Friday, December 13, 2013

malang tidak berbau

Sejak jadi cikgu tadika ni aku memang setuju sangat dengan perumpaan malang tidak berbau ni.Paling  aku ingat ada sekali ni , seorang anak boy ni pipi dia tercucuk warna pensil.Agak dalam lah luka tapi kecik je. Tengok tu pensil warna pun dah dikategorikan sebagai barang yang merbahaya. Yes, apa-apa barang boleh menyebabkan kecederaan kepada anak tadika.

sumber


Sebab tu lah, anak-anak ni betul2 kena diawasi oleh cikgu. Yang pasal pensil warna ni, masa tu memang ada bagi anak2 ni tugas untuk melukis dan warna dan buat dalam kumpulan. Tiba-tiba je seorang anak boy ni panggil cakap, A kene pensil. Nasib A tak mengangis, aku bawak pergi ofis lepas tu sapu ubat. Time tu dia cakap la, teacher..sakit..muka anak boy tu ..ya ampun kesian..auk cakap tahan sikit ea..teacher baca selawat ye..smbil tiup2.hehe.sebenarnya A ni agak notty sikit, yang risau time nak bagitahu kt parents dia.

 Maklumlah satu perkara kat tadika ni, anak2 kalau luka sikit memang kena noted, inform parents cepat2..takut nanti parents salahkan teacher. Contoh macam anak datang tadika ada luka ke..so teacher kena catat awal2. Oh..yg A tadi tu , time hantar dia balik, aku inform la kat ibu dia, nasib ibu dia tak cakap apa2 sebab ibu dia pun memang tahu anak dia macam mana..lega rasa.feww

 And one more thing,kadang-kadang bila sesuatu perkara nak berlaku..aku macam dapat instinct je.*ceh.konon.instinct seorang guru.kononnnlah*situasi- seorang anak transit ni pegang bekas yang ada guli yang banyak lepas tu goncang2.aku baru nak cakap 'S, jgn..." dushhh..guli2 tu pun terabur ke serata tadika.jenuh nak mengutip hoiii. dan ada lagi satu masa tu budak2 ni main kejar2 dekat dengan whiteboard..aku baru nak sebut..D*nama anak*....,pang.whiteboard tu dah senget sebelah,nasib tak hempap  budak tu..jadi satu kerja pulak aku kena memaku nye balik.ayoiii.hahaa..

so apa yang aku faham semua benda ada potensi untuk menjadi ancaman bahaya,..yes.sebab time pergi kursus osha pun, pensyarah cakap perkara yang sama. So, solution dia, teacher kena always remind anak sebab anak-anak ni kalau main dah syok sendiri je tak perasan dah apa yang bahaya.hee

**hari ni cuti, ingat nak pergi KL tapi member ada hal..so postpone..rugila gaji sehari.tsk :P*

Sunday, November 24, 2013

future decision

betul ke aku ni nak jadi cikgu?

i'm afraid that sudents wont respect me as i could be the same size with them or smaller than they -.-

kata hati terdetik, nak sambung belajar lagi, tapi kalau dah sambung belajar nanti nak kerja apa pulak lepas tu.Jadi lecturer ke....yang tu confirm students lagi la besar dari cikgu nye. wahahaha

dan tiba-tiba teringat akan kata-kata ni..kata2 motivasi


Untuk menjadi positif, Anda kena jadikan kekurangan dan kelemahan Anda sebagai kekuatan Anda.Letak ia sebagai pembakar semangat Anda untuk terus memajukan diri!. Semaju yang mungkin, sehebat yang mungkin.

yay!!!

*cakap memang senang.nak serap masuk dalam diri tu..waduhhhh-waduhh.-mari-mari..aurapostive....




