Monday, January 16, 2017

Pengalaman beli rumah baru(undercon) 2

Book rumah bulan 9,sampai sekarang belum settle lagi loan disebabkan ccris yang tak cun iaitu hutang ptptn huhu.Hujung tahun lepas start cuti semangat pergi utc, sekali dapat tahu dah closed pulak untuk bayar tunggakan, kena tunggu dalam 2 minggu lagi. Jadi dalam tengah bulan juga baru aku sempat settlekan tunggakan. Tunggakan tu aku bayar half je jadi aku buat tambahan untuk bayar bulanan tetapi masih settlekan dalam tempoh masa yang sama.

Selesai ptptn tu bermula lah kerja email surat dah bayar tunggakan ptptn kat orang bank. Aku email je sebab malas kan nak pergi bank jauh, lepas tu aku pun tak ingat apa yang aku sibuk sangat time tu. Lepas tu tup2 dah nak kena balik Sarawak. Masa kat Sarawak ni , orang bank call pernah jumpa akak pegawai bank ni,,kat mana,,bla.bla..masa tu akak bank tu plan ngan aku cakap tarikh sekian2 ni sebab memang tak jumpe kan... Tak boleh sebenarnya buat macam ni tapi akak tu bagi can la sebab aku kerja jauh kan. Tapi sebenarnya silap sangat ,sepatutnya aku pergi bank dengar explanation diorang betul2. Sampaikan akak bsn tu rupa2ya dia apply loan konvensional untuk aku. Aku mana lah tahu sebab masa dia minta dokumen semua aku kat Sarawak , aku just isi borang maklumat dan scan. Tapi seingat aku , aku cam isi borang yang pembiayaan Islamik. So, bsn first bank yang bagi lulus. rate dia 5.05% agak tinggi.

Akak bsn tu call cakap ramai yang beli rumah kat tempat aku beli tu ambil konvensional gak lepas tu macam2 lah di cakap yang konvensional ni tetap tak susah nanti nak bayar..last sekali dia cakap , tapi terpulanglah kat aku nak ambil mana dia xboleh paksa, pehh.aku bila dengar kat phone cam ape ea.tak berapa faham. Sebenarnya aku dah pernah google tapi tak xberapa ingat. So lepas tu aku google pasal beza loan islamik dengan konvensional.

Lepas dah baca2 barulah faham sikit tapi tak berapa retila nak menerangkan hehe.
Then aku bagitahu ayah aku..ayah cakap kan ada islamik kenapa nak amik konvensional pulak.Ok tu cerita bsn stop dulu. Lepas beberapa hari dapat mesej lulus loan bank islamik. Rate 4.55 ,bolehlah..tapi masa tu aku cam tak faham gak sebab ada insuran MRTT. Sekali lagi pergi lah menggali MRTT , takaful bagai .haa.Lepas tu aku konfiden tanya akak bank Islam tu boleh tak saya tak ambil takaful tu.Akak bank islam tu cakap tak boleh memang kena ambil. Aku pun oh ohhh je la.Tak puas hati baca2 lagi, baca lagi loan islamik bank islamik memang include mrtt sekali .ceitt.Nampak tak baca borang pun tak habis. Lepas tu tengok offer letter bsn pun ada masuk MRTT sekali..huhu..k.ilmu tak cukup..adoi..

Yang serabutnya lagi kan,akak2 bank ni rupa2nya dia apply untuk tempoh 35 tahun yang mana dilarang sekeras2nya oleh ayahanda dan bondaku sebab lama sangat loan.huhu. Haritu masa nak proses loan tak ada pula diorang tanya aku nak berapa tahun ke aku yang patut bagitu.seriuss noob betul la. Mula-mula aku deal gak dengan ayah untuk 30 tahun sebab kalau 25tahun monthly agak banyak, tapi ayah aku tetap cakap 25.sobsob.Ayah aku jarang tak setuju dengan aku so kalau dia dah cakap no tu aku pun selidik betul2 lah. Aku calculate gaji in future tolak komitmen semua dapat survive tak.hehe.Alhamdulillah survive..kalau dapat pindah Melaka lah.aminn.hehe

Jadinya aku mintak akak2 bank tu untuk tukar kepada 25 tahun. Yang bsn tu aku apply balik untuk loan islamik. Harap2 dapat keputusan yang okey, rate rendah dan dapat dalam minggu ni..sebab nak settlekan balik cuti raya cina nanti.amin.aminnn.

next update harap dapat share loan yang dah berjaya with low interest.amiinn..huhu