rvc is my choice.
rasa nya yang sedap dan tak jemu.
dan sesuai untuk seisi keluarga.chewaaahh.
Gambar mak dengan kek ada bakal dipaste disini
After a long~~~ time tak bake cake.
jadi kek nya adalah kekurangan
tak tahu lah sejak kepala berserabut dengan jurnal ini malas sungguh nak baka kek atau biskut
ini pun lepas buat kek rvc ni rasa dah tak nak buat kek lagi
ye la..kek yang diharapkan tak serupa apa yang dibayangkan.hehe
lepas tu dengan nak mengemasnya-membasuh.adoi.leceh..
tapi everything for u mak!
;)
Untuk birthday adik ( 2/9) ni memang tak lah buat kek
lagipun adek dah request nak red velvet cookies
jadi layankan saja lah
sebenarnya nak buat dah since raya hari tu tapi pewarna bright red tak ada.
merata-rata kedai pergi semua dah habis
agaknya masa raya ramai buat red velvet kot.kot la.
Ini resepi rvc yang aku ikut. sumber : Hana's Family. * ada gak yang telah diubah
Bahan-bahan
- *2 cawan tepung kek/superfine
- *2 sudu besar serbuk koko
- *1 sudu kecil baking powder
- *1 sudu kecil soda bicarbonat
- *1 sudu kecil garam
- 1 cawan buttermilk - resepi di bawah
- 1 cawan gula halus
- 1 sudu besar pewarna merah
- 1 cawan minyak jagung
- 1/2 cawan kopi/nescafe panas
- 2 biji telur A
- esen vanila
Topping
- 250g cream cheese @ satu ketul
- 1/2 cawan whipping cream
- 1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
- 1 sudu besar jus perahan lemon ( aku tak letak pun..orang kata lemon ni utk hilangkan bau cheese,so tak apa lah kalau tak letak rasanya)
Cara-cara
- Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
- Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
- Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang(pastikan gula hancur).
- Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
- Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus.
- Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.(tunggu kek sejuk dulu baru letak topping)
No comments:
Post a Comment