Thursday, November 14, 2013

moments

#Assalamualaikum

cepat betul masa berlalu.ni yang i loike sangat.tup tup je da school holiday(esok 15/11 ) but still i'll be missing those cute,handsome,naughty, arrogant (ada taw...ingat mr.arrogant je ada) kids who soons i pray to be a good muslim and muslimah!insyaallah.



peace yawww!


tiba-tiba teringat perbualan dengan anak murid.

teacher: anak-anak, dah besar nanti nak jadi apa?
anak 1 : saya nak jadi cikgu
anak 2 : eh, awak tak boleh jadi cikgu sebab awak tak pakai spec (cermin mata)
teacher : kenapa pulak?
anak 2 : ayah saya cakap.ayah saya cakap siapa yang pakai spec je boleh jadi teacher.
teacher :  :))) *apa-apa la sayang

Friday, November 8, 2013

Quick update

# HPS cepatlah berlalu
#nak holidayyyy
#the tired week,balik umah je terus tombang atas katil
#nak naikkan berat badannnnn!
#nak shopping please222
#settle bil umobile esok

Monday, October 28, 2013

Friday, September 20, 2013

Now, i am employed

#Assalamualaikum

Alhamdulillah, aku dapat job akhirnya as tadika tice.Baru 3 hari, tapi banyak perkara juga aku belanja. Dan satu perkara yang awal2 aku rasa weirdo sgt nak sebut bila kena panggil student ni anak-anak.huhu.alahai, terasa dah tua pulak lee..

i hate u mobile

#Assalamualaikum

Di kala ini, aku terasa begitu stress.terasa nak maki hamun je umobile,penipu tawu tak!!!!!!!!Masa aku nak beli simcard bukan main gebang kan cakap pakej u28 ni simcard die free, then kita bayar hanya untuk yang kita pakai dan bila kita tak guna kita tak payah bayar apa-apa. Baru-baru ni bil sampai rumah kena bayar rm65 , yang mana rm65 ni untuk 2 bulan iaitu bulan 7 dan 8.Bulan7 dan 8 ni memang aku tak guna ok.Simcard pun simpan elok2 je dalam kotak. Tetibe plak tengok kat bil ada bayarannya. Mula2 masa dapat bil bulan7, aku da start pelik da, tapi aku decide tunggu sampai bulan 9,ttapi sampai2 bil je tengok kena bayar gak untuk bulan 9.Pehhhh.pilu..aku terbayang duet gaji akuu yang tak seberapa tu habes melayang gitu je.Hem.tapi mungkin ada hikmah di sebaliknya kan sebab aku dah dapat kerja sekarang.Lepas daapat bil dan dengan rasa 'hot' yang teramat, aku call centre. Tak puas hati gila wey. Orang service centre tu cakap pakej ni guna atau tak guna kena bayar. Aku lak terang balik masa aku pergi beli orang kedai cakap yang kita hanya bayar apa yang kita gunakan. Rasa macam nak gaduh dah time tu.Saket hati la weyh. Haritu cakap lain, ni cakap lain. Company sama kot, maksud aku bos umobile. Aku cakap memang dengan perasaan yang cukup geram lah time tu. Lepas tu tak larat dah nak dengar jawapan2 dari staff tu ak cakap ok je, staff tu pun cakap ok,then letak terus telefon. Betapa marahnya time tu, fuh.Staff tu cakap kena pergi centre untuk terminate. Amboi, kalau register bukan maen banyak kiosk, ni nak terminata, seketol -dueketol je centre utk setiap negeri. Macam melaka kat mlk raya, jauh kot.Entah bila aku nak pergi dah la services centre tu waktu bukak adalah hari biasa. Cmana la nak keluar waktu kerja.Ya Allah sabar ja lah kan...

