Showing posts with label akucikgu. Show all posts
Showing posts with label akucikgu. Show all posts

Wednesday, August 31, 2016

belajar menyimpan

Buka website perumahan penjawat awam melaka tu tiba-tiba dah closed lak permohonan.alahaii hari ni tarikh tutup rupanya..lupa.padahal setiap masa online.ish.baru semangat nak ada rumah sendiri.bukan rezeki la tu cari lubuk lain pula. Berkira-kira ni nak bagitahu ke tak kat mak teringin nak beli satu rumah ni which is memang berbaloi..tetapi kang mak tanya tak nak kahwin ke.. ha.nak jawab apa lak.hehe.

Lepas dah spend money bayar kt yuran belajar i mean settle dah belajar, teringin lak nak beli rumah. Dah tahun ke 2 kerja ni baru ada kesedaran nak belajar saving menyesal juga lah. Tahun lepas duit nampak kat pergi umrah tu je la.Yang lain duk shopping online je.haha. Bila masuk tahun ke2 da start kene bayar kereta, masa tu baru rasa macam...eh.eh..mana duit aku..hehe.Tapi kan seriously duit tu cepat je melayang-layang, tahun lepas punyalah berangan nak beli something sekali tiba2 kena beli laptop baru sebab laptop ada masalah. Sedih juga masa tu tetapi laptop nak guna untuk siapkan thesis so ku korbankan la keinginan hati. Keperluan lagi penting dari kehendak tak gitu.

Jadi rumah ni kira keperluan la...boleh jadi aset walaupun komitmen bertambah. Rasanya kan..bila kita ada komitmen, automatik kita macam pandai sikit nak uruskan duit. Tak ada nafsu2 shopping terlampau. Macam sekarang aku pegi shopping kat pekan kapit seminggu sekali je,kekadang 2 kali jadi jimatlah minyak. Itu cerita kat Kapit. Tapi kalau balik semenanjung menderita juga nak kedekut macam ni..banyak godaan dan cabaran, yang ni yang kadang2 bajet bulanan lari. Apa-apa pun ,hopefully mak akan setuju dengan keinginan yang satu ni.huhu

Friday, August 26, 2016

emosi cikgu

Dah habis master, dah habislah bebelan pasal ke-stress-an master journey.hehe.bebel pasal sekolah pula la kan.hem.kalau cerita bab sekolah memang tak akan habis, perangai macam2 jenis budak2 walaupun tiap2 hari rutin yang sama tapi perangai tu lah kekadang yang buat cikgu ini konfius, happy, marah, geram dan sedih,

happy- Apabila semua budak siap homework. Tetapi kadang-kadang meragukan tau macam baru-baru ni apabila check jawapan homework dengan budak, kemudian suruh budak mark sendiri dan sambil tu diorang baca jawapan, lepas itu baca jawapan dengan confident sambil tersenyum. Habis je bincang, terus aku tanya budak, 'betulkah kamu buat sendiri,macam ada seomething je'.Pastu diorang jawab ada cikgu lain ajar.huhu.selamat.sorry cikgu bersyak wasangka.
- happy juga apabila pelajar berebut-rebut nak jawab soalan. Siap cop nak soalan ni, nak soalan tu. Kadang-kadang ada sampai merajuk sebab cikgu suruh orang lain yang jawab. Well as a teacher, kita kena pastikan yang pasif pun involve. Kelas yang superaktif ni kelas 1C dan 1F iaitu kelas ke-4 dan ke-7.
happy- Tentunya apabila pelajar faham.'yeay, cikgu saya faham!' 'oh, cikgu macam tu ke..nemu!''cikgu, faham.faham..senang amat!'(nemu,bahasa iban :tahu,boleh) masa ni lah cikgu respon bagus, good, thumb/s up. Suka budak-budak kena puji ok.Tapi kalau kawan dia kena marah dengan cikgu pun diorang suka.siap bahan kawan lagi.cessss

konfius/geram/marah - apabila nak semak buku pelajar, tengok nipis semacam je,rasa macam tdah banyak homework bagi.apuuu

