Wednesday, April 22, 2015

Diari Cikgu 3

Assalamualaikum

Rasanya hampir lebih kurang 3bulan dah bergelar cikgu. Baru 3 bulan ini pun, perasaan dah macam-macam..tertanya-tanya betulkah aku ini sesuai jadi guru,kadang-kadang apabila stress rasa macam menyesal pula jadi cikgu ni.hah...macam gitu sekali mixed feeling dia. Nasib la kapit, Sarawak ini jauh,kalau tdekat,ada kemungkinan yang aku berhenti jadi cikgu dan teruskan master betul-betul.haha.Rupa-rupanya takdir Allah tu kan indah, Dia bagi aku posting jauh jadi sedar sikit lah diri itu,jangan asyik nak give up je,tak gitu?

Tahun lepas,dalam bulan 12 masa ada ura-ura cakap posting bulan 1, aku borak2 dengan kawan dan cakap kat dia macam tak ready nak mengajar. Sebabnya aku dah lama tak mengajar.Last mengajar pun waktu 2 tahun yang lalu masa praktikal. Masa tunggu nak konvo tu ada lah juga minta jadi cikgu ganti tapi tak ada rezeki jadi memang tak dapat lah peluang nak mengajar. Jadi masa mula-mula dapat posting tu masuk kelas ambil masa juga lah aku nak sesuaikan dengan semuanya. Dari aspek control pelajar dan pengajaran itu sendiri. Dengan mula-mulanya budak-budak susah juga nak terima aku sebab dia kata cara aku ajar lain dengan cikgu sebelum tu siap ada yang minta kat aku dia nak cikgu yang lama itu ajar. Tipulah tak sentap masa tu. Kita dah la baru lagi dapat pula perkataan2 yang negatif. Kiranya cikgu yang sebelum ini ajar diorang ada la ajar dalam 1 bulan lebih ,lepas tu aku take over sebab aku opsyen Matematik dan cikgu tu bukan. Aku pun tak berapa perasan bila diorang dah start boleh terima aku. Lagipun,  masa minggu awal2 mengajar aku memang tak berapa pandai nak manage,sebab tak biasa lagi. Mungkin, lepas aku dah mengajar dengan lebih tersusun dan kenal nama-nama budak tu.

So sekarangggg...

You are the follower,I'm the king!

haa.ingat senang2 je budak nak ikut cakap kau.
Lagi2 cikgu baru ini sebab aku pernah mengadu dekat cikgu senior dia kata budak2 memang macam tu sebab dia tahu kita ni cikgu baru. Garang dengan diorang. Jangan bagi muka.
ok.ini kes untuk kelas hujung-hujung.

Untuk kelas tengah dan belakang, masih boleh dikawal, dan masalah nya hanya dalam 3,4 orang pelajar yang tak minat nak belajar Matematik..tak nak salin nota dan tidur.Selain itu, ada yang (ramai) suka sangat bercakap. Dan satu lagi masalah diorang ini selalu tak siap kerja rumah, memang saja nak tunggu cikgu dia jadi rimauuu.rawrrrr



Kelas tingkatan 4, 3 yang terakhir.
Teknik berlembut, garang,puji semua aku da apply. Pernah garang dan macam tak berkesan je.Berkesan pun sementara je let say aku tiba2 marah dengan suara yang kuat.Semua pelajar akan tiba-tiba diam. Padahal aku rasa nak menangis dah masa tu sebab geram dan dah tak boleh tahan dengan perangai diorang. Masa awal-awal dulu ingat lagi ada yang baling kertas kat depan waktu aku tulis nota kat papan putih(cikgu mana nampak siapa yang baling,tahu-tahu ada sampah kertas kat depan). Bukan sekali taw ada lah dalam 3 kali. Dan ada juga waktu yang aku dah berani mencubit pelajar.Maklumlah kita cakap tak dengar so cubit je lah.Nak rotan, cikgu biasa tak boleh rotan. Bila cerita kat mak, mak cakap jangan cubit bahaya sebab ada kes pelajar tuduh cikgu cubit sampai luka.ha.insap.memang tak cubit.eh kekadang ter juga.haha.


Teknik berlembut ni lebih pada puji lah, aku datang kat pelajar yang troublemaker(hehe) tu puji dia. Kadang2 tu jadi, kadang2 tu tengok muka dia je dah annoying so terbantut nak puji.
Dan sekarang ini, aku rasa pelajar perempuan dah insaf sikit diorang dah menunjukkan perubahan yang positif. Yang lelaki adalah beberapa orang tetapi masih ramai yang culassssssss. Baru-baru ini pun ada 4 pelajar lelaki yang buat hal dengan ponteng kelas aku sebanyak tiga kali. Dan diorang dah pun kena tindakan. Tak tahu lah kenapa tak nak masuk kelas aku, padahal aku bukan garang macam cikgu lain.ke sebab tak garang diorang berani buat camtu..hemmm.