Sunday, September 15, 2013

Cikgu tuisyen ( sarat dengan emosi versi pendek )

#Asslamualaikum

Perangai budak-budak tusiyen tempat aku ajar secara rawak (baca: randomly):

  • Bercakap dengan kawan seolah kawan berada di sebelah kelas sedangkan kawan kat sebelah kerusi sahaja
  • Bersungguh-sungguh bila belajar subjek yang disukai
  • Mula hilang tumpuan apabila latihan yang diberi tidak dapat dijawab
  • Tiru jawapan kawan bila cikgu bagi latihan
  • Buat bising apabila cikgu keluar dari kelas untuk beberapa seketika
  • Kacau kawan bila tak dapat jawap latihan yang diberikan
  • Bermain handphone
  • Bermain games di phone apabila cikgu memberi tunjuk ajar pada rakannya yang lain
Secara jujurnya, dekat sekolah pun memang ada berlaku perkara-perkara ini. Agak normal, tetapi kalau dah ramai2 pelajar dalam kelas buat pe'el macam ni, macam mana ye,,,hehe
Budak-budak ni mungkin tak berapa bersungguh belajar waktu tuisyen, sebab dia tahu ni tusiyen je pon. Tusiyen tu datang jumpa kawan-kawan,borak2,tukar2 lagu. Jadi ini memang satu cabaran buat aku. Ayuh, sahut cabaran itu, tukar mentaliti mereka.ayuhhh...!***poyoss.haha

Cikgu tuisyen ( sarat dengan emosi versi karangan )

#Assalamualaikum

          Dah sebulan lebih aku mengajar kat pusat tuisyen. Hari ini baru aku terbuka hati, i means rajin menulis untuk mengimbas (flasback) kegembiraan dan kedukaan sebagai guru tuisyen.ceittt. Aku pilih hari ini (Ahad) disebabkan minggu ni adalah minggu yang menyebabkan kesabaran aku betul-betul tercabar dan semangat mengajar aku seolah-olah ditiup angin yang sepoi-sepoi bahasa :P Tuisyen aku 2 hari sahaja iaitu Sabtu dan Ahad, bayaran pun tidaklah mahal. Tetapi aku ambil juga peluang mengajar ini sebab aku pun memang tengah tanam anggur kan sekarang.haha.so why not la korbankan sikit hujung minggu tu kan... plus i really need money $$$$ .weehhee. Hari Sabtu (15 September ) adalah antara hari yang aku anggap hari yang paling menguji tahap kesabaran aku. Masa tu aku ajar budak darjah 5. Yep, darjah 5 tolong jangan pandang enteng ok sebab diorang ni boleh menyebabkan tekanan darah kau melonjak naik jika kau gagal mengawal mereka.  bahaha. 
       
        Dan masa tu ada juga budak darjah 6 ni datang, sedangkan masa tu UPSR dah habis dah pon. Aku cakap rajinnya datang , dia kata kat rumah boring tak tahu nak buat apa. Budak2 darjah 6 yang lain takde pun datang , dia je sorang masa tu. Ok la fine kan. Tapi yang aku geram sangat, dia datang lepas tu bukan nak belajar, boleh pulak kacau kawan dia buat latihan dan tak ambil pun latihan yang aku bagi. Sebab dia kata tak nak buat. Allah haiii, sabor je la masa tu. Lepas tu dengan diorang bercakap-cakap lagi memang tak dapat nak kawal lah. Ye lah, aku minta kawan dia tunjuk jalan  kira kat depan, yang lain pulak ambil kesempatan borak-borak. Aku pandang dengan pandangan tak puas hati kat diorang. Diorang senyap gak lepas tu tapi tak lama pun. 
           
      Bila tengok cikgu dia ni tak paadang lagi kat dia, dia mula cakap-cakap balik. Yang paling aku geram, boleh pulak diorang nak gaduh depan aku. Memang aku rasa nak give up time tu ,dalam otak fikir,..i dun want to be a teacher..yang sorang duduk, yang sorang lagi tengah berdiri. Aku confuse gak nak buat apa time tu. Budak yang duduk ni siap ejek2 kawan dia, kawan dia yang berdiri tu mestilah hangin dengar..Aku pergi kat diorang cakap....dah la...h( budak yang berdiri) pergi duduk tempat awak....ye la.orang cakap kalau kita tengah marah..kita duduk..kalau tak hilang maarah lagi kita baring..kalau tak lagi,,tido je terus.haha.ok yang tido ni takde.tapi yang bagusnya pergi ambil wuduk lah.