marah- Apabila budak banyak sangat cakap dan pelajar tanya soalan berulangkali. Jadi penyelesaiannya,sambil bagi tahu budak buka muka surat berapa dalam masa yang sama tulis juga di whiteboard. Bila budak tanya, aku tunjuk je kat whiteboard. So tak adalah aku membebel masa tu walaupun kadang-kadang ada yang tanya juga walaupun dah ditulis kat whiteboard,jadi yang pesen camni memang dapat bebelan secara berdas-das.haha
- Apabila kelas ada sampah, cikgu suruh kutip pelajar tak nak buat,lepas tu arahkan orang lain.Ni memang cari nahas lah kelas sendiri kot,tanggungjawab sama-sama.

sedih- Masa budak lambat wish hari guru.budak kelas sendiri pula tu.sentap cikgu masa tu!esoknya baru diorang wish..happy balik masa tu.haha

Jadi, tinggal 3 bulan je lagi untuk habiskan sesi persekolahan 2016. Harap dapat teruskan semangat ajar diorang ni. Semangat! walaupun diorang tak berapa skor, selagi diorang aktif dalam kelas bagi respon itu pun dah cukup buat aku happy.Let's pray for the success.

bawah : Gambar waktu kelas PSV (satu je kelas ajar PSV, 4 lagi kelas Math)





Thursday, June 23, 2016

nak senang kena usaha

Memang lah kan nak senang di kemudian hari kena lah usaha. Naik motor di Kapit merupakan perkara yang paling best, sesuai sangat sebab Kapit merupakan pekan yang kecil dan masih banyak lagi kehijauan bukit bakau,less pollution mungkin. Jem pun memang jarang kecuali lah musim perayaan itu pun dekat kawasan pekan je. Jadi bila naik motor, tu rasa kepuasan sangat dapat menikmati permandangan2 tu.  Dan sambil naik motor kau akan dapat tengok dengan jelas makcik pakcik tengah berkebun walaupun di tengah hari, orang muda menyiapkan jalan membanting keringat di tengah panas..respect betul kat mereka ni.Itu belum lagi kalau pergi ke pekan ke, nampak yang ambil barang berat-berat kotak besar..dekat warf bawa beg besar banyak2 nak ke bot, angkat motor .seriously diorang ni sangat kuat bekerja.Badan tak lah besar macam body builder tapi masih punya kekuatan yang luar biasa ini. Memang majoriti lelaki macam tu lah kerja dia dekat sini sebab mereka ni tak berpengetahuan tinggi.
Pernah ada sekali abang pelajar kelas aku datang sebab dia dapat tahu adik dia suka curi-curi pergi ke pekan waktu pagi (sekolah sesi petang) punyalah dia marah kat adik dia dan dia cakap 'kalau kau malas ko kerja la bawah panas nanti' aku first time pula dengar statement macam tu, tapi betul lah.diorang ni biasanya dah malas belajar end up kerja kontrak buat2 rumah bawah panas.Lain lah kalau kita berpendidikan dapat lah kerja selesa sikit dalam pejabat ke.tapi..kalau dah ramai kerja kat pejabat..sape nk kerja kontrak tu.hehe.apa-apa pun bagi aku kat sini, diorang masih belum tahu lagi tahap kepentingan ilmu tu, sebab tu bila time diorang buat hal kt sekolah je, ak mulalah bebel cakap diorang kena belajar betul2 bantu mak ayah..blablaa..hihi

Thursday, September 17, 2015

Hari Sukan Sekolah SMKK2 #throwback



Hari Sukan sekolah yang pertama aku sertai sebagai guru!
Memang best sebab dapat team(cikgu2) yang best,sporting and supporting.
Hari sukan ni berlangsung selama 3hari dekat stadium kat Kapit.


