Saturday, March 24, 2012

Minggu pertama latihan mengajar 1

As-salam


Konon-konon nya dulu berhasrat tiap-tiap hari akan menulis blog ini,tapi apakan daya kita hanya merancang Allah yang menentukan segalanya.Asal online je mula lah malas nak buka blog ni,ROS(Rancangan Orientasi Sekolah) pun tak siap-siap lagi,minggu depan memang kene pulun habis lah nampaknya.OH ye,di sekolah saya ada lagi seorang kawan cina di mana optsyen nya adalah kimia.Kejap nak flashback semula 1 minggu sepanjang bertugas di SMKL.

ISNIN(19 MAC 2012)

Bertolak dari rumah seawal jam 6.45am,memandangkan tumpang kawan dan kawan pula sekolah nya agak jauh sedikit dari rumah sewa kami.Perjalanan ke sekolah saya dengan menaiki kereta adalah lebih kurang 3 minit.Manakala kalau berjalan kaki saya tidak tahu kerana belum pernah lagi berjalan kaki tapi rasa saya agak jauh untuk berjalan kaki.humm.Pagi Isnin itu kena lapor di pejabat ter lebih dahulu.Kemudian tunggu untuk berjumpa pengetua.Semasa menunggu pengetua sampai,kami duduk dahulu di pejabat satu-satu cikgu masuk sambil bertanya siapa kami.Kami mudah je senyum sambil mengatakan guru praktikal.Cikgu-cikgu pun senyum je tiap kali masuk pejabat.Pengetua dah sampai dan memberi arahan supaya cikgu praktikal juga kene hadir ke tapak perhimpunan.Saya trngok jam,ok,dah pukul 7.30 semua pelajar dah ada kat tapak perhimpunan alamatnya akan jadi macam Cg.Ali cerita yang mana sewajtu pergi tapak perhimpunan nanti semua pelajar akan pendang kamu .*penat pula tulis panjang-panjang,lepas ni saya cerita short-short saja la*
Masa assembly,pengetua siap perkenalkan kami guru praktikal,pelajar bagi response seperti uuuuhhh.Berdebar dah waktu tu.After perhimpunan ada pelancaran Anjung Bahasa,follow je ceikgu2 yag lain pergi.Then,jumpe pengetua dan GPK untuk maklumat.Kat bilik guru pun telah diberikan meja guru.Alhamdulillah tempatnya selesa.Untuk hari Isnin tak de apa2 aktiviti2 jadi 1 lebih dah boleh balik sekolah.


No comments:

Post a Comment