       Pada budak yang memang duduk tu aku cakap jangan kacau kawan awk tu (sebab aku nampak dia yang start dulu). Lepas tu aku terus suruh salah seorang budak yang bergaduh tadi buat soalan kat depan. Ni bagi nak elak diorang lagi beremosi, so aku alihkan lah tumpuan diorang walaupun masa tu diorang namapak macam tak puas hati lagi dengan satu sama lain. Alhamdulillah, takde pertumpahan darah yang berlaku mahupun pertumpahan air mata.haha. Ingat kan nak try aplikasikan teknik nabi seperti yang diceritakan oleh ustazahkhadijah yang comel itu kat blognya, tapi disebabkan aku tak kenal hati budi  budak2 ni ( datang tusyen pun kejap2 datang kejap2 tak) so tak dapat lah nak cuba teknik tu. 
          
         Tapi insyaallah aku akan cuba aplikasikan bila berjumpa dengan keadaannya yang sesuai.  Ha..ni lah dia antara pe'el budak-budak tuisyen kat tempat aku ajar. Aku tambah sikit lagi dengan perangai budak form 3 pulak. Diorang ni dalam kelas suka sangat main game kat handset, lepas tu tengok video lah, bila aku datang dekat dengan diorang barulah pura-pura buat kerja. Dan lagi satu suka buang sampah merata-rata. Tapi sejak 2minggu lagi, aku memang serius bab sampah ni dengan diorang. Sebelum nak balik semua kena kutip sampah2 yang ada kat bawah kerusi. Budak2 ni sampai cakap..wah cikgu,lepas tusiyen kita siap ada gotong-royong eh......Kalau tak kemas kelas tu, memang kesian kat adek2 form 5 yang tuisyen lepas tu, diorang lah yang kutip sampah, sapu-sapu. Nasib lah diorang ni ada yang rajin, siap sapu bersih2 lagi. huhu.. eh.eh.anjang pulak entri kali ini, sarat betul dengan emosi, walaupun dah cerita pung pang pung pang dengan kakak dengan mak, boleh pulak lagi membebel kat sini..haha.

Wishlist for September & October

#Assalamualaikum

       Sepatutnya nak buat entri cerita pasal kelas tuisyen yang aku ajar. Tapi kejap lah tak de mood. So, berangan-berangan kejap..hokeyyy

1. Nak kasut ketupat candy yang macam kat calaman tu..tapi yang versi murah punya.sebab tak mampu.tsk.
2. Sertai kelas membuat kek. Nak belajar frosting kek, buat bunga dan buat corak-corak tu(yang ni kena simpan duit dalam RM250).


may Allah ease everything for me..

Friday, September 13, 2013

Site visit di Desa Balqis, Kuala Linggi, Melaka



 #Assalamualaikum.

eceh.tajuk nak site visit. sebenarnya lebih kurang macam survey-survey je giteww. Tujuan 'site visit' ni sebab keluarga belah mak planning nak buat family day kat situ. Actually, aku yang cadangkan tempat tu. Terjumpa waktu sedang men-google chalet yang mak andak cadangkan. Then, bila aku try call semua chalet dekat2 situ banyak yang da fully booking untuk chinese new year tahun depan kecuali desa balqis ni. Cuma desa balqis ni mahal sikit la. Since desa balqis je yang tinggal dalam pilihan maka kitorang decide untuk stay kat desa balqis ni. So, nak dijadikan cerita, aku,mak ngan adek2 aku pegi la site visit .Kekonon nya boleh la nak tengok betul ke kawasan dia cantek macam dalam web tu, betul ke rumah tu besar..haa.ye la lagipun kat melaka je pon. Mula-mula sampai segan-segan juga nak masuk,lepas tu mak aku lah tegur staf kat situ. Diorang tengah mengemas,mak aku pun duduk la kat anjung rumah tu. Staf tu siap jemput kitorang masuk lagi kalau nak tengok2 dalam rumah tu. Rumah yang kitorang dapat masuk rumah pakngah dengan rumah paklong, rumah yang lain dah kunci .Ini antara dua rumah yang paling besar lah kat situ. Aku dengan adik aku siap tumpang toilet lagi kat rumah pak ngah.hehe.Toilet dia besar kot, budak2 kecik 2-3 orang boleh lah lau nak berpesta air kat situ.hehe.


