Tuesday, March 25, 2014

life

Minggu ini adalah minggu yang aku rasa sangat malas.Satu sebab ada satu assignment nak buat tapi tak jelas macam mana caranya sebenarnya kena buat.Dua sebab dah na cuti mid sem break jadi mulalah membayangkan cuti-cuti Malaysia. Lepas itu bila buat kerja tak faham, terus tidur.Ya Allah,eyebag lagi ..

Friday, March 21, 2014

Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41

#assalamualaikum

*sebenarnya tengah buat authoring, tetapi ia nya mengundang stress tahap 3, lalu ku meng-update blog ini😏

Syukur ke hadrat ilahi.dengan limpah kurnianya*ecehh* temuduga aku berjalan dengan lancar. Dapat penemuduga yang sangat baik hati, bertimbang rasa dan memahami. Moga Allah berkati urusan mereka juga.Amin.Temuduga aku jam 730 pagi di putrajaya. Sampai agak lewat masa tu dalam pukul 8 sebab pergi fotokopi slip pengiktirafan jpa, nasib interview belum bermula lagi. Aku punya turn group ke dua.Masa tu pergi toilet kejap, balik je toilet tiba2 akak urusetia tu cakap boleh masuk dalam dah.cuak.cuak.lepas tu tengok 3 orang je termasuk  aku ,okay lega sikit kurang sikit la nak bersaing idea tu.info tambahan: di Finland, pdp mereka tidak menggalakkan persaingan antara pelajar kerana ilmu dan kemahiran individu yang dititikberatkan.
Awal-awal tu panel susun kedudukan kami ikut nama. Disebabkan kami bertiga sahaja jadi tak ada lah sesi perkenalan diri.Panel kenal dah,lagipun ada nametag kan.Cuma awal-awal macam borak-borak kosong lah, panel tanya duduk mana, datang ke putrajaya ni macam mana.Ini mungkin nak mengurangkan tahap debaran (nervous) kami.
Soalan pertama yang mula diutarakan adalah refleksi dalam rph.Apa yang kamu faham dengan rph dan bagi contoh cara kamu menukis rph. Kaget gak aku masa ni..refleksi..alamak...macam mana..sabar2..dengar jawapan orang lain dulu.Guru cemerlang ni dia memang bagi peluang kata semua untuk jawap, so ikut giliran memang semua akan jawap.Jawapan aku kita tulis apa yang pelajar tak dapat kuasai untuk pdp hari tu..contoh..straight line..aku kaitkan dengan topik.yang dua orang tu tak kaitkan dengan topik.diorang cerite pelajar tidur,masalah.Lepas tu, GC tu tanya adakah awak akan tulis bilangan pelajar yang tak faham tu, sebagai contoh 5 orang pelajar, bla,bla.aku jawap ya, sebanarnya tak berapa ingat apa yang pernah aku buat.setuju je, sebab rasa macam good je idea GC tu.😃alamak, macam panjang je kalau cerita dengan jawapan sekali. Cerita soalan je la,jawapan semua kbkk ni.okay soalan seterusnya, apa yang anda faham dengan kbat?apa beza bentuk soalan peperiksaan dulu dengan yang akan datang( yang ada kbat),eleman apa yang berbeza?berapa peratuskah kbat akan diterapkan dalam PT3( penilaian tingkatan 3 yang diganti dari PMR)? Okay yang ni tak baca, siap buncang dengan orang sebelah2 lagi,lepas tu yakin je, sekali salah.Tapi CG tu ssenyum je, dia terangkan yang jawapan betul.😂soalan lagi...bagaimana anda menerapkan kbat dalam pdp?adoi.yang ni bila ingat balik jawapan aku, haha.😚goreng! adakah kalulator menghambat kemahiran berfikir pelajar,pendapat anda?penting tak kalkulator ni? Bagaimana nak tarik minat p
pelajar yang tak minat subjek matematik?apa yang anda faham tentang pisa?penting tak pisa ni?ok...habis soalan dari GC.soalan dari panel SPP lak.sebutakan program2 perpaduan 1Malaysia yang telah dijalankan.berapa aspirasi murid dan sebutkan?apa ciri2 guru berkualiti?apa nilai dalam matematik? Apa yang anda faham tentang matematik?apa yang pensyarah anda cakap tentang matematik? Nyatakan topik apa yang boleh dijadikan set induksi berkaitan dengan mh370?nyatakan topik ada dalam matematik tambahan,takde dalam matematik?bolehkah anda mengajar matematik moden?apa yang perlu ada dalam rph?
Okay..dah macam essay pulak😁ya Allah moga-moga hamba mu yang lemah ini dan kawan2nya lulus temuduga ini.Aminnn.🐤

