Saturday, August 30, 2014

first try pavlova!

okayy,tengah tension2 baca jurnal.rest je tepek resipi pavlova dekat sini.

resipi ini aku ikut dari blog kak Rai ni.mudah sebab ada gambar lagi.Cuma yang bahagian whipping cream tu dia tak tunjuk sangat. Part whipping cream ni lah aku punya tak jadi sangat.Tak tahu la kenapa.Penat memutar..dah la pakai tangan,lepas ni nak beli yang stand mixer je senang.Nak dekat 1 jam kot putar tapi dia tak likat sangat..tapi okay la daripada cair je.Yang whipping cream tu aku tengok dari video ini.

tekan sini
(yang part gula tu aku kurangkan jadi 1/2 cwan)-tak nak manis sangat

banyak betul guna putih telur nya.Kuning telur tu esoknya mak aku masuk dalam nasi goreng.hah.tak lah membazir.

nomnomnommm

the nice texture/meringue.the spoiled cream.



okay.so this is my pavlova.tak menyerlah sebab tak ada strawberry.aku letak kiwi dengan buah oren. aku rasa macam jadi.meringue die pon cantek je rasa macam marshmallow tu cume macam aku cakap tadi,krim je la spoil sikit.apa-apa pun selamat dah di perut ku....nom nom....


merdeka.merdeka.merdeka!

Tanggal 31 bulan 8 lima puluh tujuh,
hari yang mula hari bahagia
sambut dengan jiwa yang merdeka!
......


sayangnya jiwa aku tak merdeka lagi.ak countdown atas katil kot haha.ye la.konon-konon nak baca jurnal tapi baru bukak scroll sikit-sikit lepas tu tengok ayat bombastik sangat aku pun bawa diri lah tidur.lepas tu bangun balik and i did the same things.baca jurnal mula lah aku ngantuk.dah la kena hantar before sabtu ni..sepatah perkataan tak tulis lagi.urghh.macam nak give up je rasa, betolllllllll.seteresssssss.tolonggggggggg

aku yang senang tertidur bila stresss-

Wednesday, August 27, 2014

Tarbiyah Cinta

ceh,cehh.. nak feeling-feeling kejap sebelum mula baca jurnal.boleh tak.

cr:infotaip.blogspot


Tadi episod terakhir cerita tarbiyah cinta drama tv1 yang ditayangkan pada setiap tengahari pada jam 11.30-12.30 pada hari Isnin hingga Khamis.Sedih sangat..tetapi itulah hakikatnya.Itulah kebenarannya walaupaun ianya pahit.ecehh.wuu.sedih lagi bila terbayang muka Umar yang sedih.
Bagus betul lakonan Umar ni(ditambah lagi dengan pakej muka dia).tiba-tiba nak minat dia.haha.

Pelakon utama cerita ini;

Memey Suhaiza (Dr. Imani)
Arja Lee( Danny)
Imam muda Naufal Hatta ( Umar)


Apa yang best cerita ni?
Cara penyampaian dakwah nya lah.Pertama dari segi pemakaian Amani,sukanya nampak dia pakai labuh-labuh dan longgar tapi masih ada style dan cantik di pandangan mata.Shawl yang dipakai kebanyakannya nampak mudah cantik je tengok ( tetapi sebab Memey Suhaiza ni cantik memang cantik lah kan).Kedua Umar.eh..betul watak Umar iaitu seorang lelaki soleh,baik hati dan pemalu.Alunan merdu  bacaan ayat Al-quran yang dibacakan oleh Umar dan hormat kepada ibunya (waktu ibu Umar tak terima lamaran wanita yang ingin meminang Umar, Umar akur sahaja).Ketiga ada cerita mengenai usrah. Banyak juga ilmu yang disampaikan sewaktu babak mereka mengadakan usrah.Ada iman muda Nazrul  selaku murabbi.Keempat imani.mestilah watak Imani dekat episod awal2.Dia suka kat seseorang die berani cakap dan dia gunakan medium yang betul.Dan bila dia tak suka dan tak boleh terima orang tu dia boleh cakap dengan jujur.Lepas tu Imani ni suka cakap perkara yang berfaedah dan tak suka gosip-gosip ni. good job Imani .saya nak jadi macam awak gak!hihi.

