Thursday, February 28, 2013

209

     209.nombor bilik baru aku.sama je macam bilik lama a.k.a bilik sebelah except for alas kaki yang tak boleh letak kat depan pintu (sebab lubang bawah pintu kecil,jadi bila letak alas kaki nanti alas kaki terselit bila bukak pintu),tapi aku letak je cuma letak jauh sikit ke dalam bilik so nak bukak pintu kena buka kecik2 je(sopan sikit),oh dan juga kecuali semut kecil merah yang berpelesaran di meja belajar ataupun mungkin juga sebenarnya sedang berkerja untuk mencari sesuap nasi gula.mungkin!dan juga dinding yang bertompok-tompok kesan tampalan kertas oleh pelajar yang menginap di bilik ini dahulu.

      The good side about my new room is only 2 steps to the toilet and you can know the right timing to take a bath(sebab dengar bunyi shower).And another good things is privacy.yeah.lots of privacy(dah stay single kan..)sepatutnya bilik ini duduk 2 orang(double room) but disebabkan pertukaran2 yang tak dapat dielakkan akhirnya aku ditinggalkan tanpa roomate.Maka berkelanalah(eh?) aku seorang di sini lalu merasai pengalaman duduk bilik single.



Wednesday, February 20, 2013

semester akhir.

insyaallah.kalau jika tiada aral melintang mahupun membujur maka sem ini adalah sem terakhir aku dekat utm.semoga Allah permudahkan segalanya untuk aku dan kawan-kawan agar kami boleh grad same-same dan baling topi konvo same-same.fewwww.sengih.Untuk 2 minggu yang terawal ini mood untuk study adalah sangat-sangat low.Lagi-lagi dengan dugaan takde rumate(dulu ada),jadi virus M semakin menular.em.apa kaitan?entah.mungkin bila ada rumate rasa ade la macam competition sikit,semangat je.Tapi bile dah duduk seorang ni,keje bukak laptop,tidur tu je.Untuk masa sekarang,bagi mendapatkan mood study ,haruslah aku rajinn untuk menapak ke bilik kawan di blok yang jauh nye 90langkah kut dari tiang lampu bla..bla(nak tiru macam cite missing you).

Tuesday, February 5, 2013

cuti semester yang kedua terakhir

cubit pipi kanan cubi pipi kiri.gosok mata laju-laju.sambil jerit 'argghh.cuti dah nak abes!!!'-emosi.abaikan
Apa yang telah dilakukan pada cuti kali ini seperti biasa adalah sama seperti cuti-cuti sebelum ini ,di mana masakan sup ayam akan menjadi pilihan bila virus malas menular.sup ayam?antara masakan pertama yang pandai belajar walaupun sesisi rumah akan kata sup aku kureng sedikit namun aku puas hati sebab adik aku,Hariz makan bertambah-tambah.Serius,di waktu ini 'k.ty sayang hariz!'sengih.oh.ada tambahan rutin yang aku lakukan iaitu menghantar dan mengambil adik aku pulang dari mengajar.Jarak ke rumah ustazah tu tak adalah jauh berkilometer tetapi untuk keselamatan, pekhidmatan delivery aku tawarkan untuk adik aku dan kawannya.Akibatnya 5.30pm sharp,aku harus sudah ada di hadapan rumah ustazah untuk pick up tuan kecik itu.Sebenarnya, perkhidmatan delivery ini adalah wajib kerana ketika aku tidak bercuti mak aku sudah pun lali dalam melakukan tugasan ini;)Oleh kerana trademark cuti aku adalah kalau cuti cuti lah sepuas2nya maka aku tidak mengulangkaji atau menyambung PSM aku.Sungguh virus menular dan sukar untuk diubati dan aku berharap dengan kembalinya ke UTM nanti virus tersebut akan menjadi lemah.Sekian,wassalam.

Friday, February 1, 2013

latihan mengajar:kokurikulum dan sukan

#Oleh kerana kebosanan terlampau dan tidak ada mood untuk ber-karya korea,lalu aku kembali mengimbas /menyingkap kenangan lalu.