Sepanjang sekolah dulu, tak pernah merasa acara sukan kat stadium.sekolah rendah mahupun sekolah menengah..sebab padang kecil je dan acara pun tak banyak. kesian kan,tetapi tak pelah tak minat pun bersukan.hehe

Jadi, apabila buat kat stadium tu excited gak la,tak sabar nak tengok bakat sukan budak-budak ni dan lari atas trek untuk acara pegawai wanita bagi rumah sukan aku.hehe.ok yang ni excited tambah debar sebab lari atas trek..sepanjang hidup memang tak pernah,lepas tu dah la lama tak lari,lepas tu lari dekat bahagian memang budak nampak(depan seat stadium).hah.tetapi nasiblah acara 4x100m,kurang lah sikit malunye.hehe. 

Waktu hari sukan ni aku bertugas sebagai ajk pencatat keputusan,duduk kat stadium bahagian berbumbung,tak kena panas pun siap boleh makan-makan lagi sambil tengok budak berlari.Awesome sangat macam tahu-tahu je i ni puteri lilin.haha.Nak catat keputusan sambil taip markah  kira markah kena teliti gak,check2 semula baru perasan ajk terdiri dari kalangan cikgu matematik..patutlah.huhu. Sebelum acara penutup, aku tahu dah keputusan rumah sukan mana yang menang lepas tu pergi duduk kat team delima.Cikgu-cikgu semua tanya ,delima dapat nombor berapa,heboh tanya..aku cakap tak dapat nombor last.hehe.lega semua.Tup2 masa umum naib johan semua melompat keterujaan,tahu dah la Delima juara,dah la selisih 1 markah je.huhu.persaingan sengit betul.
hasil kerja aku bersama k.dayang dan k.nik.hiasan hentam saja.

Meraikan kemenangan.Rumah sukan delima.Tema naga.Mula-mula langsung tak aim pun boleh juara sebab tengok macam tak ada atlet je rumah kitorang.last2 juara milik kitorang gak.yahoooo.First time rasa rumah sukan yang disertai juara....!




Cikgu-cikgu sebelum kawad.majoriti cikgu-cikgu rumah Delima ikut sekali perbarisan sebab hakim cakap kalau cikgu2 join dapat markah lebih,supportive kan semua...dan kawad dapat No.2! yay!



pegawai lelaki : juara
pegawai perempuan : naib juara
First time juga aku dapat pingat acara rumah sukan.hehe!
Esok tu pergi sekolah,masa masuk kelas budak-budak
"cikgu Izzati lari laju"
"cikgu, lajunya kamu lari"
"cikgu, kamu dulu atlet ke kat sekolah"
"cikgu, kamu lari laju dari saya"
haha.budak-budak.kalau tak mengusik cikgu memang tak sah.


grrrr.delima!

This is one of the sweet moment that will be unforgettable.
Macam banyak first time je dalam entri ni kan..hehe.
Lepas ini kena kekalkan juara nampaknya.huhu
Disebabkan dah menang dan ada duit lebih waktu kutip dari pelajar,kitorang plan nak buat jamuan untuk semua atlet delima .yela tanpa diorang siapa nak bagi Delima juara.huhu
oK.see u next year Delima!

How time flies

Cepatnya masa berlalu,lusa dah nak balik.Dalam banyak2 cuti, aku rasa cuti kali ini yang aku tak berapa excited nak balik,aku macam cool je..eh ke sebenarnya nervous nak balik sebab...hemm.ye.salah satu sebab,banyak pula perkara nak diselesaikan cuti ini dan semuanya berkait dengan masa hadapan.yes.the future!

Bab 3 yang misi aku tu mestilah tak selesai lagi.Hari tu emel Dr. tanya, dia pula minta aku hantar draft yang aku dah buat.haa.so hasil dia faham-faham lah.segan juga nak emel Dr.bukan main karang ayat dalam emel tu supaya Dr.lembut hati.hehe

Lepas tu, 3 hari lepas tiba-tiba SV mesej suruh aku buat appoiment dengan lecturer media design untuk bincang pasal independent study. Sebab SV cakap lecturer tu ada seorang student independent study under dia. Terus excited whatsap dia dan dah set appoiment,harap ada respon yang positif dari perbincangan dengan beliau nanti.amiiinn.