Apa yang tak best?
Danny lah.kemunculan Danny.hahaa.baru nak tengok babak Umar dengan Imani berborak,berkawan malu-malu tiba-tiba dah muncul babak Danny.Dan akhirnya Danny tu lah jodoh Imani.
eh.jujur sangat ye.good acting Danny awak buat saya geram dengan kemunculan awak.hehe

Banyaklah pengajaran boleh diambil dari cerita ini.sungguh.
antaranya

Allah adalah perancang sebaik-baiknya (Allah is the best planner).Walaumacamana cantik pun perancangan kita, DIA punya perancangan adalah yg terbaik...

cr to owner

-macam  dalam drama ni.Imani masa tu call Danny cakap dia tak boleh suka dan cinta kat Danny.dia suruh Danny lepaskan dia. Imani dah la dah siap cakap kat Umar masa tu 'apasalahnya kita merancangkan' waktu Umar cakap nak teruskan hasrat nak memperisterikan Imani.Waktu ni Umar tak tahu lagi Imani dah kahwin. Imani pula masa ni memang cinta sangat kat Umar. Bila Umar dapat tahu Imani dah kahwin, dia cakap kat Imani ' cinta kita berdua untuk bersatu,tetapi matlamat dan cara tak menghalalkannya,kembalilah ke jalan Allah ,Imani'*lebih kurang macam tu lah ayatnya* maksudnya Umar suruh Imani patuh dan taat la kat suami dia Danny tu.Dan akhir sekali Imani mintak maaf kat Danny dan akan belajar cintai Danny. -end- siap tulis cerita penamat lagi.haha.

Memang dah agak dah ini ending nya, Umar kan baik,tak kan lah dia nak rampau isteri orang hanya sebab dia suka kat perempuan tu.oh Umar kesiannya kamuuuu.Sunnguh ajal,maut,jodoh,pertemuan di tangan Allah.
cr to owner

menenangkan fikiran dengan menghayati  lagu ni:

Lirik Tarbiah Cinta - Dina Nazir & Rendra Zawawi

Oh Tuhan lindungi hatiku
Dari keinginan dunia
Aku hanya disini sekadar berlalu
Bagaikan fajar yang menanti senja

Tapi mengapa bicarakan takdir
Yang terjadi pastinya bererti
Hanya dia yang satu menjadi saksi
Kepada kasih yang aku ingin beri

Inilah tarbiah cinta
Menguji insan setia
Tunjukkanlah diri ini 
Yang mencari kebenaran
Inilah tarbiah cinta
Menguji insan setia
Terangkanlah hati ini 
Dari kegelapan fana

Mungkin jawapannya tersirat
Didalam renungan dan bisikan hatimu
Oh marilah kusujud hatiku
Cinta, engkau, oh Tuhan

Inilah tarbiah cinta
Menguji insan setia
Tunjukkanlah diri ini yang mencari kebenaran
Inilah tarbiah cinta
Menguji insan setia
Kurniakanlah hambamu ketenangan jiwa selalu
Aku hanya manusia yang punya keimanan
Mencari erti bercinta

Oh Tuhan ampunilah aku
Oh Tuhan selamatkan aku


so deep right?






Monday, August 25, 2014

keep going!

cr:tumblr
aww.so cute.i should remember this all the time especially when I'm having hard time.


Friday, August 22, 2014

X

jeling-jeling kalendar.
banyak da X


kalau ikut perjanjian cakap-cakap by end of next week aku kena hantar bab 2 dah la
wooow
tetapi ikut logik memang tak lah.mungkin terlebih hari sikit aku hantar.haha
miannn dr.

Wednesday, August 20, 2014

red velvet for mom's birthday

As usual!
rvc is my choice.
rasa nya yang sedap dan tak jemu.
dan sesuai untuk seisi keluarga.chewaaahh.
Gambar mak dengan kek ada bakal dipaste disini

After a long~~~ time tak bake cake.
jadi kek nya adalah kekurangan
tak tahu lah sejak kepala berserabut dengan jurnal ini malas sungguh nak baka kek atau biskut
ini pun lepas buat kek rvc ni rasa dah tak nak buat kek lagi
ye la..kek yang diharapkan tak serupa apa yang dibayangkan.hehe
lepas tu dengan nak mengemasnya-membasuh.adoi.leceh..
tapi everything for u mak!
;)

Untuk birthday adik ( 2/9) ni memang tak lah buat kek
lagipun adek dah request nak red velvet cookies
jadi layankan saja lah
sebenarnya nak buat dah since raya hari tu tapi pewarna bright red tak ada.
merata-rata kedai pergi semua dah habis
agaknya masa raya ramai buat red velvet kot.kot la.

