Friday, December 19, 2014

Separuh jiwa hilang

Study week dah bermula,kerja aku macam tu lah tak habis-habis. Stress dibuatnya.Lagi2 research ni. Aku ingat senang buat chapter 3 ni rupa-rupanya SUSAH. Hem,aku macam nak give up je. Hari ni dah la deadline kena hantar kat SV.Boleh tak aku tak nak tulis lagi, terus hantar je..pastu pasrah je la kena bebel dengan SV. Aku betul-betul tak faham,rasa mcam tonggang terbalik apa yang aku tulis kat chapter 3 tu. Buta-buat tetiba tercome across dengan benda baru..data mining..alahai apa tu..da search..baca ..tak faham pula...huwaa.i'm runninh out of time. Lagipun separuh jiwa aku da melayang bila tengok member2 semua balik rumah waktu study week ini. Tepu--tepuu tak tahu nak tulis apa dah kat chapter 3 tu.bai

Thursday, December 18, 2014

berjuang!

hum.rasa macam lama tak update.padahal baru seminggu.
Minggu lepas ingat kerja dah tak banyak rupa-rupanya banyak lagi.Sekarang ni dah rasa macam tak ter-organized.Kerja yang tak siap lagi chapter 3,report web,report networking,photoshop,sistem web.
Banyaaaaaakkk.huwaaa.
Tak nampak bayang bila boleh curi masa untuk balik rumah. Perancangan nya nak balik minggu depan waktu cuti Christmas harap2 sempat lah siapkan kerja. Maklumlah bila mood nak buat kerja tu datang, nak kena fokus kalau tak , tak jalan lah. Hujung minggu ni pula member semua yang dekat2 bilik ni balik,jealous nya..terpaksa juga menggagahkan diri. Takpe la kan..kita susah2 dulu,nanti senang kemudian hari. Kebelakangan ini pun kadang-kadang mimpi famili, nampak sangat lah kan homesick nya tu.Sabar..sabar..sekarang ini adalah fasa penting dalam hidup kau..teruskan berjuang.fighting!


Thursday, December 11, 2014

The second semester

hem..so there is only one week left and only 2 classes for next week, oh ya..not being left out ,a 'bunch' of assignment.nyummmy.

I'm so glad that the second semester is going to be end soon.It is harder than what I expect. At the beginning of semester, it is really relaxing situation with less assignment and only few presentations. But as the times goes on and on....the work load does the same things to..goes on and on...~ However, there is a lot of things I learn or can be say as I gain in this semester. I  realised that it is hard for me to do the multitasking ( studying & think/do about another things),it doesn't suit me!I want to do one thing at one times. I also learn to trust other people until the end but the trustiness also has an expired time right?this applies when I'm working in a group. And another one, just like I've been mentioned in the last entry is when you dont feel good about someone,just try to put your self in that 'someone' shoes. Somehow, this only apply in certain situation such as working in group or you see your friends come late in the class :D


Oh ya,the most important is I learn that..


the beginning is always hard ( the hardest phase, you dont know how to start the first sentence, always questioning your works;am I doing right things?)......searching,revising..but as times goes on...then you gonna cope with it.Believe me. At the end you gonna smiling earnestly.well..remember the journey is not that easy ;) or to be more specific, the master by coursework is not that easy! haha


cr : google



'that ' feelings come again...ohmymind
cr :google

Friday, December 5, 2014

Kerja berkumpulan vs kerja individu

kerja=assignment

Ketara sangat nampak perbezaan waktu degree dulu dan master sekarang.
Dulu kalau assignment berkumpulan,wah.happy sangat..sebab..boleh pilih kawan(pilih yang memang tahu rajin lak dan sekufu dengan kita)..sekarang..hum..kebanyakkan assignment adalah individu..jika malas maka tak bergerak lah kerjanya.kalau berkumpulan pula biasanya 4 orang. Kalau boleh pilih sendiri ok lah..kalau lecturer yang pilihkan secara rawak..jadi dapatlah yang tak berapa nak sekufu ( sekufu kat sini dapat yang student part time, dah berkeluarga) tetapi tak jadi masalah pun semua tu kalau yang berkeluarga tu jenis senang bekerjasama.LIKE sangat,lepas tu nak contact pun mudah. Tetapi kan bila kat peringkat master ni,maklumlah masing-masing peringkat umur berbeza-bezza, masalah setiap individu pun berbeza. Jadi, memang kena banyak bersabar dan memahami lah dan PERCAYA dekat ahli kita tu. Kadang-kadang tu rasa tak puas hati juga tapi cepat2 ingat kan diri ni ini hari dia, mana tahu suatu hari nanti kita pula berada dalam situasi dia. So,keep calm and trust! huhu.


Thursday, December 4, 2014

Procrastination & Amos

haihh.amalam suka bertangguh ini memang tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan.
Seriously, sikap yang susah nak buang.grr.

credits

Contoh terbaik setiap kali nak hantar research, 3 atau 4 hari sebelum dateline baru aku kelam-kabut nak buat, idea pun masa tu lah baru nak muncul,dengan nak susun balik idea tu,cari baca..ha.rasa macam nak putar je balik masa.I want more time.pleaseeeeee..Lepas itu setiap kali nak tidur atau nak lelap sekejap mesti mimpi tak best yang rasa macam takut nak tidur.Kesan daripada stress dalaman barangkali. Sekarang ni aku tinggal nak susun ayat, touch up2, buat relation..eh banyak pula kan..memang pun! pening!Walaubagaimanapun janji tetap janji, jadi tanggal 6 Disember ini, haruslah bab 2 dihantar seperti yang telah dikotakan,kalau tidak janji capati namanya!haha

Kelas Amos (SEM)


Hari Selasa hari tu aku ada pergi bengkel penggunaan Amos untuk bina structural equation model(SEM). SV aku yang ajak pergi,sebab benda ni ada kaitan dengan reserach aku. Bengkel ini buat kat UTM je ,tak lama pun dalam 3 jam lebih macamtu. Masuk-masuk je tengok ramainya pensyarah Edu Tech, terasa begitu asing di situ.You know, the feeling of weird and small. Nasib lah ada seorang kawan yang kenal terus duduk sebelah dia. Lepas tu datang pula seorang Dr. ni duduk sebelah aku sebab masa tu seat sebelah aku kosong. Rasa macam tak percaya aku berada dalam kalangan orang-orang yang hebat ini. Kerdil je rasa diri ni, tapi pensyarah Edu Tech semuanya sporting2 so kelas tu memang enjoy lah. Sempoi je kelas, daripada kelas itu apa yang aku dapat cara nak lukis model itu dan cara nak tengok sama ada model tu fit atau tak. Yang aku tak fahamnya cara nak tentukan variable tu semua, anak panah arah mana..sebab yang itu dia tak ajar pun,katanya yang tu langkah awal dalam membina model tapi tak akan diajar dalam kelas.Jadi kena belajar sendiri lah tu..bila pula lah nak belajar.huhu. Boleh dikatakan dalam 2 minggu ni ( pergi seminar  dan bengkel ini) banyak sangat ilmu penyelidikan aku dapat,ini pun galakan dari SV aku suruh pergi kalau tak, memang aku tak dapat lah pendedahan terhadap dunia penyelidikan ini. Hopefully, apa yang aku telah belajar tu dapat bantu aku dalamm menyiapkan research aku yang aku tak berapa nampak lagi ni.haha


