Friday, March 29, 2013

emotional

kenapa saya tak belajar bawak kete auto??grr.kalau tak,dah boleh pegi kedai gambar sorang2.kete ade,orang nak drive je takde sebab semua kawan2 busy petang ni:(hai nak hujan pulak ni:((( )

Monday, March 18, 2013

Memartabatkan profession perguruan

Alhamdulillah,slide dah siap.Tinggal nak potosat 26 copy lepas itu esok pagi present.Dan,berlakunya proses perkongsian maklumat di situ.Betul atau tidak/bersesuaian atau tidak fakta yang ada dalam slide tu  kena tunggu lecturer komen esok.Hope everything going smooth.

Sunday, March 17, 2013

oh calculus 2

Dikala detik ini sebenarnya saya sedang stress untuk melayan kerenah sang calculus 2.Untung duduk bilik single dapat express ke-stressan tu tanpa menggangu orang yang lain.Nak pergi bilik kawan,dah petang lepastu jauh.Hanya mampu selak-selak nota ribuan kali sambil termenung beberapa kali.Kadang-kadang  tak tahu pun motif kenapa kena belajar subjek Matematik yang pelik-pelik kat u ni.Sebab nanti keluar bukannya kena ajar kat students pun.

Antara subjek killer yang pernah aku amek sem dulu ada lah real analysis dan advanced differential equations.Real analysis antara subjek yang kau tak tahu pun apa motif kau belajar,lepas tu kau banyak kena hafal theorem.Lepas tu bila habis final,kau pun dah lupa theorem-theorem tu.Lecturer lain pun macam tahu betapa sukarnya subjek tu.Key nak berjaya untuk subjek ni,kau kene hafal theorem dan fahamkan je.Insyaallah kau boleh score.

Untuk advanced differential equations ni adalah subjek yang boleh menyebabkan kau grad lambat,maksudnya extend la.Ramai juga senior yang sangkut,mungkin sebab lecturer yang ajar diorang dan silibus kot.Waktu batch aku ,dapat lecturer lain,dan silibus pun macam lagi mudah.Tapi bila ingat balik,time kelas ni selalu je aku macam kat awang-awangan.Tangan je menyalin  nota,fikiran kat tempat lain.Fikiran kat mana janganlah tanya sebab semua orang pernah merasai macam itu.Berkat lecturer yang tak berapa strict marking dan kawan-kawan yang bijak ,lulus juga aku akhirnya.Kawan-kawan aku rasanya semua lulus.Lagipun lecturer memang kena luluskan kitorang kot sebab kitorang batch last yang ambil subjek tu.See, itu menunjukkan bakal berlakunya kepupusan pelajar di fakulti pendidikan(kesan daripada lambakan guru).

Untuk semester ini,aku ambil partial differential equations,dan ada lah sedikit sebanyak ilmu waktu belajar advaced diff eq tu boleh digunakan.

Untuk sedapkan hati,aku selalu cakap kat diri sendiri-u need to learn maths.it a must-sebabnya matematik tu menajamkan fikiran kita(lecturer aku cakap)Jadi,reason ni aku rasa reasonable jugak la dan aku boleh terima.

Tapi sekarang the big bigger biggest problem is about calculus 2.Ya Allah mampu ke aku?nanges.

"ya Allah,aku memohon daripadu kefahaman para nabi,ingatan para rasul dan malaikat terhampir.Ya Allah ,jadikan lidahku basah dengan zikir kepadamu ,hatiku dipenuhi dengan takut kepadamu.Sesungguhnya,engkau maha berkuasa di atas segala yang engkau kehendaki "

#untuk mereka yang amek course pure maths.aku rasa mereka adalah sangat awesome
#aku terlupa the important point which is course aku major maths,sebab tu aku kena belajar maths.toink

Saturday, March 9, 2013

nak balik!

#Assalamualaikum

Bila baca semula entri kat blog lama,baru perasan yang waktu tahun satu dulu selalu bebenor balik rumahnya.Mesti ada ayat tak sabarnya nak balik rumah dan siap buat counting lagi.Tapi sekarang mcam heartless da,sebab status psm yang masih samar-samar lagi.

Nasiblah mak dengan ayah memahami anak beliaws ni.Lagipun sekarang malas kurang rajin nak balik selalu dah sebab nak jimat duit.hihi.Walauapapun,keluarga tetap dalam ingatan.Kadang-kadang tu sempat lah juga bervideo-cam sambil bajet macam study oberdSEA la konon.hihi.

Dan paling-paling pun 4 hari sekali akan kol rumah dan mintak mak call semula sebab nak jimat kredit.hihi.Tapi bila ada kredit banyak tu dengan bangge cakap mak takpe,kedit kite banyak lagi.hewhew.

Dan kalau bernasib baik ,dapat panggilan surprise dari adek kecik kat rumah tu yang kadang-kadangnya hanya call semata-mata nak cakap:k.ty buat ape tu-kri.krik-okela.kty,hariz letak ea-assalamualaikum-hihi.pun boleh.takpelah janji ingat dekat k.ty yang jauh ni(jauh la sangat.haha)Apa yang nak dikata sebenarnya,aku tengah counting ada dalam3 minggu je lagi nak balik rumah.Bersabarlah duhai hati :)

Friday, March 1, 2013

sahabat tolong jangan bosan

Ahlan wasahlan ya Calculus II wa Partial differential equations!(baca gaya orang Arab)

Untuk my 'Friends till jannah', saya selalu berdoa agar kalian tak pernah jemu,penat dalam berkongsi ilmu dengan saya,dan juga kerenah saya,kelemahan saya.Ya Allah,lembutkanlah hati sahabat-sahabat ku dalam berhadapan dengan hambamu yang lemah ini dan semoga dipermudahkan urusan kami dalam menuntut ilmu keranaMU.Ameeen.

#same-sama berusaha untuk subjek Maths sem ni.ayuh!