Wednesday, August 31, 2016

belajar menyimpan

Buka website perumahan penjawat awam melaka tu tiba-tiba dah closed lak permohonan.alahaii hari ni tarikh tutup rupanya..lupa.padahal setiap masa online.ish.baru semangat nak ada rumah sendiri.bukan rezeki la tu cari lubuk lain pula. Berkira-kira ni nak bagitahu ke tak kat mak teringin nak beli satu rumah ni which is memang berbaloi..tetapi kang mak tanya tak nak kahwin ke.. ha.nak jawab apa lak.hehe.

Lepas dah spend money bayar kt yuran belajar i mean settle dah belajar, teringin lak nak beli rumah. Dah tahun ke 2 kerja ni baru ada kesedaran nak belajar saving menyesal juga lah. Tahun lepas duit nampak kat pergi umrah tu je la.Yang lain duk shopping online je.haha. Bila masuk tahun ke2 da start kene bayar kereta, masa tu baru rasa macam...eh.eh..mana duit aku..hehe.Tapi kan seriously duit tu cepat je melayang-layang, tahun lepas punyalah berangan nak beli something sekali tiba2 kena beli laptop baru sebab laptop ada masalah. Sedih juga masa tu tetapi laptop nak guna untuk siapkan thesis so ku korbankan la keinginan hati. Keperluan lagi penting dari kehendak tak gitu.

Jadi rumah ni kira keperluan la...boleh jadi aset walaupun komitmen bertambah. Rasanya kan..bila kita ada komitmen, automatik kita macam pandai sikit nak uruskan duit. Tak ada nafsu2 shopping terlampau. Macam sekarang aku pegi shopping kat pekan kapit seminggu sekali je,kekadang 2 kali jadi jimatlah minyak. Itu cerita kat Kapit. Tapi kalau balik semenanjung menderita juga nak kedekut macam ni..banyak godaan dan cabaran, yang ni yang kadang2 bajet bulanan lari. Apa-apa pun ,hopefully mak akan setuju dengan keinginan yang satu ni.huhu

Friday, August 26, 2016

Resipi agar-agar oreo

Suka makan oreo tak?Sedap kan oreo.Kalau buat agar-agar lagi lah sedap. Masa hari raya yang lepas, aku sempat buat open house dengan housemate. Tapi tak lah open sangat pun, kami jemput cikgu-cikgu perempuan muslim je.Ada lah dalam 10 orang macam tu.Kiranya macam jamuan kecil-kecilan je. Menu yang kami sediakan masa tu ialah soto, kuah kacang dan rendang daging. Pencuci mulut pula ialah agar-agar oreo.


Nice sangat kejadian agar-agar ni.Tak senang hancur.mungkin jenama agar-agar pun mempengaruhi.mungkin...


Sebelum ini, aku tak berapa minat agar-agar, tapi agar-agar yang housemate aku buat (kak Daya) memang sedap. Bincang-bincang menu tiba-tiba masing-masing nak mencuba buat agar-agar orea sebab tengok gambar di internet macam sedap . Al-kisahnya maka itu lah kali pertama kami membuat agar-agar oreo. Kawan-kawan puji sedap. Kembang oi padahal oreo tu pun dah memang sedap. Kali kedua pula kitorang buat untuk jamuan rumah sukan. Masa ni dah terer sikit buat, cuma tak guna biskut oreo tetapi cream-o sebab tersalah beli, tengok bungkusan sama je .Apa-apa pun rasa agar-agar tu sama je, dont worry.hehe. Esoknya jumpa kawan dia puji kata sedap dan kata habis licin budak-budak makan sekejap habis. Wahh.berbunga-bunga kitorang dengar so rasanya resepi kitorang ni boleh dipercayai ( setelah ubah sikit resepi orang lain) hehe. Jadi ini resepi, for my future reference....


