Friday, September 13, 2013

My penny poppy collection

#Assalamualaikum

Sejak asyik meng-online di facebook, aku begitu mengidam nak ber-penny dan memilikinya ( ini kes sebab asyik belek group the pop look). Maka, aku pun beli satu kat web dan satu kat group yang preloved punya. Dua-dua ni memang i loike the colour. Tapi tak tahu lagi ni bila nak pakainya.keke. Satu dah siap alter dan satu lagi belum.Tang nak hantar alter tu memang malas. Nanti pakai kalau tak sesuai , means nampak pendek ke or lagi kurus, aku decide nak jual balik.hehe.So buat masa ini, aku dah berpuas hati lah dengan ada 2 penny ni (nafsu semua iniiiiii.arghhh).Puas tak puas, duit yang aku dah save untuk baju time konvo tinggal half da..omma:((

penny zigzag & penny flora (s size)

Tuesday, September 3, 2013

Russian black and white cake for birthday adek PART 2 (Resipi)

#Assalamualaikum

Sebelum tulis resepi, aku list dulu berapa harga bahan2 yang aku guna untuk buat kek.


  1. kek coklat d'rosni (untuk kek coklat moist, aku beli tepung yang da siap bancuh jadi senang tak perlu banyak guna bekas nanti, dan kek pun confirm jadi.hehe) - RM6.90 tak silap
  2. philadaphea cream cheese (250g) - RM11.80 (beli 2 untuk kek ni, so RM11.80 x 2 )
  3. coklat masakan 500g - RM5 kot (yang ni tak ingat, tapi rasa ni kot harga nya)
  4. whipping cream (jenama emborg) 200 ml - RM6.90 (beli kat kedai barang buat kek )
  5. buttercup - tak ingat berapa, sebab memang ada extra stok dalam peti ais.
**** beli barang-barang ni kat kedai jual bahan kek sebab lagi murah 

Disebabkan kek coklat dah ada, so aku buat filling kek je, coklat ganache dan coffee cheese cream.

RESIPI COKLAT GANACHE 

Bahan-bahan:

whipping cream (jenama emborg) - 200 ml
500g coklat masakan (boleh juga guna coklat compound, tapi kali ni aku try coklat masakan)
30 g butter

Cara-cara:


  • Didihkan whipping cream hingga timbul buih-buih di tepi periuk.
  • Potong coklat masakan kecil-kecil. 
  • Kemudian tuang whipping cream tadi ke dalam bekas yang mengandungi coklat.Kacau sehingga kesemua coklat cair. 
  • Tambahkan butter apabila coklat sudah kelihatan cair dan kacau hingga sebati. *kalau coklat tak cair gak, boleh guna teknik double boil.
  • Apabila semua dah sebati, sejukkan dulu.
  • Masukkan krim coklat dalam piping bag dan simpan dalam peti sejuk .*tujuannnya nak bagi krim coklat tu lagi pekat.

RESIPI COFFE CREAM CHEESE


  • 500g creamcheese (400g creamcheese guna pun dah ok, sebab hari tu aku buat banyak betul extra)
  • 1 paket butter (250g)
  • 1 cawan gula aising
  • 1/2  paket cofffee 3 in 1 segera 

Cara-cara : Putar semua sebati dan halus dan sedia untuk digunakan.

CARA PENYEDIAAN KEK RUSSIAN BLACK & WHITE
  • Potong kek kepada 3 atau 4 lapisan (aku potong 3 lapisan je, tapi tak cantik aku potong, so kek aku macam tak balance...silap teknik di situ, lepas ni aku plan guna 2 loyang so cantek sikit lau potong) 
gambar pinjam

  • Letakkan satu lapisan di atas papan kek. Sebelum itu masukkan cream cheese dan coklat ganache ke dalam piping bag. Paipkan di atas kek membentuk lingkaran secara berselang seli  (seperti gambar di atas).**selang2 krim tu macam bentuk lingkaran nyamuk tu**
  • Selepas itu, simpan sekejap dalam peti sejuk selama 10 minit.Ulang langkah ini sekali apabila selesai letak cream atas lapisan kedua.**tapi aku curious part ni, agak2 kalau aku tak letak dalam freeze terus lapis je kek tu jadi tak nanti dalam die..herrmmm**
  • Letakkan lapisan kek kedua dan paipkan lagi creamcheese dan juga ganache coklat seperti tadi. Buat sehingga lapisan seterusnya. Untuk lapisan terakhir hanya sapukan baki cream cheese.
  • Simpan kek yang telah disapu cream cheese dalam peti untuk memastikan cheese mengeras ( hari tu aku lupa buat part ni, sebab tak sabar sangat nak tuang ganache, memang spoil le topping kek aku.hee)
  • Dan Akhir sekali tuang baki coklat ganache ke atas kek. Jika ganache sudah membeku atau mengeras, panaskan semula secara double boiler sekejap dan terus tuang atas kek.
  • Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.
resepi kredit to : Pn.Azlita (blog :masam manis) dan Pn.Hana (blog : Hana's family)


Tak sempat pun nak ambil gambar waktu proses buat sebab rasa serabut sangat.Ye la, first time buat kek ni, takot je ada step yang tertinggal.hehe.Alhamdulillah kek ni sedap, rasa masam,manis dan masin semua.really loike it.huhu.mana tak sedapnya..bahan2 pun banyak kan..hehe


Monday, September 2, 2013

Russian black and white cake for birthday adek PART 1

#Assalamualaikum.

Sebenarnya since birthday mak hari tu (20 Ogos) aku dah start usha-usha resepi russian black & white cake ni.Dah aim dah, ok ni nak buat time birthday Hariz. Malangnya kan, rupa kek ni tak berapa jadi, sememeh je.Nasib lah rasa dia sedap dan adek pun cakap tak kisah, yang penting kek seedap.Siap puji lagi kakak dia ni boleh jadi chef.bahaha.


Adek tersayang, yang jadikan suasana kat rumah happening.tak kira lah dia tengah mengamuk atau happy.;)
 Antara gambar yang menunjukkan bahawa kek aku ni boleh dikira menjadi.hehe.


Nampak tak sememeh tu? kat topping kek..haha.tapi yang best nampak jugak la macam checkered gitu isi kek tu.hehe

lagi gambar yang konon membuktikan kek russian black and white cake menjadi.hehe

jamuan kecil-kecilan untuk kawan-kawan adek
Ini first time aku try buat kek ni, so memang tak perfect lah kan, untuk part seterusnya aku revise balik apa kesilapan2 yang aku lakukan waktu buat kek ni.;)