Tuesday, December 2, 2014

done setup makmal dan studio rekabentuk

ya Allah , pengsan terus lepas magrib (maksud pengsan kat sini tertidur dengan begitu lena tadi),sedar2 dah hampir pukul12 malam,sudahlah tidur dengan telekung.bajet nak tunggu isya' last-last isya yang tunggu aku.zszz

Akhirnya siap juga setup networking dengan wiring untuk makmal.Kitorang buat 2hari, minggu lepas (selasa) dengan hari ini. Pengalaman pertama aku pasang suis,tak susah mana pun,sebab ada technician yang ajar dan panduan ada cuma gigil juga lah tangan. Lepas tu boleh pulak bila pasang kat dinding tak boleh guna suis nya,rupa-rupanya tak looping.Haha.kerja aku lah yang tu.Terpaksa betulkan balik dengan gigih and at last I did it! Sekarang ini aku rasa positif sikit nak buat kerja-kerja teknikal ni yang melibatkan tangan walaupun tangan juga gigih berpeluh. Tadi juga aku kena configure wireless untuk router, bagus betul Dr. pilih aku macam tahu-tahu je aku malas nak pasang skru bagai tu. Blur juga mula-mula nak configure macam mana nasib ada classmate yang tolong sekali. So, lepas ni kalau ada router baru aku boleh configure sendiri dah, tukar nama,letak username,passoword,security key.huhu..Harap-harap tak lupa lah.

Minggu depan projek kat sekolah pula,yang projek kat sekolah ni tak banyak wiring,banyak kena pasang pipe dekat atas, jenuh la nampaknya nak memanjat tu.hemm.


Sunday, November 30, 2014

hitam dan putih

sedang menunggu masuknya waktu zohor,

kali ini result penempatan calon simpanan (ISMP) keluar ,untuk kali ketiga rasanya.
dan keputusannya..terlalu sedih untuk diungkapkan.

sedih,hari tu dah la lupa nak apply guru mara,lepas tu hari ni tuptup nama still tak  naik-naik lagi.I was hoping for better 2015, january starting works,collecting money,giving lots of money to my parents,paying debts, getting married.But then,the dreams becomes dream only. Malu dengan mak dan ayah yang terlalu banyak sangat support masa dan duit.Boleh pula aku terleka untuk apply guru mara tu dan takdirnya belum ada rezeki lagi jadi guru KPM. Mulanya, tak ada feel apa-apa waktu call SPP untuk check list nama,tetapi lepas balik bilik,duduk seorang,kesedihannya menusuk kalbu betul.Hari tu dah la konfiden je cerita dekat mak ayah betul posting bulan 1...

Alhamdulillah lega sikit rasa bila mengadu kat Dia. Malam ni call mak pula,kena tabah kan jiwa,tkut ter-touching pula nanti. Cuba untuk menjadi postif-se positif yang mungkin,aku tak nak merancang apa-apa aku just nak go with the flows,boleh ke?habiskan master elok-elok sem2 ni..Well, since Allah is the best planner.I admit that. Percaya dengan qada' dan qadar Allah.


Friday, November 28, 2014

sedang mencari 'jiwa'

ini lah dia kalau dah stop menulis,stop membaca, susah nak kembali ke 'track' nya.yes.its about research..apa lagi kan.
Hujung minggu lepas merupakan pertama kali aku pergi ke seminar.Ia merupakan anjuran UTM dan sangat bagus in which bagi aku banyak pendendahan dan tambahkan ilmu pengetahuan.Bila tengok orang-orang present, I was like..oh macam tu present paper.

tengah pilih nak pergi ke bilik mana untuk dengar presentation

Selasa akan datang pula sv suruh pergi bengkel SEM(structural equation model).Beliaw sponsor gak.Terharu betul maksudnya mesti dia ada high expectation kat aku.Berat lah bahu memikulnya :p

Jadi sekarang kena push kan diri untuk sambung buat research balik sebab due date pun dah tak lama,macam tak percaya sungguh. Sekejap je dah akhir tahun.Sekejap je dah nak selesai satu sem.Sekejap nya masa berlalu!!!!
Masalahnya, aku belum jadi rajin lagi ni,asal bukak word ngantuk, sangap,asal baca jurnal je nak tersengguk-sengguh pula. Asyik rasa nak tidur je...mana lah semangat aku hilang ni...hoi..

Tuesday, November 18, 2014

the nightmare

Sejak semalam lepas jumpa SV bila tidur je mesti mimpi
mimpi yang tak best
mimpi buruk
mimpi teringatkan orang yang tak patut diingati
takut dah rasa nak tidur

hem

ye.baca dah doa tidur
mungkin kesan daripada kata-kata SV semalam "awak jangan tidur"
sebab tinggal sebulan lebih lagi.chapter1&2 kena betulkan.chapter3 belum start buat lagi
hum.banyak kali pula tu Dr.cakap macam tu.
Dia ada tanya selama ni kan banyak masa;.. awak buat apa
speechless kejap .aku jawab "banyak assignment".
padahal dah nak dekat2 minggu2 terakhir ni baru banyak assignment
lupa nak bagitahu .sepatutnya jawab
     "susah la dr.nak buat research ni.nak faham kan tu.kadang-kadang tu tak tahu nak start macam mana.dah la bila baca jurnal tersengguk-sengguk depan laptop.lepas tu dah baca tak tahu mana yang penting.bila nak buat meta alaysis berpinar pula mata ni membaca setiap jurnal.yang geram bila nak cari sesuatu tak jumpa2.dan kadang-kadang benda yang nak cari tu dah nak dekat dateline dr.bagi baru jumpa.jumpa pula tu bukan sikit..banyak.nak baca,faham.nak pilih mana yang penting.semua itu ambil masa.itu yang saya selalu terlebih due date hantar kat Dr.means ilham tu kadang-kadang datang lambat"
ha..kan dah satu perenggan dah.
walaupun sikap bertangguh adalah puncanya. percayalah ini adalah pengakuan yang jujur ikhlas.
sayangnya tak sempat karang ayat ni sebelum jumpa SV .haha

bila tak tidur ingat otak boleh fikir ke.mengikut pengalaman aku kalau dah sampai tempoh maksima dia(otak) contoh pukul 1 pagi..kau fikir macamana pun tak akan menjana.kalau menjana pun entah2 tak produktif ideanya :o

Tapi mungkin itu sekadar sinis dari SV ku yang amat prihatin ataupun satu push faktor untuk aku push kan juga badan dan sel-sel otak ku!okay.lets move on.





