Perangai budak-budak tusiyen tempat aku ajar secara rawak (baca: randomly):
- Bercakap dengan kawan seolah kawan berada di sebelah kelas sedangkan kawan kat sebelah kerusi sahaja
- Bersungguh-sungguh bila belajar subjek yang disukai
- Mula hilang tumpuan apabila latihan yang diberi tidak dapat dijawab
- Tiru jawapan kawan bila cikgu bagi latihan
- Buat bising apabila cikgu keluar dari kelas untuk beberapa seketika
- Kacau kawan bila tak dapat jawap latihan yang diberikan
- Bermain handphone
- Bermain games di phone apabila cikgu memberi tunjuk ajar pada rakannya yang lain
Secara jujurnya, dekat sekolah pun memang ada berlaku perkara-perkara ini. Agak normal, tetapi kalau dah ramai2 pelajar dalam kelas buat pe'el macam ni, macam mana ye,,,hehe
Budak-budak ni mungkin tak berapa bersungguh belajar waktu tuisyen, sebab dia tahu ni tusiyen je pon. Tusiyen tu datang jumpa kawan-kawan,borak2,tukar2 lagu. Jadi ini memang satu cabaran buat aku. Ayuh, sahut cabaran itu, tukar mentaliti mereka.ayuhhh...!***poyoss.haha
No comments:
Post a Comment