Saturday, June 27, 2015

Diari Cikgu 5: Dah 5 bulan saya kat Kapit!

Assalamualaikum

Lama tak bebel kat blog sendiri.uhuuu
Tajuk nak bangga dah 5bulan.padahal tak tolak cuti sekolah lagi tu.hehe
Cepat betul masa berlalu, terasa macam semalam je baru sampai,tarik luggage naik bot.hemm..
Jadi kali ini first Ramadhan sambut jauh dari keluarga,tak lah begitu sedih sebab housemate saya adalah kakak2 yg terer memasak.hihi so hari2 makan sedap.tetapi jauh dari sudut hati tetapi ada kerinduan kat suasana di rumah. Selain masakan, waktu berbuka yang awal dan selesai solat terawih awal adalah sesuatu yang best.Berbuka masa hari pertama hari tu 6.38 petang, sekarang lewat sikit,6.45 lebih kurang. Solat pula,pukul9 da selesai sebab imam baca surah pendek je.hehe.Jadi kadang-kadang rasa macam tak ada alasan tak pergi solat terawih sebab rasa macam banyak je masa. Kalau kat rumah dan masa belajar dulu kekonon banyak kerja lah tu yang skip-skip pergi.Tapi seriously banyak sangat masa terluang kat sini,cuma nak rajin ke tak je buat kerja.Tadi lepas solat siap fikir, kalau 1 hari buat 2muka surat untuk betulkan bab3 research, ade lebih kurang 17 hari lagi sebelum balik puasa jadi boleh dapat dalam 34 muka surat untuk bab tu..haa..senang je kan.angan2 je la..da balik umah termenung ,pegang handset tengok2 da setengah jam berlalu.haiiiii.duniawiiii..

Sekarang ni memeang tengah speed up ajar budak2 sebab dah ketinggalan banyak silibus.so misi utama sekarang ni kejar silibus.hiiii

Wednesday, April 22, 2015

Diari Cikgu 4 : PLC 2

rph versi revise semula


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Masa : 9.45 am -10.25 am
Kelas : 4ST2
Tajuk : BAB 4 Penaakulan Matematik
Objektif Pembelajaran : Melaksanakan operasi yang melibatkan perkataan “tidak” atau  
                                         “bukan”, “dan” dan “atau” pada pernyataan.
Hasil Pembelajaran      :  Pelajar dapat menentukan kebenaran atau kepalsuan sesuatu                 
                                           pernyataan yang  merupakan gabungan dua pernyataan dengan    
                                           perkataan “dan”

Set Induksi: Guru bercerita mengenai mesin ‘polygraph’ yang digunakan untuk menentukan kebenaran kata-kata atau pengakuan seseorang. Di dalam Matematik juga, kebenaran dapat ditentukan dan pelajar akan pelajari pada hari ini.
Aktiviti:
1) Guru menerangkan konsep dengan memberi contoh ‘pelajar A memakai cermin mata dan pelajar B memakai cermin mata’.Guru bertanya adakah betul kedua-dua pelajar itu memakai cermin mata. Contoh yang kedua,  pelajar C dan D suka bersukan( yang sebenarnya pelajar D tidak suka bersukan), jadi guru bertanya adakah benar pernyataan guru itu.Jika salah, pelajar perlu memberi sebab.
2) Guru menulis jadual kebenaran di papan putih.
3) Guru membahagikan pelajar kepada dua kumpulan . Satu kumpulan akan membuat pernyataan palsu dan satu kumpulan lagi akan membuat pernyataan betul.
4) Guru menerangkan cara menentukan pernyataan yang baharu dibentuk sama ada benar atau palsu.
4) Guru memilih pernyataan dari beberapa orang pelajar dan meminta pelajar menyatakan kebenaran atau kepalsuan daripada gabungan dua pernyataan berikut.
5) Guru memberi soalan latihan.
Penutup: Guru bertanya pelajar apakah syarat-syarat yang menyebabkan gabungan pernyataan menjadi benar dan palsu. Guru membuat kesimpulan secara keseluruhan.
ABM : Buku teks.
Refleksi: *bilangan pelajar yang kuasai objektif * kekuatan pdp cikgu



Komen:
-          Buat aktiviti dulu, kalau ada masa buat latihan pengukuhan( bertulis di papan putih)
-          Belajar cara nak tackle pelajar
-          Refleksi jangan guna peratus,guna nombor kuantitif
-          Bertanya soalan pada pelajar yang pasif
-          Daripada jawapan, boleh bertanya lanjut lagi kepada pelajar

-          Teknik penyoalan, boleh guna induksi

Diari Cikgu 3

Assalamualaikum

Rasanya hampir lebih kurang 3bulan dah bergelar cikgu. Baru 3 bulan ini pun, perasaan dah macam-macam..tertanya-tanya betulkah aku ini sesuai jadi guru,kadang-kadang apabila stress rasa macam menyesal pula jadi cikgu ni.hah...macam gitu sekali mixed feeling dia. Nasib la kapit, Sarawak ini jauh,kalau tdekat,ada kemungkinan yang aku berhenti jadi cikgu dan teruskan master betul-betul.haha.Rupa-rupanya takdir Allah tu kan indah, Dia bagi aku posting jauh jadi sedar sikit lah diri itu,jangan asyik nak give up je,tak gitu?

