#Assalamualaikum
Dah sebulan lebih aku mengajar kat pusat tuisyen. Hari ini baru aku terbuka hati, i means rajin menulis untuk mengimbas (flasback) kegembiraan dan kedukaan sebagai guru tuisyen.ceittt. Aku pilih hari ini (Ahad) disebabkan minggu ni adalah minggu yang menyebabkan kesabaran aku betul-betul tercabar dan semangat mengajar aku seolah-olah ditiup angin yang sepoi-sepoi bahasa :P Tuisyen aku 2 hari sahaja iaitu Sabtu dan Ahad, bayaran pun tidaklah mahal. Tetapi aku ambil juga peluang mengajar ini sebab aku pun memang tengah tanam anggur kan sekarang.haha.so why not la korbankan sikit hujung minggu tu kan... plus i really need money $$$$ .weehhee. Hari Sabtu (15 September ) adalah antara hari yang aku anggap hari yang paling menguji tahap kesabaran aku. Masa tu aku ajar budak darjah 5. Yep, darjah 5 tolong jangan pandang enteng ok sebab diorang ni boleh menyebabkan tekanan darah kau melonjak naik jika kau gagal mengawal mereka. bahaha.
Dan masa tu ada juga budak darjah 6 ni datang, sedangkan masa tu UPSR dah habis dah pon. Aku cakap rajinnya datang , dia kata kat rumah boring tak tahu nak buat apa. Budak2 darjah 6 yang lain takde pun datang , dia je sorang masa tu. Ok la fine kan. Tapi yang aku geram sangat, dia datang lepas tu bukan nak belajar, boleh pulak kacau kawan dia buat latihan dan tak ambil pun latihan yang aku bagi. Sebab dia kata tak nak buat. Allah haiii, sabor je la masa tu. Lepas tu dengan diorang bercakap-cakap lagi memang tak dapat nak kawal lah. Ye lah, aku minta kawan dia tunjuk jalan kira kat depan, yang lain pulak ambil kesempatan borak-borak. Aku pandang dengan pandangan tak puas hati kat diorang. Diorang senyap gak lepas tu tapi tak lama pun.
Bila tengok cikgu dia ni tak paadang lagi kat dia, dia mula cakap-cakap balik. Yang paling aku geram, boleh pulak diorang nak gaduh depan aku. Memang aku rasa nak give up time tu ,dalam otak fikir,..i dun want to be a teacher..yang sorang duduk, yang sorang lagi tengah berdiri. Aku confuse gak nak buat apa time tu. Budak yang duduk ni siap ejek2 kawan dia, kawan dia yang berdiri tu mestilah hangin dengar..Aku pergi kat diorang cakap....dah la...h( budak yang berdiri) pergi duduk tempat awak....ye la.orang cakap kalau kita tengah marah..kita duduk..kalau tak hilang maarah lagi kita baring..kalau tak lagi,,tido je terus.haha.ok yang tido ni takde.tapi yang bagusnya pergi ambil wuduk lah.
Pada budak yang memang duduk tu aku cakap jangan kacau kawan awk tu (sebab aku nampak dia yang start dulu). Lepas tu aku terus suruh salah seorang budak yang bergaduh tadi buat soalan kat depan. Ni bagi nak elak diorang lagi beremosi, so aku alihkan lah tumpuan diorang walaupun masa tu diorang namapak macam tak puas hati lagi dengan satu sama lain. Alhamdulillah, takde pertumpahan darah yang berlaku mahupun pertumpahan air mata.haha. Ingat kan nak try aplikasikan teknik nabi seperti yang diceritakan oleh ustazahkhadijah yang comel itu kat blognya, tapi disebabkan aku tak kenal hati budi budak2 ni ( datang tusyen pun kejap2 datang kejap2 tak) so tak dapat lah nak cuba teknik tu.
Tapi insyaallah aku akan cuba aplikasikan bila berjumpa dengan keadaannya yang sesuai. Ha..ni lah dia antara pe'el budak-budak tuisyen kat tempat aku ajar. Aku tambah sikit lagi dengan perangai budak form 3 pulak. Diorang ni dalam kelas suka sangat main game kat handset, lepas tu tengok video lah, bila aku datang dekat dengan diorang barulah pura-pura buat kerja. Dan lagi satu suka buang sampah merata-rata. Tapi sejak 2minggu lagi, aku memang serius bab sampah ni dengan diorang. Sebelum nak balik semua kena kutip sampah2 yang ada kat bawah kerusi. Budak2 ni sampai cakap..wah cikgu,lepas tusiyen kita siap ada gotong-royong eh......Kalau tak kemas kelas tu, memang kesian kat adek2 form 5 yang tuisyen lepas tu, diorang lah yang kutip sampah, sapu-sapu. Nasib lah diorang ni ada yang rajin, siap sapu bersih2 lagi. huhu.. eh.eh.anjang pulak entri kali ini, sarat betul dengan emosi, walaupun dah cerita pung pang pung pang dengan kakak dengan mak, boleh pulak lagi membebel kat sini..haha.
No comments:
Post a Comment