Jadi hari ini, baru diorang masuk kelas, aku memang tak tanya apa2 pun dan hanya minta diorang keluarkan buku dan salin latihan. Daripada 4 orang tu seorang je yang keluarkan. Masalahnya, diorang ni buat bising,bergendang dan menyanyi. Memang annoying gilaaa rasa macam lagi bagus diorang ini tak ada dalam kelas.opsss.aku cakap kat diorang hormati kawan-kawan kamu mereka nak belajar,hormati orang lain supaya orang akan hormati kamu. Dia buat tak tahu jekk..ha last2 aku cakap apa yang kamu buat sekarang,kamu tak hormat orang lain, satu hari di masa hadapan aku mengalaminya ,percayalah.ha..kan dah ugut.penat taw cakap. hem.malangnya tak ada kesan lak kat diorang. Jadi buat masa ini, aku memang jauhkan budak2 yang lain dengan diorang berempat ni..kalau budak 4 orang ni datang duduk dekat dengan budak lain aku minta dia pergi duduk tempat dia semula.Sebab aku tahu tujuan dia bukan nak belajar pun dengan tak ada bukunya. Jadi aku nak selamatkan yang lain daripada tersebar anasir-anasir yang negatif..hahaaaaaaaaaaaaa.

woahhh.panjang pula cerita kelas tingkatan 4, 3 yang terakhir ni.hehe.seribu satu emosi untuk tempoh tiga bulan.kalau setahun agak2nya macam mana..hemmm


Saturday, April 4, 2015

Diari Cikgu 2

-a long weekend-
cuti 4 hari.

Pencerapan.

Untuk kali ke2 aku telah dicerap.Alhamdulillah semua berjalan lancar.The students behave well.Im so happy.Thank you Allah.Cuma tak happy dengan markah nya. Rasa macam aku dah buat yang terbaik.Dia siap tanya ok tak,puas hati tak markah?aku jawab..tu je ke..lepas tu die cakap dengan tersengih-sengih..tak puas hati ke?tak apa?saya boleh suruh ketua bidang observe lagi.(hoii.dalam hati je mampu jerit)hemm.okela.tak apa lah tak nak la kena cerap lagi.hehe.So,dah rasa tenang.alhamdulillah.Padahal dia cakap nak masuk kelas hujung nak tengok aku mengajar macam mana.Aku hanya mampu jawab ye..masuklahh..silakannnnn.with pleasure(padahal dalam hati..ahh..tak payah lah nak observe lagi).hiii.itulah ketua panitia ku yang sangat komited dan berdedikasi.

NAK GRAD PLEASE !!!!

Esok nak wassap SV sambil merayu..dr.saya nak grad please..tolong saya dr.!
hehe.penangan lepas tengok kawan2 dapat surat invitation konvo.

PDP PROGRESS

Tiap kali tulis bab3 set kat papan putih,budak2 punya respon ' cikgu, banyak nye bab3 ni bila kita nak habis' haha.korang ingat korang je bosan.cikgu pun bosan.lambat sebab korang lah bukan sebab cikgu.Tiap2 kali jumpa nombor perdana tiap2 kali tu cikgu kena terangkan.bukan setakat nombor perdana,nombor genap,nombor ganjil semua adik beradik nombor lah.padahal belajarnya bab set.Tak kisah pun nak terangkan,tetapi tak melekat dalam otak tu yang geram.hewhew

Form5 dah masuk bab3 penjelmaan,pening fikir nak ajar macam mana. Kalau bagi kertas latihan cepat pula diorang siap nanti dah siap bercakap.Kalau suruh salin pula lambat salinnya..dilema cikgu dibuatnya.Pelajar yang tak nak belajar, dah 2,3 kali minta keluar buku tak nak keluar, so I just simply ignored them. Tak nak belajar is not okay but okay than dari tak hormat cikgu. So,kalau tak nak belajar just stay at ur place and dont disturb others!hehe.

Tuesday, March 3, 2015

Diari Cikgu 1

lega!

the only word that can be desribed now.
hei.lega sekejap je ni.Banyak lagi akan diobserve.