antara rumah yang ada.yang ni 2 tingkat
adek feeling so happy


football field, hujung sikit swimming pool, hujung lagi pantai (orang tu cakap air kat situ tak berapa bersih,berlumpur,so tak berapa sesuai nak mandi kat situ)

view dari tepi rumah pak long*dustbin hitam juga mahu interframe

road at the side of the house.

the lonely babyvy ditinggalkan masa kitorang jalan2
dari depan rumah pak ngah.

bilik di rumah pakngah

anjung rumah pak ngah,panjang huii.leh main congkak kat sini.hehe

anjung rumah pakngah.atok dan nenek minum kopi di sini.pak-pak dan mak-mak sedara juga boleh turut serta

si bujang dan anak dara boleh bergosip di sini.luas teramat ok


rumah-rumah*tak ingat nama*tapi semua rumah ni dekat-dekat je.
Baiklah, ini je gambar yang ada.Berterabur sikit, susah pulak nak susun. Btw, untuk tahun depan harga sewa kat sini akan naik. Means kalau korang plan nak book untuk tahun depan, korang jangan tengok harga kat web, call terus no.yang ada kat web tu dan tanya harga nya ok. Tahun depan insyaallah kalau panjang umur, ada kat bumi semenanjung ( mak aku la ni cakap kot2 aku kena poting kt s..nanti), bulan februari nanti aku update pasal family day tu. Yang ni gambar simpan buat kenang-kenangan since kitorang tak book rumah pak ngah ni pada hari kejadian sebab dah ada orang lain book:( luckily lah, aku dah masuk dan bercam-whore katt rumah pakngah tu,hehe.Lupa nak cakap, terima kasih staf desa balqis yang baik hati sebab bagi kitorang tengok-tengok rumah:)
# gambar tak di edit sebab nak buktikan keaslian tempat itu.sekian
#masa pergi ni memang aim sangat nak book rumah pak ngah, tapi sayangnya dah ada orang book dulu.
# baca Hari Keluarga di Desa Balqis

My penny poppy collection

#Assalamualaikum

Sejak asyik meng-online di facebook, aku begitu mengidam nak ber-penny dan memilikinya ( ini kes sebab asyik belek group the pop look). Maka, aku pun beli satu kat web dan satu kat group yang preloved punya. Dua-dua ni memang i loike the colour. Tapi tak tahu lagi ni bila nak pakainya.keke. Satu dah siap alter dan satu lagi belum.Tang nak hantar alter tu memang malas. Nanti pakai kalau tak sesuai , means nampak pendek ke or lagi kurus, aku decide nak jual balik.hehe.So buat masa ini, aku dah berpuas hati lah dengan ada 2 penny ni (nafsu semua iniiiiii.arghhh).Puas tak puas, duit yang aku dah save untuk baju time konvo tinggal half da..omma:((

penny zigzag & penny flora (s size)

Tuesday, September 3, 2013

Russian black and white cake for birthday adek PART 2 (Resipi)

#Assalamualaikum

Sebelum tulis resepi, aku list dulu berapa harga bahan2 yang aku guna untuk buat kek.


