Thursday, February 27, 2014

lalang

Aku tak nak jadi seperti lalang.Ikut je ke arah mana angin tiup. Aku mesti ikut hala tuju yang aku mahu sendiri. Hiraukan kata orang lain.





 Hari ini aku sekali lagi buat keputusan untuk tidak menukar mode kursus aku kepada research.Macam renjatan elektrik sahaja.err.aku pun tak tahu kenapa aku jadi macam itu.Puas fikir semalam. Aku fikir balik tujuan utama aku sambung master adalah nak gain more knowledge. Bukan untuk hadap llaptop 24 jam membaca jurnal walaupun sememangnya asssignmennt aku akan kena baca jurnal. Tapi itu memang lain lah dengan research. Untuk hal posting tu, insyaallah memang kena berdoa banyak. Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Lagipun aku terfikir kalau buat penyelidikan, aku akan bekerja berseorangan , ataupun berdua dengan laptop sahaja. Pastinya membosankan ditambahkan lagi dengan aku menetap di bilik single. Bezanya dengan kerja kursus, kau akan dapat kenal ramai kawan sebab kelas berbeza dan kumpulan untuk assignment pun orang yang berbeza. Jadi memang tak akan lonely lah. Lagi, kalau dengan kerja kursus ni aku boleh nampak lah apa yang aku akan belajar dan boleh dapat jangka habis belajar. Jadi, setelah melihat kepada pros and cons nya , maka aku fikir bahawa kerja kursus adalah yang terbaik untuk. Ahad ni kena jumpa dr. bagitahu tak jadi nak tukar .walaupun dah mesej, moga-moga dr. tak berkecil hati, ya Allah.

No comments:

Post a Comment