Friday, November 14, 2014

Something happen

minggu-minggu terakhir ni aku menjangkakan aku bakal mengorbankan waktu tidur ku
stress bertambah,jerawat bertambah
tadi mendeley tiba-tiba buat hal.
tak boleh nak insert citation writer yang lebih dari satu
keluar error  " Object doesn't support this property or method(483) in MendeleyPlugin"
sudah.rupa-rupanya semalam update.
ingatkan lagi baik..
tetapi...
haishhhh..
buat aku kelam kabut ada lah
dah la tengah urgent nak siap kerja
sedih tau mendelay pun tak nak cooperate dgn aku .huwaaaaaa.
nasib baik boleh install yang older version punyaa
sabar lahh.4minggu lagi.sabarrrr

Thursday, November 13, 2014

sepintas lalu

- mak beli handphone baru,teringin katanya
- baru guna berapa hari bil melambung,kena bar
- what thee..celcom postpaid dan lenovo.sungguh aku tak faham punca nya
- cadang kat mak tukar pada prepaid,tetapi step dia banyak, siapa yang nak teman mak.bila aku boleh   balik ni..
-aduhaii..non-stop assignment
-and never ending research!


-minggu ni ada 2 presentation : web, kelas visual
-termungkir janji dengan dr.
-Dah say sorry dah..
-esok hantar chapter 2 full oiii
-pagi tadi sv mesej tanya nak pergi seminar tak beliau nak sponsor ni
-yey.saya pergi!ada orang nak sponser haruslah pergi!
-thank you dr.
-oh.tadi nasib sempat jumpe dr.a untuk minta sign naak buat claim
-dr baik siap naik atas balik ( padahal dia ada urusan kat bawah masa itu)
-dah claim tetapi kerja tak buat lagi..eh
-relaks.you can do it.!
-close eyes.breathe.open your eyes

Wednesday, November 5, 2014

Stressful phase

currently I'm on this phase

stress nye hoi..

4hari lagi.malas nak counting.hanya berharap masa akan berlalu dengan lambat.boleh tak.

chapter 2
proposal networking
web ( cari content)
e-draw diagram
(susunan mengikut keutamaan dan dateline)

dan betul ke apa yang aku buat ni. baru 4 page ni T.T

#kejap lagi pergi library fakulti,harap-harap dapat ilham wa hidayah di sana

Friday, October 31, 2014

i hate this feeling

okay,done settling most of the assignment.
but now
open up Mendeley.Mword
staring at the screen
oh.what should i do.why the mouse is not working.why it so hard to copypaste.why so many journals to be read..and why I suddenly feel sleepy.where my spirit goes~
ah..come on....................


Wednesday, October 29, 2014

Settling assignment!

Ok.nak clearkan assignment cepat2.
selagi ada assignment selagi tu susah nak gerak buat research .
tak boleh nak fokus.
one by one pleasee

Friday, October 24, 2014

masa yang berlalu

aku baru perasan next week kitorang ada outing untuk topik fotografi
tak praktis langsung..
i feel like crying
sungguh pantas masa berlalu
yang aku pula leka
tuptup nak pergi outing dah
ya Allah
leka nya hambamu ini
tidak gigih dalam berjihad
ampuni aku ya Allah

sem ni assignment kritikal semua minggu hujung-hujung ( a few weeks before end of semester)
jadi susah nak nampak bayangnya,boleh ke aku score
humm


Thursday, October 23, 2014

Kereta Perodua Axia

jeng.jeng.
semalam pergi ushaa axia dengan mak dan ayah.usha je kata nya.
kami usha Axia G ni.
yang bawah gambar ini warna lime grass..
harga RM33,200(auto & metallic colour)-RM32,800 (auto & solid colour)
spec standard je..
cuma yang best seat die boleh adjust..
jadi boleh lah tinggikan tempat duduk untuk orang yang comel2.
actually kereta ini dah ada orang punya,tetapi owner baik hati bagi kitorang tengok sekali seat dalam tu.cuma tak boleh test drive lah.
yang ada pamer dan boleh test drive kat perodua masa tu yang Axia advance je







ok.yang ini pulak advance dan SE . penjual tu kata biasa SE dengan advance tak jauh beza pun harga..tambah berapa puluh je kalau bayar bulan..
cuma tak berkenan dekat SE and advance ni sebab depan die ni...


merah tu memang woww lahh


cantik kan

penjual tu kata dah ramai orang tempah kereta ni.jadi tempoh kereta tu siap dalam 3 bulan.Kalau axia yang E, dalam 7-8 bulan tempoh tunggu dia.So,kalau siapa nak beli tempah cepat2, harga booking RM300.
Yang paling best kereta ini jimat minyak encik penjual tu bagitahu hasil respon dari pelanggan2 dia .

hemm.daku masih  sedang berfikir.sedang berkira mengikut kemampuan diri sekarang dan akan datang.hehe

Monday, October 20, 2014

meeting with SV



Sarapan pagi tadi.teringin makan cucur.cepat-cepat masak lepas subuh nanti.takut kantoi :p

Selesai jumpa supervisor pagi tadi. Rasa macam bersemangat sikit.ecehh
Awal2 jumpa terus je SV cakap..ha..apa yg awak tahu pasal research background tu..apa yg awak tulis..cuba cerita kan..
ha..blur aku buat seketika.rasa macam dah campur aduk je semuanya.aku pun cuba lah terang yang aku ingat.bla...bla...
Lepas tu Dr tanya pula pasal problem statement..aku cakap tak pasti aku buat tu betul ke x..
terus Dr tanya apa yang awak tahu pasal research gap..
ha...makin blur dibuatnya.haritu member ada terangkan kat aku..nasib betul apa yang aku terangkan tu.
Lepas itu bincang2 dan tetapkan tarikh untuk submit draft chapter 2 and 3 , and final submition chapter 1-3. Lebih kurang 2 bulan lebih je tinggal.Tak lama lagi je tu ..dan Dr.kata awak kena serius tak boleh main2..ye baiklah Dr ;)

ok.sekarang nak siapkan assigment yang berderet tu.memang tak awesome langsung cuti kali ni.redha la zati oiiii....

makanan tambahan untuk merangsang pemikiran dan motivasi ku,
kacan
g tumbuk yang paling best!

