Thursday, February 27, 2014

lalang

Aku tak nak jadi seperti lalang.Ikut je ke arah mana angin tiup. Aku mesti ikut hala tuju yang aku mahu sendiri. Hiraukan kata orang lain.





 Hari ini aku sekali lagi buat keputusan untuk tidak menukar mode kursus aku kepada research.Macam renjatan elektrik sahaja.err.aku pun tak tahu kenapa aku jadi macam itu.Puas fikir semalam. Aku fikir balik tujuan utama aku sambung master adalah nak gain more knowledge. Bukan untuk hadap llaptop 24 jam membaca jurnal walaupun sememangnya asssignmennt aku akan kena baca jurnal. Tapi itu memang lain lah dengan research. Untuk hal posting tu, insyaallah memang kena berdoa banyak. Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Lagipun aku terfikir kalau buat penyelidikan, aku akan bekerja berseorangan , ataupun berdua dengan laptop sahaja. Pastinya membosankan ditambahkan lagi dengan aku menetap di bilik single. Bezanya dengan kerja kursus, kau akan dapat kenal ramai kawan sebab kelas berbeza dan kumpulan untuk assignment pun orang yang berbeza. Jadi memang tak akan lonely lah. Lagi, kalau dengan kerja kursus ni aku boleh nampak lah apa yang aku akan belajar dan boleh dapat jangka habis belajar. Jadi, setelah melihat kepada pros and cons nya , maka aku fikir bahawa kerja kursus adalah yang terbaik untuk. Ahad ni kena jumpa dr. bagitahu tak jadi nak tukar .walaupun dah mesej, moga-moga dr. tak berkecil hati, ya Allah.

Wednesday, February 26, 2014

keputusan

Hari ini dengan ceara tiba-tiba (sangat tiba-tiba) bangun pagi, terus tak sabar nak mesej Dr. A. Ini semua gara-gara brainwash yang dilakukan oleh dua orang senior ( degree batch sama,tetapi mereka mula master awal lagi)  selama 2 sesi.peh.kencang habis.aku punya respon : la..macam tu ke..tak pernah tahu pun.'senior' aku tu duk punpangpunpang cakap yang ambil research ni lagi mudah.Pening kepala aku. Sudah la masa tu baru register, lambat pulak register, so aku dengar cerita kawan aku tu untuk buat halwa telinga gitu. Masa balik rumah cerita lah kat emak, emak cakap tuh lah kenapa tak tanya kawan. Aku senyap je.Untuk sesi brainwash kedua,'senior' aku ni betul2 beria, sebab nya ada seorang pensyarah tengah cari budak research dan beliau ada grant. Jadi 'senior' aku kata nanti dapatlah gaji. Saja je guna duit nak tarik perhatian!huu.Jadi pagi tadi, aku pun berjumpa dr.Memang tak tahu lah nak start macam mana, last2 jadi akhirnya proses penukaran dari mode taught course ke research. Penat fikir dan nak buat keputusan. Banyak faktor kena fikir terutamanya posting. Kalau hantar ke Sabah/Sarawak macam mana nak sambung kalau kena attend class????Sekarang ni bila dah buat keputusan nak ambil research, tiba-tiba tertanya mampu tak diri ini.sebab tengok pengalaman orang lain macam banyak yang sukar.Tadi waktu jumpa dr. pun dr. ade tanya. Masa tu yakin la cakap insyaallah boleh. Sekarang bila duk google tiba-tiba ragu2 tu datang.ya Allah..jauhkanlah dari keraguan itu. Ini pun kelas petang dengan esok tak masuk da sebab nak tukar research da. Waktu telefon mak, mak cakap ikut keputusan sendiri. Mak ok je dan ayah pun memang akan selalu sokong je apa punkeputusan keputusan yang aku buat. Jadi , keputusan nya memang kat tangan aku. Harap-harap nya dipermudahkan Ya Allah...ditunjukkan jalan yang benar lagi betul.

Sunday, February 23, 2014

Master ji?

