Monday, February 16, 2015

Ke Sarawak!

Perjalanan ke Sarawak.

Kami yang mendapat posting di Sabah dan Sarawak perlu bermalam di hotel Nouvelle dahulu sebelum menaiki flight pada keesokan harinya bagi mendengar segala taklimat.Makan dan minum semuanya disediakan dan kami seolah-olah pergi bercuti di situ :p

dengan roomate hotel.happy sangat muka dah kenapa kan
dalam dewan untuk dengar taklimat.masing buat jejak kasih kat sini
kami dan luggage kumpulan kami.beg besar2.gaya macam nak duduk lama kat sana pegawai cakap
beg besar gigihlah kena angkut

Untuk penerbangan ke Sarawak,, kami menaiki fliht mengikut kumpulan.Kumpulan aku kumpulan ke 4 kami gerak ke KLIA dalam pukul 830 am . Penempatan untuk daerah kami tahu sewaktu di balai menunggu untuk berlepas ke Kuching.Diorang dapat tahu dari group teleram. Ada kumpulan yang dah sampai sana dapat buku senarai nama. Terkejut masa tu tahu dapat Kapit. Terbayang naik bot..bot yang buruk..sedih la juga.

surat lantikan dapat masa kat hotel di Kuching


Sampai kat kuching kena bermalam kat hotel sebab keesokannya kena naik flight untuk ke sibu.Lepas tu baru ke kapit naik bot. Bot?ahh.beg dah lah bawak dua masa tu..macam mana la nak heret.fikir punya fikir decide tinggalkan satu beg lagi kat mak saudara. Sepanjang ke sibu memang berdebar lah..lepas tu sampai kat warf sibu.tengok sungai Rajan..dubdapdubdap dah.sambil doa2 semoga semua berjalan lancar.
bot ekspres
luas teramat sungai nya.jauh dari jangkaanku.
yang ni bot2 yang tiba
dengan ana.dia tengah risau masa ni tapi aku ajak juga selpie
bot siap ada aircond dan tv lcd.ok lah.cuma sempat seat dia T.T

Perjalanan dalam bot selama 3 jam amatlah bosan.Tidur bangun tengok tak sampai-sampai lagi.Tandas dia pula kecik teramat dengan tak ada sediakan air.Itulah kali pertama dan kali terkahir aku masuk nasib ada bawa botol air extra. Sampai kat warf kapit kami disambut oleh cikgu 2 senior,siap dah sediakan rumah sewa untuk kami dan bawa kami makan sekali.

cikgu2 senior tengah bahagi kereta apa yang kami naik

cerita hari pertama di sekolah sambung nanti;)

Friday, January 9, 2015

Masa Hadapan

Tiga hari yang lepas iaitu Januari keluar akhirnya result posting.
Sungguh un-sangka-rabble
Mula-mula check duk tanya mana result nya.tak ada pun
rupa2nya tak scroll
lepas tu bile scroll
huwaaaaa..
meleleh terus air mata
terkejut kot tengok Sarawak
terharu gembira dan sedih.mixed feeling betol.tetapi lebih kepada sedih sebenanya
haha
sebab..master lah..ada satu subjek kelas ni tinggal
dah la waktu tu exam susah betul nak fokus duk terpikir je macam mana la aku kat sana nanti
Pastu sensitif betul seharian tu bila org tanya dapat mana
rasa bertakung2 je air kat mata ni
haha
call mak pagi tu pun sambil kesedihan
mak pun cakap apasal jauh sangat
huhu
lepas tu dapat tahu ramai kawan gak dapat sana.so lega sikit
bukan aku seorang
keesokannya tu baru mesej supervisor untuk minta pendapat dia
Dia ada bagitahu kes yg ada pelajar berjaya tukar penempatan setelah buat rayuan.
Aku dah positif dah dengar cerita tu.
Then,try call kpm sebabnak tahu apa surat yang perlu
Malangnya pegawai tu bagi jawapan yang mengecewakan.
Dia cakap pilih salah satu nak master ke nak jadi cikgu.
penempatan tetap ,tak boleh pinda
speechless terus aku
tapi aku nak cuba juga buat rayuan atas nasihat2 yang dapat.
at least aku mencuba kan
Tanya pendapat pakcik aku yang cikgu dia cakap kena pergi posting ni..kalau tak nanti nak kerja apa..lama nak que kalau minta semula.
And nanti dia ni akan try minta tolong kawan dia kat kpm untuk bg surat rayuan aku..
hemmmm.bila aku sedih kan aku duk fikir balik bukan aku memang nak posting ke..
teringat masa check nama kat KPM by call..ada 2 nama je kelas kitorang..
sedih gila kot masa tu.
nangis2 atas tikar sejadah.hehe..
lepas tu sekarang pun nak sedih dah kenapa la kan..malunya kat DIA...
kan tu yang aku minta
cuba bersyukur...
Allah dah makbulkan tu.
Alhamdulillah.
Aku notice kan..sepanjang master ni doa2 aku dimakbulkan bila aku berserah dan mohon betul2 kat Allah setelah dah cuba..lepas tu minta dengan hati yang lapang.humm..tapi biasanya perkara ni berlaku secara natural,tak sedar pun.datang dari hati.Bila rasa mudah sangat buat sesuatu ok baru tahu alhamdulillah Allah makbulkan doa aku yg tadi tu,,
Memang tu pun kan cara nak doa dimakbulkan kan..
Jadi sekarang ni aku plan usaha je dulu buat rayuan
Kalau ada rezeki master alhamdulillah sangat..memang hadiah untuk mak dan ayah sebab mak dan ayah yang tanggung belajar..
Kalau tak ada rezeki, alhamdulillah juga rezeki mungkin ke arah lain.Dia lebih mengetahui,
Amiiin..

Friday, December 19, 2014

Separuh jiwa hilang

Study week dah bermula,kerja aku macam tu lah tak habis-habis. Stress dibuatnya.Lagi2 research ni. Aku ingat senang buat chapter 3 ni rupa-rupanya SUSAH. Hem,aku macam nak give up je. Hari ni dah la deadline kena hantar kat SV.Boleh tak aku tak nak tulis lagi, terus hantar je..pastu pasrah je la kena bebel dengan SV. Aku betul-betul tak faham,rasa mcam tonggang terbalik apa yang aku tulis kat chapter 3 tu. Buta-buat tetiba tercome across dengan benda baru..data mining..alahai apa tu..da search..baca ..tak faham pula...huwaa.i'm runninh out of time. Lagipun separuh jiwa aku da melayang bila tengok member2 semua balik rumah waktu study week ini. Tepu--tepuu tak tahu nak tulis apa dah kat chapter 3 tu.bai