Showing posts with label guru tuisyen. Show all posts
Showing posts with label guru tuisyen. Show all posts

Sunday, September 15, 2013

Cikgu tuisyen ( sarat dengan emosi versi karangan )

#Assalamualaikum

          Dah sebulan lebih aku mengajar kat pusat tuisyen. Hari ini baru aku terbuka hati, i means rajin menulis untuk mengimbas (flasback) kegembiraan dan kedukaan sebagai guru tuisyen.ceittt. Aku pilih hari ini (Ahad) disebabkan minggu ni adalah minggu yang menyebabkan kesabaran aku betul-betul tercabar dan semangat mengajar aku seolah-olah ditiup angin yang sepoi-sepoi bahasa :P Tuisyen aku 2 hari sahaja iaitu Sabtu dan Ahad, bayaran pun tidaklah mahal. Tetapi aku ambil juga peluang mengajar ini sebab aku pun memang tengah tanam anggur kan sekarang.haha.so why not la korbankan sikit hujung minggu tu kan... plus i really need money $$$$ .weehhee. Hari Sabtu (15 September ) adalah antara hari yang aku anggap hari yang paling menguji tahap kesabaran aku. Masa tu aku ajar budak darjah 5. Yep, darjah 5 tolong jangan pandang enteng ok sebab diorang ni boleh menyebabkan tekanan darah kau melonjak naik jika kau gagal mengawal mereka.  bahaha. 
       
        Dan masa tu ada juga budak darjah 6 ni datang, sedangkan masa tu UPSR dah habis dah pon. Aku cakap rajinnya datang , dia kata kat rumah boring tak tahu nak buat apa. Budak2 darjah 6 yang lain takde pun datang , dia je sorang masa tu. Ok la fine kan. Tapi yang aku geram sangat, dia datang lepas tu bukan nak belajar, boleh pulak kacau kawan dia buat latihan dan tak ambil pun latihan yang aku bagi. Sebab dia kata tak nak buat. Allah haiii, sabor je la masa tu. Lepas tu dengan diorang bercakap-cakap lagi memang tak dapat nak kawal lah. Ye lah, aku minta kawan dia tunjuk jalan  kira kat depan, yang lain pulak ambil kesempatan borak-borak. Aku pandang dengan pandangan tak puas hati kat diorang. Diorang senyap gak lepas tu tapi tak lama pun. 
           
      Bila tengok cikgu dia ni tak paadang lagi kat dia, dia mula cakap-cakap balik. Yang paling aku geram, boleh pulak diorang nak gaduh depan aku. Memang aku rasa nak give up time tu ,dalam otak fikir,..i dun want to be a teacher..yang sorang duduk, yang sorang lagi tengah berdiri. Aku confuse gak nak buat apa time tu. Budak yang duduk ni siap ejek2 kawan dia, kawan dia yang berdiri tu mestilah hangin dengar..Aku pergi kat diorang cakap....dah la...h( budak yang berdiri) pergi duduk tempat awak....ye la.orang cakap kalau kita tengah marah..kita duduk..kalau tak hilang maarah lagi kita baring..kalau tak lagi,,tido je terus.haha.ok yang tido ni takde.tapi yang bagusnya pergi ambil wuduk lah.

       Pada budak yang memang duduk tu aku cakap jangan kacau kawan awk tu (sebab aku nampak dia yang start dulu). Lepas tu aku terus suruh salah seorang budak yang bergaduh tadi buat soalan kat depan. Ni bagi nak elak diorang lagi beremosi, so aku alihkan lah tumpuan diorang walaupun masa tu diorang namapak macam tak puas hati lagi dengan satu sama lain. Alhamdulillah, takde pertumpahan darah yang berlaku mahupun pertumpahan air mata.haha. Ingat kan nak try aplikasikan teknik nabi seperti yang diceritakan oleh ustazahkhadijah yang comel itu kat blognya, tapi disebabkan aku tak kenal hati budi  budak2 ni ( datang tusyen pun kejap2 datang kejap2 tak) so tak dapat lah nak cuba teknik tu. 
          
