Friday, August 30, 2013

born to be a teacher?

#Assalamualaikum

Last week, aku pergi satu temuduga ni untuk jadi home tutor. Ada sesi training, interview dan paling best sekali mock teaching. Tapi takde lah mock teaching sangat sebab dia dah bagi tahu siap2 nanti kena mengajar dalam masa 10-15 minit apa-apa subjek yang kita suka. Oleh kerana ke-busy-an aku time tuh, dengan tuisyen nye,tolong mak siap2 untuk marhaban (<---ceesss.alasan..) makanya memang aku tak get ready pon untuk mock teaching tu.Dengan pergi nye lewat, tak tahulah kenapa masa tu just rasa malas suam2 kuku.err.lepas tu nak cari jalan pula satu hal sebab tak pernah sampai kat tempat yang nak interview ni.Paling tak leh lupe siap kena kejar anjing huii.walaupun masa tu tengah drive, tengok cermin sisi kanan ade 2 ekor anjing tengah berkejar sekali dengan kereta aku.Pecut terus aku time tu dah 2,3 pusing lepas tu baru lah jumpa tempatnye, mana tak kain rentang nama tempat tu terlindung patutu aku tak jumpa sabar je la kan.


Ok cerita pasal mock teaching, aku pon tak tahu aku mengarut apa masa tu.nervous tu tak payah cakap lah,wajib.hihi.Komen orang tu, aku kena selitkan induction.terang kenapa kena belaja maths and so on.hello..induction..familiar sangat..memang yang tu aku lemah sikit lagi-lagi bila tak prepare.hehe.Lepas tu tengok kawan lain present, hebat=hebat walaupun dia bukan datang daripada background pendidikan.Bak kata kawan aku tu, semua orang boleh jadi guru, even engineer tu pun nak suruh pekerja dia buat kerja dia bagi arahan  tunjuk ajar semua, so semua orang ada potensi untuk memimpin dan mengajar.point yang bijak kan.clap twice.another clap sebab aku rasa pusat home tutor ni ada prosedur yang terbaik dalam memilih tutor.clap twice again.


Pernah tak jumpa orang yang born to be a teacher ni.Aku ada la beberapa kawan yang bagi aku dia memang dah berbakat untuk jadi cikgu.Bila dia diri depan je all eyes aim at her.Macam ada aura gitu.Tangan tu tak payah cakap lah main peranan ok (body language),badan pon, kita yang audience ni tengok rasa macam hebat je.Memek muka, intonasi suara semua memang wow.Kita tengok rasa macam dia cool je kat depan tu, tapi bila habis present datang kat kita cakap nervous gila tadi.cesss.Benda ni aku nampak waktu awal2 belaja dulu la, tahun 1 macam tu, masa tu ilmu perguruan (pasal psikologi semu) tak belajar banyak lagi. Aku pulak rasa aku bukan tergolong dalam golongan born to be ni.Mungkin takdir aku ke arah ni, dulu after matrik nak apply u tu aku memang tak berharap pun dapat,maklumlah result pun tak berapa nak power. Setiap kali doa aku cakap kalau betul ini lah yang terbaik buat aku , aku akan dapat. Then, dapat, so aku cakap aku mesti boleh jadi a good teacher ni. So dalam masa 4 tahun kat u banyak benda belajar, dan dalam masa tu lah aku banyak belajar dari pensyarah, dan kawan2. But now, dah habis belajar, rasa macam tak jumpa lagi lah sesuatu yang boleh buat aku jadi good tu.So boleh dikatakan aku masih dalam pencarian and because of that aku jadi cikgu tuisyen walaupun bayaran dia tak mahal as long as aku dapat kutip pengalaman tu dan dapat elakkan diri aku ni dari terus-terusan jadi malassssss.*haha.sebanarnye mood tengah malas nak study sains.choii.

No comments:

Post a Comment