  1. kek coklat d'rosni (untuk kek coklat moist, aku beli tepung yang da siap bancuh jadi senang tak perlu banyak guna bekas nanti, dan kek pun confirm jadi.hehe) - RM6.90 tak silap
  2. philadaphea cream cheese (250g) - RM11.80 (beli 2 untuk kek ni, so RM11.80 x 2 )
  3. coklat masakan 500g - RM5 kot (yang ni tak ingat, tapi rasa ni kot harga nya)
  4. whipping cream (jenama emborg) 200 ml - RM6.90 (beli kat kedai barang buat kek )
  5. buttercup - tak ingat berapa, sebab memang ada extra stok dalam peti ais.
**** beli barang-barang ni kat kedai jual bahan kek sebab lagi murah 

Disebabkan kek coklat dah ada, so aku buat filling kek je, coklat ganache dan coffee cheese cream.

RESIPI COKLAT GANACHE 

Bahan-bahan:

whipping cream (jenama emborg) - 200 ml
500g coklat masakan (boleh juga guna coklat compound, tapi kali ni aku try coklat masakan)
30 g butter

Cara-cara:


  • Didihkan whipping cream hingga timbul buih-buih di tepi periuk.
  • Potong coklat masakan kecil-kecil. 
  • Kemudian tuang whipping cream tadi ke dalam bekas yang mengandungi coklat.Kacau sehingga kesemua coklat cair. 
  • Tambahkan butter apabila coklat sudah kelihatan cair dan kacau hingga sebati. *kalau coklat tak cair gak, boleh guna teknik double boil.
  • Apabila semua dah sebati, sejukkan dulu.
  • Masukkan krim coklat dalam piping bag dan simpan dalam peti sejuk .*tujuannnya nak bagi krim coklat tu lagi pekat.

RESIPI COFFE CREAM CHEESE


  • 500g creamcheese (400g creamcheese guna pun dah ok, sebab hari tu aku buat banyak betul extra)
  • 1 paket butter (250g)
  • 1 cawan gula aising
  • 1/2  paket cofffee 3 in 1 segera 

Cara-cara : Putar semua sebati dan halus dan sedia untuk digunakan.

CARA PENYEDIAAN KEK RUSSIAN BLACK & WHITE
  • Potong kek kepada 3 atau 4 lapisan (aku potong 3 lapisan je, tapi tak cantik aku potong, so kek aku macam tak balance...silap teknik di situ, lepas ni aku plan guna 2 loyang so cantek sikit lau potong) 
gambar pinjam

  • Letakkan satu lapisan di atas papan kek. Sebelum itu masukkan cream cheese dan coklat ganache ke dalam piping bag. Paipkan di atas kek membentuk lingkaran secara berselang seli  (seperti gambar di atas).**selang2 krim tu macam bentuk lingkaran nyamuk tu**
  • Selepas itu, simpan sekejap dalam peti sejuk selama 10 minit.Ulang langkah ini sekali apabila selesai letak cream atas lapisan kedua.**tapi aku curious part ni, agak2 kalau aku tak letak dalam freeze terus lapis je kek tu jadi tak nanti dalam die..herrmmm**
  • Letakkan lapisan kek kedua dan paipkan lagi creamcheese dan juga ganache coklat seperti tadi. Buat sehingga lapisan seterusnya. Untuk lapisan terakhir hanya sapukan baki cream cheese.
  • Simpan kek yang telah disapu cream cheese dalam peti untuk memastikan cheese mengeras ( hari tu aku lupa buat part ni, sebab tak sabar sangat nak tuang ganache, memang spoil le topping kek aku.hee)
  • Dan Akhir sekali tuang baki coklat ganache ke atas kek. Jika ganache sudah membeku atau mengeras, panaskan semula secara double boiler sekejap dan terus tuang atas kek.
  • Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.
resepi kredit to : Pn.Azlita (blog :masam manis) dan Pn.Hana (blog : Hana's family)


Tak sempat pun nak ambil gambar waktu proses buat sebab rasa serabut sangat.Ye la, first time buat kek ni, takot je ada step yang tertinggal.hehe.Alhamdulillah kek ni sedap, rasa masam,manis dan masin semua.really loike it.huhu.mana tak sedapnya..bahan2 pun banyak kan..hehe


Monday, September 2, 2013

Russian black and white cake for birthday adek PART 1

#Assalamualaikum.