Sunday, October 19, 2014

rationale of study

apa benda alah ni?
menyesal betul hari tu tak salin dekat thesis senior
zZz..
aku dapat merasakan lepas hantar chapter 1 ni mesti SV aku akan respons...sila baca ...cerita kan
dengan lebih mendalam...deep*yg ni aku tambah:p *bila baca sendiri memang dapat lah rasa betapa tak deep nye.betapa tak kritikal nya.haha.i need magic write now,abacadabara..eh bismillah....please turn my writing to be critical & bombastic !:)

cr:google
this want also dip ( pronunciation lebih kuran
g same:p)
meltin
g!!!same goes la,,if your writing is deep,, you also can melt people hearthaha
*dedicated to my ownself 
#feeling alone make me to keep postin

Saturday, October 18, 2014

oh research gap

weyyy..
nak bagitahu yang aku rasa aku dah dapat rasa kususahan tu ..
apabila tajuk..objektif tu semua dah ada..
research gap pula tak jumpa..
blur sesaaat.dua saat.satu jam..
seolah2.daku mengayuh basikal ke belakang.
boleh tapi (baca : lawan senang)

malam ni kena hantar ..
memang last minute uiiii

*sedapnya bau bubur.apesal lama sangat proses menanak nye.

Friday, October 17, 2014

yay.dapat mybrain15 master!

alhamdulillah.risau tahu tak dapat.sebab ada tersalah isi kos waktu degree.tapi kawan aku cakap tak payah risau sebab yang tu tak penting.and end up betul apa yang dia cakap so aku dapat scholarship tu.

Actually senang je nak minta scholarship ni, pastikan bagi dokumen yang betul ikut cara nya then, permohonan korang diluluskan lah. Proses permohonan ni ambil masa dalam 2 bulan lebih .Aku mintak hari tu bulan 8 (awal bulan 8 lebih kurang) , then pertengahan bulan 10 ( 16/10) dapat emel bagitahu dah boleh semak keputusan.And thanks to Allah i got it dan sekarang proceed ke step seterusnya surat penjanjian etc dan settle kan dalam masa 14 hari....

Sepatutnya dah minta scholarship ni last sem tetapi takut dapat posting( since syarat scholarship ni individu yg bekerja bawah kerajaan tak boleh apply)  jadi aku tak apply. Sekarang bayang-bayang posting macam kejap ada kejap tak ada so why dont la aku apply kan...ada peruntukan diberikan..so mari ramai2 sambung belajar! haha.padahal bila kawan tanya pendapat ok ke dia nak sambung belajar..mula2 aku cakap ok ..sebab posting lambat kan...tetapi lepas tu aku tambah lagi fikir2 betul2 wey pegi kelas tu belajar semua tu best lah (bagi aku lah tapi sekarang ada satu subjek tu buat aku nak nanges...susahh...wuuu) nak buat reseachh tu erghh berat sikit.hehe..So fikir untuk diri sendiri, jangan follow orang.Jika anda rasa anda boleh,move on.Jika anda rasa anda tak boleh,tetapi nak sahut cabaran ini..yey..move on too! 


to my ownself: keep up your spirit.


cr : mytice FB

Tuesday, October 14, 2014

bad day

bende alah ni lah nak pasang.yang ini yang tak jadi punye

networking class- pasang rj45 tak jadi-jadi.1 jam setengah kot
:(
lepas tu tangan boleh pula kena gunting, sabar je la wahai hati

lepas naik sem break,kena cuba lagi,ok fine.tak best langsung


potong-potong sebab tak jadi.bila test ada wire yang tak masuk dgn betul.stress 



:(
macam nak drop je.nak drop!!
tapi kawan aku cakap dr.saja je cakap nak tolak markah,, tapi dia tak tolak.
humm.betul ke..

Monday, October 13, 2014

research journey never stop

hah.
poyo kan tajuk
sejak guna laptop akak ni malas betul nak menulis entri oleh kerana huruf g nya yang tak berapa nak berfungsi sangat.kena tekan denan iih baru dapat--

Balik daripada Lankawi ni, menantuk betul. Tneok jurnal sikit je mula lah,mata berat.penat berjalan tak hilan lai.

Thursday, October 2, 2014

chapter 1:Introduction

okay.aku tengah 'pusinggg' sekarang
terkapai-kapai
ahh seminggu lagi.

jurnal nak seratus dah dalam dropbox
aku dah baca half
tetapi...
........................

ok aku kena habis bacakan jurnal relate dengan Facebook dulu.ada 15.pengsan
lepas tu baru boleh menulis.

bai

Saturday, September 27, 2014

hidup ini adalah bersegi-segi?

selalu dengar orang cakap hidup ni seperti roda.berputar.ada kalanya berada di atas ada kalanya berada di bawah..

cr ; here
cr ; google


.tetapi......cuba fikir.apabila kita berada di atas..sebenarnya ada lagi orang yang atas dari kita..betul tak?cuba dongak :p

 Apabila kita berada di bawah..apabila kita dalam keadaan susah sebenarnya ada lagi orang di bawah kita..dan ada lagi orang yang susah dari kita..kan..kan...

Jadi, perumpaan hidup seperti roda ini bagi aku sudah tak signifikan lagi :p Hidup ini bersegi-segi, apabila kita rasa diri kita berjaya,ada lagi orang yang berjaya dari kita. Dan apabila kita rasa terlalu banyak dugaan hidup kita, ada lagi mereka yang lebih banyak dugaannya. Jadi kita akan sentiasa beringat dalam apa jua kita lakukan dan lebih bersederhana . Mari renung-renungkan.

Sesungguhnya aku sangat bersetuju dengan perumpaan ini. Terima kasih daun keladi suami k.jaja & k.jaja atas buah fikiran ini yang membuka minda saya dengan luas.



top search



saja-saja buang masa pergi taip kat google hari keluarga di desa balqis
tidak kusangka top kot.haha.
terus printscreen simpan buat kenangan :p
kalau taip desa balqis keluar tapi kat halaman ke2, jauh sikit.huhu
go.go.sharing is caring.


Thursday, September 25, 2014

tugasan yang semakin bertambah!

Assalamualaikum

feeling fresh in the morning.
sambil download cerita.
maklumlah nak habiskan quota internet untuk bulan ini :p

huhuiii..oleh kerana sekarang sudah minggu ke 3, haruslah tugasan bertambah, dan berderet menunggu giliran.gembiranya :p
perkara yang utama sekarang ini adalah menyiapkan bab 1.
memang kena push la diri sebab next week nak bercuti,jadi minggu ni kena struggle habis.eceh
masalah nya nak istiqamah tu susah
contoh kelmarin aku dapat baca 3 jurnal
semalam satu jurnal pun tak berjaya dibaca
sebab tengah sibuk fahamkan networking untuk terangkan dalam forum
satu hari kot baca,dok ulang-ulang tetapi keliru lagi ni nak buat dalam bentuk ayat sendiri.
ideaaa.idea...come to mama please :p

so, here goes my weekend
basuh baju
mengemas bilik
dan doing writing!

bai.

