Thursday, June 30, 2016

done master

Alhamdulillah.

Macam tak percaya dah sampai ke penghujung rupanya perjalanan master. Perasaan puas, penat yang tertahan,rasa terharu sampai nak nangis pun tak boleh. Betapa dipermudahkan semua oleh Allah,syukur sangat. Walalupun coursework je orang kata tak berapa mencabar, tapi dia jadi mencabar apabila tiba-tiba dapat posting, kemudian hei satu subjek core tak ambil lagi,nak grad kena ada subjek tu, nak ambil macam mana kalau da jauh nun di Kapit. Mencabar yang kedua apabila menyiapkan research secara jarak jauh, nak collect data, nak kekalkan momentum kerajinan membuat research.susah ok.lagi2 pengawasan secara jarak jauh ini,hanya email dan whatsapp. Cuti sekolah memang jadi rutin wajib untuk berjumpa dan berbincang dengan SV.

hem.Kuasa doa tu memang kita tak tahu kan. Masa risau pasal subjek core tu tiap2 kali lepas solat mesti doa, minta kawan gak doakan. Dalam fikiran duk cakap tak ada apa yang mustahil.minta je kat Dia.lepas tu tup2 next sem tu boleh apply independent study.Berbunga-bunga sangat da hati tu,dah terbayang konvo sekali lagi da.haha.Tapi tiba-tiba ada masalah dengan research lak tak sempat nak collect data masa sem tu, so terpaksa lah sambung lagi semester. Jadi semester last pulun betul2 juga la research ni, nak buat yang terbaik.Tapi tulah rasa macam banyak je lagi yang kurang.huhu.master done...phd kasik banyak pengalaman dulu kat sekolah kot2 ada idea nanti.haha

Thursday, June 23, 2016

nak senang kena usaha

Memang lah kan nak senang di kemudian hari kena lah usaha. Naik motor di Kapit merupakan perkara yang paling best, sesuai sangat sebab Kapit merupakan pekan yang kecil dan masih banyak lagi kehijauan bukit bakau,less pollution mungkin. Jem pun memang jarang kecuali lah musim perayaan itu pun dekat kawasan pekan je. Jadi bila naik motor, tu rasa kepuasan sangat dapat menikmati permandangan2 tu.  Dan sambil naik motor kau akan dapat tengok dengan jelas makcik pakcik tengah berkebun walaupun di tengah hari, orang muda menyiapkan jalan membanting keringat di tengah panas..respect betul kat mereka ni.Itu belum lagi kalau pergi ke pekan ke, nampak yang ambil barang berat-berat kotak besar..dekat warf bawa beg besar banyak2 nak ke bot, angkat motor .seriously diorang ni sangat kuat bekerja.Badan tak lah besar macam body builder tapi masih punya kekuatan yang luar biasa ini. Memang majoriti lelaki macam tu lah kerja dia dekat sini sebab mereka ni tak berpengetahuan tinggi.
Pernah ada sekali abang pelajar kelas aku datang sebab dia dapat tahu adik dia suka curi-curi pergi ke pekan waktu pagi (sekolah sesi petang) punyalah dia marah kat adik dia dan dia cakap 'kalau kau malas ko kerja la bawah panas nanti' aku first time pula dengar statement macam tu, tapi betul lah.diorang ni biasanya dah malas belajar end up kerja kontrak buat2 rumah bawah panas.Lain lah kalau kita berpendidikan dapat lah kerja selesa sikit dalam pejabat ke.tapi..kalau dah ramai kerja kat pejabat..sape nk kerja kontrak tu.hehe.apa-apa pun bagi aku kat sini, diorang masih belum tahu lagi tahap kepentingan ilmu tu, sebab tu bila time diorang buat hal kt sekolah je, ak mulalah bebel cakap diorang kena belajar betul2 bantu mak ayah..blablaa..hihi

Tuesday, June 7, 2016

marhaban ya Ramadhan

Already submitted research project for the evaluation. 2 minggu lagi insyalllah boleh ambil untuk buat pembetulan lepas tu jilidkan. Memang confirm ada pembetulan sebab hari tu buat rushing tak cukup masa.hoho. haih terbayang lagi saat-saat akhir nak hantar, tak tidur malam kot.sakit satu badan ,mata panda tak payah cakap la kan. Salah kat diri sendiri juga la sebab last minute tetapi nak buat macam mana memang remeh nak finalize kan semua. Apa-apa pon dah usaha sekarang ni doa dan tawakal je la.Harapnya ada peluang merasai 4flat sem ini..berangan.haha.yang penting lulus dan dah habis master.yay!alhamdulillah.

Marhaban ya Ramadhan.
Tahun ini berpeluang puasa banyak hari sikit kat rumah sebab kebetulan puasa jatuh pada tarikh cuti sekolah. So puas lah rasa ..cuma raya macam tahun sebelum ni lah 4 hari je kat rumah.hoho.boleh lah ,dah bertambah umur ni macam tak berapa sangat lah rasa excited nak sambut raya tu. Sekadar ada sepasang baju raya baru dan kasut baru cukup. Walaupun tak excited, tapi baju raya sebulan sebelum puasa dah beli dah.haha.kasut je belum,tudung dengan handbag guna apa yang ada. Tahun ni kurang sikit mood shopping sebab sedar diri hutang banyak.hutang belajar ku.huhu

Lepas dah setlle master ni, mula lah mak tanya, 'kawan lagi ke dengan dia', 'tak suka ke dia', lepas tu mak cakap ayah dah risau yang anak-anak perempuan ni dia ni tak kahwin lagi. La..ku ingat ayah tak kisah, daku baru nak leklek menyesuluri umur pertengah 20 an.haha.Memang perasan pun start tahun ni sejak balik cuti je mesti mak tanyaa..adoiii.aku macam biasa tak tahu nak bagi jawapan apa.tak suka nya umur da bertambah ni,kene bersedia untuk lebih banyak komitmen. Bila duduk kat Kapit tak risau pun benda2 ni sebab bagi full komitmen kononnye sebagai cikgu.konon..Jadi sempena bulan Ramadhan yang mulia ini,kena doa banyak2 la supaya dibukakan pintu hati ditunjukkan jalan yg lurus ;) insyaallah.

Wednesday, June 1, 2016

Ke garisan penamat!

Dah mulakan mestilah kena tamatkan.Ada beberapa jam lagi sebelum kena submit.Tak cukup masa  rasa macam nak minta tambah sehari. Semalam jumpa sv untuk last perbincangan, tak ada lah banyak yang kena betulkan tapi part yang ayat nak kena ganti dengan yang ada cite tu, jem terus otak.jenuhh.ini pun settlekan yang boleh dulu, yang tu nanti last sekali kita pusing perah otak puas-puas.
Penyudahnya memang last minute dengan semalam dugaan tiba-tiba sakit perut laa,last2 stay up gak untuk finalize kan semuaa cesss sama macam zaman degree tak ada kemajuan sungguh.haha.
tak apa lah, cuba untuk phd yang 10/20 tahun akan datang.hehe.