Nikmat hidup

#assalamualaikum

Kadang-kadang kita rasa cemburu dengan apa yang orang ada.

- ala.dia cantik bolehlah, pakai apa pun memang cantik.jual apa pun memang laku
- wah..nak kahwin da.untunglahh.
- peh,pregnant da
- bestnya dia, asyik pergi bercuti je
- wah,dah pakai kereta dah,ala mak bapak dia kaya bolehlah

Tetapi kita tak sedar yang nikmat itu ada dekat je dengan kita.

Mak- tiap kali telefon, mesti tanya sihat x?
Ayah - tiap kali mintak ayah doakan, ayah akan cakap..insyaallah,ayah sentiasa doa kan.
Adik beradik- sentiasa ucap good luck
Kawan2- selalu cakap akan doa kan ursan dipermudahkan

Allahuakbar, besar nikmat kasih sayang yang Allah pinjam kan untuk hamba nya yang lemah ini.

Semoga Allah sentiasa menjaga hamba yang lemah ini dan orang- orang yang disayanginya.

Monday, March 10, 2014

life 03

#assalamualaikum

Semalam ada perjumpaan pelajar baru (master dan phd ) bagi course educational technology di bilik seminar fakulti pendidikan. Pelajar baru perlu perkenalkan diri nama, mode using mic ok.huhu.Selepas itu, kami diberitahu siapa supervisor untuk research project kami. Dan saya dapat seorang pensyarah dan..dia sangat muda okay..umur belum 30 lagi dan dah ada phd.hebat kan...so i'm looking forward to work together with she^^,

Friday, March 7, 2014

Panggilan temuduga

#Assalamualaikum

Akhirnya...

 penantian membuahkan hasil.hehe.dupdap dah rasa ni.walaupun ada 1ebih kurang 11 hari lagi. Mana tak nya, nak fikir assignment lagi..wuuu.deboorrr.lepas tu terfikir-fikir balik niat kenapa nak jadi cikgu.sebab tu mungkin salah satu soalan yang akan ditanya.Dah la tiap kali pergi sekolah buat asg. cikgu-cikgu duk kata susah jadi cikgu sekarang ni, balik lambat....bla..bla..buat akuu rasa down je.Nasib lah ade sorang cikgu ni kata bagus, sebab hari-hari budak doakan kita.hemm...

Tuesday, March 4, 2014

life 02

#assalamualaikum

alhamdulilah, semalam dapat present dengan lebih baik dari hari Ahad. Lapang hati ini. Mudah-mudah an lecturer pun berlapang dada lah dalam meberi markah.hehe. Hari ini class cancel, sedih kot sebab dah banyak tak pergi. Last week sebab kecelaruan fikiran. Macam banyak je dah tertinggal, kena study sendiri lah nampaknya. Jumpa satu quote yang menarik waktu siapkan blog authoring tadi.

yes, i'm definitely the one that always been curious. memang perasaan manusia kan Allah bagi :)

Sunday, March 2, 2014

life 01

hari ini (2mac) buat pertama kali nya sesi presentation untuk peringkat pembelajaran master aku.hum.tak puas hati. Sebab tak bincang dengan betul bersama kakak partner tu. Lepas tu dengan masalah teknikal, virus shortcut, nasib lah kaka partner tu pandai present. Haihh.berapa lah agaknya markah dapat :(