Sunday, September 14, 2014

research background

nak bagitahuu yang aku kene buat research background in less than 12hours tu je
haha
waa.serabot.
mood tak nak datang
haritu laptop rosak.dan hdd berjaya diselamatkan
alhamdulillah.jadi bayar 50 saja.
thank you enchik komputer krp!

second week
makin ramai pula jumpa budak muda-muda
22tahun uolsss sambung master
jeles hokeyyy
kenapa muda sangattt
tengok budak-budak first year pula
alahai bestnye korang umur baru 19
adoi jeles lagi
rindu nak ke umur tu
muka suci murni
jerawat pun malu-malu nak tumbuh kalau diingatkan dulu
sekarang
haiihhh
tak dengar cakap tuan.
ingkar betul
lantak lah kau jerawat.

bilik dah berisi da.
barang elektrik baldi tikar getah dah ada
baru terasa 'alive'

okayy.mari mula fokus


Friday, September 12, 2014

Meneruskan perjuangan

first week at utm
ada lah feeling lonely tu .walaupun kawan bilik sebelah je,
ye la dah 3bulan duduk rumah 
rasa macam kosong gak lah
ke.sebab bilik aku ni nampak macam kosong
sebabnya barang elektrik tak ada lagi
tak dapat lah nak masak
laptop pula tibatiba buat hal
rasa macam separuh jiwa melayang(over!)
ye la ingat nak teruskan momentum buat research
tiba2 laptop lak tak boleh nak masuk windows nya
melayang lah 200.
kena tukar hdd .hdd harga rm170.format laptop rm30
kat rumah tak ada pulak nak buat hal laptop ni
sedih betul
nasib kedai komputer tu ada buat delivery 
jadi tak risau nak pergi ambil laptop macam mana
redha kan je lah dengan nasib laptop ni
lama dah pun berkhidmat
dan khidmatnya masih lagi diperlukan okay
untuk kelas pula first week ni banyak habis awal
so far okay la nampak
cuma risau subjek leadership yang tiba2 aku dilantik secara rambang menjadi ketua.sebab aku student full time
aihh.terpaksa terima.haha
subjek komputer pula rasa nya tak akan habis kelas lewat macam semester dulu
senang hati dengar.
esok harap laptop dah siap nasib ada kawan baik hati bagi pinjam laptop
kalau tak tidur je la kat bilik ni
almaklumlah tengah musim sejuk.huhu

Friday, September 5, 2014

sumbit done!xoxo

alhamdulillah,dah hantar draft chapter 2, tetapi hantar lambat gak sebab salah buat citation last2 minute check baru perasan.
tetapi kan tak tahu lah tu ke draft yang Dr. maksudkan.haha.
kalau Dr suruh buat baru.beres.boleh je.sebab memang tengah ada momentum nak buat research ni.cecehhhh..aihh.apa la reaksi Dr. baca aku punya draft tu.entah2 tergelak tengok bahasa aku.kata Master..aku guna English simple je kot.kategori simple sentences. maklumlah vocabulary kurang.Itulah menyesal pulak tak banyak membaca. Sekarang tengah berdeabr tunggu respon sv.Samada terus sambung tulis dalam Bahasa Inggeris atau tukar Bahasa Malaysia.anyhting could be possible!atau sama ada kena kritik habis-habisab.huhu.i'm ready for it.last minute kerja kan.Rasa lemah dah ni badan sebab almost 24 hourr duduk depan laptop.haihh..tolong-tolong lah ambil ini sebagai pengajaran wahai diriku.
Kejap lagi nak pergi kenduri kahwin classmate.I'm so excited walaupun rasa penat ni tak hilang lagi.
Malam pula kena berhempas pulas mengemas barang dan esok..hello UTM!


Wednesday, September 3, 2014

super stress

tajuk pun dah berbaur unsur ke-negatif-an
haha

SV dah mesej pagi tadi suruh hantar draft chapter 2
draft oi
macam mana rupa draft.
pagi tada baru aku siap mind map bagai
malam ni nak goreng ayat.
tapi blur gak ni macam mana nak start.
ye.aku lupa baca Bismillah..doa..tup-tup idea datang.amiiinn

Jumaat ni dah start daftar subjek.
Aku dah pening nak amek 5 ke 6 subjek.Kalau 6 subjek maksudnya tiap2 hari ( ahad-khamis)
aku ada kelas.ok fine je.Tapi masalahnya ada research study 1 tu. Ye ke weekend ( jumaat-sabtu ) aku fokus buat keje.selau waktu tu lah aku nak berehat.kekonon weekdays otak dah penat  so kita bagi rehat sikit!ha..Kalau ambil 6 subjek tu maksudnya sem depan aku hanya ada research study II je lah dan aku tak perlu ke kelas. Tak payah duduk kat UTM pun takpe.ha..best kan.dah boleh kerja time tu..dan kalau posting dah masa tu lagilah senang. Masalah utama sekarang ni mampu ke aku nak bawa 6 subjek tu dengan research lagi.haih..picosso taw bila fikir research ni.Macam aku buat kat rumah ni ,dia punya malas yang ampunn..sesungguhnya aku betul dilemaaaaaaa


Saturday, August 30, 2014

first try pavlova!

okayy,tengah tension2 baca jurnal.rest je tepek resipi pavlova dekat sini.

resipi ini aku ikut dari blog kak Rai ni.mudah sebab ada gambar lagi.Cuma yang bahagian whipping cream tu dia tak tunjuk sangat. Part whipping cream ni lah aku punya tak jadi sangat.Tak tahu la kenapa.Penat memutar..dah la pakai tangan,lepas ni nak beli yang stand mixer je senang.Nak dekat 1 jam kot putar tapi dia tak likat sangat..tapi okay la daripada cair je.Yang whipping cream tu aku tengok dari video ini.

tekan sini
(yang part gula tu aku kurangkan jadi 1/2 cwan)-tak nak manis sangat

banyak betul guna putih telur nya.Kuning telur tu esoknya mak aku masuk dalam nasi goreng.hah.tak lah membazir.

nomnomnommm

the nice texture/meringue.the spoiled cream.



okay.so this is my pavlova.tak menyerlah sebab tak ada strawberry.aku letak kiwi dengan buah oren. aku rasa macam jadi.meringue die pon cantek je rasa macam marshmallow tu cume macam aku cakap tadi,krim je la spoil sikit.apa-apa pun selamat dah di perut ku....nom nom....


merdeka.merdeka.merdeka!

