Saturday, September 27, 2014

hidup ini adalah bersegi-segi?

selalu dengar orang cakap hidup ni seperti roda.berputar.ada kalanya berada di atas ada kalanya berada di bawah..

cr ; here
cr ; google


.tetapi......cuba fikir.apabila kita berada di atas..sebenarnya ada lagi orang yang atas dari kita..betul tak?cuba dongak :p

 Apabila kita berada di bawah..apabila kita dalam keadaan susah sebenarnya ada lagi orang di bawah kita..dan ada lagi orang yang susah dari kita..kan..kan...

Jadi, perumpaan hidup seperti roda ini bagi aku sudah tak signifikan lagi :p Hidup ini bersegi-segi, apabila kita rasa diri kita berjaya,ada lagi orang yang berjaya dari kita. Dan apabila kita rasa terlalu banyak dugaan hidup kita, ada lagi mereka yang lebih banyak dugaannya. Jadi kita akan sentiasa beringat dalam apa jua kita lakukan dan lebih bersederhana . Mari renung-renungkan.

Sesungguhnya aku sangat bersetuju dengan perumpaan ini. Terima kasih daun keladi suami k.jaja & k.jaja atas buah fikiran ini yang membuka minda saya dengan luas.



top search



saja-saja buang masa pergi taip kat google hari keluarga di desa balqis
tidak kusangka top kot.haha.
terus printscreen simpan buat kenangan :p
kalau taip desa balqis keluar tapi kat halaman ke2, jauh sikit.huhu
go.go.sharing is caring.


Thursday, September 25, 2014

tugasan yang semakin bertambah!

Assalamualaikum

feeling fresh in the morning.
sambil download cerita.
maklumlah nak habiskan quota internet untuk bulan ini :p

huhuiii..oleh kerana sekarang sudah minggu ke 3, haruslah tugasan bertambah, dan berderet menunggu giliran.gembiranya :p
perkara yang utama sekarang ini adalah menyiapkan bab 1.
memang kena push la diri sebab next week nak bercuti,jadi minggu ni kena struggle habis.eceh
masalah nya nak istiqamah tu susah
contoh kelmarin aku dapat baca 3 jurnal
semalam satu jurnal pun tak berjaya dibaca
sebab tengah sibuk fahamkan networking untuk terangkan dalam forum
satu hari kot baca,dok ulang-ulang tetapi keliru lagi ni nak buat dalam bentuk ayat sendiri.
ideaaa.idea...come to mama please :p

so, here goes my weekend
basuh baju
mengemas bilik
dan doing writing!

bai.

Sunday, September 14, 2014

research background

nak bagitahuu yang aku kene buat research background in less than 12hours tu je
haha
waa.serabot.
mood tak nak datang
haritu laptop rosak.dan hdd berjaya diselamatkan
alhamdulillah.jadi bayar 50 saja.
thank you enchik komputer krp!

second week
makin ramai pula jumpa budak muda-muda
22tahun uolsss sambung master
jeles hokeyyy
kenapa muda sangattt
tengok budak-budak first year pula
alahai bestnye korang umur baru 19
adoi jeles lagi
rindu nak ke umur tu
muka suci murni
jerawat pun malu-malu nak tumbuh kalau diingatkan dulu
sekarang
haiihhh
tak dengar cakap tuan.
ingkar betul
lantak lah kau jerawat.

