Friday, August 30, 2013

Raya 2013 with lovelydovey friends

#Assalamualaikum

yey.kali ni gambar raya tepek kt blog je




















born to be a teacher?

#Assalamualaikum

Last week, aku pergi satu temuduga ni untuk jadi home tutor. Ada sesi training, interview dan paling best sekali mock teaching. Tapi takde lah mock teaching sangat sebab dia dah bagi tahu siap2 nanti kena mengajar dalam masa 10-15 minit apa-apa subjek yang kita suka. Oleh kerana ke-busy-an aku time tuh, dengan tuisyen nye,tolong mak siap2 untuk marhaban (<---ceesss.alasan..) makanya memang aku tak get ready pon untuk mock teaching tu.Dengan pergi nye lewat, tak tahulah kenapa masa tu just rasa malas suam2 kuku.err.lepas tu nak cari jalan pula satu hal sebab tak pernah sampai kat tempat yang nak interview ni.Paling tak leh lupe siap kena kejar anjing huii.walaupun masa tu tengah drive, tengok cermin sisi kanan ade 2 ekor anjing tengah berkejar sekali dengan kereta aku.Pecut terus aku time tu dah 2,3 pusing lepas tu baru lah jumpa tempatnye, mana tak kain rentang nama tempat tu terlindung patutu aku tak jumpa sabar je la kan.


Ok cerita pasal mock teaching, aku pon tak tahu aku mengarut apa masa tu.nervous tu tak payah cakap lah,wajib.hihi.Komen orang tu, aku kena selitkan induction.terang kenapa kena belaja maths and so on.hello..induction..familiar sangat..memang yang tu aku lemah sikit lagi-lagi bila tak prepare.hehe.Lepas tu tengok kawan lain present, hebat=hebat walaupun dia bukan datang daripada background pendidikan.Bak kata kawan aku tu, semua orang boleh jadi guru, even engineer tu pun nak suruh pekerja dia buat kerja dia bagi arahan  tunjuk ajar semua, so semua orang ada potensi untuk memimpin dan mengajar.point yang bijak kan.clap twice.another clap sebab aku rasa pusat home tutor ni ada prosedur yang terbaik dalam memilih tutor.clap twice again.


Pernah tak jumpa orang yang born to be a teacher ni.Aku ada la beberapa kawan yang bagi aku dia memang dah berbakat untuk jadi cikgu.Bila dia diri depan je all eyes aim at her.Macam ada aura gitu.Tangan tu tak payah cakap lah main peranan ok (body language),badan pon, kita yang audience ni tengok rasa macam hebat je.Memek muka, intonasi suara semua memang wow.Kita tengok rasa macam dia cool je kat depan tu, tapi bila habis present datang kat kita cakap nervous gila tadi.cesss.Benda ni aku nampak waktu awal2 belaja dulu la, tahun 1 macam tu, masa tu ilmu perguruan (pasal psikologi semu) tak belajar banyak lagi. Aku pulak rasa aku bukan tergolong dalam golongan born to be ni.Mungkin takdir aku ke arah ni, dulu after matrik nak apply u tu aku memang tak berharap pun dapat,maklumlah result pun tak berapa nak power. Setiap kali doa aku cakap kalau betul ini lah yang terbaik buat aku , aku akan dapat. Then, dapat, so aku cakap aku mesti boleh jadi a good teacher ni. So dalam masa 4 tahun kat u banyak benda belajar, dan dalam masa tu lah aku banyak belajar dari pensyarah, dan kawan2. But now, dah habis belajar, rasa macam tak jumpa lagi lah sesuatu yang boleh buat aku jadi good tu.So boleh dikatakan aku masih dalam pencarian and because of that aku jadi cikgu tuisyen walaupun bayaran dia tak mahal as long as aku dapat kutip pengalaman tu dan dapat elakkan diri aku ni dari terus-terusan jadi malassssss.*haha.sebanarnye mood tengah malas nak study sains.choii.

Friday, August 23, 2013

Red velvet lagi

#Assalamualaikum

phewww.rupa my rvc percubaan kali ke-2.sedih sebab warna tak red pon.warna cekelat.so nama kek ni cekelat velvet ok.lala.presenting cekelet velvet cake..


dan seterusnya, edited pictures yang diedit khas untuk membuktikan ini adalah red velvet.Bolehla kan..ada lah rupanya.



Hajat hati ni nak bawa untuk anak murid tuisyen esok tapi macam tak cukup pulak, jadi bukan rezeki diorang la kot,next week cikgu try buat lagi.hehe

Thursday, August 22, 2013

Red velvet cake for birthday mak !

#Assalamualaikum


red velvet comot.hehew
Tanggal 20 Ogos haritu,ulangtahun kelahiran mak yang ke-48.Disebabkan aku secara rasminya adalah seorang penggangur terhormat yang tidak mempunyai pendapatan  tetapi mempunyai duit raya  maka aku decide nak buat kek untuk mak. 
Mak pernah cakap teringin nak buat red velvet, tapi itulah, mak aku ni busy tak muncul2 pun red velvet nye.Jadi aku pun rasa this is the right time to try rvc.yes!Pagi 20 haribulan tu, pergi ajak akak beli barang kat kedai kek. 
Barang-barang untuk buat red velvet ni mahal-mahal, banyak pulak tu, tapi rasanya boleh buat 3-4 round lagi la rvc untuk the next-next time. Lepas dah beli barang tu, kelamkabut gak la nak buat sebab ada masa 2 jam lebih je sebelum mak balik kerja.
Aku pulak baru first time try, so asyik belik resepi je 2, 3 saat.
Time hidang kat mak tu tak sempat pun freeze kan kek ni,haha, tu yang dalam gambar cream cheese tu nampak macam melting je.
Oleh kerana aku masih newbie lagi, jadi kek ni tak la sedap hingga menjilat jari cuma bolehlah sampai ke tekak.hehe

RVC in the house!!!



To be honest, feeling like i'm a big big girl now.sobs.berjaya akhirnya buat kek untuk mak.Sorang-sorang je kot buat kek#akak ada tolong gak tapi 30% je.haha#. Im a big girl!!weeee.



acara memotong kek.yuhuuu

Friday, August 16, 2013

selamat hari raya!


#Assalamualaikum.
-Lama betul tak update, feeling so lazy.grhh.jadi hari ni tepek gif budak comel sorang ni yang debab-bab.hih