Sebenarnya since birthday mak hari tu (20 Ogos) aku dah start usha-usha resepi russian black & white cake ni.Dah aim dah, ok ni nak buat time birthday Hariz. Malangnya kan, rupa kek ni tak berapa jadi, sememeh je.Nasib lah rasa dia sedap dan adek pun cakap tak kisah, yang penting kek seedap.Siap puji lagi kakak dia ni boleh jadi chef.bahaha.


Adek tersayang, yang jadikan suasana kat rumah happening.tak kira lah dia tengah mengamuk atau happy.;)
 Antara gambar yang menunjukkan bahawa kek aku ni boleh dikira menjadi.hehe.


Nampak tak sememeh tu? kat topping kek..haha.tapi yang best nampak jugak la macam checkered gitu isi kek tu.hehe

lagi gambar yang konon membuktikan kek russian black and white cake menjadi.hehe

jamuan kecil-kecilan untuk kawan-kawan adek
Ini first time aku try buat kek ni, so memang tak perfect lah kan, untuk part seterusnya aku revise balik apa kesilapan2 yang aku lakukan waktu buat kek ni.;)

Friday, August 30, 2013

Raya 2013 with lovelydovey friends

#Assalamualaikum

yey.kali ni gambar raya tepek kt blog je




















born to be a teacher?

#Assalamualaikum

Last week, aku pergi satu temuduga ni untuk jadi home tutor. Ada sesi training, interview dan paling best sekali mock teaching. Tapi takde lah mock teaching sangat sebab dia dah bagi tahu siap2 nanti kena mengajar dalam masa 10-15 minit apa-apa subjek yang kita suka. Oleh kerana ke-busy-an aku time tuh, dengan tuisyen nye,tolong mak siap2 untuk marhaban (<---ceesss.alasan..) makanya memang aku tak get ready pon untuk mock teaching tu.Dengan pergi nye lewat, tak tahulah kenapa masa tu just rasa malas suam2 kuku.err.lepas tu nak cari jalan pula satu hal sebab tak pernah sampai kat tempat yang nak interview ni.Paling tak leh lupe siap kena kejar anjing huii.walaupun masa tu tengah drive, tengok cermin sisi kanan ade 2 ekor anjing tengah berkejar sekali dengan kereta aku.Pecut terus aku time tu dah 2,3 pusing lepas tu baru lah jumpa tempatnye, mana tak kain rentang nama tempat tu terlindung patutu aku tak jumpa sabar je la kan.


Ok cerita pasal mock teaching, aku pon tak tahu aku mengarut apa masa tu.nervous tu tak payah cakap lah,wajib.hihi.Komen orang tu, aku kena selitkan induction.terang kenapa kena belaja maths and so on.hello..induction..familiar sangat..memang yang tu aku lemah sikit lagi-lagi bila tak prepare.hehe.Lepas tu tengok kawan lain present, hebat=hebat walaupun dia bukan datang daripada background pendidikan.Bak kata kawan aku tu, semua orang boleh jadi guru, even engineer tu pun nak suruh pekerja dia buat kerja dia bagi arahan  tunjuk ajar semua, so semua orang ada potensi untuk memimpin dan mengajar.point yang bijak kan.clap twice.another clap sebab aku rasa pusat home tutor ni ada prosedur yang terbaik dalam memilih tutor.clap twice again.


