Projek Sarjana Muda atau dalam bahasa Inggerisnya disebut sebagai Final Year project adalah antara faktor yang boleh menimbulkan stress dikala jiwa baru mengecapi ketenangan.Ini adalah benar dan tidak boleh disangkal lagi berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Izzati(2013) terhadap kawan-kawan nya.haha.
Oleh kerana psm ini juga, seseorang individu terpaksa mengorbankan masa untuk bersama keluarga dan rakan-rakan dan terpaksa menghadap komputer riba selama 25 jam!
Dan yang paling mencuit hati adalah adegan yang berlaku pada pagi tadi.
Seawal jam 8 pagi aku mula menghantar pesanan ringkan(SMS) kepada supervisorku.Jam berganti jam..err?2jam kemudian aku menerima panggilan dari beliau.Ku angkat telefon tanganku(handphone) dengan seribu satu perasaan gementar,gusar.kenpa aku gusar?haruslah..psm tidak siap lagi.hem.apa yang mencuit hati?supervisor ku bertanya adakah aku berminat ingin mengajar tuisyen.aku jadi pelik lalu menyuruhnya mengulangi apa yang dikatakan kerana kataku suaranya kurang jelas.lalu beliau menerangkan dengan lebih jelas.Ok.tak kelakar.tapi aku betul2 ingat yang beliau akan cakap pasal psm.Dan paling yang tak boleh bla nya..beliau tak jawap pun soalan aku pukul berapa boleh jumpe beliau.huhu...hai la en.f..comel.comel.cha tae hyun :D
wewewe...fokus.fokus.back to the right path.lit review.*faint
No comments:
Post a Comment