alhamdulillah.lega sangat dah selesai present. Dr cakap penerangan yang bagus.Ya Allah hati melonjak-lonjak keriangan.suka sangat.berbaloi lah tidur lewat dan asyik menghadap assignment tu sahaja. walaupun tak bersedia tapi mungkind hasil dari pembacaan dan penerokaan (discovery) sewaktu mencari bahan itu buat aku lagi faham mengenai augmented reality. Tak praktis pun nak present macam mana, nak demo macam mana kat depan nanti cuma buat perancangan dalam kotak minda je. Risau juga mula-mula.risau banyak bukan sikit sebab aku adalah seorang yang perlukan latihan ( praktis present) baru biasanya aku dapat present dengan baik. Lagi satu kelebihan kat aku tadi sebab subjek(augmented reality) yang aku present tadi memang baru dan menyeronokkan, jadi mudah nak sampaikan. Nampak lah rakn sekelas yang lain macam teruja sebab benda baru.huhu.Sekarang ni nak fokus baca jurnal punya, nak kena belajar balik cara penulisan literature review yang betul. fighting!
*tadi ada sesi 'tazkirah' dengan seorang kakak yang sudah berumah tangga tapi perangai mantain muda, dia cakap kalau nak cari pasangan hidup cari yang:
tak merokok ( sebab bau mulut tak tahan--tapi memang tak ada dalam list aku orang macam ini)
sayang kita lebih (sebab kalau dia sayang sangat kat kita, bila kita buat silap ,dia tak akan marah sangat..senang nak maafkan sebab sayang kannnn)
memahami kita ( tapi sebelum tu kita sendiri kena lah jadi seorang yang memahami, baru boleh dapat pasangan yang macam ini)
Ini lah 3 perkara yang dikongsikan tadi.hehek..akan dijadikan pedoman ye kak.k...terima kasih!
No comments:
Post a Comment