Friday, August 26, 2016

emosi cikgu

Dah habis master, dah habislah bebelan pasal ke-stress-an master journey.hehe.bebel pasal sekolah pula la kan.hem.kalau cerita bab sekolah memang tak akan habis, perangai macam2 jenis budak2 walaupun tiap2 hari rutin yang sama tapi perangai tu lah kekadang yang buat cikgu ini konfius, happy, marah, geram dan sedih,

happy- Apabila semua budak siap homework. Tetapi kadang-kadang meragukan tau macam baru-baru ni apabila check jawapan homework dengan budak, kemudian suruh budak mark sendiri dan sambil tu diorang baca jawapan, lepas itu baca jawapan dengan confident sambil tersenyum. Habis je bincang, terus aku tanya budak, 'betulkah kamu buat sendiri,macam ada seomething je'.Pastu diorang jawab ada cikgu lain ajar.huhu.selamat.sorry cikgu bersyak wasangka.
- happy juga apabila pelajar berebut-rebut nak jawab soalan. Siap cop nak soalan ni, nak soalan tu. Kadang-kadang ada sampai merajuk sebab cikgu suruh orang lain yang jawab. Well as a teacher, kita kena pastikan yang pasif pun involve. Kelas yang superaktif ni kelas 1C dan 1F iaitu kelas ke-4 dan ke-7.
happy- Tentunya apabila pelajar faham.'yeay, cikgu saya faham!' 'oh, cikgu macam tu ke..nemu!''cikgu, faham.faham..senang amat!'(nemu,bahasa iban :tahu,boleh) masa ni lah cikgu respon bagus, good, thumb/s up. Suka budak-budak kena puji ok.Tapi kalau kawan dia kena marah dengan cikgu pun diorang suka.siap bahan kawan lagi.cessss

konfius/geram/marah - apabila nak semak buku pelajar, tengok nipis semacam je,rasa macam tdah banyak homework bagi.apuuu

marah- Apabila budak banyak sangat cakap dan pelajar tanya soalan berulangkali. Jadi penyelesaiannya,sambil bagi tahu budak buka muka surat berapa dalam masa yang sama tulis juga di whiteboard. Bila budak tanya, aku tunjuk je kat whiteboard. So tak adalah aku membebel masa tu walaupun kadang-kadang ada yang tanya juga walaupun dah ditulis kat whiteboard,jadi yang pesen camni memang dapat bebelan secara berdas-das.haha
- Apabila kelas ada sampah, cikgu suruh kutip pelajar tak nak buat,lepas tu arahkan orang lain.Ni memang cari nahas lah kelas sendiri kot,tanggungjawab sama-sama.

sedih- Masa budak lambat wish hari guru.budak kelas sendiri pula tu.sentap cikgu masa tu!esoknya baru diorang wish..happy balik masa tu.haha

Jadi, tinggal 3 bulan je lagi untuk habiskan sesi persekolahan 2016. Harap dapat teruskan semangat ajar diorang ni. Semangat! walaupun diorang tak berapa skor, selagi diorang aktif dalam kelas bagi respon itu pun dah cukup buat aku happy.Let's pray for the success.

bawah : Gambar waktu kelas PSV (satu je kelas ajar PSV, 4 lagi kelas Math)





No comments:

Post a Comment