Sebenarnya minggu lepas aku diberitahu aku akan di-observe sebanyak 2 kali, satu untuk pencerapan dan satu lagi untuk program SISC+. Maka, tentulah hujung minggu ku berjalan dengan tidak aman. Nak tidur tapi tak boleh.. golek kiri kanan sambil fikir apa aktiviti best yang nak buat. Lepas itu fikir pula macam mana nak tackle hati pelajar kelas 4A2 dan 5A5. Dua-dua ini adalah kelas yang agak hujung dan mereka ini tidak ada semangat nak belajar. Tiap kali aku masuk je kelas diorang ni, aku mesti macam terus blur tak tahu nak ajar apa sebab tengok budak-budak yang tak get ready pun nak belajar. Biasa , lama juga lah start kelas tu.,Nak bagi diorang senyap dan keadaan kelas terkawal akan ambil masa. Apabila da senyap tu, Ya Allah bersyukur sangat rasa. Tapi ye la budak2 kelas belakang ni, diorang punya masa untuk fokus tak lama.Kejap je senyap lepas tu buat bising balik.okay,stop cerita yang tu cerita pasal yang observe pula.

Nak dijadikan cerita yang cerap tu tiba-tiba guru Panitia Matematik bagitahu dia nak cerap lepas cuti. Betapa bersyukurnya aku masa tu sebab memang tak bersedia jiwa dan raga ini. Aku rasa sebenarnya dia lupa yang dia ada cakap nak cerap hari Isnin tapi tak apa lah aku tak nak ingatkan.hehe.

 Hari ini pula cikgu dari program SISC+ datang nak observe. Mula-mula tak lah risau sangat sebab cikgu ni bukan nak bagi markah, cuma nak bimbing guru je.Tetapi fikir-fikir balik, aku kena la buat yang terbaik kan,jadi aku pun rancanglah aktiviti. Itu pun last minute. Aktiviti ikut buku teks je tak memerah otak pun nak fikir.haha.cuma memerah otak untuk buat bahan aktiviti. Antara bahan yang diperlukan adalah tali yang berwarna dan ends up aku tak ada tali tu...fikir punya fikir aku guna kertas warna dan lipat jadi halus..Serabut taw fikir.Lepas tu ade kad nombor.ini pun pagi2 aku baru print dekat sekolah.dekat rumah tak ada printer.dalam satu jam sebelum kelas yang aku nak masuk tu lah, aku baru sediakan kad nombor tu.Lepas tu nak susun nombor pula dah serabut.Kenapa lah aku gunting tak ikut susunan, pening sudahh..ah.memang nak give up dah time tu. Sebab barang tak tersusun jadi macam mana nak bagi pelajar.haiihh..memang keje gile.nasib lah dalam kelas budak-budak ni boleh terima arahan dan ikut je apa yang aku cakap.Dan akhirnya, bolehlah dikatakann aktiviti itu berjaya. Walaubagaimanapun, aku boleh nampak banyak kekurangan kat situ.hehe.lepas ni kalau nak buat aktiviti memang kena rancang elok-elok. Cikgu tu pun cakap perkara yang sama tetapi dia ada puji la aku buat aktiviti berkumpulan. Katanya sepanjang die observe untuk tahun ni aku je cikgu yang buat aktiviti berkumpulan.huhu.happy i dengar.Padahal hipokrit je semua tu. Terhegeh-hegeh rancang aktiviti. Jadi lepas ni kena lebih rajin lah nampaknyaaa.huwaaa.

TOPIK:SUBSET (aktiviti inkuiri Matematik buku teks)

kad nombor yang dah bercmapur aduk :')

cuba jaya.boleh jadi bentuk bulat juga kertas ini

kad nombor boleh masuk dalam kertas warna.yayy!tetapi tak berapa praktikal sebab tak nampak sangat bentuk bulatnya :')
its ok la kan,at least i'm trying my best la kan.


Lepas kena observe tu, cikgu Wong (cikgu sisc+) ada bagi komen.Beliau bagi nasihat bab refleksi, aktiviti berkumpulan, set induksi dan teknik penyoalan. Best sangat. Rasa macam nak tanya macam-macam soalan kat dia. Maklumlah cikgu ni dah lama mengajar jadi idea die,,memang wowww.Lepas ini kena baiki aspek teknik penyoalan pula sambil-sambil tu ingat nama pelajar. Nama budak-budak ni susah nak sebut tu yang kadang-kadang aku malas nak ingat. Tapi sekarang kena mula ingat sikit-sikit nama lah nampaknya ;)


psst..perangai buat kerja last minute susah nak hilang.ideaa tak ada masalahnya.i need to change!

~ke arah guru yang cemerlang dan di hati pelajar~ :p