Tuesday, April 10, 2012

latihan mengajar 3

hari yang kelamkabut

Alhamdulillah,Allah lindungi saya lagi.Syukur Ya Allah. Tadi hampir-hampir je kereta, lim n me...nak dilanggar lori.Puncanya tak tengok depan heboh sangat nak masuk ke tepi,last2 amek kau dengar bunyi hon and then tengok cermin kanan nampak lori sipi je lagi.apalagi press minyak ahh :'| mengucap banyak-banyak after tu.Ni lah nasib bila dah tahu diri ni tak pro drive tapi tak berhati-hati ;"| pengajaran sungguh

Oh ye,lame sungguh tak hupdate kat sini,berangan nak tulis kisah-kisah sepanjang lm kat sini la kan,tapi lesson plan pun merangkak-rangkak nak buat so nak blogging memang mimpilah kan...:'|
Tadi kat sekolah boleh pulak lupa nak masuk kelas 2RKB,siap boleh potong-potong kertas,then tetibe Cg.Wahid tegur," eh,awak tak masuk kelas ke..waktu ke3 kan sekarang".Aku pun start gelabah,"eh.ye ke cekgu,saya salah tengok jadual la ni*cover2*"kelamkabut amek buku teks form2,buku rancangan mengajar,marker merah dan hitam letak dalam handbag.Masa tinggal 10minit lagi.aihhh.Masuk je kelas kelamkabut ajar.see..again kelamkabut.Ada student cakap cekgu takpe slow-slow takpayah cepat-cepat ajar.Aku cakap kat diorang sorrylah,saya ada masalah sikit time table..hahh.cover2 lagi.*sigh*Ni semua sebab aku duk pikir nak masuk kelas 4wawasan lah.Tadi 4Wawasan pun aku hampir lupa masa kelas tu,ingatkan waktu 8 dan 9,sekali Kak Dewi cakap,"eh,waktu kelas kan sekarang".Aku cepat-cepat tengok jadual and realize memang waktu kelas tu sekarang.see.aku jadi pelupa hari ini.Baru nak get ready important note,rupa-rupanya dah time..lenjan je la kan..Alhamdulillah ok..sebab subtopik senang kot.Ni,lecturer nak datang dalam 2,3 hari ni so memang kena well-prepared la ;) 

Saturday, March 24, 2012

Keliru untuk menggunakan BBM apa

AS -SALAM

Hari Isnin depan hari pertama saya mula mengajar,konfius memikirkan nak mengajar macam mana nanti.Berkepit dengan buku dah lebih 12 jam tapi baru dapat tulis 5 baris ayat dalam lesson plan.BBM lagi lah buat saya konfius,pening, sebab langsung tak de idea nak guna apa.Cikgu tu pula cakap dia nak kejar chapter nak cepat2 habiskan chapter tuh,so tak boleh ajar lama kene manage time betul-betul.Ini memang betul2 cabaran.Dulu lain,microteaching hanya dengan kawan sekelas,sekarang dah tiba masanya untuk ke real-situation.Masa untuk memerah otak sudah tiba....