         Tapi insyaallah aku akan cuba aplikasikan bila berjumpa dengan keadaannya yang sesuai.  Ha..ni lah dia antara pe'el budak-budak tuisyen kat tempat aku ajar. Aku tambah sikit lagi dengan perangai budak form 3 pulak. Diorang ni dalam kelas suka sangat main game kat handset, lepas tu tengok video lah, bila aku datang dekat dengan diorang barulah pura-pura buat kerja. Dan lagi satu suka buang sampah merata-rata. Tapi sejak 2minggu lagi, aku memang serius bab sampah ni dengan diorang. Sebelum nak balik semua kena kutip sampah2 yang ada kat bawah kerusi. Budak2 ni sampai cakap..wah cikgu,lepas tusiyen kita siap ada gotong-royong eh......Kalau tak kemas kelas tu, memang kesian kat adek2 form 5 yang tuisyen lepas tu, diorang lah yang kutip sampah, sapu-sapu. Nasib lah diorang ni ada yang rajin, siap sapu bersih2 lagi. huhu.. eh.eh.anjang pulak entri kali ini, sarat betul dengan emosi, walaupun dah cerita pung pang pung pang dengan kakak dengan mak, boleh pulak lagi membebel kat sini..haha.

Friday, August 30, 2013

born to be a teacher?

#Assalamualaikum

Last week, aku pergi satu temuduga ni untuk jadi home tutor. Ada sesi training, interview dan paling best sekali mock teaching. Tapi takde lah mock teaching sangat sebab dia dah bagi tahu siap2 nanti kena mengajar dalam masa 10-15 minit apa-apa subjek yang kita suka. Oleh kerana ke-busy-an aku time tuh, dengan tuisyen nye,tolong mak siap2 untuk marhaban (<---ceesss.alasan..) makanya memang aku tak get ready pon untuk mock teaching tu.Dengan pergi nye lewat, tak tahulah kenapa masa tu just rasa malas suam2 kuku.err.lepas tu nak cari jalan pula satu hal sebab tak pernah sampai kat tempat yang nak interview ni.Paling tak leh lupe siap kena kejar anjing huii.walaupun masa tu tengah drive, tengok cermin sisi kanan ade 2 ekor anjing tengah berkejar sekali dengan kereta aku.Pecut terus aku time tu dah 2,3 pusing lepas tu baru lah jumpa tempatnye, mana tak kain rentang nama tempat tu terlindung patutu aku tak jumpa sabar je la kan.


Ok cerita pasal mock teaching, aku pon tak tahu aku mengarut apa masa tu.nervous tu tak payah cakap lah,wajib.hihi.Komen orang tu, aku kena selitkan induction.terang kenapa kena belaja maths and so on.hello..induction..familiar sangat..memang yang tu aku lemah sikit lagi-lagi bila tak prepare.hehe.Lepas tu tengok kawan lain present, hebat=hebat walaupun dia bukan datang daripada background pendidikan.Bak kata kawan aku tu, semua orang boleh jadi guru, even engineer tu pun nak suruh pekerja dia buat kerja dia bagi arahan  tunjuk ajar semua, so semua orang ada potensi untuk memimpin dan mengajar.point yang bijak kan.clap twice.another clap sebab aku rasa pusat home tutor ni ada prosedur yang terbaik dalam memilih tutor.clap twice again.


Pernah tak jumpa orang yang born to be a teacher ni.Aku ada la beberapa kawan yang bagi aku dia memang dah berbakat untuk jadi cikgu.Bila dia diri depan je all eyes aim at her.Macam ada aura gitu.Tangan tu tak payah cakap lah main peranan ok (body language),badan pon, kita yang audience ni tengok rasa macam hebat je.Memek muka, intonasi suara semua memang wow.Kita tengok rasa macam dia cool je kat depan tu, tapi bila habis present datang kat kita cakap nervous gila tadi.cesss.Benda ni aku nampak waktu awal2 belaja dulu la, tahun 1 macam tu, masa tu ilmu perguruan (pasal psikologi semu) tak belajar banyak lagi. Aku pulak rasa aku bukan tergolong dalam golongan born to be ni.Mungkin takdir aku ke arah ni, dulu after matrik nak apply u tu aku memang tak berharap pun dapat,maklumlah result pun tak berapa nak power. Setiap kali doa aku cakap kalau betul ini lah yang terbaik buat aku , aku akan dapat. Then, dapat, so aku cakap aku mesti boleh jadi a good teacher ni. So dalam masa 4 tahun kat u banyak benda belajar, dan dalam masa tu lah aku banyak belajar dari pensyarah, dan kawan2. But now, dah habis belajar, rasa macam tak jumpa lagi lah sesuatu yang boleh buat aku jadi good tu.So boleh dikatakan aku masih dalam pencarian and because of that aku jadi cikgu tuisyen walaupun bayaran dia tak mahal as long as aku dapat kutip pengalaman tu dan dapat elakkan diri aku ni dari terus-terusan jadi malassssss.*haha.sebanarnye mood tengah malas nak study sains.choii.