Friday, December 19, 2014

Separuh jiwa hilang

Study week dah bermula,kerja aku macam tu lah tak habis-habis. Stress dibuatnya.Lagi2 research ni. Aku ingat senang buat chapter 3 ni rupa-rupanya SUSAH. Hem,aku macam nak give up je. Hari ni dah la deadline kena hantar kat SV.Boleh tak aku tak nak tulis lagi, terus hantar je..pastu pasrah je la kena bebel dengan SV. Aku betul-betul tak faham,rasa mcam tonggang terbalik apa yang aku tulis kat chapter 3 tu. Buta-buat tetiba tercome across dengan benda baru..data mining..alahai apa tu..da search..baca ..tak faham pula...huwaa.i'm runninh out of time. Lagipun separuh jiwa aku da melayang bila tengok member2 semua balik rumah waktu study week ini. Tepu--tepuu tak tahu nak tulis apa dah kat chapter 3 tu.bai

Thursday, December 18, 2014

berjuang!

hum.rasa macam lama tak update.padahal baru seminggu.
Minggu lepas ingat kerja dah tak banyak rupa-rupanya banyak lagi.Sekarang ni dah rasa macam tak ter-organized.Kerja yang tak siap lagi chapter 3,report web,report networking,photoshop,sistem web.
Banyaaaaaakkk.huwaaa.
Tak nampak bayang bila boleh curi masa untuk balik rumah. Perancangan nya nak balik minggu depan waktu cuti Christmas harap2 sempat lah siapkan kerja. Maklumlah bila mood nak buat kerja tu datang, nak kena fokus kalau tak , tak jalan lah. Hujung minggu ni pula member semua yang dekat2 bilik ni balik,jealous nya..terpaksa juga menggagahkan diri. Takpe la kan..kita susah2 dulu,nanti senang kemudian hari. Kebelakangan ini pun kadang-kadang mimpi famili, nampak sangat lah kan homesick nya tu.Sabar..sabar..sekarang ini adalah fasa penting dalam hidup kau..teruskan berjuang.fighting!


Thursday, December 11, 2014

The second semester

hem..so there is only one week left and only 2 classes for next week, oh ya..not being left out ,a 'bunch' of assignment.nyummmy.

I'm so glad that the second semester is going to be end soon.It is harder than what I expect. At the beginning of semester, it is really relaxing situation with less assignment and only few presentations. But as the times goes on and on....the work load does the same things to..goes on and on...~ However, there is a lot of things I learn or can be say as I gain in this semester. I  realised that it is hard for me to do the multitasking ( studying & think/do about another things),it doesn't suit me!I want to do one thing at one times. I also learn to trust other people until the end but the trustiness also has an expired time right?this applies when I'm working in a group. And another one, just like I've been mentioned in the last entry is when you dont feel good about someone,just try to put your self in that 'someone' shoes. Somehow, this only apply in certain situation such as working in group or you see your friends come late in the class :D


Oh ya,the most important is I learn that..


the beginning is always hard ( the hardest phase, you dont know how to start the first sentence, always questioning your works;am I doing right things?)......searching,revising..but as times goes on...then you gonna cope with it.Believe me. At the end you gonna smiling earnestly.well..remember the journey is not that easy ;) or to be more specific, the master by coursework is not that easy! haha


cr : google



'that ' feelings come again...ohmymind
cr :google

Friday, December 5, 2014

Kerja berkumpulan vs kerja individu

kerja=assignment

Ketara sangat nampak perbezaan waktu degree dulu dan master sekarang.
Dulu kalau assignment berkumpulan,wah.happy sangat..sebab..boleh pilih kawan(pilih yang memang tahu rajin lak dan sekufu dengan kita)..sekarang..hum..kebanyakkan assignment adalah individu..jika malas maka tak bergerak lah kerjanya.kalau berkumpulan pula biasanya 4 orang. Kalau boleh pilih sendiri ok lah..kalau lecturer yang pilihkan secara rawak..jadi dapatlah yang tak berapa nak sekufu ( sekufu kat sini dapat yang student part time, dah berkeluarga) tetapi tak jadi masalah pun semua tu kalau yang berkeluarga tu jenis senang bekerjasama.LIKE sangat,lepas tu nak contact pun mudah. Tetapi kan bila kat peringkat master ni,maklumlah masing-masing peringkat umur berbeza-bezza, masalah setiap individu pun berbeza. Jadi, memang kena banyak bersabar dan memahami lah dan PERCAYA dekat ahli kita tu. Kadang-kadang tu rasa tak puas hati juga tapi cepat2 ingat kan diri ni ini hari dia, mana tahu suatu hari nanti kita pula berada dalam situasi dia. So,keep calm and trust! huhu.


