Thursday, February 27, 2014

lalang

Aku tak nak jadi seperti lalang.Ikut je ke arah mana angin tiup. Aku mesti ikut hala tuju yang aku mahu sendiri. Hiraukan kata orang lain.





 Hari ini aku sekali lagi buat keputusan untuk tidak menukar mode kursus aku kepada research.Macam renjatan elektrik sahaja.err.aku pun tak tahu kenapa aku jadi macam itu.Puas fikir semalam. Aku fikir balik tujuan utama aku sambung master adalah nak gain more knowledge. Bukan untuk hadap llaptop 24 jam membaca jurnal walaupun sememangnya asssignmennt aku akan kena baca jurnal. Tapi itu memang lain lah dengan research. Untuk hal posting tu, insyaallah memang kena berdoa banyak. Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Lagipun aku terfikir kalau buat penyelidikan, aku akan bekerja berseorangan , ataupun berdua dengan laptop sahaja. Pastinya membosankan ditambahkan lagi dengan aku menetap di bilik single. Bezanya dengan kerja kursus, kau akan dapat kenal ramai kawan sebab kelas berbeza dan kumpulan untuk assignment pun orang yang berbeza. Jadi memang tak akan lonely lah. Lagi, kalau dengan kerja kursus ni aku boleh nampak lah apa yang aku akan belajar dan boleh dapat jangka habis belajar. Jadi, setelah melihat kepada pros and cons nya , maka aku fikir bahawa kerja kursus adalah yang terbaik untuk. Ahad ni kena jumpa dr. bagitahu tak jadi nak tukar .walaupun dah mesej, moga-moga dr. tak berkecil hati, ya Allah.

Wednesday, February 26, 2014

keputusan

Hari ini dengan ceara tiba-tiba (sangat tiba-tiba) bangun pagi, terus tak sabar nak mesej Dr. A. Ini semua gara-gara brainwash yang dilakukan oleh dua orang senior ( degree batch sama,tetapi mereka mula master awal lagi)  selama 2 sesi.peh.kencang habis.aku punya respon : la..macam tu ke..tak pernah tahu pun.'senior' aku tu duk punpangpunpang cakap yang ambil research ni lagi mudah.Pening kepala aku. Sudah la masa tu baru register, lambat pulak register, so aku dengar cerita kawan aku tu untuk buat halwa telinga gitu. Masa balik rumah cerita lah kat emak, emak cakap tuh lah kenapa tak tanya kawan. Aku senyap je.Untuk sesi brainwash kedua,'senior' aku ni betul2 beria, sebab nya ada seorang pensyarah tengah cari budak research dan beliau ada grant. Jadi 'senior' aku kata nanti dapatlah gaji. Saja je guna duit nak tarik perhatian!huu.Jadi pagi tadi, aku pun berjumpa dr.Memang tak tahu lah nak start macam mana, last2 jadi akhirnya proses penukaran dari mode taught course ke research. Penat fikir dan nak buat keputusan. Banyak faktor kena fikir terutamanya posting. Kalau hantar ke Sabah/Sarawak macam mana nak sambung kalau kena attend class????Sekarang ni bila dah buat keputusan nak ambil research, tiba-tiba tertanya mampu tak diri ini.sebab tengok pengalaman orang lain macam banyak yang sukar.Tadi waktu jumpa dr. pun dr. ade tanya. Masa tu yakin la cakap insyaallah boleh. Sekarang bila duk google tiba-tiba ragu2 tu datang.ya Allah..jauhkanlah dari keraguan itu. Ini pun kelas petang dengan esok tak masuk da sebab nak tukar research da. Waktu telefon mak, mak cakap ikut keputusan sendiri. Mak ok je dan ayah pun memang akan selalu sokong je apa punkeputusan keputusan yang aku buat. Jadi , keputusan nya memang kat tangan aku. Harap-harap nya dipermudahkan Ya Allah...ditunjukkan jalan yang benar lagi betul.

Sunday, February 23, 2014

Master ji?

#Assalammualaikum

Jika dikira secara kasar, 6 hari sudahla aku berada di UTM. Fikir punya fikir, mengenangkan posting yang tak kunjung tiba lalu aku pun tekad nak sambung belajar balik ( sekarang spp da mula panggil interview...!alhamdulillah ).It was such a hard decision to make.really hard.too many things to be considered. And of course lah money become the number One. Masa tarikh 18 Februari aku daftar tu pun dah kira lambat. Keputusan dibuat waktu saat-saaat akhir. Masa dua tiga hari ada kat utm macam tak percaya gak la rasanya, tapi sekarang dah boleh terima dah , dan lagipun keputusan tu aku yang buat sendiri kan.Mula-mula nak sambung tu cerita dekat mak je, mak jawab- suka hati, ikut lah keinginan diri tu. Lepas tu aku cakap, yuran dia mahal. Mak kata takpe, insyaallah ayah boleh bayar. Lepas cerita kat mak, hati still tak lega. Last-last cakap terus kat ayah nak sambung belaja bla, bla,,,,, ayah cakap ok je sebab tak tahu lagi kan posting bila dan tak de buat apa sekarang (masa ni baru berhenti kerja).Lepas tu ayah terus tanya yuran berapa..ayah cakap tak pe ayah boleh bayar.wuuu...terharu..aku cakap ok nanti aku sebab masa tu dah lambat daftar jadi tak pasti boleh daftar lagi ke tak dan aku pulak nak tukar mod kursus dari research ke taught course. Tanya member aku yang baru daftar dia pun macam tak sure. Jadi ayah suruh call tanya pakcik aku yang kerja kat pejabat fakulti aku. Dah dapat feedback dari pakcik aku dia suruh datang utm cepat2. Masa tu borang nak kena settle macam-macam.Medical check-up , ayah aku yang temankan. Lepas tu keesokan hari nak pergi utm pun, ayah yang hantar. Serabut dan leceh gak la bila daftar bukan pada masanya. Leceh sangat!!1 nasib lah ada pakcik aku dan semuanya berjalan dengan sangat lancar. Alhamdulillah.Masa nak balik tu siap lagi cakap dengan ayah aku ' takut'....ayah aku cakap 'nak takut apa'..wuu.hiba kot masa tu sebab dah lama duduk rumah. then da peluk cium, say goodbye..bermula lah kembali kehidupan saya sebagai pelajar.huhu. dan because of all these i need to score good pointer!and always praying for my parents.insyaallah:)