bahan-bahan


Cara-cara.
1. Masak agar-agar sampai mendidih guna air sukatan 1 paket agar-agar.
2. Sambil tu boleh patahkan biskut oreo kepada 2 bahagian . Inti vanilla keluarkan.
3. Cmpurkan susu cair , susu pekat dan inti vanilla tadi .Pastikan sentiasa kacau agar-agar.
4. Dah sebati semua,tuang agar-agar dalam bekas.
5. Letakkan biskut oreo atas agar-agar (tak perlu susun,kalau nak susun pun boleh,tapi pastikan la           semua bahagian ada biskut)
6. Tunggu sejuk sikit kemudian simpan dalam peti sejuk.

Yay..da siap agar-agar. Nak buat raya haji nanti kat kampung.itupun kalau rajin.huhu!


emosi cikgu

Dah habis master, dah habislah bebelan pasal ke-stress-an master journey.hehe.bebel pasal sekolah pula la kan.hem.kalau cerita bab sekolah memang tak akan habis, perangai macam2 jenis budak2 walaupun tiap2 hari rutin yang sama tapi perangai tu lah kekadang yang buat cikgu ini konfius, happy, marah, geram dan sedih,

happy- Apabila semua budak siap homework. Tetapi kadang-kadang meragukan tau macam baru-baru ni apabila check jawapan homework dengan budak, kemudian suruh budak mark sendiri dan sambil tu diorang baca jawapan, lepas itu baca jawapan dengan confident sambil tersenyum. Habis je bincang, terus aku tanya budak, 'betulkah kamu buat sendiri,macam ada seomething je'.Pastu diorang jawab ada cikgu lain ajar.huhu.selamat.sorry cikgu bersyak wasangka.
- happy juga apabila pelajar berebut-rebut nak jawab soalan. Siap cop nak soalan ni, nak soalan tu. Kadang-kadang ada sampai merajuk sebab cikgu suruh orang lain yang jawab. Well as a teacher, kita kena pastikan yang pasif pun involve. Kelas yang superaktif ni kelas 1C dan 1F iaitu kelas ke-4 dan ke-7.
happy- Tentunya apabila pelajar faham.'yeay, cikgu saya faham!' 'oh, cikgu macam tu ke..nemu!''cikgu, faham.faham..senang amat!'(nemu,bahasa iban :tahu,boleh) masa ni lah cikgu respon bagus, good, thumb/s up. Suka budak-budak kena puji ok.Tapi kalau kawan dia kena marah dengan cikgu pun diorang suka.siap bahan kawan lagi.cessss

konfius/geram/marah - apabila nak semak buku pelajar, tengok nipis semacam je,rasa macam tdah banyak homework bagi.apuuu

marah- Apabila budak banyak sangat cakap dan pelajar tanya soalan berulangkali. Jadi penyelesaiannya,sambil bagi tahu budak buka muka surat berapa dalam masa yang sama tulis juga di whiteboard. Bila budak tanya, aku tunjuk je kat whiteboard. So tak adalah aku membebel masa tu walaupun kadang-kadang ada yang tanya juga walaupun dah ditulis kat whiteboard,jadi yang pesen camni memang dapat bebelan secara berdas-das.haha
- Apabila kelas ada sampah, cikgu suruh kutip pelajar tak nak buat,lepas tu arahkan orang lain.Ni memang cari nahas lah kelas sendiri kot,tanggungjawab sama-sama.

sedih- Masa budak lambat wish hari guru.budak kelas sendiri pula tu.sentap cikgu masa tu!esoknya baru diorang wish..happy balik masa tu.haha

Jadi, tinggal 3 bulan je lagi untuk habiskan sesi persekolahan 2016. Harap dapat teruskan semangat ajar diorang ni. Semangat! walaupun diorang tak berapa skor, selagi diorang aktif dalam kelas bagi respon itu pun dah cukup buat aku happy.Let's pray for the success.

bawah : Gambar waktu kelas PSV (satu je kelas ajar PSV, 4 lagi kelas Math)