Tahun lepas,dalam bulan 12 masa ada ura-ura cakap posting bulan 1, aku borak2 dengan kawan dan cakap kat dia macam tak ready nak mengajar. Sebabnya aku dah lama tak mengajar.Last mengajar pun waktu 2 tahun yang lalu masa praktikal. Masa tunggu nak konvo tu ada lah juga minta jadi cikgu ganti tapi tak ada rezeki jadi memang tak dapat lah peluang nak mengajar. Jadi masa mula-mula dapat posting tu masuk kelas ambil masa juga lah aku nak sesuaikan dengan semuanya. Dari aspek control pelajar dan pengajaran itu sendiri. Dengan mula-mulanya budak-budak susah juga nak terima aku sebab dia kata cara aku ajar lain dengan cikgu sebelum tu siap ada yang minta kat aku dia nak cikgu yang lama itu ajar. Tipulah tak sentap masa tu. Kita dah la baru lagi dapat pula perkataan2 yang negatif. Kiranya cikgu yang sebelum ini ajar diorang ada la ajar dalam 1 bulan lebih ,lepas tu aku take over sebab aku opsyen Matematik dan cikgu tu bukan. Aku pun tak berapa perasan bila diorang dah start boleh terima aku. Lagipun,  masa minggu awal2 mengajar aku memang tak berapa pandai nak manage,sebab tak biasa lagi. Mungkin, lepas aku dah mengajar dengan lebih tersusun dan kenal nama-nama budak tu.

So sekarangggg...

You are the follower,I'm the king!

haa.ingat senang2 je budak nak ikut cakap kau.
Lagi2 cikgu baru ini sebab aku pernah mengadu dekat cikgu senior dia kata budak2 memang macam tu sebab dia tahu kita ni cikgu baru. Garang dengan diorang. Jangan bagi muka.
ok.ini kes untuk kelas hujung-hujung.

Untuk kelas tengah dan belakang, masih boleh dikawal, dan masalah nya hanya dalam 3,4 orang pelajar yang tak minat nak belajar Matematik..tak nak salin nota dan tidur.Selain itu, ada yang (ramai) suka sangat bercakap. Dan satu lagi masalah diorang ini selalu tak siap kerja rumah, memang saja nak tunggu cikgu dia jadi rimauuu.rawrrrr



Kelas tingkatan 4, 3 yang terakhir.
Teknik berlembut, garang,puji semua aku da apply. Pernah garang dan macam tak berkesan je.Berkesan pun sementara je let say aku tiba2 marah dengan suara yang kuat.Semua pelajar akan tiba-tiba diam. Padahal aku rasa nak menangis dah masa tu sebab geram dan dah tak boleh tahan dengan perangai diorang. Masa awal-awal dulu ingat lagi ada yang baling kertas kat depan waktu aku tulis nota kat papan putih(cikgu mana nampak siapa yang baling,tahu-tahu ada sampah kertas kat depan). Bukan sekali taw ada lah dalam 3 kali. Dan ada juga waktu yang aku dah berani mencubit pelajar.Maklumlah kita cakap tak dengar so cubit je lah.Nak rotan, cikgu biasa tak boleh rotan. Bila cerita kat mak, mak cakap jangan cubit bahaya sebab ada kes pelajar tuduh cikgu cubit sampai luka.ha.insap.memang tak cubit.eh kekadang ter juga.haha.


Teknik berlembut ni lebih pada puji lah, aku datang kat pelajar yang troublemaker(hehe) tu puji dia. Kadang2 tu jadi, kadang2 tu tengok muka dia je dah annoying so terbantut nak puji.
Dan sekarang ini, aku rasa pelajar perempuan dah insaf sikit diorang dah menunjukkan perubahan yang positif. Yang lelaki adalah beberapa orang tetapi masih ramai yang culassssssss. Baru-baru ini pun ada 4 pelajar lelaki yang buat hal dengan ponteng kelas aku sebanyak tiga kali. Dan diorang dah pun kena tindakan. Tak tahu lah kenapa tak nak masuk kelas aku, padahal aku bukan garang macam cikgu lain.ke sebab tak garang diorang berani buat camtu..hemmm.



Jadi hari ini, baru diorang masuk kelas, aku memang tak tanya apa2 pun dan hanya minta diorang keluarkan buku dan salin latihan. Daripada 4 orang tu seorang je yang keluarkan. Masalahnya, diorang ni buat bising,bergendang dan menyanyi. Memang annoying gilaaa rasa macam lagi bagus diorang ini tak ada dalam kelas.opsss.aku cakap kat diorang hormati kawan-kawan kamu mereka nak belajar,hormati orang lain supaya orang akan hormati kamu. Dia buat tak tahu jekk..ha last2 aku cakap apa yang kamu buat sekarang,kamu tak hormat orang lain, satu hari di masa hadapan aku mengalaminya ,percayalah.ha..kan dah ugut.penat taw cakap. hem.malangnya tak ada kesan lak kat diorang. Jadi buat masa ini, aku memang jauhkan budak2 yang lain dengan diorang berempat ni..kalau budak 4 orang ni datang duduk dekat dengan budak lain aku minta dia pergi duduk tempat dia semula.Sebab aku tahu tujuan dia bukan nak belajar pun dengan tak ada bukunya. Jadi aku nak selamatkan yang lain daripada tersebar anasir-anasir yang negatif..hahaaaaaaaaaaaaa.

woahhh.panjang pula cerita kelas tingkatan 4, 3 yang terakhir ni.hehe.seribu satu emosi untuk tempoh tiga bulan.kalau setahun agak2nya macam mana..hemmm