Friday, July 31, 2015

Cikgu, cikgu Izzati tak marah pun.....

...kitorang buat bising,bercakap
...kitorang masuk lambat (lepas PJK)

dapat tahu ni daripada guru yang sama mengajar kelas yang sama, bila cikgu tu nak marah diorang.
diorang jawab macam tu..hemm

Siapa kata tak marah!masalahnya diorang tu bijak.Setiap kali saya tulis soalan di papan putih saya akan pesan ,'cikgu habis tulis,kamu habis salin ok'.Saya pun tulis dan tatkala saya membelakangkan budak2 (sebab tengah menulis di papan putih) mula lah kedengaran sokseksoksek. Apabila saya toleh senyap pula.Jadi saya ingatkan diorang salin cepat,biar tangan yang berkerja,mulut berhenti bercakap baru cepat. Diorang pula jawab ' cikgu, kalau tak cakap nanti saya mengantuk,kalau senyap sangat nanti kita boleh jadi stress belajar saja'.ha.tak ke 'bijak' jawapan tu. Bijak beralasan,bijak membuat hipotesis barangkali! Lagipun guru kelas diorang pun cakap budak2 tu memang banyak cakap walaupun dah tegur tetapi sebab diorang buat kerja so kira okey la tu. 

Masuk lambat lepas PJK..hemm..yang ni segelintir pelajar je.Memang saya tak marah pun, malas nak bebel sebab nak kejar silibus.Kalau 'layankan' diorang ni makin lambat lah silibus habis. Saya hanya minta kumpulan pelajar tersebut tengok jam,dan tanya berapa minit lambat masuk, jangan buat lagi dan cepat salin nota. Itu masa mood okayyy dan malas marahh. Kalau tengah bad mood pernah la juga suruh diorang berdiri kat luar tapi macam tak ada effect pula.  Tapi itu dululahh sekarang ni diorang dah punctual sikit dan saya pun dah garang sikit sebab budak makin ngada-ngada!bila kita baik dia ambil kesempatan..so kesimpulannya teruskan usaha menjadi garang!haha

Saturday, July 25, 2015

'master' ji...oh chaebolleooo

Malas ni memang penyakit susah nak buang kan,berangan lebih nak konvo master tapi tak sambung2 research lagi.alahaii...........

Doa dan makbul

Betul lah bila kita minta dengan ikhlas insyaallah doa kita tu dimakbulkan.Tetapi kan kita pun tak tahu kan bila masa nya hati kita betul2 ikhlas masa doa.Oleh sebab tu lah, kita kena selalu doa,minta kat Dia.Ada juga ketikanya, kita rasa kita tak ada  minta pun, tapi benda tu pernah terdetik kat hati kita dan kita ada keinginan juga masa tu. Contoh macam sebelum result penempatan keluar dulu, pernah juga terdetik kat hati ni macam best je mengajar kat sabah sarawak, lagi2 kat pedalaman budak2 macam ok je , dapat cabaran baru pula tu. Tup tup bila keluar result, betul2 dapat sana..sedih kemain haha.masa tu terkenang master yang hampir tamat perjuangan dan tak yakin dengan diri..pastu ingat famili lagi.jauh sangat..eh over betul emo masa tu.Tetapi tu perasaan sebelum je, bila da sampai kapit rasa macam ok je tak ada apa2 pun. Dan sampai sekarang dah 6bulan rupanya kat sini, sekejapnya masa berlalu,tak sabar nak keluar kapit.haha

Dan...Ramadhan lepas, Allah dengar doa saya yang banyak khilaf ni,Allahuakbar..dan juga doa dari 'mulut2 masin' housemate..macam nak demam rasa pastu takut.seriously,tapi tak demam pun.hehe.bila dah cuba terima ni baru terasa lapang hati.betullah macam  penulis favourite saya cakap "Allah beri apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu". Moga dipermudahkan olehNya dan yupp saya masih ada masa untuk berDoa kepadaNya!!!