Monday, May 26, 2014

life 14

study week on

Sedang buat soalan past year research method. Cara aku.. buat soalan sambil membaca.Kalau tak memang lambat sikit mood datang.

Hari tu dah semak carry mark,nampaknya memang kena study betul2 ni kalau nak merasa A-yam.nyum.
Tiba-tiba teringat waktu kelas terakhir authoring dr. ada cakap semester hadapan ada subjek baru seperti pembangunan apps.Kitorang yang dengar semua macam..wahh.besntnya..jeles..nak jugak..lepas tu dr saja tambah cerita..nanti ada subjek yang ni..yang ni..kebanyakannya menarik lah..lepas tu kitorang tanya dr.kitorang  tak boleh ambil ke..dr. kata boleh ambil ..HS lah .HS ni hadir sahaja, buat assignment semua tetapi tiada exam.Dr. bagitahu ini subjek2 baru untuk kos master teknologi pendidikan dan 45 kredit semuanya yang akan digunakan mulai sem hadapan ( bulan 9 2014) kiranya batch baru. Kitorang semua...oh...ok bersyukur sangat..sebab kitorang 40 jam kredit je..hehe..kalau 45 tu memang agak padat(pack) la untuk habiskan dalam 1 tahun setengah..So kami semua berasa sangat bersyukur dan tak ada lah rasa jealous.hehe

Masa siapakan proposal qualitative kelamkabut gak la.Lepas tu bila check member group tak bagi rujukan dia,adui..lepas tu mesej tak reply.jadi cover apa-apa yang sempat je masa tu..haiih.tawakal je sekarang.moga-moga lah dilembutkan hati Dr.Z tanda kitorang nye proposal tu..

Esok,nak balik rumah. May Allah ease my journey.


Saturday, May 24, 2014

life 13?

yay!alhamdulillah.settle segala tugasan assignment.
ada 2 hari lagi nak fokus study.Perlu hargai masa sebaik2nya
first paper;research method ; 2 jun: 

Tuesday, May 20, 2014

i love u more la mak

Tadi call mak cakap maybe tak dapat balik between 28-30/6 sebab assignment banyak tak siap lagi.Tarikh ni ayah ajak jalan pergi utara sebab cuti sekolah. Sedih pula tak dapat ikut.Mak cakap macam tak plan sangat lah nak pergi tapi sebab ayah tengok semua cuti (termasuk aku,study week time ni) jadi ayah pun book hotel da. Masa awal2 hari tu ingat kan boleh ikut tapi banyak lagi assignment yang perlu diselesaikan. Sebab kalau balik kiranya 27 haribulan aku kena balik rumah, lepas tu 31 haribulan balik utm semula.5 hari tu..lama..31 haribulan tu plan nak attend kenduri kawen kak su (kawan waktu kerja tadika).Tapi tadi mak cakap xpe,jangan risau, siapkan kerja tu.Terharu rasa.because of that i love you more day by day mum.
Tengah struggle lagi siapkan kerja ni so dapat curi sikit hari untuk balik kejap sebelum 28 haribulan tu.harap2 sempat.Memang adat sebelum final kena balik rumah jap mintak restu dan doa ayah bonda.hehe

Sunday, May 18, 2014

life 12

Assalamualaikum

Mari rajin meng-update sebelum study week bermula~
Hari tu pembincangan untuk subjek yang jurnal panjang tu berjalan dengan lancar. Seronok bincang , tak ada lah tersengguksengguk depan laptop membaca jurnal. Terima kasih ahli kumpulan yang bijak bistari!
Untuk hari ini selesai sudah kelas foundation technology bagi semester 1. Dah wrap habis tadi. Ada sesi  Q&A yang berlangsung secara online. Bukan apa kalau tanya pendapat sorang-sorang confirm akan jawap ,'jawapan saya sama dengan dia','macam tu lah pendapat saya'.Pensyarah aku cakap la.Jadi penyelesaian terbaik guna polleverywhere ni. Jadi tak ada lah jawapan yang sama.selesai.

Polleverywhere ni sesuai guna kat kelas sebab kadang-kadang students malu, tak berani nak bagi jawapan. Jadi dekat polleverwhere ni dia just taip je jawapan dan send. Dan bila dah send pun tak ada tulis nama pelajar tu kat situ. 

Kalau tak faham nak guna jangan risau, ada video yang tunjukkan caranya.
Yang ni yang interphase yang guru boleh nampak.
Untuk respon kepada jawapan, salin yg PollEv.com/hollowcat180 kat url web.
Bestkan. Insyaallah akan guna ilmu-ilmu yang dapat ini waktu mengajar nanti.

Thursday, May 15, 2014

life 11

Kepada sesiapa yang berkeinginan mengambil master,aku nasihatkan please think double triple timesss.Terutama kepada mereka yang kurang minat membaca,tolong dan tolong fikirkan. Pernah dulu masa aku belum habis degree lagi, bila jumpa kawan sekolah tanya dia buat apa dan dia jawab tengah buat master.Lepas tu dia siap cakap tak payah ambil lah,susah.Sedangkan kawan aku ni budak pandai.Sekarang, baru aku tahu maksud dia walaupun aku bukan budak research tapi sama je.Kau masih kena baca dan membaca dan RAJIN.

