Sunday, January 27, 2013

Maulidur rasul

alhamdulillah.Diberi kesempatan untuk menghadirkan diri ke sesi ceramah di surau taman aku bersempena dengan maulidur rasul.Al-maklumlah cuti-cuti ini aku akui aku agak leka sikit,susahnya nak konsisten,istiqamah tu ya Allah.Ingat lagi masa minggu study week,betapa banyak azam baru aku sebab masa tu aku baru dengar ceramah pasal Rasulullah kt ikim.fm.Sebak dengan kisah Rasulullah tapi sekarang ni tengah cuti aku jadi macam lalai sikit T.T Masa tu aku ade dengar penceramah tu cakap macamana nak tahu kita cintakan sesoarang adalah apabila kita rindu akannya.Same goes here,bila kita cinta Rasulullah secara automatik nya kita akan sentiasa rindu Rasulullah.tarik nafas dalam-dalam.Sejauh mana saya cinta Rasulullah?*monolog dalaman*pejap mata dan tarik nafas dalam-dalam.Kembali ke ceramah maulidur rasul tadi,memandangkan aku terlupa untuk membawa buku nota ke majlis ilmu tersebut jadi hanya sebutir satu isi sahaja yang aku dapat hadamkan.sigh.Kerap kali diulang cerita oleh ustaz adalah mengenai syafaat dari Rasulullah.

Q:Ya Rasulullah bagaimanakah engkau mengenali umatmu?
Rasulullah:Aku akan mengenali umat yang paling banyak berselawat kepada ku.

*maaf ustaz cerita dalam bahasa arab beserta terjemahan,tapi tak sempat hadam.

Oleh itu,selawat lah kita sebanyak yang boleh agar insyAllah kita akan menjadi umat yang dikenali Rasulullah tersebut.Insyaallah.

#tak take note waktu ustaz ckp hadith ni dari mane,maaf
#berdoa agar diri ini istiqamah dalam menjalankan ibadahNYA

vitamin ++ :syafaatcara mendapat syafaat rasulullah

Monday, January 14, 2013

aku masih di sini

ya.benar.aku masih lagi utuh,teguh berdiri di atas permukaan bumi UTM ini.Misi PSM masih belum diselesaikan.Perpustakaan Sultan Zanariah(psz) seperti sudah menjadi rumah kedua untuk ku.Aku sudah tekad untuk menyiapkan hari ini juga.tekad.semangat.

Sunday, January 13, 2013

psm oh psm

Projek Sarjana Muda atau dalam bahasa Inggerisnya disebut sebagai Final Year project adalah  antara faktor yang boleh menimbulkan stress dikala jiwa baru mengecapi ketenangan.Ini adalah benar dan tidak boleh disangkal lagi berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Izzati(2013) terhadap kawan-kawan nya.haha.
Oleh kerana psm ini juga, seseorang individu terpaksa mengorbankan masa untuk bersama keluarga dan rakan-rakan dan terpaksa menghadap komputer riba selama 25 jam!

Dan yang paling mencuit hati adalah adegan yang berlaku pada pagi tadi.
Seawal jam 8 pagi aku mula menghantar pesanan ringkan(SMS) kepada supervisorku.Jam berganti jam..err?2jam kemudian aku menerima panggilan dari beliau.Ku angkat telefon tanganku(handphone) dengan seribu satu perasaan gementar,gusar.kenpa aku gusar?haruslah..psm tidak siap lagi.hem.apa yang mencuit hati?supervisor ku bertanya adakah aku berminat ingin mengajar tuisyen.aku jadi pelik lalu menyuruhnya mengulangi apa yang dikatakan kerana kataku suaranya kurang jelas.lalu beliau menerangkan dengan lebih jelas.Ok.tak kelakar.tapi aku betul2 ingat yang beliau akan cakap pasal psm.Dan paling yang tak boleh bla nya..beliau tak jawap pun soalan aku pukul berapa boleh jumpe beliau.huhu...hai la en.f..comel.comel.cha tae hyun :D
wewewe...fokus.fokus.back to the right path.lit review.*faint