Thursday, February 9, 2017

episod 1: Butik Pengantin/Bridal di Melaka

 Bermulalah episod persediaan ke majlis walimatus urus aku bulan 8 nanti Insyaallah. Pada awalnya, aku fikir bulan 1 cuti tahun baru Cina tak nak balik Melaka, nak saving lah katakan dan masa tu pula agak mahal  tiket. Kemudian tiba-tiba satu malam tu dapat mesej mak cakap ayah check tiket sibu-jb, jb-sibu murah dalam 300lebih. Fikir punya fikir konon nak settlekan sekali hal baju pengantin jadi ,daku pun membeli lah tiket tu. Rela tak rela je oii,fikir nak settle baju je ,sebab bulan 3 nanti balik lagi cuti sekolah pula.,bulan lama pun(tapi sebenarnye lamaaaa.sobs.hehe)

Before nak balik tu, aku dah siap lah usha instagram, fb, blog pasal butik kat Melaka. Tapi tak berapa banyak lah, jadi aku combine semua maklumat yang aku dapat baru lah banyak maklumat nye hehe.
Dan aku berjaya merajinkan diri untuk survey sebanyak 9 butik haa.banyak tak.Aku ada seorag member ni masa dia kahwin dia cakap dia survey 10 butik hehe.Jadi dia menang lah.hehe.
Okay kalau korang jenis tak kisah, korang aim je kat butik yang korang nak tu. Yang aku, sebab konsep nye nak survey jadi mesti lah banyak butik pengantin yang aku pergi. Survey ni pun bagus sebab kekadang ada butik tu tak ada pun warna yang kau minat ataupun design kesukaan ikut size badan kau. Memang butik boleh otter baju tetapi dia akan suggest kat kita lah baju mana yang lebih kurang dengan size badan kita. Macam aku size badan yang kecil diorang mostly suggest baju two pieces sebab diorang senang nak otter, Kalau one piece diorang tak boleh otter dah la dan takkan la nak pakai heel sampai 6 inci kot gara-gara baju yang labuh je hehe. Lagipun, kalau diorang otter terlebih takut nampak macam baju pinjam pula hehe.

Okay ..oleh kerana kefemesan social network sekarang, kebanyakan butik ada page sendiri dan ada letak no.whatsapp diorang. Sebelum pergi survey tu aku ada whatsapp beberapa butik tanya harga pakej, ada yang reply cepat, ada reply lambat dan ada yang reply cakap nak bagi harga tapi tak bagi-bagi harga(nii..jasamoure concept,tanya butik kat mana nak datang pun xreply).
Senang juga dah whatsapp dah tahu harga pakej, jadi bolehla aim tak payah pergi butik yang tertentu sebab harga pakej dia diluar bajet.Tapi ada gak butik yang aku whatsapp tak tanya harga, sekali datang butik.pehh..hargaa..tapi baju dia cantik!haha.

Aku survey butik pengantin ni 2 hari. Dua hari dari tengahari hingga petang.Nasib ada bonda tercinta menemani,Entunang ade je nak teman,aku tak ajak pun,buat apa.kang tengok baju dengan dia, aku gak kena decide, so baik aku pilih awal2 nanti je bawa dia datang.hehe

okay ni butik-butik yang aku dapat maklumat,ada yang aku pergi, ada yang tak..

1. Butik Pengantin NURUL (yang ni home-based,ada fb)
alamat : 586n, lorong utama 16,
              Air Keroh Heights,75450 Melaka
             0164107087
*susah nak cari rumah dia,rupa2nya lorong belakang masjid je..cess.
*akak ni baik,mesej cepat je dia reply
*harga pakej pun okay bwh 2k

2.Ezanabil Bridal
alamat:whatsapp awal2 minta share location sbb kedai dia jauh ke dalam,sesat haritu..huh
  0176814788
*baju cantik2 gak, famous gak butik ni
*harga pakej tak ingat sebab takda mood masa ni susah sangat cari butik dia

3. Merylinn Home Concept
No.37-1 ,Jln mp3,tmn merdeka permai(sebaris big bowl ice)
019-7743505
*tak sempat pergi butik akak ni
*mesej je sebab dia reply

4.Bridal Leeya
No.7,Jln BS1,Tmn Bertam Setia,
76450 Melaka
019-4768787
*tak sempat pergi yang ini

5.Winwin touch
No.62e Jln Permai 6, Tn Perkota
Bukit Sebukor Melaka
012-4117564
*tak pergi sebab pakej luar bajet 

6.Butik Harryshaari
Kota Fesyen Mitc (dekat dengan Bank islam)
017-77221213
*business husband and wife
*akak ni baik, cepat reply mesej.Mula2 plan nak ambil dengan dia, tapi dapat offer baik lagi hehe