Ini resepi rvc yang aku ikut. sumber : Hana's Family. * ada gak yang telah diubah

Bahan-bahan
  • *2 cawan tepung kek/superfine
  • *2 sudu besar serbuk koko
  • *1 sudu kecil baking powder
  • *1 sudu kecil soda bicarbonat
  • *1 sudu kecil garam
  • 1 cawan buttermilk - resepi di bawah
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1/2 cawan kopi/nescafe panas
  • 2 biji telur A
  • esen vanila

Topping
  • 250g cream cheese @ satu ketul
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
  • 1 sudu besar jus perahan lemon ( aku tak letak pun..orang kata lemon ni utk hilangkan bau cheese,so tak apa lah kalau tak letak rasanya)

Cara-cara
  • Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
  • Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  • Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang(pastikan gula hancur). 
  • Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
  • Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus. 
  • Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.(tunggu kek sejuk dulu baru letak topping)


Tuesday, August 19, 2014

jurnal @@@@

1.24 a.m
sedang membaca jurnal
tulus ikhlas aku cakap aku mahukan semua ini segera tamat
kadang-kadang rasa nak give up je
tapi memang tak boleh lah
sebab aku yang mulakan dan aku perlulah berusaha hingga ke garisan penamat!
ngantuk nye ~~~~~~~~~~~~

Friday, August 15, 2014

raya kawan2

semalam kawan2 utm dtg beraya  kt rumah.seronok.lagi2 dengar cerita sorang bff ni.
tapi tak habis cerita pun.sambung cerita waktu nak ke bp nanti yey!

credit : aina

Monday, August 11, 2014

buat dulu baru cakap

cakap banyak tak guna, kalau tak buat kan.
Jadi tinggal lebih kurang 18 hari lagi untuk aku siapkan draf bab2(literature review)..
memang kena siapkan , sv dah pesan awal2 kena bagi before naik cuti.
hahhh..ni lah bila suka sangat buat kerja last minute.padan muka kat diri sendiri .uaah

Setiap kali nak buat research,nak buat literature review setiap kali tu lah nak kena google.secara teori-nya tahu, bila kawan tanya ber-iya bercerita...tetapi secara praktikal..ayoo...manyak pening.manyak ngantuk
Jadi aku decide nak tulis kat sini serba sikit perjalanan proses pembikinan bab2 ini.

1.Tajuk aku dah ada, jadi tak risau.Ini semua idea sv .i follow je. Tambahan lagi tajuk yang sv cadangkan tu best!Tetapi masih boleh tukar tajuk sv cakap. Jadi seterusnya aku kena baca berpuluh-puluh jurnal atau mengikut beratus-ratus(dalam mimpi je).

2. Buat gant chart (ni bukan dalam proses menyiapkan bab 2 tapi untuk bab 1-3).Gant chart adalah jadual kerja. Jadi kerja kita akan lebih teratur.
rasa kena anjak ni.kena extend sikit masa untuk menulis bab2 kat September tu :"]


3. Cari jurnal di database.Biasanya setiap universiti ada sediakan akses untuk pelajar dia. Jurnal lebih mudah dicari jika  secara spesifik (guna advanced search). Macam aku, aku cari berdasarkan 4 keywords iaitu social learning environment, facebook, interaction dan active learning.Keyword ni yang sv aku suruh cari dan aku pun ada juga guna keyword lain iaitu facebook learning dan social learning. 

4. Buat masa sekarang dah ada 30 jurnal dan aku akan cari mungkin lagi 20.Tak cukup sebenarnya tu,tapi takpa lah 1 pun dah berpinar mata membaca apatah lagi 50.haha.To my self-never give uo.

Saturday, August 2, 2014

time flies

Sekarang dah bulan Ogos,sungguh tak terasa pun.Ya Allah cepat betul masa berlalu.tup-tup dah habis semester 1, tup-tup keluar result, tup-tup puasa dan tup-tup raya! result alhamdulillah, baik.cuma ada sedikit kecewa sebab ada subjek yang target tetapi tak dapat seperti yang hendak dicapai. Sedih sangat masa tu, siap buat entri frust lagi kat blog ni tapi tak jadi publish.Entri berbaur emosi sangat. Dah tenang terus mesej dr. dan akhirnya terima jawapan yang dr.bagi. Redha. Di sebalik kegembiraan tu aku belajar juga untuk Redha.Yang penting semester depan gandakan usaha(jangan malas-sebab selalu malas) dan gandakan doa.Insyaallah.cehh.cakap lebih-lebih teringat pulak hutang jurnal aku dah bertambah 30 okayy..arghh.stress bila ingat.Jadi hutang tetap hutang, kena bayar..kena pulun habis la ni.ada sebulan lagi.mampukah aku?