Ada juga lak fikir kalau ambil subjek tu dengan research , boleh ke aku bawak nanti. Buat research pun terkial-kial,pastu tambah lagi dengan assignment, ha..boleh ke awak zati.kata suka kan cabaran.yes,i do love challange,but let see how the discussion goes first. Sekarang ini, semua keputusan kalau buat kena fikir betul2,tak nak la macam sebelum posting buat tak kisah je tak ambil satu subjek kelas  yang wajib sambil bajet2 dapat posting Johor,padahal masa tu patut dahulukan yang wajib ni elektif kemudian.. ha sekali dapat Sarawak meraung.hihi.Tetapi semua perkara tu ada hikmah, Allah dah ada perancangan terbaik untuk kita. Tengok sekarang tiba-tiba ada possibility dapat ambil subjek kelas tu dengan independent study:)

Sekolah?

Banyak sangat berlaku, 

Hari sukan ( entri seterusnya)



Saturday, June 27, 2015

Diari Cikgu 5: Dah 5 bulan saya kat Kapit!

Assalamualaikum

Lama tak bebel kat blog sendiri.uhuuu
Tajuk nak bangga dah 5bulan.padahal tak tolak cuti sekolah lagi tu.hehe
Cepat betul masa berlalu, terasa macam semalam je baru sampai,tarik luggage naik bot.hemm..
Jadi kali ini first Ramadhan sambut jauh dari keluarga,tak lah begitu sedih sebab housemate saya adalah kakak2 yg terer memasak.hihi so hari2 makan sedap.tetapi jauh dari sudut hati tetapi ada kerinduan kat suasana di rumah. Selain masakan, waktu berbuka yang awal dan selesai solat terawih awal adalah sesuatu yang best.Berbuka masa hari pertama hari tu 6.38 petang, sekarang lewat sikit,6.45 lebih kurang. Solat pula,pukul9 da selesai sebab imam baca surah pendek je.hehe.Jadi kadang-kadang rasa macam tak ada alasan tak pergi solat terawih sebab rasa macam banyak je masa. Kalau kat rumah dan masa belajar dulu kekonon banyak kerja lah tu yang skip-skip pergi.Tapi seriously banyak sangat masa terluang kat sini,cuma nak rajin ke tak je buat kerja.Tadi lepas solat siap fikir, kalau 1 hari buat 2muka surat untuk betulkan bab3 research, ade lebih kurang 17 hari lagi sebelum balik puasa jadi boleh dapat dalam 34 muka surat untuk bab tu..haa..senang je kan.angan2 je la..da balik umah termenung ,pegang handset tengok2 da setengah jam berlalu.haiiiii.duniawiiii..

Sekarang ni memeang tengah speed up ajar budak2 sebab dah ketinggalan banyak silibus.so misi utama sekarang ni kejar silibus.hiiii

Saturday, April 4, 2015

Diari Cikgu 2

-a long weekend-
cuti 4 hari.

Pencerapan.

Untuk kali ke2 aku telah dicerap.Alhamdulillah semua berjalan lancar.The students behave well.Im so happy.Thank you Allah.Cuma tak happy dengan markah nya. Rasa macam aku dah buat yang terbaik.Dia siap tanya ok tak,puas hati tak markah?aku jawab..tu je ke..lepas tu die cakap dengan tersengih-sengih..tak puas hati ke?tak apa?saya boleh suruh ketua bidang observe lagi.(hoii.dalam hati je mampu jerit)hemm.okela.tak apa lah tak nak la kena cerap lagi.hehe.So,dah rasa tenang.alhamdulillah.Padahal dia cakap nak masuk kelas hujung nak tengok aku mengajar macam mana.Aku hanya mampu jawab ye..masuklahh..silakannnnn.with pleasure(padahal dalam hati..ahh..tak payah lah nak observe lagi).hiii.itulah ketua panitia ku yang sangat komited dan berdedikasi.