7.Sayang Creation
Kota Fesyen Mitc (atas PISB)
Pakmus(011-11389436)
*butik ni tak boleh cuba baju,kena bayar booking dulu baru cuba.huhu.adoaii.Butik lain semua dia bagi je cuba baju
*boleh tahan cantik gak baju butik ni, banyak pilihan,
*harga pakej 2k

8. Shidi Rahmat Enterprise
Kota Fesyen Mitc (dekat dengan bank Islam)
012-2247005/012 620 4323
*harga pakej 2k ++ sikit
*baju kat sini tak ada taste daku hehe

9.Fawziah Wedding Planner
No.8,Jln Am 2, Tmn Alai Murni, 75460 Melaka
013-6005017
*harga pakej bawah 2k,murah.pakej campur bertandang pun murah
*baju design baru tak banyak kena pandai pilih,tapi banyak baju hehe

10. Astella Bridal 
Sg Petai, Alor Gajah
Zack 0176485408
*harga pakej 2k
*baju banyak pilihan,cantik2 gak design

11. Bridal Iwanna Andaman
A2, Bazar Pantai Peringgit, Bandar Bukit Baru Seksyen v, melaka
kak Ana(0192605135/0126205136)
*harga pakej starting 1.5 k.murah..
*tak sempat pergi

12. Bridal Sharima
017-3143879

13.Alyza make up & wedding
0172457729
No 66-1, Jln PE1, Tmn Paya Emas, 76450 Melaka.

14.Modecreative
Kat duyong(deret klinik 1 Malaysia)
012-6884444
*baju cantik aihh,banyak design yang i loikee
*tapi harga pakej over bajet huhuhu.

15. Zamrimatouch melaka, lumiereconcept, gee cantek
*kat ig pergi cari sendiri,butik ni jauh dengan rumah, malas nak pergi,lagi satu harga pakej luar bajet haha

16.Jasamoure 
*cari kat ig,butik ni mungkin famous.Sebab reply mesej lambat dan tak share location butik pun bile orang tanya.Tak best.hahaaa!

*Masa first day dah survey 4 butik,lepas tu ada ambil gambar baju dan try,share dekat member lepastu diorang cakap tak cantik survey lg.haha.kau rasa..penat gila kot.

okayyy.sekian.Penat menaip.Sila buat appointment siap2 untuk survey jangan terjah je nanti butik tutup huhu. 

bai.

Monday, January 16, 2017

Pengalaman beli rumah baru(undercon) 2

Book rumah bulan 9,sampai sekarang belum settle lagi loan disebabkan ccris yang tak cun iaitu hutang ptptn huhu.Hujung tahun lepas start cuti semangat pergi utc, sekali dapat tahu dah closed pulak untuk bayar tunggakan, kena tunggu dalam 2 minggu lagi. Jadi dalam tengah bulan juga baru aku sempat settlekan tunggakan. Tunggakan tu aku bayar half je jadi aku buat tambahan untuk bayar bulanan tetapi masih settlekan dalam tempoh masa yang sama.

Selesai ptptn tu bermula lah kerja email surat dah bayar tunggakan ptptn kat orang bank. Aku email je sebab malas kan nak pergi bank jauh, lepas tu aku pun tak ingat apa yang aku sibuk sangat time tu. Lepas tu tup2 dah nak kena balik Sarawak. Masa kat Sarawak ni , orang bank call pernah jumpa akak pegawai bank ni,,kat mana,,bla.bla..masa tu akak bank tu plan ngan aku cakap tarikh sekian2 ni sebab memang tak jumpe kan... Tak boleh sebenarnya buat macam ni tapi akak tu bagi can la sebab aku kerja jauh kan. Tapi sebenarnya silap sangat ,sepatutnya aku pergi bank dengar explanation diorang betul2. Sampaikan akak bsn tu rupa2ya dia apply loan konvensional untuk aku. Aku mana lah tahu sebab masa dia minta dokumen semua aku kat Sarawak , aku just isi borang maklumat dan scan. Tapi seingat aku , aku cam isi borang yang pembiayaan Islamik. So, bsn first bank yang bagi lulus. rate dia 5.05% agak tinggi.

Akak bsn tu call cakap ramai yang beli rumah kat tempat aku beli tu ambil konvensional gak lepas tu macam2 lah di cakap yang konvensional ni tetap tak susah nanti nak bayar..last sekali dia cakap , tapi terpulanglah kat aku nak ambil mana dia xboleh paksa, pehh.aku bila dengar kat phone cam ape ea.tak berapa faham. Sebenarnya aku dah pernah google tapi tak xberapa ingat. So lepas tu aku google pasal beza loan islamik dengan konvensional.

