Wednesday, August 27, 2014

Tarbiyah Cinta

ceh,cehh.. nak feeling-feeling kejap sebelum mula baca jurnal.boleh tak.

cr:infotaip.blogspot


Tadi episod terakhir cerita tarbiyah cinta drama tv1 yang ditayangkan pada setiap tengahari pada jam 11.30-12.30 pada hari Isnin hingga Khamis.Sedih sangat..tetapi itulah hakikatnya.Itulah kebenarannya walaupaun ianya pahit.ecehh.wuu.sedih lagi bila terbayang muka Umar yang sedih.
Bagus betul lakonan Umar ni(ditambah lagi dengan pakej muka dia).tiba-tiba nak minat dia.haha.

Pelakon utama cerita ini;

Memey Suhaiza (Dr. Imani)
Arja Lee( Danny)
Imam muda Naufal Hatta ( Umar)


Apa yang best cerita ni?
Cara penyampaian dakwah nya lah.Pertama dari segi pemakaian Amani,sukanya nampak dia pakai labuh-labuh dan longgar tapi masih ada style dan cantik di pandangan mata.Shawl yang dipakai kebanyakannya nampak mudah cantik je tengok ( tetapi sebab Memey Suhaiza ni cantik memang cantik lah kan).Kedua Umar.eh..betul watak Umar iaitu seorang lelaki soleh,baik hati dan pemalu.Alunan merdu  bacaan ayat Al-quran yang dibacakan oleh Umar dan hormat kepada ibunya (waktu ibu Umar tak terima lamaran wanita yang ingin meminang Umar, Umar akur sahaja).Ketiga ada cerita mengenai usrah. Banyak juga ilmu yang disampaikan sewaktu babak mereka mengadakan usrah.Ada iman muda Nazrul  selaku murabbi.Keempat imani.mestilah watak Imani dekat episod awal2.Dia suka kat seseorang die berani cakap dan dia gunakan medium yang betul.Dan bila dia tak suka dan tak boleh terima orang tu dia boleh cakap dengan jujur.Lepas tu Imani ni suka cakap perkara yang berfaedah dan tak suka gosip-gosip ni. good job Imani .saya nak jadi macam awak gak!hihi.

Apa yang tak best?
Danny lah.kemunculan Danny.hahaa.baru nak tengok babak Umar dengan Imani berborak,berkawan malu-malu tiba-tiba dah muncul babak Danny.Dan akhirnya Danny tu lah jodoh Imani.
eh.jujur sangat ye.good acting Danny awak buat saya geram dengan kemunculan awak.hehe

Banyaklah pengajaran boleh diambil dari cerita ini.sungguh.
antaranya

Allah adalah perancang sebaik-baiknya (Allah is the best planner).Walaumacamana cantik pun perancangan kita, DIA punya perancangan adalah yg terbaik...

cr to owner

-macam  dalam drama ni.Imani masa tu call Danny cakap dia tak boleh suka dan cinta kat Danny.dia suruh Danny lepaskan dia. Imani dah la dah siap cakap kat Umar masa tu 'apasalahnya kita merancangkan' waktu Umar cakap nak teruskan hasrat nak memperisterikan Imani.Waktu ni Umar tak tahu lagi Imani dah kahwin. Imani pula masa ni memang cinta sangat kat Umar. Bila Umar dapat tahu Imani dah kahwin, dia cakap kat Imani ' cinta kita berdua untuk bersatu,tetapi matlamat dan cara tak menghalalkannya,kembalilah ke jalan Allah ,Imani'*lebih kurang macam tu lah ayatnya* maksudnya Umar suruh Imani patuh dan taat la kat suami dia Danny tu.Dan akhir sekali Imani mintak maaf kat Danny dan akan belajar cintai Danny. -end- siap tulis cerita penamat lagi.haha.

Memang dah agak dah ini ending nya, Umar kan baik,tak kan lah dia nak rampau isteri orang hanya sebab dia suka kat perempuan tu.oh Umar kesiannya kamuuuu.Sunnguh ajal,maut,jodoh,pertemuan di tangan Allah.
cr to owner

menenangkan fikiran dengan menghayati  lagu ni:

Lirik Tarbiah Cinta - Dina Nazir & Rendra Zawawi

Oh Tuhan lindungi hatiku
Dari keinginan dunia
Aku hanya disini sekadar berlalu
Bagaikan fajar yang menanti senja

Tapi mengapa bicarakan takdir
Yang terjadi pastinya bererti
Hanya dia yang satu menjadi saksi
Kepada kasih yang aku ingin beri

Inilah tarbiah cinta
Menguji insan setia
Tunjukkanlah diri ini 
Yang mencari kebenaran
Inilah tarbiah cinta
Menguji insan setia
Terangkanlah hati ini 
Dari kegelapan fana

Mungkin jawapannya tersirat
Didalam renungan dan bisikan hatimu
Oh marilah kusujud hatiku
Cinta, engkau, oh Tuhan

Inilah tarbiah cinta
Menguji insan setia
Tunjukkanlah diri ini yang mencari kebenaran
Inilah tarbiah cinta
Menguji insan setia
Kurniakanlah hambamu ketenangan jiwa selalu
Aku hanya manusia yang punya keimanan
Mencari erti bercinta

Oh Tuhan ampunilah aku
Oh Tuhan selamatkan aku


so deep right?






2 comments:

  1. dah..dah... jangan duduk dalam khayalan teacher.. hehe

    ReplyDelete
  2. haha.cuma mengagumi watak insan-insan baik.

    ReplyDelete