Sunday, March 15, 2020

Diari 1 : TTC Journey

Hari ini period datang.On time. Lewat sehari sahaja. Maksudnya cubaan kali pertama makan clomid tak berjaya. Buat masa ini, aku nak stop dulu. Nak fikir pula perkara2 yang boleh membahagiakan aku. Tak nak sedih sangat walaupun sebenarnya tadi dah nangis2 kat toilet.

    Hari tu doktor tu ada pesan, kalau period datang (maksudnya tak pregnant), datang klinik ambil clomid. Tapi rasanya tak pergilah sebab timing tak sesuai. Suami pula kaki injured. Takpelah fokus dekat suami mungkin tu ladang pahala untuk aku.