Lepas dah baca2 barulah faham sikit tapi tak berapa retila nak menerangkan hehe.
Then aku bagitahu ayah aku..ayah cakap kan ada islamik kenapa nak amik konvensional pulak.Ok tu cerita bsn stop dulu. Lepas beberapa hari dapat mesej lulus loan bank islamik. Rate 4.55 ,bolehlah..tapi masa tu aku cam tak faham gak sebab ada insuran MRTT. Sekali lagi pergi lah menggali MRTT , takaful bagai .haa.Lepas tu aku konfiden tanya akak bank Islam tu boleh tak saya tak ambil takaful tu.Akak bank islam tu cakap tak boleh memang kena ambil. Aku pun oh ohhh je la.Tak puas hati baca2 lagi, baca lagi loan islamik bank islamik memang include mrtt sekali .ceitt.Nampak tak baca borang pun tak habis. Lepas tu tengok offer letter bsn pun ada masuk MRTT sekali..huhu..k.ilmu tak cukup..adoi..

Yang serabutnya lagi kan,akak2 bank ni rupa2nya dia apply untuk tempoh 35 tahun yang mana dilarang sekeras2nya oleh ayahanda dan bondaku sebab lama sangat loan.huhu. Haritu masa nak proses loan tak ada pula diorang tanya aku nak berapa tahun ke aku yang patut bagitu.seriuss noob betul la. Mula-mula aku deal gak dengan ayah untuk 30 tahun sebab kalau 25tahun monthly agak banyak, tapi ayah aku tetap cakap 25.sobsob.Ayah aku jarang tak setuju dengan aku so kalau dia dah cakap no tu aku pun selidik betul2 lah. Aku calculate gaji in future tolak komitmen semua dapat survive tak.hehe.Alhamdulillah survive..kalau dapat pindah Melaka lah.aminn.hehe

Jadinya aku mintak akak2 bank tu untuk tukar kepada 25 tahun. Yang bsn tu aku apply balik untuk loan islamik. Harap2 dapat keputusan yang okey, rate rendah dan dapat dalam minggu ni..sebab nak settlekan balik cuti raya cina nanti.amin.aminnn.

next update harap dapat share loan yang dah berjaya with low interest.amiinn..huhu

Saturday, October 29, 2016

Pengalaman beli rumah baru 1

...
  Perasaan terjebak nak beli rumah ni muncul bila tengok post2 viral kt FB tu. Sebenarnya daripada  tahun lepas  dah usha-usha rumah subsale..tetapi waktu tu ada komitmen yuran belajar master dan tahun pertama bekerja lagipun, nafsu shopping tu serakah sikit. Asal bukak instagram nampak cantik , ada sale laju je whatsapp seller tu. Adoii, nasib lah sekarang dah insaf sikit.hihi. Jadi haritu lepas habis settle hutang yuran master, aku pun da start planning sambil berkira-kira berapa yang aku dapat kumpul semaksimum mungkin dalam satu tahun. Dapat tak lepas deposit rumah. Kira punya kira, lepas tu kira2 kalau dapat keluar kauan kwsp2 macam tak lepas gak ni kalau nak beli rumah dalam masa setahun. 
Kenapa nak beli rumah cepat2?? sebab harga rumah makin mahal ok. mostly atas 200k , rasanya akan datang demand akan tinggi pada rumah subsale je la sebab boleh lagi bawah 200k. Memang aku dah survey harga rumah baru memang kebanyakan 200k. Ni antara reason yang aku cerita kat mak aku la,pastu mak aku balas balik ' aik, tak nak kawin ke sibuk nak beli rumah ni haha' .Ok nak jadi kan cerita rupa2nya ayah pun macam interested dengan cadangan aku ni. Actually, aku planning ni untuk rumah family yang ke dua. Dalam masa yang sama, aku memang ada whatsapp dengan akk REN tu. Macam-macam gak yang aku tanya, newbie kan.
Untuk projek kesang idaman yang aku minat ni, tak perlu bayar deposit just bayar booking 1k saja. 
Kemudian proceed loan. Tapi langit tak selalunya cerah, tiba-tiba akak banker tu mesej cakap aku ada tunggakan ptptn.OMGGG. Hampir 4k tau. Aku tanya member aku dia cakap dia ada dapat surat, rupa-rupanya aku yang tak pernah dapat. Yang gedik nye aku tak check pun ccris, sebab confident lah aku tak de hutang apa-apa. Dah taw ada hutang baru aku check ccris, terbalik pula da proses aku. Kisahnya sekarang aku nak mintak tangguh untuk loan tu, tunggu sampai aku balik Melaka dulu, baru settle. Harapnya lepas lah loan weiii, amiinnnn

p/s kalau otai2 hartanah baca ni mesti tak setuju cara aku ni.rushing bagai nak beli rumah dah kenapa kan.tapi tu memang style aku.aku pilih projek perumahan ni sebab no deposit, boleh secured rumah dan aku ada masa nak belajar menyimpan. Sebab berdasarkan pengalaman dah bekerja ni kan, bila dah menyimpan duit ni, ada saja keperluan penting nak kene cover, so biarlah awal2 tu dah start membayar rumah.