Saturday, April 26, 2014

life 07

ia nya tak semudah seperti yang aku sangka.

-master-

dulu masa kerja,lorat sangat nak sambung belajar.sebab fikir sampai bila nak cuci pinggan mangkuk, ajar ABC, tak berkembang lah ilmu yang aku adaa.maksudnya, tak guna lah ilmu yang dah belajar masa kat u dulu.
**bukan nak bangga diri ada degree, cuma rasa bosan dengan kerja tu

sekarang..........

kalau lah saya boleh putar masa..kalaulah...pejam mata..bukak mata..tengah ajar anak-anak kecil..seronoknya...tetapi...........

redha.sebab yang ni jalan yang aku pilih.ak sendiri pilih. moga2 cepat habis satu sem ni dan terus dapat posting.

susah..tetapi tak sanggup nak cakap kat mak.cakap kat ayah.sebab nanti diorang risau,

ya allah.lapangkanlah dadaku,hilangkan kegusaran hatiku T.T

Wednesday, April 16, 2014

Sunday, April 6, 2014

life 05

alhamdulillah.lega sangat dah selesai present. Dr cakap penerangan yang bagus.Ya Allah hati melonjak-lonjak keriangan.suka sangat.berbaloi lah tidur lewat dan asyik menghadap assignment tu sahaja. walaupun tak bersedia tapi mungkind hasil dari pembacaan dan penerokaan (discovery) sewaktu mencari bahan itu buat aku lagi faham mengenai augmented reality. Tak praktis pun nak present macam mana, nak demo macam mana kat depan nanti cuma buat perancangan dalam kotak minda je. Risau juga mula-mula.risau banyak bukan sikit sebab aku adalah seorang yang perlukan latihan ( praktis present) baru biasanya aku dapat present dengan baik. Lagi satu kelebihan kat aku tadi sebab subjek(augmented reality) yang aku present tadi memang baru dan menyeronokkan, jadi mudah nak sampaikan. Nampak lah rakn sekelas yang lain macam teruja sebab benda baru.huhu.Sekarang ni nak fokus baca jurnal punya, nak kena belajar balik cara penulisan literature review yang betul. fighting!

*tadi ada sesi 'tazkirah' dengan seorang kakak yang sudah berumah tangga tapi perangai mantain muda, dia cakap kalau nak cari pasangan hidup cari yang:

tak merokok ( sebab bau mulut tak tahan--tapi memang tak ada dalam list aku orang macam ini)

sayang kita lebih (sebab kalau dia sayang sangat kat kita, bila kita buat silap ,dia tak akan marah sangat..senang nak maafkan sebab sayang kannnn)

memahami kita ( tapi sebelum tu kita sendiri kena lah jadi seorang yang memahami, baru boleh dapat pasangan yang macam ini)

Ini lah 3 perkara yang dikongsikan tadi.hehek..akan dijadikan pedoman ye kak.k...terima kasih!

Friday, April 4, 2014

----

sedihnya.kek tak jadi.gatal sangat tangan.orang tunggu sejuk dulu baru keluar dari loyang T.T

panduan masa akan datang :http://www.azlitamasammanis.com/2011/08/tips-dan-panduan-membuat-kek-dan-biskut.html

Thursday, April 3, 2014

life 04

ku sangka kan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari
~okey.dah kenapa
mula-mula dulu seketul dua je assignment.Sekarang ini, aduhai berderet que.Deadline pula dekat-dekat.sabar-sabar.

Hari Keluarga Di Desa Balqis Kuala Linggi | sambungan

Ini sambungan entri ini dan ini.

Kambing golek.nomnom!harus ada.

Lepas magrib, saudara yang jejaka-jejaka susun kerusi dengan meja sebelah rumah pak long kat rumput hijau tu.Suasana dia memang best lah, rasa macam tengah makan kat gerai ramai-ramai sambil hirup udara segar.Lampu-lampu warna warni pun ada jadi memang menambahkan kemeriahan suasana.Rasa macam buat jamuan raya pun ada.huhu




Kek birthday untuk semua orang.Sebelum ni buat untuk birthday bulan tertentu je,tapi ramai rasa tak fair,jadi kek kali ini untuk semua sekali.Fair and square!


Kami juga book untuk karaako.Tempat nya dekat je.Jadi rasa perut tu penuh pegi la karok dulu lepas tu sambung makan balik.hehe


dah habis makan tu, kerusi meja semua kena susun sendiri letak dekat tempat karaoke tadi sebab esok nak breakfast makan kat situ.


semua bersiap sedia, makan untuk tenaga,kejap lagi nak bersukaneka



acara untuk pasangan.acara tahunan: sambut lah sayang.memang acara wajib ni



acara kanak-kanak:macam biasa tiup tepung untuk cari gula


dan perkara wajib...family potrait!



secara kesuluruhannya, aku bagi 4 bintang.1 bintang lagi tu sebab toilet kt situ sikit.1 rumah ada 1 toilet.tak cukup.hehe.walau apapun desa balqis terbaik!nanti majlis kahwin nak buat kat sini lah.haha.habis lah kopakk..



Umrah mak dan ayah




Nampak tak kegiighan meng-edit ni?keke..Alhmadulillah, mak,ayah,tok mak, tok abah dan adik selamat pulang.Cuma buat masa sekarang tok mak tak berapa sihat. Semoga diberi kesembuhan oleh-NYA