Tanggal 31 bulan 8 lima puluh tujuh,
hari yang mula hari bahagia
sambut dengan jiwa yang merdeka!
......


sayangnya jiwa aku tak merdeka lagi.ak countdown atas katil kot haha.ye la.konon-konon nak baca jurnal tapi baru bukak scroll sikit-sikit lepas tu tengok ayat bombastik sangat aku pun bawa diri lah tidur.lepas tu bangun balik and i did the same things.baca jurnal mula lah aku ngantuk.dah la kena hantar before sabtu ni..sepatah perkataan tak tulis lagi.urghh.macam nak give up je rasa, betolllllllll.seteresssssss.tolonggggggggg

aku yang senang tertidur bila stresss-

Wednesday, August 27, 2014

Tarbiyah Cinta

ceh,cehh.. nak feeling-feeling kejap sebelum mula baca jurnal.boleh tak.

cr:infotaip.blogspot


Tadi episod terakhir cerita tarbiyah cinta drama tv1 yang ditayangkan pada setiap tengahari pada jam 11.30-12.30 pada hari Isnin hingga Khamis.Sedih sangat..tetapi itulah hakikatnya.Itulah kebenarannya walaupaun ianya pahit.ecehh.wuu.sedih lagi bila terbayang muka Umar yang sedih.
Bagus betul lakonan Umar ni(ditambah lagi dengan pakej muka dia).tiba-tiba nak minat dia.haha.

Pelakon utama cerita ini;

Memey Suhaiza (Dr. Imani)
Arja Lee( Danny)
Imam muda Naufal Hatta ( Umar)


Apa yang best cerita ni?
Cara penyampaian dakwah nya lah.Pertama dari segi pemakaian Amani,sukanya nampak dia pakai labuh-labuh dan longgar tapi masih ada style dan cantik di pandangan mata.Shawl yang dipakai kebanyakannya nampak mudah cantik je tengok ( tetapi sebab Memey Suhaiza ni cantik memang cantik lah kan).Kedua Umar.eh..betul watak Umar iaitu seorang lelaki soleh,baik hati dan pemalu.Alunan merdu  bacaan ayat Al-quran yang dibacakan oleh Umar dan hormat kepada ibunya (waktu ibu Umar tak terima lamaran wanita yang ingin meminang Umar, Umar akur sahaja).Ketiga ada cerita mengenai usrah. Banyak juga ilmu yang disampaikan sewaktu babak mereka mengadakan usrah.Ada iman muda Nazrul  selaku murabbi.Keempat imani.mestilah watak Imani dekat episod awal2.Dia suka kat seseorang die berani cakap dan dia gunakan medium yang betul.Dan bila dia tak suka dan tak boleh terima orang tu dia boleh cakap dengan jujur.Lepas tu Imani ni suka cakap perkara yang berfaedah dan tak suka gosip-gosip ni. good job Imani .saya nak jadi macam awak gak!hihi.

Apa yang tak best?
Danny lah.kemunculan Danny.hahaa.baru nak tengok babak Umar dengan Imani berborak,berkawan malu-malu tiba-tiba dah muncul babak Danny.Dan akhirnya Danny tu lah jodoh Imani.
eh.jujur sangat ye.good acting Danny awak buat saya geram dengan kemunculan awak.hehe

Banyaklah pengajaran boleh diambil dari cerita ini.sungguh.
antaranya

Allah adalah perancang sebaik-baiknya (Allah is the best planner).Walaumacamana cantik pun perancangan kita, DIA punya perancangan adalah yg terbaik...

cr to owner

-macam  dalam drama ni.Imani masa tu call Danny cakap dia tak boleh suka dan cinta kat Danny.dia suruh Danny lepaskan dia. Imani dah la dah siap cakap kat Umar masa tu 'apasalahnya kita merancangkan' waktu Umar cakap nak teruskan hasrat nak memperisterikan Imani.Waktu ni Umar tak tahu lagi Imani dah kahwin. Imani pula masa ni memang cinta sangat kat Umar. Bila Umar dapat tahu Imani dah kahwin, dia cakap kat Imani ' cinta kita berdua untuk bersatu,tetapi matlamat dan cara tak menghalalkannya,kembalilah ke jalan Allah ,Imani'*lebih kurang macam tu lah ayatnya* maksudnya Umar suruh Imani patuh dan taat la kat suami dia Danny tu.Dan akhir sekali Imani mintak maaf kat Danny dan akan belajar cintai Danny. -end- siap tulis cerita penamat lagi.haha.

Memang dah agak dah ini ending nya, Umar kan baik,tak kan lah dia nak rampau isteri orang hanya sebab dia suka kat perempuan tu.oh Umar kesiannya kamuuuu.Sunnguh ajal,maut,jodoh,pertemuan di tangan Allah.
cr to owner

menenangkan fikiran dengan menghayati  lagu ni:

Lirik Tarbiah Cinta - Dina Nazir & Rendra Zawawi

Oh Tuhan lindungi hatiku
Dari keinginan dunia
Aku hanya disini sekadar berlalu
Bagaikan fajar yang menanti senja

Tapi mengapa bicarakan takdir
Yang terjadi pastinya bererti
Hanya dia yang satu menjadi saksi
Kepada kasih yang aku ingin beri

Inilah tarbiah cinta
Menguji insan setia
Tunjukkanlah diri ini 
Yang mencari kebenaran
Inilah tarbiah cinta
Menguji insan setia
Terangkanlah hati ini 
Dari kegelapan fana

Mungkin jawapannya tersirat
Didalam renungan dan bisikan hatimu
Oh marilah kusujud hatiku
Cinta, engkau, oh Tuhan

Inilah tarbiah cinta
Menguji insan setia
Tunjukkanlah diri ini yang mencari kebenaran
Inilah tarbiah cinta
Menguji insan setia
Kurniakanlah hambamu ketenangan jiwa selalu
Aku hanya manusia yang punya keimanan
Mencari erti bercinta

Oh Tuhan ampunilah aku
Oh Tuhan selamatkan aku


so deep right?






Monday, August 25, 2014

keep going!

cr:tumblr
aww.so cute.i should remember this all the time especially when I'm having hard time.


Friday, August 22, 2014

X

jeling-jeling kalendar.
banyak da X


kalau ikut perjanjian cakap-cakap by end of next week aku kena hantar bab 2 dah la
wooow
tetapi ikut logik memang tak lah.mungkin terlebih hari sikit aku hantar.haha
miannn dr.