minggu depan minggu terakhir kelas.alhamdulillah.okay aku betul-betul tak sabar dah nak habis sem ini.
hari tu ada satu subjek ni lecturer kata nak ganti.Lepas tu dia decide, tak jadi dan dia bagi tugas dekat kitorang.Kira macam kerja tu ganti kelas  lah ,jadi ada 7 jurnal berkenaan teknologi kena baca dan 4 model instruction kena baca.banyak gilaaaaaaa!Macam lah subjek lain tak ada kerja kan!Baik dia buat kelas ganti dari kena baca benda yang banyak ni. Aku dengan kawan2 aku rancang nak diskus sama-sama so bahagi bahan bacaan tu.Lepas tu kitorang undi untuk pilih artikel dan aku bernasib malang pula dapat artikel yang 72 muka surat(termasuk rujukan).Kawan-kawan lain artikel dia bawah 30 kot.tak adil kan...nasib aku bagi sikit kat sorang kawan ni. Jadi aku kena baca dalam 46 muka surat. Ingat nak bagi kat kawan yang lain tapi diorang macam tak nak je jadi terima je la.T.T.sedih taw.Sebenarnya apa yang kitorang bincang bagus sebab kitorang macam buat revision gak...tapi....46 page?jurnal?

come on.come on.Nak berjaya kena usaha lebihhhhhhhhhhhhh!ahhh.ikhlaskan hatiiiiii

Saturday, May 10, 2014

groupon dan gambar

ok.assignment banyak.sempat lagi update.fine.
tadi saja usha-usha groupun
lepas tu check la my credit..
excited for a few second tengok ada RM8.
tapi rupa-rupa nya expired da..uwaa


Melepas lah.Masa tu promote kat fb. Offer best tu yang nak share kat kawan-kawan dan dalam masa yang sama nak cuba yang recommend groupun malaysia tu(dalam gamabr bahagian tepi). Masa jawab pertanyaan kawan-kawan dah macam kaunter pertanyaan lak aku rasa time tu.Tapi suka sangat sebab dapat share offer yang best kat orang. Baru-baru ni pun photobook ada buat offer lagi.Kat page photobook , bukan groupon. Memang best gila deal dia.murah...tinggal 6 hari lagi offer.Cuci 200 keping gambar 4R baru  RM29.00.Murah sangat-sangat.Postage mungkin rm8mura- rm20 macam tu..still murah lagi.kalau cuci gambar kat kedai untuk gambar 4R satu dah rm0.50.kalau banyak2 cuci dia bagi murah sikit tapi rasanya tak lah murah macam offer yang ni.huhu.So, aku tengah berkira-kira nak cuci gambar apa, bukan berkira nak beli ke tak.sebab memang nak ambil offer ni.rugi kot kalau tak amek!hehe

->http://www.photobook.com.my/prepaid/may14pp100bogo

Friday, May 9, 2014

life 10

friday-weekend
ingat kan minggu ni assignment tak banyak da.
Bila list satu per satu wahhhh banyaknyewwwww
seriously???okay.kena stay strong sampai penghujung sem ni.mudah-mudah an

hari ini saya sangat rajin.saya rasa saya kena berlatih jadi rajin.bukan berlatih cuma membiasakan.Sebabnya kalau saya nak dapat imam yang rajin,maka saya juga perlu rajin.tak gitu?
hari ini bangun awal.alhamdulillah.Dan hari ini 2 kali masak.rajinnya saya.pagi-pagi buat roti telur yang celup tu dan tengahari masak sardin.ala--roti telur je pun..sarrdin je pun..campak-campak je.tapi kalau tak rajin mana bisa saya lakukan semua ini.Dan tahniah perut sebab hari ini tak bernada kpop mahupun irama malaysia.

Dari pagi dan petang saya fokus untuk siapkan blog authoring.Nampak mudah tapi sebab selalu tangguh buat kerja jadi banyak entri yang tak buat lagi.Blog organisasi jangan cakap lah, buat nanti mesti rasa nak pengsan.tak sanggupppp.lagi banyak entri tak buat. 

Bukan mudah bagi saya nak disiplinkan diri, tapi macam yang saya cakap tadi kalau saya nak imam saya nanti mempunyai ciri-ciri yang mahmudah maka saya pun perlu la ada ciri-ciri macam tu. Jadi saya ambil ini sebagai pemangkin untuk saya ubah diri saya.pemangkin sahaja..tak lebih dari tu.eh..


Wednesday, May 7, 2014

life 09

#Assalamualaikum

you know what,im just hating myself for what i'm doing in the past few days(i means this week).i'm having such a very bad lifestyle.extremely bad. i skip my breakfast  and my late night milk.and the most importantly, i woke up late and missed my subuh prayer...ahhhh. and today also i misssed my class because i overslept.uwahhhh!!!!!!im such a bad girl...so today,i realize that i should manage back my time wisely, avoid being lazy. Eventhough, with the late subuh prayer, it was amazing (subhanallah), that Allah still ease my way for doing presentation. The main lecturer is not attend and the another one lecturer did not give too many comment for my presentation, and most importantly i feel the calmness. Allahuakabar.Thats show that HE never forget me,HE listens to my prayer and me???yes. i need to do reflection about myself.

ihsan google

ihsan google


Monday, May 5, 2014

life 08,is it?

now : 5.00 am.still struggling.edit mword for last minute.last minute sangat.prezi pun tak buat ni.sambil edit sambil fahamkan.insyaallah.

minggu ni minggu yang paling mencabar buat aku.3 presentation dan 2 presentation adalah berturut-turut.presentation je kot?presentation tu semua ada markah.dan maksimum markahnya adalah 20%.20% dari 100 %.banyakkkk.

for now ada 2 blog lagi yang tertangguh ( blog authoring & organisasi pusat sumber),berapa minggu dah tak buat,weekend ni kena pulun lah nampaknya huiii..

okay
fokus.fokus.

bismillahirahmanirrahim