Pernah tak jumpa orang yang born to be a teacher ni.Aku ada la beberapa kawan yang bagi aku dia memang dah berbakat untuk jadi cikgu.Bila dia diri depan je all eyes aim at her.Macam ada aura gitu.Tangan tu tak payah cakap lah main peranan ok (body language),badan pon, kita yang audience ni tengok rasa macam hebat je.Memek muka, intonasi suara semua memang wow.Kita tengok rasa macam dia cool je kat depan tu, tapi bila habis present datang kat kita cakap nervous gila tadi.cesss.Benda ni aku nampak waktu awal2 belaja dulu la, tahun 1 macam tu, masa tu ilmu perguruan (pasal psikologi semu) tak belajar banyak lagi. Aku pulak rasa aku bukan tergolong dalam golongan born to be ni.Mungkin takdir aku ke arah ni, dulu after matrik nak apply u tu aku memang tak berharap pun dapat,maklumlah result pun tak berapa nak power. Setiap kali doa aku cakap kalau betul ini lah yang terbaik buat aku , aku akan dapat. Then, dapat, so aku cakap aku mesti boleh jadi a good teacher ni. So dalam masa 4 tahun kat u banyak benda belajar, dan dalam masa tu lah aku banyak belajar dari pensyarah, dan kawan2. But now, dah habis belajar, rasa macam tak jumpa lagi lah sesuatu yang boleh buat aku jadi good tu.So boleh dikatakan aku masih dalam pencarian and because of that aku jadi cikgu tuisyen walaupun bayaran dia tak mahal as long as aku dapat kutip pengalaman tu dan dapat elakkan diri aku ni dari terus-terusan jadi malassssss.*haha.sebanarnye mood tengah malas nak study sains.choii.

Friday, August 23, 2013

Red velvet lagi

#Assalamualaikum

phewww.rupa my rvc percubaan kali ke-2.sedih sebab warna tak red pon.warna cekelat.so nama kek ni cekelat velvet ok.lala.presenting cekelet velvet cake..


dan seterusnya, edited pictures yang diedit khas untuk membuktikan ini adalah red velvet.Bolehla kan..ada lah rupanya.



Hajat hati ni nak bawa untuk anak murid tuisyen esok tapi macam tak cukup pulak, jadi bukan rezeki diorang la kot,next week cikgu try buat lagi.hehe

Thursday, August 22, 2013

Red velvet cake for birthday mak !

#Assalamualaikum


red velvet comot.hehew
Tanggal 20 Ogos haritu,ulangtahun kelahiran mak yang ke-48.Disebabkan aku secara rasminya adalah seorang penggangur terhormat yang tidak mempunyai pendapatan  tetapi mempunyai duit raya  maka aku decide nak buat kek untuk mak. 
Mak pernah cakap teringin nak buat red velvet, tapi itulah, mak aku ni busy tak muncul2 pun red velvet nye.Jadi aku pun rasa this is the right time to try rvc.yes!Pagi 20 haribulan tu, pergi ajak akak beli barang kat kedai kek. 
Barang-barang untuk buat red velvet ni mahal-mahal, banyak pulak tu, tapi rasanya boleh buat 3-4 round lagi la rvc untuk the next-next time. Lepas dah beli barang tu, kelamkabut gak la nak buat sebab ada masa 2 jam lebih je sebelum mak balik kerja.
Aku pulak baru first time try, so asyik belik resepi je 2, 3 saat.
Time hidang kat mak tu tak sempat pun freeze kan kek ni,haha, tu yang dalam gambar cream cheese tu nampak macam melting je.
Oleh kerana aku masih newbie lagi, jadi kek ni tak la sedap hingga menjilat jari cuma bolehlah sampai ke tekak.hehe

RVC in the house!!!



To be honest, feeling like i'm a big big girl now.sobs.berjaya akhirnya buat kek untuk mak.Sorang-sorang je kot buat kek#akak ada tolong gak tapi 30% je.haha#. Im a big girl!!weeee.



acara memotong kek.yuhuuu