#Assalammualaikum

Jika dikira secara kasar, 6 hari sudahla aku berada di UTM. Fikir punya fikir, mengenangkan posting yang tak kunjung tiba lalu aku pun tekad nak sambung belajar balik ( sekarang spp da mula panggil interview...!alhamdulillah ).It was such a hard decision to make.really hard.too many things to be considered. And of course lah money become the number One. Masa tarikh 18 Februari aku daftar tu pun dah kira lambat. Keputusan dibuat waktu saat-saaat akhir. Masa dua tiga hari ada kat utm macam tak percaya gak la rasanya, tapi sekarang dah boleh terima dah , dan lagipun keputusan tu aku yang buat sendiri kan.Mula-mula nak sambung tu cerita dekat mak je, mak jawab- suka hati, ikut lah keinginan diri tu. Lepas tu aku cakap, yuran dia mahal. Mak kata takpe, insyaallah ayah boleh bayar. Lepas cerita kat mak, hati still tak lega. Last-last cakap terus kat ayah nak sambung belaja bla, bla,,,,, ayah cakap ok je sebab tak tahu lagi kan posting bila dan tak de buat apa sekarang (masa ni baru berhenti kerja).Lepas tu ayah terus tanya yuran berapa..ayah cakap tak pe ayah boleh bayar.wuuu...terharu..aku cakap ok nanti aku sebab masa tu dah lambat daftar jadi tak pasti boleh daftar lagi ke tak dan aku pulak nak tukar mod kursus dari research ke taught course. Tanya member aku yang baru daftar dia pun macam tak sure. Jadi ayah suruh call tanya pakcik aku yang kerja kat pejabat fakulti aku. Dah dapat feedback dari pakcik aku dia suruh datang utm cepat2. Masa tu borang nak kena settle macam-macam.Medical check-up , ayah aku yang temankan. Lepas tu keesokan hari nak pergi utm pun, ayah yang hantar. Serabut dan leceh gak la bila daftar bukan pada masanya. Leceh sangat!!1 nasib lah ada pakcik aku dan semuanya berjalan dengan sangat lancar. Alhamdulillah.Masa nak balik tu siap lagi cakap dengan ayah aku ' takut'....ayah aku cakap 'nak takut apa'..wuu.hiba kot masa tu sebab dah lama duduk rumah. then da peluk cium, say goodbye..bermula lah kembali kehidupan saya sebagai pelajar.huhu. dan because of all these i need to score good pointer!and always praying for my parents.insyaallah:)

Wednesday, February 12, 2014

Hari Keluarga di Desa Balqis Kuala Linggi | family day 31Jan-1Feb

#Assalamualaikum

Seperti yang pernah dinyatakan dalam entri sebelum INI tentang plan famili aku nak buat family day kat sini, maka perancangan tersebut berjalan dengan lancar dan jayanya.tepuk tangan sikit.huhu.Seronok sangat sebab mak2 saudara dan cousin semua puji tempat tu cantik.Siap tanya mana tahu tempat tu.huhu.Of course lah dari hasil men-google.yeh.semua di hujung jari. Untuk famili day ni kami semua sekali ada dalam 50 orang lebih kurang.tak berapa ingat jumlah sebab ada yang sampai lambat. Untuk hari pertama aktiviti bermula jam 5.30 petang , jadi sebelum tu kami dibenarkan untuk membuatkan aktiviti bebas.Selepas dah makan tengahari, perut pun kenyang kami mulakan aktiviti melawat rumah ke rumah. Ada la feeling  macam suasana raya gitu.


Rumah yang ditempah untuk family kami adalah rumah paklong ( menghadap pemandangan yang cantik, best!), rumah balqis ( paling excited masa melawat rumah-rumah sebab rumah ini 2 tingkat dan ada beranda kecil, angin pun sepoi2 bahasa je bila duduk atas tu), rumah mama (luas,rumah ni je ada tv lcd), rumah pak cik ( yang ni agak moden sikit, lantai bersimen, kami saudara-saudara perempuan yang duduk) dan rumah  (luas, suka dia punya tirai/bidai nk tutup katil).

rumah belakang tu rumah pak long.mak ayah yang comels.

Beranda( err.ye ke orang panggil beranda?) surprise untuk family day.setiap keluarga dapat one goodies bag.dalam tu ada tshirt! suka sangat!sebab masa plan dulu aku ada bagi cadangan buat tshirt, semua setuju tapi lepas tu senyap je.Jadi ingatkan tak ada, rupa-rupa nya ada. Mak saudara yang sponsor tu yang senyap2 ..ye la kan surprise.yeh.i love surprise:D

Ini lah rumah balqis tu.gambar dari luar je mampu tunjuk.Kat dalam memang cantik, sila percaya. Kitorang waktu masuk rumah tu masing-masing macam 'wahh..wahhh..bestnya......!' haha.cuma tangga dia la kecil sikit kena berhati-hati.