Wednesday, August 20, 2014

red velvet for mom's birthday

As usual!
rvc is my choice.
rasa nya yang sedap dan tak jemu.
dan sesuai untuk seisi keluarga.chewaaahh.
Gambar mak dengan kek ada bakal dipaste disini

After a long~~~ time tak bake cake.
jadi kek nya adalah kekurangan
tak tahu lah sejak kepala berserabut dengan jurnal ini malas sungguh nak baka kek atau biskut
ini pun lepas buat kek rvc ni rasa dah tak nak buat kek lagi
ye la..kek yang diharapkan tak serupa apa yang dibayangkan.hehe
lepas tu dengan nak mengemasnya-membasuh.adoi.leceh..
tapi everything for u mak!
;)

Untuk birthday adik ( 2/9) ni memang tak lah buat kek
lagipun adek dah request nak red velvet cookies
jadi layankan saja lah
sebenarnya nak buat dah since raya hari tu tapi pewarna bright red tak ada.
merata-rata kedai pergi semua dah habis
agaknya masa raya ramai buat red velvet kot.kot la.

Ini resepi rvc yang aku ikut. sumber : Hana's Family. * ada gak yang telah diubah

Bahan-bahan
  • *2 cawan tepung kek/superfine
  • *2 sudu besar serbuk koko
  • *1 sudu kecil baking powder
  • *1 sudu kecil soda bicarbonat
  • *1 sudu kecil garam
  • 1 cawan buttermilk - resepi di bawah
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1/2 cawan kopi/nescafe panas
  • 2 biji telur A
  • esen vanila

Topping
  • 250g cream cheese @ satu ketul
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
  • 1 sudu besar jus perahan lemon ( aku tak letak pun..orang kata lemon ni utk hilangkan bau cheese,so tak apa lah kalau tak letak rasanya)

Cara-cara
  • Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
  • Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  • Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang(pastikan gula hancur). 
  • Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
  • Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus. 
  • Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.(tunggu kek sejuk dulu baru letak topping)


Tuesday, August 19, 2014

jurnal @@@@

1.24 a.m
sedang membaca jurnal
tulus ikhlas aku cakap aku mahukan semua ini segera tamat
kadang-kadang rasa nak give up je
tapi memang tak boleh lah
sebab aku yang mulakan dan aku perlulah berusaha hingga ke garisan penamat!
ngantuk nye ~~~~~~~~~~~~

Friday, August 15, 2014

raya kawan2

semalam kawan2 utm dtg beraya  kt rumah.seronok.lagi2 dengar cerita sorang bff ni.
tapi tak habis cerita pun.sambung cerita waktu nak ke bp nanti yey!

credit : aina

Monday, August 11, 2014

buat dulu baru cakap

cakap banyak tak guna, kalau tak buat kan.
Jadi tinggal lebih kurang 18 hari lagi untuk aku siapkan draf bab2(literature review)..
memang kena siapkan , sv dah pesan awal2 kena bagi before naik cuti.
hahhh..ni lah bila suka sangat buat kerja last minute.padan muka kat diri sendiri .uaah

Setiap kali nak buat research,nak buat literature review setiap kali tu lah nak kena google.secara teori-nya tahu, bila kawan tanya ber-iya bercerita...tetapi secara praktikal..ayoo...manyak pening.manyak ngantuk
Jadi aku decide nak tulis kat sini serba sikit perjalanan proses pembikinan bab2 ini.

1.Tajuk aku dah ada, jadi tak risau.Ini semua idea sv .i follow je. Tambahan lagi tajuk yang sv cadangkan tu best!Tetapi masih boleh tukar tajuk sv cakap. Jadi seterusnya aku kena baca berpuluh-puluh jurnal atau mengikut beratus-ratus(dalam mimpi je).

2. Buat gant chart (ni bukan dalam proses menyiapkan bab 2 tapi untuk bab 1-3).Gant chart adalah jadual kerja. Jadi kerja kita akan lebih teratur.
rasa kena anjak ni.kena extend sikit masa untuk menulis bab2 kat September tu :"]


3. Cari jurnal di database.Biasanya setiap universiti ada sediakan akses untuk pelajar dia. Jurnal lebih mudah dicari jika  secara spesifik (guna advanced search). Macam aku, aku cari berdasarkan 4 keywords iaitu social learning environment, facebook, interaction dan active learning.Keyword ni yang sv aku suruh cari dan aku pun ada juga guna keyword lain iaitu facebook learning dan social learning. 

4. Buat masa sekarang dah ada 30 jurnal dan aku akan cari mungkin lagi 20.Tak cukup sebenarnya tu,tapi takpa lah 1 pun dah berpinar mata membaca apatah lagi 50.haha.To my self-never give uo.

Saturday, August 2, 2014

time flies

Sekarang dah bulan Ogos,sungguh tak terasa pun.Ya Allah cepat betul masa berlalu.tup-tup dah habis semester 1, tup-tup keluar result, tup-tup puasa dan tup-tup raya! result alhamdulillah, baik.cuma ada sedikit kecewa sebab ada subjek yang target tetapi tak dapat seperti yang hendak dicapai. Sedih sangat masa tu, siap buat entri frust lagi kat blog ni tapi tak jadi publish.Entri berbaur emosi sangat. Dah tenang terus mesej dr. dan akhirnya terima jawapan yang dr.bagi. Redha. Di sebalik kegembiraan tu aku belajar juga untuk Redha.Yang penting semester depan gandakan usaha(jangan malas-sebab selalu malas) dan gandakan doa.Insyaallah.cehh.cakap lebih-lebih teringat pulak hutang jurnal aku dah bertambah 30 okayy..arghh.stress bila ingat.Jadi hutang tetap hutang, kena bayar..kena pulun habis la ni.ada sebulan lagi.mampukah aku?


Thursday, June 19, 2014

life 16-done sem 1

alhamdulillah.
pejamcelikpejamcelik dah selesai satu sem1
serious tak rasa pun
dari februari hingga lah pertengahan jun
alhamdulillah semua atas pertolongan Allah dan doa mak ayah dan kawan2..
jadi tinggal dua sem lagi dan hopefully semuanya dipermudahkan juga

dah habis ni tetiba macam rasa..eh senang je master ni..
padahal dalam tempoh siapkan assignment tu..ya ampunn..
asyik mengadu susah..
tapi ye la bila dah penghujung tu baru lah nampak dan rasa..
oh sepatutnya aku study macam ni-eh lecturer ni baik sebenarnya(masa check carry mark).hihi
almaklumlah bila da selesai exam ni,rasa ringan sikit otak ni..nak pandang ke depan pula.
flashback kejap pasal paper exam hari tu ..ade juga yg terkilan tak dapat nak jawab dgn baik.tapi nak buat macam mana,dah berlalu kan..jadi tawakkal je sekarang..mudah-mudahan Allah lembutkan hati pensyarahku dalam menanda kertas aku dan kawan-kawanku

kertas pertama-research metodology 1-soklan objektif die sangat mencabar,sgt mengelirukan
tahniah dr. sebab berjaya bina item soalan yg bagus.huhu.soalan subjektif, direct dan simple
tapi kalau tak membaca mmg tak dapat jawablah!

kertas kedua-authoring-soalan yg keluar yg basic je..punyalah yg kompleks kitorang hafal.tetapi ada juga soalan yang kitorang spot keluar

kertas ketiga-organisasi pusat sumber-soalan memang terbaik..rasa macam aku betul2seorang resource centre manager sewaktu menjawabnya.haha.soalan esei yang total markah 100.menabg penatlah tangan menulis dengan dakwat yg makin menghilang.

kertas keempat

Wednesday, June 18, 2014

baru nak mohon mybrain

penat tawu tak scan,igt settle da..rupa2nya ralat saiz tu.uwaa.