Untuk aktiviti kokurikulum,aku dan kawan aku diberi kebebasan oleh GPK Hem untuk menyertai mana-mana persatuan dan badan beruniform yang kami minati.Begitu juga dengan sukan,kami boleh pilih ikut keselesaan kami.Untuk badan beruniform aku pilih pandu puteri walaupun sebenarnya aku tidak pernah menyertai badan beruniform ini semenjak dari sekolah rendah.Motif utama turut serta dalam pandu puteri adalah untuk belajar sesuatu yang baru manakala motif tersembunyi aku turut serta sebab aku ada rapat dengan seorang kakak ni(cikgu) ,dia yang ajak aku join jadi senanglah sikit kan.Aktiviti koko biasanya dijalankan pada hari Rabu(kalau tak silap lah;)pada jam 2petang.Waktu pembelajaran habis pukul1.05 sebab sekolah ini sekolah 2 sesi.Aku pernah mengajar waktu hujung ni di kelas form4 di tingkat atas, boleh nampak la,hari Rabu semua pelajar bersesak-sesak nak melobosi(betul ke?)pagar sekolah.Untunglah siapa yang berjaya lepas tetapi rugi sebab tak dapat ilmu tambahan.sengih.Sepanjang tempoh aku praktikal, adalah dalam 4 kali sempat turut serta aktiviti uniform ini.Aktiviti uniform dan persatuan akan diselangselikan tapi sepanjang berada di sana aku kerap kali rasa aktiviti badan beruniform lagi banyak diadakan(kenapakah??abaikan)

Untuk persatuan,sebenarnya aku hampir lupa aku incharge yang mana,sebab terasa macam aku tidak sertai mana-mana(seriously,lupe..arggh)Mungkin faktornya adalah kerana,kadangkala hari Rabu diadakan mensyuarat guru yang berlajutan masanya,dan kadangkala juga aktiviti koko ditangguhkan(agaknya..)

Untuk sukan pula,aku pilih pingpong.Oleh kerana,aku memanglah weak dengan sukan jadi aku rasa sukan ini adalah yang terbaik untuk aku.Walhal sebenarnya,aku join pingpong ni pun sebab senior U aku(a.k.a cikgu sekolah tu jugak) ajak aku join.Tengok,aku memang takkan menghampakan harapan orang.Aktiviti pingpong diadakan pada setiap hari selasa petang dan pingpong best sebab tidak perlu berpanas terik.Malah duduk berborak di bawah kipas kelajuan 5..ok.tipu aku pun tak ingat ada kipas ke tak..tapi tempat yang pelajar berlatih main pingpong tu ada bumbung dan ada laluan untuk udara masuk dan keluar;)Menurut senior U aku tu,dia tak pandai pun main pingpong ni,tapi lama-lama pandai la sikit sebab pelajar-pelajar yang ajar.See..pelajar pun boleh ajar guru.Oh ye. ingat lagi kata-kata GPK 1 sek.,nak jadi guru yang incharge kat sesuatu sukan tu, tak perlu pun kita ni dulu ada pingat emas ke,perak ke,dalam sukan tersebut atau handal bermain.Kalau ada ni semua memang cukup bagus lah,bonus mark la kiranya.Tapi biasanya yang ada ni budak2 sains sukan je.So kalau nak pilih sukan apa yang nak incharge tu bole je pilih yang kita tak pernah main,Ye la,saja nak tambah pengalaman lagipun yang penting kat situ adalah kemahiran seorang guru menguruskan pelajar.Kalau tak tahu main mungkin boleh jemput orang luar untuk ajar pelajar.Macam waktu aku praktikal dulu,pelajar-pelajar yang join pingpong tu memang dah tahu main pun,belajar dari sekolah rendah kot.So cikgu just adakan event,pertandingan nak bagi polish lagi bakat diorang.
Tetapi,ada kawan aku kat sekolah lain,cikgu/pengetua yang tetapkan diorang masuk kelab apa semua-semua tu.So,depends la kat sekolah masing-masing.Insyaallah,apa-apa pun tugasan yang diberi,cuba la memberi komitmen sebanyak yang boleh.

never ever give up

Tajuk yang berunsurkan motivasi ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada penulis blog ini terutamanya.Al-kisahnya dari subuh tadi bersemangat bersepadu untuk menunggu file .iso siap didownload.aihh..punya lah lama sebab saiz besar 2gb..magrib baru lah selesai.Malangnya dah dowload bila extract file,size bytes je.memang something wrong la kat situ.Hajat hati nak format laptop sendiri pastu nak belajar install software2 sendirian bhd.Hampir saja nak give up dan dah fikir hantar kedai je la esok.Tapi bila  fikir-fikir balik nanti nak kena guna duet pulak,dan duet yang ada sekarang cukup2 je untuk berholiday nanti.Jadi tukar kepada hasrat hati yang tulus lagi ikhlas agar keep on googling and look for the solution!hoyeh.semoga Allah permudahkan segalanya.