Untuk aktiviti kokurikulum,aku dan kawan aku diberi kebebasan oleh GPK Hem untuk menyertai mana-mana persatuan dan badan beruniform yang kami minati.Begitu juga dengan sukan,kami boleh pilih ikut keselesaan kami.Untuk badan beruniform aku pilih pandu puteri walaupun sebenarnya aku tidak pernah menyertai badan beruniform ini semenjak dari sekolah rendah.Motif utama turut serta dalam pandu puteri adalah untuk belajar sesuatu yang baru manakala motif tersembunyi aku turut serta sebab aku ada rapat dengan seorang kakak ni(cikgu) ,dia yang ajak aku join jadi senanglah sikit kan.Aktiviti koko biasanya dijalankan pada hari Rabu(kalau tak silap lah;)pada jam 2petang.Waktu pembelajaran habis pukul1.05 sebab sekolah ini sekolah 2 sesi.Aku pernah mengajar waktu hujung ni di kelas form4 di tingkat atas, boleh nampak la,hari Rabu semua pelajar bersesak-sesak nak melobosi(betul ke?)pagar sekolah.Untunglah siapa yang berjaya lepas tetapi rugi sebab tak dapat ilmu tambahan.sengih.Sepanjang tempoh aku praktikal, adalah dalam 4 kali sempat turut serta aktiviti uniform ini.Aktiviti uniform dan persatuan akan diselangselikan tapi sepanjang berada di sana aku kerap kali rasa aktiviti badan beruniform lagi banyak diadakan(kenapakah??abaikan)
Untuk persatuan,sebenarnya aku hampir lupa aku incharge yang mana,sebab terasa macam aku tidak sertai mana-mana(seriously,lupe..arggh)Mungkin faktornya adalah kerana,kadangkala hari Rabu diadakan mensyuarat guru yang berlajutan masanya,dan kadangkala juga aktiviti koko ditangguhkan(agaknya..)
Untuk sukan pula,aku pilih pingpong.Oleh kerana,aku memanglah weak dengan sukan jadi aku rasa sukan ini adalah yang terbaik untuk aku.Walhal sebenarnya,aku join pingpong ni pun sebab senior U aku(a.k.a cikgu sekolah tu jugak) ajak aku join.Tengok,aku memang takkan menghampakan harapan orang.Aktiviti pingpong diadakan pada setiap hari selasa petang dan pingpong best sebab tidak perlu berpanas terik.Malah duduk berborak di bawah kipas kelajuan 5..ok.tipu aku pun tak ingat ada kipas ke tak..tapi tempat yang pelajar berlatih main pingpong tu ada bumbung dan ada laluan untuk udara masuk dan keluar;)Menurut senior U aku tu,dia tak pandai pun main pingpong ni,tapi lama-lama pandai la sikit sebab pelajar-pelajar yang ajar.See..pelajar pun boleh ajar guru.Oh ye. ingat lagi kata-kata GPK 1 sek.,nak jadi guru yang incharge kat sesuatu sukan tu, tak perlu pun kita ni dulu ada pingat emas ke,perak ke,dalam sukan tersebut atau handal bermain.Kalau ada ni semua memang cukup bagus lah,bonus mark la kiranya.Tapi biasanya yang ada ni budak2 sains sukan je.So kalau nak pilih sukan apa yang nak incharge tu bole je pilih yang kita tak pernah main,Ye la,saja nak tambah pengalaman lagipun yang penting kat situ adalah kemahiran seorang guru menguruskan pelajar.Kalau tak tahu main mungkin boleh jemput orang luar untuk ajar pelajar.Macam waktu aku praktikal dulu,pelajar-pelajar yang join pingpong tu memang dah tahu main pun,belajar dari sekolah rendah kot.So cikgu just adakan event,pertandingan nak bagi polish lagi bakat diorang.
Tetapi,ada kawan aku kat sekolah lain,cikgu/pengetua yang tetapkan diorang masuk kelab apa semua-semua tu.So,depends la kat sekolah masing-masing.Insyaallah,apa-apa pun tugasan yang diberi,cuba la memberi komitmen sebanyak yang boleh.
No comments:
Post a Comment