Thursday, June 5, 2014

life 15

#assalamualaikum

done first paper,left with another 4.banyakk..kawan2 lain tinggal 3,2,1 .well..depends subjek  yang kita ambil sebenarnya. Kalau subjek itu tak ada final..untunglah..untung sangat.tapi siap lah..assignment dia bukan double lagi.malahan triple dan fourple plus presentationsssss lagi. Hari tu first paper research method I , tak tahu nak cakap feeling macam mana sebab masa tu mood exam tak mai lagi. Beberapa hari sebelum tu aku pergi bercuti kat Penang dengan family. Jadi balik utm je, rasa ngantuk lemah.Subjek ini 4 jam kredit memang lah merisaukan tapi dah selesai pun kan..tawakal je lah .mudah-mudah an Dr. berlembut hati dan berlapang dada waktu tanda paper aku dan kawan-kawan aku.amin.

Subjek seterusnya nota-nota semua dalam bentuk blog. Cabaran betul. Selalunya waktu exam, laptop aku akan kurantinkan , tapi sekarang ini tak boleh la. Tak rajin pula lah nak print nota-nota yang dah tulis kat blog tu. Jadi cekalkan hati,cuba hiraukan anasir-anasir jahat-ceh,padahal diri  sendiri yang gatal klik sana sini(online). Contoh macam sekarang lah tiba-tiba pergi update blog pulak.Tapi tak apa sementara tunggu asar ni.

come on.come.i need to the best.fighting

#sv dah mesej.patutnya mesej dia dulu.tapi asyik lupa.lookingforward researchproject1 next sem!

Monday, May 26, 2014

life 14

study week on

Sedang buat soalan past year research method. Cara aku.. buat soalan sambil membaca.Kalau tak memang lambat sikit mood datang.

Hari tu dah semak carry mark,nampaknya memang kena study betul2 ni kalau nak merasa A-yam.nyum.
Tiba-tiba teringat waktu kelas terakhir authoring dr. ada cakap semester hadapan ada subjek baru seperti pembangunan apps.Kitorang yang dengar semua macam..wahh.besntnya..jeles..nak jugak..lepas tu dr saja tambah cerita..nanti ada subjek yang ni..yang ni..kebanyakannya menarik lah..lepas tu kitorang tanya dr.kitorang  tak boleh ambil ke..dr. kata boleh ambil ..HS lah .HS ni hadir sahaja, buat assignment semua tetapi tiada exam.Dr. bagitahu ini subjek2 baru untuk kos master teknologi pendidikan dan 45 kredit semuanya yang akan digunakan mulai sem hadapan ( bulan 9 2014) kiranya batch baru. Kitorang semua...oh...ok bersyukur sangat..sebab kitorang 40 jam kredit je..hehe..kalau 45 tu memang agak padat(pack) la untuk habiskan dalam 1 tahun setengah..So kami semua berasa sangat bersyukur dan tak ada lah rasa jealous.hehe

Masa siapakan proposal qualitative kelamkabut gak la.Lepas tu bila check member group tak bagi rujukan dia,adui..lepas tu mesej tak reply.jadi cover apa-apa yang sempat je masa tu..haiih.tawakal je sekarang.moga-moga lah dilembutkan hati Dr.Z tanda kitorang nye proposal tu..

Esok,nak balik rumah. May Allah ease my journey.


Saturday, May 24, 2014

life 13?

yay!alhamdulillah.settle segala tugasan assignment.
ada 2 hari lagi nak fokus study.Perlu hargai masa sebaik2nya
first paper;research method ; 2 jun: 

Tuesday, May 20, 2014

i love u more la mak

Tadi call mak cakap maybe tak dapat balik between 28-30/6 sebab assignment banyak tak siap lagi.Tarikh ni ayah ajak jalan pergi utara sebab cuti sekolah. Sedih pula tak dapat ikut.Mak cakap macam tak plan sangat lah nak pergi tapi sebab ayah tengok semua cuti (termasuk aku,study week time ni) jadi ayah pun book hotel da. Masa awal2 hari tu ingat kan boleh ikut tapi banyak lagi assignment yang perlu diselesaikan. Sebab kalau balik kiranya 27 haribulan aku kena balik rumah, lepas tu 31 haribulan balik utm semula.5 hari tu..lama..31 haribulan tu plan nak attend kenduri kawen kak su (kawan waktu kerja tadika).Tapi tadi mak cakap xpe,jangan risau, siapkan kerja tu.Terharu rasa.because of that i love you more day by day mum.
Tengah struggle lagi siapkan kerja ni so dapat curi sikit hari untuk balik kejap sebelum 28 haribulan tu.harap2 sempat.Memang adat sebelum final kena balik rumah jap mintak restu dan doa ayah bonda.hehe

Sunday, May 18, 2014

life 12

Assalamualaikum

Mari rajin meng-update sebelum study week bermula~
Hari tu pembincangan untuk subjek yang jurnal panjang tu berjalan dengan lancar. Seronok bincang , tak ada lah tersengguksengguk depan laptop membaca jurnal. Terima kasih ahli kumpulan yang bijak bistari!
Untuk hari ini selesai sudah kelas foundation technology bagi semester 1. Dah wrap habis tadi. Ada sesi  Q&A yang berlangsung secara online. Bukan apa kalau tanya pendapat sorang-sorang confirm akan jawap ,'jawapan saya sama dengan dia','macam tu lah pendapat saya'.Pensyarah aku cakap la.Jadi penyelesaian terbaik guna polleverywhere ni. Jadi tak ada lah jawapan yang sama.selesai.

Polleverywhere ni sesuai guna kat kelas sebab kadang-kadang students malu, tak berani nak bagi jawapan. Jadi dekat polleverwhere ni dia just taip je jawapan dan send. Dan bila dah send pun tak ada tulis nama pelajar tu kat situ. 

Kalau tak faham nak guna jangan risau, ada video yang tunjukkan caranya.
Yang ni yang interphase yang guru boleh nampak.
Untuk respon kepada jawapan, salin yg PollEv.com/hollowcat180 kat url web.
Bestkan. Insyaallah akan guna ilmu-ilmu yang dapat ini waktu mengajar nanti.