercabut nasiblah waktu tu dah nak balik.Hari ni dapat relief satu kelas 5 Pintar.Tingkatan 5 cuak la jugak duduk kat bilik guru fikir aktiviti apa yang nak dibuat nanti.Sebabnya pengetua dengan GPK ada pesan waktu kami(guru praktikal) relief,beliau nak tengok apa aktiviti yang kami lakukan.5 Pintar ni kira kelas yang agak hujung,jadinya memang la sy risau sangat nak masuk kelas ni walaupun relief je.Tiba waktu relief tu baru dapat tahu pelajar2 kelas tu tiada di kelas.Mereka sedang mengikuti motivasi di dewan,jadi cepat2 bergerak ke dewan nak tengok pelajar.Waktu kat dewan boleh la nampak pelajar2 yang hard core tu, waktu orang bercakap pun die masih nak bermain,mostly Chinese boy la sebab die duduk belakang.Kemudian,after period tu,pergi pula relief di kelas 4wawasan,kelas ini kemungkinan kelas yang saya bakal ajar.Jadi ia satu peluang yang baik la dapat relief kelas ni bolehlah kenal peljarnya macam mana.4 Wawasan ni kelas ke 2 jadinya mereka punya well-behaved kira di tahap yang baik tapi suka sangat bercakap yang ni diakui sendiri lah oleh cikgu2 disitu.Katanya kalau pelajar pandai ni dia suke bercakap dalam kelas.kalau pelajar kurang pandai pula die suka bercakap PLUS suka berjalan-jalan dalam kelas.Good info cikgu-cikgu, akan digunakan sebagai bekalan di sini.Disebabkan ada relief kelas hari ni,so rasa terisi sikit lah masa tu takdelah boring je di bilik guru tu.Dan macam biasa,selalu tak sabar tunggu 1.05ptg*waktu balik*.hehe

Minggu pertama latihan mengajar 1

As-salam


Konon-konon nya dulu berhasrat tiap-tiap hari akan menulis blog ini,tapi apakan daya kita hanya merancang Allah yang menentukan segalanya.Asal online je mula lah malas nak buka blog ni,ROS(Rancangan Orientasi Sekolah) pun tak siap-siap lagi,minggu depan memang kene pulun habis lah nampaknya.OH ye,di sekolah saya ada lagi seorang kawan cina di mana optsyen nya adalah kimia.Kejap nak flashback semula 1 minggu sepanjang bertugas di SMKL.

ISNIN(19 MAC 2012)

Bertolak dari rumah seawal jam 6.45am,memandangkan tumpang kawan dan kawan pula sekolah nya agak jauh sedikit dari rumah sewa kami.Perjalanan ke sekolah saya dengan menaiki kereta adalah lebih kurang 3 minit.Manakala kalau berjalan kaki saya tidak tahu kerana belum pernah lagi berjalan kaki tapi rasa saya agak jauh untuk berjalan kaki.humm.Pagi Isnin itu kena lapor di pejabat ter lebih dahulu.Kemudian tunggu untuk berjumpa pengetua.Semasa menunggu pengetua sampai,kami duduk dahulu di pejabat satu-satu cikgu masuk sambil bertanya siapa kami.Kami mudah je senyum sambil mengatakan guru praktikal.Cikgu-cikgu pun senyum je tiap kali masuk pejabat.Pengetua dah sampai dan memberi arahan supaya cikgu praktikal juga kene hadir ke tapak perhimpunan.Saya trngok jam,ok,dah pukul 7.30 semua pelajar dah ada kat tapak perhimpunan alamatnya akan jadi macam Cg.Ali cerita yang mana sewajtu pergi tapak perhimpunan nanti semua pelajar akan pendang kamu .*penat pula tulis panjang-panjang,lepas ni saya cerita short-short saja la*
Masa assembly,pengetua siap perkenalkan kami guru praktikal,pelajar bagi response seperti uuuuhhh.Berdebar dah waktu tu.After perhimpunan ada pelancaran Anjung Bahasa,follow je ceikgu2 yag lain pergi.Then,jumpe pengetua dan GPK untuk maklumat.Kat bilik guru pun telah diberikan meja guru.Alhamdulillah tempatnya selesa.Untuk hari Isnin tak de apa2 aktiviti2 jadi 1 lebih dah boleh balik sekolah.


Friday, March 2, 2012

Sesungguhnya malas adalah RAJA segala penyakit

"shoo..shoo.."[cara halau 'malas']
Malam bertukar siang,siang bertukar malam,sedar tak sedar lagi 2 minggu nak mula Latihan mengajar.Sesungguhnya daku teramatlah tidak bersedia dan terasa debarannya.Setakat ini hanya sempat mengulangkaji satu topik sahaja dan membuat latihan topik tersebut.Start mengajar nanti habislah tidur tak lena lah jawapnya.huihui.


| menulis bukan seniku,menulis mungkin dapat tolong aku tenangkan sikit fikiran yang cepat sangat berserabut ni |