Tuesday, March 3, 2015

Diari Cikgu 1

lega!

the only word that can be desribed now.
hei.lega sekejap je ni.Banyak lagi akan diobserve.

Sebenarnya minggu lepas aku diberitahu aku akan di-observe sebanyak 2 kali, satu untuk pencerapan dan satu lagi untuk program SISC+. Maka, tentulah hujung minggu ku berjalan dengan tidak aman. Nak tidur tapi tak boleh.. golek kiri kanan sambil fikir apa aktiviti best yang nak buat. Lepas itu fikir pula macam mana nak tackle hati pelajar kelas 4A2 dan 5A5. Dua-dua ini adalah kelas yang agak hujung dan mereka ini tidak ada semangat nak belajar. Tiap kali aku masuk je kelas diorang ni, aku mesti macam terus blur tak tahu nak ajar apa sebab tengok budak-budak yang tak get ready pun nak belajar. Biasa , lama juga lah start kelas tu.,Nak bagi diorang senyap dan keadaan kelas terkawal akan ambil masa. Apabila da senyap tu, Ya Allah bersyukur sangat rasa. Tapi ye la budak2 kelas belakang ni, diorang punya masa untuk fokus tak lama.Kejap je senyap lepas tu buat bising balik.okay,stop cerita yang tu cerita pasal yang observe pula.

Nak dijadikan cerita yang cerap tu tiba-tiba guru Panitia Matematik bagitahu dia nak cerap lepas cuti. Betapa bersyukurnya aku masa tu sebab memang tak bersedia jiwa dan raga ini. Aku rasa sebenarnya dia lupa yang dia ada cakap nak cerap hari Isnin tapi tak apa lah aku tak nak ingatkan.hehe.

 Hari ini pula cikgu dari program SISC+ datang nak observe. Mula-mula tak lah risau sangat sebab cikgu ni bukan nak bagi markah, cuma nak bimbing guru je.Tetapi fikir-fikir balik, aku kena la buat yang terbaik kan,jadi aku pun rancanglah aktiviti. Itu pun last minute. Aktiviti ikut buku teks je tak memerah otak pun nak fikir.haha.cuma memerah otak untuk buat bahan aktiviti. Antara bahan yang diperlukan adalah tali yang berwarna dan ends up aku tak ada tali tu...fikir punya fikir aku guna kertas warna dan lipat jadi halus..Serabut taw fikir.Lepas tu ade kad nombor.ini pun pagi2 aku baru print dekat sekolah.dekat rumah tak ada printer.dalam satu jam sebelum kelas yang aku nak masuk tu lah, aku baru sediakan kad nombor tu.Lepas tu nak susun nombor pula dah serabut.Kenapa lah aku gunting tak ikut susunan, pening sudahh..ah.memang nak give up dah time tu. Sebab barang tak tersusun jadi macam mana nak bagi pelajar.haiihh..memang keje gile.nasib lah dalam kelas budak-budak ni boleh terima arahan dan ikut je apa yang aku cakap.Dan akhirnya, bolehlah dikatakann aktiviti itu berjaya. Walaubagaimanapun, aku boleh nampak banyak kekurangan kat situ.hehe.lepas ni kalau nak buat aktiviti memang kena rancang elok-elok. Cikgu tu pun cakap perkara yang sama tetapi dia ada puji la aku buat aktiviti berkumpulan. Katanya sepanjang die observe untuk tahun ni aku je cikgu yang buat aktiviti berkumpulan.huhu.happy i dengar.Padahal hipokrit je semua tu. Terhegeh-hegeh rancang aktiviti. Jadi lepas ni kena lebih rajin lah nampaknyaaa.huwaaa.

TOPIK:SUBSET (aktiviti inkuiri Matematik buku teks)

kad nombor yang dah bercmapur aduk :')

cuba jaya.boleh jadi bentuk bulat juga kertas ini

kad nombor boleh masuk dalam kertas warna.yayy!tetapi tak berapa praktikal sebab tak nampak sangat bentuk bulatnya :')
its ok la kan,at least i'm trying my best la kan.


Lepas kena observe tu, cikgu Wong (cikgu sisc+) ada bagi komen.Beliau bagi nasihat bab refleksi, aktiviti berkumpulan, set induksi dan teknik penyoalan. Best sangat. Rasa macam nak tanya macam-macam soalan kat dia. Maklumlah cikgu ni dah lama mengajar jadi idea die,,memang wowww.Lepas ini kena baiki aspek teknik penyoalan pula sambil-sambil tu ingat nama pelajar. Nama budak-budak ni susah nak sebut tu yang kadang-kadang aku malas nak ingat. Tapi sekarang kena mula ingat sikit-sikit nama lah nampaknya ;)


psst..perangai buat kerja last minute susah nak hilang.ideaa tak ada masalahnya.i need to change!

~ke arah guru yang cemerlang dan di hati pelajar~ :p