Tuesday, June 7, 2016

marhaban ya Ramadhan

Already submitted research project for the evaluation. 2 minggu lagi insyalllah boleh ambil untuk buat pembetulan lepas tu jilidkan. Memang confirm ada pembetulan sebab hari tu buat rushing tak cukup masa.hoho. haih terbayang lagi saat-saat akhir nak hantar, tak tidur malam kot.sakit satu badan ,mata panda tak payah cakap la kan. Salah kat diri sendiri juga la sebab last minute tetapi nak buat macam mana memang remeh nak finalize kan semua. Apa-apa pon dah usaha sekarang ni doa dan tawakal je la.Harapnya ada peluang merasai 4flat sem ini..berangan.haha.yang penting lulus dan dah habis master.yay!alhamdulillah.

Marhaban ya Ramadhan.
Tahun ini berpeluang puasa banyak hari sikit kat rumah sebab kebetulan puasa jatuh pada tarikh cuti sekolah. So puas lah rasa ..cuma raya macam tahun sebelum ni lah 4 hari je kat rumah.hoho.boleh lah ,dah bertambah umur ni macam tak berapa sangat lah rasa excited nak sambut raya tu. Sekadar ada sepasang baju raya baru dan kasut baru cukup. Walaupun tak excited, tapi baju raya sebulan sebelum puasa dah beli dah.haha.kasut je belum,tudung dengan handbag guna apa yang ada. Tahun ni kurang sikit mood shopping sebab sedar diri hutang banyak.hutang belajar ku.huhu

Lepas dah setlle master ni, mula lah mak tanya, 'kawan lagi ke dengan dia', 'tak suka ke dia', lepas tu mak cakap ayah dah risau yang anak-anak perempuan ni dia ni tak kahwin lagi. La..ku ingat ayah tak kisah, daku baru nak leklek menyesuluri umur pertengah 20 an.haha.Memang perasan pun start tahun ni sejak balik cuti je mesti mak tanyaa..adoiii.aku macam biasa tak tahu nak bagi jawapan apa.tak suka nya umur da bertambah ni,kene bersedia untuk lebih banyak komitmen. Bila duduk kat Kapit tak risau pun benda2 ni sebab bagi full komitmen kononnye sebagai cikgu.konon..Jadi sempena bulan Ramadhan yang mulia ini,kena doa banyak2 la supaya dibukakan pintu hati ditunjukkan jalan yg lurus ;) insyaallah.

No comments:

Post a Comment