Thursday, December 4, 2014

Procrastination & Amos

haihh.amalam suka bertangguh ini memang tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan.
Seriously, sikap yang susah nak buang.grr.

credits

Contoh terbaik setiap kali nak hantar research, 3 atau 4 hari sebelum dateline baru aku kelam-kabut nak buat, idea pun masa tu lah baru nak muncul,dengan nak susun balik idea tu,cari baca..ha.rasa macam nak putar je balik masa.I want more time.pleaseeeeee..Lepas itu setiap kali nak tidur atau nak lelap sekejap mesti mimpi tak best yang rasa macam takut nak tidur.Kesan daripada stress dalaman barangkali. Sekarang ni aku tinggal nak susun ayat, touch up2, buat relation..eh banyak pula kan..memang pun! pening!Walaubagaimanapun janji tetap janji, jadi tanggal 6 Disember ini, haruslah bab 2 dihantar seperti yang telah dikotakan,kalau tidak janji capati namanya!haha

Kelas Amos (SEM)


Hari Selasa hari tu aku ada pergi bengkel penggunaan Amos untuk bina structural equation model(SEM). SV aku yang ajak pergi,sebab benda ni ada kaitan dengan reserach aku. Bengkel ini buat kat UTM je ,tak lama pun dalam 3 jam lebih macamtu. Masuk-masuk je tengok ramainya pensyarah Edu Tech, terasa begitu asing di situ.You know, the feeling of weird and small. Nasib lah ada seorang kawan yang kenal terus duduk sebelah dia. Lepas tu datang pula seorang Dr. ni duduk sebelah aku sebab masa tu seat sebelah aku kosong. Rasa macam tak percaya aku berada dalam kalangan orang-orang yang hebat ini. Kerdil je rasa diri ni, tapi pensyarah Edu Tech semuanya sporting2 so kelas tu memang enjoy lah. Sempoi je kelas, daripada kelas itu apa yang aku dapat cara nak lukis model itu dan cara nak tengok sama ada model tu fit atau tak. Yang aku tak fahamnya cara nak tentukan variable tu semua, anak panah arah mana..sebab yang itu dia tak ajar pun,katanya yang tu langkah awal dalam membina model tapi tak akan diajar dalam kelas.Jadi kena belajar sendiri lah tu..bila pula lah nak belajar.huhu. Boleh dikatakan dalam 2 minggu ni ( pergi seminar  dan bengkel ini) banyak sangat ilmu penyelidikan aku dapat,ini pun galakan dari SV aku suruh pergi kalau tak, memang aku tak dapat lah pendedahan terhadap dunia penyelidikan ini. Hopefully, apa yang aku telah belajar tu dapat bantu aku dalamm menyiapkan research aku yang aku tak berapa nampak lagi ni.haha


Tuesday, December 2, 2014

done setup makmal dan studio rekabentuk

ya Allah , pengsan terus lepas magrib (maksud pengsan kat sini tertidur dengan begitu lena tadi),sedar2 dah hampir pukul12 malam,sudahlah tidur dengan telekung.bajet nak tunggu isya' last-last isya yang tunggu aku.zszz

Akhirnya siap juga setup networking dengan wiring untuk makmal.Kitorang buat 2hari, minggu lepas (selasa) dengan hari ini. Pengalaman pertama aku pasang suis,tak susah mana pun,sebab ada technician yang ajar dan panduan ada cuma gigil juga lah tangan. Lepas tu boleh pulak bila pasang kat dinding tak boleh guna suis nya,rupa-rupanya tak looping.Haha.kerja aku lah yang tu.Terpaksa betulkan balik dengan gigih and at last I did it! Sekarang ini aku rasa positif sikit nak buat kerja-kerja teknikal ni yang melibatkan tangan walaupun tangan juga gigih berpeluh. Tadi juga aku kena configure wireless untuk router, bagus betul Dr. pilih aku macam tahu-tahu je aku malas nak pasang skru bagai tu. Blur juga mula-mula nak configure macam mana nasib ada classmate yang tolong sekali. So, lepas ni kalau ada router baru aku boleh configure sendiri dah, tukar nama,letak username,passoword,security key.huhu..Harap-harap tak lupa lah.

Minggu depan projek kat sekolah pula,yang projek kat sekolah ni tak banyak wiring,banyak kena pasang pipe dekat atas, jenuh la nampaknya nak memanjat tu.hemm.