Ini rumah anak-anak dara.huhu.

~~sambungan entri SINI

Tuesday, February 11, 2014

Perarakan Maulidur Rasul

#Assalamualaikum

Alhamdulillah, sabtu lepas ( 8 Februari ) ada sambutan maulidur rasul di masjis kawasan tempat tinggal aku. Dan semestinya lah ada perarakan dan ini first time aku join.hehe. Sebab ayah dengan mak ajak.Tapi seronok sebab jalan-jalan dekat kawasan kampung yang indah.Lepas tu boleh pulak ter-flashback memori jalan-jalan raya rumah kawan sek.ren dekat situ.ahh.serius rindu.rajin gila dulu.. dah lah jauh jalan tapi tak terasa pun.Sebab sambil jalan sambil borak-borak.Seronok!ok kembali ke maulidur rasul-- ada beberapa kontijen  kumpulan yang turut serta macam ikut taman dengan kampung lah, ada juga pelajar kolej komuniti dan sekolah rendah agama.Masing-masing bawa sepanduk dan ada yang pakai pakaian seragam semuanya. Kumpulan taman aku pun pakai baju kurung sama warna cuma aku dengan mak aku je lari tema sikit sebab mak aku kata mak ak kan leader..kihkih.aku pulak ditugaskan kena ambil gambar.susah kot nak ambil gambar sambil jalan lepas tu dah la nak kena face muka orang yang berjalan ke depan (means aku jalan ke belakang la).ok.jom tengok hasil tangkapan gambar..











ugly side of me:P #not to be forgotten, i wear 2.5 inch shoes sewaktu berarak.awesome:P#
okay.sebagai kesimpulan daku sangat gembira sebab berpeluang sertai perarakan ini sebab dapat tegur mak cik2, dapat flashback memori dan tambah pahala.yay!:)

Apply guru ganti

#Assalamualaikum

Hari ni dengan semangat yang tekad, akhirnya aku pergi jua ke PPD Melaka Tengah dan MAIM (Majlis Agama Islam Melaka).yay.dapat atau tidak itu lain cerita janji kita mencuba dan usaha.yay.Untuk jadi guru ganti ni kalau dekat tempat aku..memang kena pergi PPD  dulu.isi borang dan pastikan ada salinan ic, gambar passport, salinan keputusan SPM dan salinan diploma/ijazah. Yang ni semua tak payah pengesahan pun, yang dekat MAIM pun sama. Tapi tulah tadi akak dekat kaunter MAIM tu pun cakap yang ni kita tengok kekososngan ye dik.Aduhai.Aku jawab ye kak..sambil senyum. Dalam hati dah naik bosan dengar perkataan tunggu kekosongan tu sebab yang masalah aku dengan kawan2 aku (ISMP) yang tak posting lagi2 ni orang kementerian pun bagi alsan yang sama.So, tiba-tiba rasa nak elergi dengan ayat tu:D

Saturday, February 8, 2014

Aiskrim orea buatan sendiri(homemade)

#Assalamualaikum.

ha.tu dia.chef da turun padang ni.eceehh.padahal senang bebenar lah buatnya.pejam mata pun boleh buat lah : p

ok.ni resepi nya.dapat dari hasil google tapi dah ubah ikut suka hati;)

Bahan-bahan:
Susu cair 1 tin
Susu pekat manis - suku cawan(boleh kurangkan kalau tak nak manis sangat)
ovalette - 1 sudu besar
Biskut oreo
Esen vanila - sedikit

Langkah-langkah:

1.Campurkan kesemua bahan kecuali biskut orea dalam blender.Blend selama 15-20 minit.
2.Patah-patahkan biskut oreo(krim nya ambil sekali) kemudian campur sekali ke dalam hasil yang telah diblend tadi dan tinggalkan 3-4 keping biskut untuk diletakkan di atas aiskrim nanti.
3.Blend dengan campuran oreo hingga campuran tad kelihatan gebu dan halus.
4.Tuang kedalam bekas, letakkan lebihan oreo ke atas aiskrim dan simpan di dalam peti sejuk.
5.Siap dihidang!Nyummmm

*kalau ikut sukatan bahan2 atas ni dapatlah aiskrim half ketinggian dari bekas ni.Puas rasa sebab buat sendiri.Dan puas sebab adik sorang kat rumah ni asyik puji sedap je.