bilik dah berisi da.
barang elektrik baldi tikar getah dah ada
baru terasa 'alive'

okayy.mari mula fokus


Friday, September 12, 2014

Meneruskan perjuangan

first week at utm
ada lah feeling lonely tu .walaupun kawan bilik sebelah je,
ye la dah 3bulan duduk rumah 
rasa macam kosong gak lah
ke.sebab bilik aku ni nampak macam kosong
sebabnya barang elektrik tak ada lagi
tak dapat lah nak masak
laptop pula tibatiba buat hal
rasa macam separuh jiwa melayang(over!)
ye la ingat nak teruskan momentum buat research
tiba2 laptop lak tak boleh nak masuk windows nya
melayang lah 200.
kena tukar hdd .hdd harga rm170.format laptop rm30
kat rumah tak ada pulak nak buat hal laptop ni
sedih betul
nasib kedai komputer tu ada buat delivery 
jadi tak risau nak pergi ambil laptop macam mana
redha kan je lah dengan nasib laptop ni
lama dah pun berkhidmat
dan khidmatnya masih lagi diperlukan okay
untuk kelas pula first week ni banyak habis awal
so far okay la nampak
cuma risau subjek leadership yang tiba2 aku dilantik secara rambang menjadi ketua.sebab aku student full time
aihh.terpaksa terima.haha
subjek komputer pula rasa nya tak akan habis kelas lewat macam semester dulu
senang hati dengar.
esok harap laptop dah siap nasib ada kawan baik hati bagi pinjam laptop
kalau tak tidur je la kat bilik ni
almaklumlah tengah musim sejuk.huhu

Friday, September 5, 2014

sumbit done!xoxo

alhamdulillah,dah hantar draft chapter 2, tetapi hantar lambat gak sebab salah buat citation last2 minute check baru perasan.
tetapi kan tak tahu lah tu ke draft yang Dr. maksudkan.haha.
kalau Dr suruh buat baru.beres.boleh je.sebab memang tengah ada momentum nak buat research ni.cecehhhh..aihh.apa la reaksi Dr. baca aku punya draft tu.entah2 tergelak tengok bahasa aku.kata Master..aku guna English simple je kot.kategori simple sentences. maklumlah vocabulary kurang.Itulah menyesal pulak tak banyak membaca. Sekarang tengah berdeabr tunggu respon sv.Samada terus sambung tulis dalam Bahasa Inggeris atau tukar Bahasa Malaysia.anyhting could be possible!atau sama ada kena kritik habis-habisab.huhu.i'm ready for it.last minute kerja kan.Rasa lemah dah ni badan sebab almost 24 hourr duduk depan laptop.haihh..tolong-tolong lah ambil ini sebagai pengajaran wahai diriku.
Kejap lagi nak pergi kenduri kahwin classmate.I'm so excited walaupun rasa penat ni tak hilang lagi.
Malam pula kena berhempas pulas mengemas barang dan esok..hello UTM!


Wednesday, September 3, 2014

super stress

tajuk pun dah berbaur unsur ke-negatif-an
haha

SV dah mesej pagi tadi suruh hantar draft chapter 2
draft oi
macam mana rupa draft.
pagi tada baru aku siap mind map bagai
malam ni nak goreng ayat.
tapi blur gak ni macam mana nak start.
ye.aku lupa baca Bismillah..doa..tup-tup idea datang.amiiinn

Jumaat ni dah start daftar subjek.
Aku dah pening nak amek 5 ke 6 subjek.Kalau 6 subjek maksudnya tiap2 hari ( ahad-khamis)
aku ada kelas.ok fine je.Tapi masalahnya ada research study 1 tu. Ye ke weekend ( jumaat-sabtu ) aku fokus buat keje.selau waktu tu lah aku nak berehat.kekonon weekdays otak dah penat  so kita bagi rehat sikit!ha..Kalau ambil 6 subjek tu maksudnya sem depan aku hanya ada research study II je lah dan aku tak perlu ke kelas. Tak payah duduk kat UTM pun takpe.ha..best kan.dah boleh kerja time tu..dan kalau posting dah masa tu lagilah senang. Masalah utama sekarang ni mampu ke aku nak bawa 6 subjek tu dengan research lagi.haih..picosso taw bila fikir research ni.Macam aku buat kat rumah ni ,dia punya malas yang ampunn..sesungguhnya aku betul dilemaaaaaaa