NAK GRAD PLEASE !!!!

Esok nak wassap SV sambil merayu..dr.saya nak grad please..tolong saya dr.!
hehe.penangan lepas tengok kawan2 dapat surat invitation konvo.

PDP PROGRESS

Tiap kali tulis bab3 set kat papan putih,budak2 punya respon ' cikgu, banyak nye bab3 ni bila kita nak habis' haha.korang ingat korang je bosan.cikgu pun bosan.lambat sebab korang lah bukan sebab cikgu.Tiap2 kali jumpa nombor perdana tiap2 kali tu cikgu kena terangkan.bukan setakat nombor perdana,nombor genap,nombor ganjil semua adik beradik nombor lah.padahal belajarnya bab set.Tak kisah pun nak terangkan,tetapi tak melekat dalam otak tu yang geram.hewhew

Form5 dah masuk bab3 penjelmaan,pening fikir nak ajar macam mana. Kalau bagi kertas latihan cepat pula diorang siap nanti dah siap bercakap.Kalau suruh salin pula lambat salinnya..dilema cikgu dibuatnya.Pelajar yang tak nak belajar, dah 2,3 kali minta keluar buku tak nak keluar, so I just simply ignored them. Tak nak belajar is not okay but okay than dari tak hormat cikgu. So,kalau tak nak belajar just stay at ur place and dont disturb others!hehe.

Monday, February 16, 2015

Ke Sarawak!

Perjalanan ke Sarawak.

Kami yang mendapat posting di Sabah dan Sarawak perlu bermalam di hotel Nouvelle dahulu sebelum menaiki flight pada keesokan harinya bagi mendengar segala taklimat.Makan dan minum semuanya disediakan dan kami seolah-olah pergi bercuti di situ :p

dengan roomate hotel.happy sangat muka dah kenapa kan
dalam dewan untuk dengar taklimat.masing buat jejak kasih kat sini
kami dan luggage kumpulan kami.beg besar2.gaya macam nak duduk lama kat sana pegawai cakap
beg besar gigihlah kena angkut

Untuk penerbangan ke Sarawak,, kami menaiki fliht mengikut kumpulan.Kumpulan aku kumpulan ke 4 kami gerak ke KLIA dalam pukul 830 am . Penempatan untuk daerah kami tahu sewaktu di balai menunggu untuk berlepas ke Kuching.Diorang dapat tahu dari group teleram. Ada kumpulan yang dah sampai sana dapat buku senarai nama. Terkejut masa tu tahu dapat Kapit. Terbayang naik bot..bot yang buruk..sedih la juga.

surat lantikan dapat masa kat hotel di Kuching


Sampai kat kuching kena bermalam kat hotel sebab keesokannya kena naik flight untuk ke sibu.Lepas tu baru ke kapit naik bot. Bot?ahh.beg dah lah bawak dua masa tu..macam mana la nak heret.fikir punya fikir decide tinggalkan satu beg lagi kat mak saudara. Sepanjang ke sibu memang berdebar lah..lepas tu sampai kat warf sibu.tengok sungai Rajan..dubdapdubdap dah.sambil doa2 semoga semua berjalan lancar.
bot ekspres
luas teramat sungai nya.jauh dari jangkaanku.
yang ni bot2 yang tiba
dengan ana.dia tengah risau masa ni tapi aku ajak juga selpie
bot siap ada aircond dan tv lcd.ok lah.cuma sempat seat dia T.T

Perjalanan dalam bot selama 3 jam amatlah bosan.Tidur bangun tengok tak sampai-sampai lagi.Tandas dia pula kecik teramat dengan tak ada sediakan air.Itulah kali pertama dan kali terkahir aku masuk nasib ada bawa botol air extra. Sampai kat warf kapit kami disambut oleh cikgu 2 senior,siap dah sediakan rumah sewa untuk kami dan bawa kami makan sekali.

cikgu2 senior tengah bahagi kereta apa yang kami naik

cerita hari pertama di sekolah sambung nanti;)