Friday, December 13, 2013

malang tidak berbau

Sejak jadi cikgu tadika ni aku memang setuju sangat dengan perumpaan malang tidak berbau ni.Paling  aku ingat ada sekali ni , seorang anak boy ni pipi dia tercucuk warna pensil.Agak dalam lah luka tapi kecik je. Tengok tu pensil warna pun dah dikategorikan sebagai barang yang merbahaya. Yes, apa-apa barang boleh menyebabkan kecederaan kepada anak tadika.

sumber


Sebab tu lah, anak-anak ni betul2 kena diawasi oleh cikgu. Yang pasal pensil warna ni, masa tu memang ada bagi anak2 ni tugas untuk melukis dan warna dan buat dalam kumpulan. Tiba-tiba je seorang anak boy ni panggil cakap, A kene pensil. Nasib A tak mengangis, aku bawak pergi ofis lepas tu sapu ubat. Time tu dia cakap la, teacher..sakit..muka anak boy tu ..ya ampun kesian..auk cakap tahan sikit ea..teacher baca selawat ye..smbil tiup2.hehe.sebenarnya A ni agak notty sikit, yang risau time nak bagitahu kt parents dia.

 Maklumlah satu perkara kat tadika ni, anak2 kalau luka sikit memang kena noted, inform parents cepat2..takut nanti parents salahkan teacher. Contoh macam anak datang tadika ada luka ke..so teacher kena catat awal2. Oh..yg A tadi tu , time hantar dia balik, aku inform la kat ibu dia, nasib ibu dia tak cakap apa2 sebab ibu dia pun memang tahu anak dia macam mana..lega rasa.feww

 And one more thing,kadang-kadang bila sesuatu perkara nak berlaku..aku macam dapat instinct je.*ceh.konon.instinct seorang guru.kononnnlah*situasi- seorang anak transit ni pegang bekas yang ada guli yang banyak lepas tu goncang2.aku baru nak cakap 'S, jgn..." dushhh..guli2 tu pun terabur ke serata tadika.jenuh nak mengutip hoiii. dan ada lagi satu masa tu budak2 ni main kejar2 dekat dengan whiteboard..aku baru nak sebut..D*nama anak*....,pang.whiteboard tu dah senget sebelah,nasib tak hempap  budak tu..jadi satu kerja pulak aku kena memaku nye balik.ayoiii.hahaa..

so apa yang aku faham semua benda ada potensi untuk menjadi ancaman bahaya,..yes.sebab time pergi kursus osha pun, pensyarah cakap perkara yang sama. So, solution dia, teacher kena always remind anak sebab anak-anak ni kalau main dah syok sendiri je tak perasan dah apa yang bahaya.hee

**hari ni cuti, ingat nak pergi KL tapi member ada hal..so postpone..rugila gaji sehari.tsk :P*

2 comments:

  1. kenangan ku semasa hidup bersama kanak-kanak riang dulu bertandang kembali.. hidup dengan budak-budak memang seronok! balik rumah, ade je mende nak cite kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul fara, lagi2 mak owg kn cikgu tadika gak:)

      Delete