~~bila lah dapat buat kek lumut saya ni.....

Wednesday, February 5, 2014

Andai

klik.klik (bunyi tetikus membuka ruang tab)
padah.
timbul rasa gusar, menyesal, cemburu.
hey.tolonglah kembali kepada realiti.Masa tidak akan boleh diputar kembali.
Memori lama kembali bertandang.
Acapkali berbalas khidmat pesanan ringkas, senyum di bibir juga tidak pernah lekang setiap kali mesej diterima. Jika lambat dibalas, pasti si jejaka membuat missed call. Si gadis merasakan si jejaka suka akannya.Sehinggalah tiba pada hari jadi si gadis, pastinya si gadis ternanti-nanti ucapan istimewa dari si jejaka. Malangnya, si jejaka mungkin lupa atau tidak tahu langsung. Si gadis mula berkecil hati dan seakan merajuk.Buktinya, mesej yang dihantar oleh si jejaka dibalas dengan satu dua ayat sahaja oleh si gadis.Dahulunya, dua tiga ayat yang ditujuka kepada sigadis, berjela-jela jawapan diberikan kepada si jejaka.Kini semuanya berubah, si gadis tidak lagi berhubung dengan si jejaka.
Andai masa boleh  diputar, si gadis sudah tentu tidak mahu berkecil hati, tidak mahu sombong dengan jejaka.Si gadis mengeluh, andainya hubungan mereka baik, si gadis tentu tidak perlu bekerja dan bergelar isteri kepada usahawan berjaya di mana usahawan tersebut adalah si jejaka itu. Andainya..
:DDD

#forfunmerepek

Monday, February 3, 2014

Date at Seoul Garden

#Assalamualaikum

yes.another date with friends after at the kenduri. Kebanyakan tempat haruslah tempat menjamu selera supaya perut kenyang cerita/gossips juga dapat dihadamkan.nyummm.
Untuk kali ini kami keluar bertiga sahaja sebab yang lain ada yang sedang bekerja dan ada kelas. So yang available hanyalah 3 teachers to be. Mula-mula tak rancang pun nak makan SG sebab rasa perut macam kenyang nanti rugi je..ye la sebab kalau nak makan kt SG ni kena makan puas2 barulah berbaloi.Jadi, kami pun jalan-jalan sampai depan kenny roagers.Tengok menu kat depan tengok harga, alahai lebih kurang je ni dalam 20 lebih ,kalau dekat seoul garden30 ringgit..so seoul garden adalah pilihan terbaik :)

Untuk kali ini, kami makan dengan habis kesemua nya.tak membazir.ingat lagi masa first time datang, tamaknya semua ambil macam jadi last2 banyak lebih, tak habis.Maklumlah first time, semua nampak sedap, nafsu je lebih.huhu.Kali ini kami makan dengan slow-slow sambil chichat, lepas tu siap boleh pergi solat dan masuk balik.Masa ni pandai-pandai la bagi excuse pergi toilet, tetapi tempat yang kita duduk makan tadi tu pastikan lah ada orang jaga.Kalau tak ..jangan mimpilah nak masuk balik.Apa-apa pun sangat puas lah makan selama 2 jam lebih tu^.^






Sunday, February 2, 2014

aku seorang penganggur

Kini aku kembali menjadi penanam anggur.hajat hati nak rest about 1 week.Lame kan.saja.nak belajar semula memasak.tolong prepare lunch kat rumah ni.impian lah ni, moga-moga terlaksana lah ^_^.since dah jobless, mungkin blog ini bakal  diupdate selalu, banyak sangat dah cerita yang tertunggak, cerita jadi cikgu tadika, pergi bercuti di sabah, attending mandarin class dan family day at desa balqis.mudah-mudah daku diberi kekuatan untuk menoretkan segala yang baik di sini..:)

irritating words

kata-kata atau perkataan which really irritates 

#dah kurus sangat ni
#berat berapa
#ambil kos pendidikan pun kena ada interview ye
#bila posting