Friday, March 21, 2014

Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41

#assalamualaikum

*sebenarnya tengah buat authoring, tetapi ia nya mengundang stress tahap 3, lalu ku meng-update blog ini😏

Syukur ke hadrat ilahi.dengan limpah kurnianya*ecehh* temuduga aku berjalan dengan lancar. Dapat penemuduga yang sangat baik hati, bertimbang rasa dan memahami. Moga Allah berkati urusan mereka juga.Amin.Temuduga aku jam 730 pagi di putrajaya. Sampai agak lewat masa tu dalam pukul 8 sebab pergi fotokopi slip pengiktirafan jpa, nasib interview belum bermula lagi. Aku punya turn group ke dua.Masa tu pergi toilet kejap, balik je toilet tiba2 akak urusetia tu cakap boleh masuk dalam dah.cuak.cuak.lepas tu tengok 3 orang je termasuk  aku ,okay lega sikit kurang sikit la nak bersaing idea tu.info tambahan: di Finland, pdp mereka tidak menggalakkan persaingan antara pelajar kerana ilmu dan kemahiran individu yang dititikberatkan.
Awal-awal tu panel susun kedudukan kami ikut nama. Disebabkan kami bertiga sahaja jadi tak ada lah sesi perkenalan diri.Panel kenal dah,lagipun ada nametag kan.Cuma awal-awal macam borak-borak kosong lah, panel tanya duduk mana, datang ke putrajaya ni macam mana.Ini mungkin nak mengurangkan tahap debaran (nervous) kami.
Soalan pertama yang mula diutarakan adalah refleksi dalam rph.Apa yang kamu faham dengan rph dan bagi contoh cara kamu menukis rph. Kaget gak aku masa ni..refleksi..alamak...macam mana..sabar2..dengar jawapan orang lain dulu.Guru cemerlang ni dia memang bagi peluang kata semua untuk jawap, so ikut giliran memang semua akan jawap.Jawapan aku kita tulis apa yang pelajar tak dapat kuasai untuk pdp hari tu..contoh..straight line..aku kaitkan dengan topik.yang dua orang tu tak kaitkan dengan topik.diorang cerite pelajar tidur,masalah.Lepas tu, GC tu tanya adakah awak akan tulis bilangan pelajar yang tak faham tu, sebagai contoh 5 orang pelajar, bla,bla.aku jawap ya, sebanarnya tak berapa ingat apa yang pernah aku buat.setuju je, sebab rasa macam good je idea GC tu.😃alamak, macam panjang je kalau cerita dengan jawapan sekali. Cerita soalan je la,jawapan semua kbkk ni.okay soalan seterusnya, apa yang anda faham dengan kbat?apa beza bentuk soalan peperiksaan dulu dengan yang akan datang( yang ada kbat),eleman apa yang berbeza?berapa peratuskah kbat akan diterapkan dalam PT3( penilaian tingkatan 3 yang diganti dari PMR)? Okay yang ni tak baca, siap buncang dengan orang sebelah2 lagi,lepas tu yakin je, sekali salah.Tapi CG tu ssenyum je, dia terangkan yang jawapan betul.😂soalan lagi...bagaimana anda menerapkan kbat dalam pdp?adoi.yang ni bila ingat balik jawapan aku, haha.😚goreng! adakah kalulator menghambat kemahiran berfikir pelajar,pendapat anda?penting tak kalkulator ni? Bagaimana nak tarik minat p
pelajar yang tak minat subjek matematik?apa yang anda faham tentang pisa?penting tak pisa ni?ok...habis soalan dari GC.soalan dari panel SPP lak.sebutakan program2 perpaduan 1Malaysia yang telah dijalankan.berapa aspirasi murid dan sebutkan?apa ciri2 guru berkualiti?apa nilai dalam matematik? Apa yang anda faham tentang matematik?apa yang pensyarah anda cakap tentang matematik? Nyatakan topik apa yang boleh dijadikan set induksi berkaitan dengan mh370?nyatakan topik ada dalam matematik tambahan,takde dalam matematik?bolehkah anda mengajar matematik moden?apa yang perlu ada dalam rph?
Okay..dah macam essay pulak😁ya Allah moga-moga hamba mu yang lemah ini dan kawan2nya lulus temuduga ini.Aminnn.🐤

No comments:

Post a Comment