bile lama dah tak buat essay,cenggini le rupenye:'|
att: cerite mungkin telah ditokok tambah untuk memudahkan writer
mengarang.eceeeh
att: cerite mungkin telah ditokok tambah untuk memudahkan writer
mengarang.eceeeh
kelas relief tingkatan 4
Pelajar2 sedang tekun menyiapkan lukisan PSV hingga ke titis peluh mereka yang terakhir.Masa berlalu,hampir semua pelajar sudah menyerahkan kertas lukisan kepada guru praktikal yang comel itu. Oleh kerana sudah menyiapkan lukisan,pelajar-pelajar mula berjalan ke tempat rakan mereka.Pelajar-pelajar perempuan bergosip sakan bercerita mengenai cikgu praktikal tersebut.Walhal suara mereka yang lunak dan lantang itu sangat didengari oleh cikgu tersebut.Cikgu tersebut mengabaikan sahaja pura-pura tidak mendengar dan berlagak serius menanda kertas peperiksaan Matematik kelas 2RKB.Seorang pelajar lelaki cina tiba-tiba menyapa cikgu praktikal tersebut ," cikgu,kamu tanda kertas apa?".Cikgu praktikal tersebut menjawab dengan rasa gembira kerana pelajar cina telah menegur beliau,"saya tanda kertas adik-adik awak ni,tingkatan 2".Pelajar cina atau abang hensem menurut panggilan kawan-kawan sekelasnya berkata semula," cikgu, saya nak tolong kamu boleh".
Cikgu praktikal tersebut menjawab,"takpelah.terima kasih sebab nak tolong saya ,tinggal sikit sahaja lagi nak habis tanda".Abang hensem tersengih.Dia kemudiannya meminta izin ingin keluar kelas.Cikgu praktikal tersebut mengizinkan,namun di sudut hatinya dia tahu abang hensem sebenarnya mahu ke kelas sebelah untuk lepak bersama rakan-rakannya.Cikgu praktikal tersebut mula pening apabila ramai pelajar memberi alaasan untuk ke tandas walhal sebenarnya mereka ingin keluar dari ke kelas dan duduk di tempat lain.Ada la dalam 10minit cikgu praktikal itu terpaksa mundar mandir di pintu kelas 4 cemerlang dengan gaya ala-ala pak guard memastikan semua pelajar tidak keluar masuk ke kelas sesuka hati.5 minit kemudian,cikgu praktikal tersebut duduk dalam keadaan tenang dan berada-berada betul2 di bawah kipas.Walaupun angin tidaklah sepoi-sepoi bahasa, tetapi hembusan angin itu mampu memberi guru praktikal itu satu spirit untuk mengekalkan emosi yang baik.Pelajar-pelajar 4 cemerlang pun sudah duduk di tempat masing-masing.Mungkin dah menemui ketenangan sepanjang berada di luar kelas 15 minit yang lepas.Beberapa orang pelajar perempuan mula berkerumun di meja guru praktikal tersebut.Satu suara halus melontarkan pertanyaan,"cikgu.cikgu ada boyfriend tak ?".Guru praktikal tersebut tersenyum memikir sejuta kali(auta) apakah jawapan yang wajar diberikan kepada pelajar perempuan yang manis itu.Jika dikatakan tiada,nanti dia cakap aku tak laku..jika dikatakan ada...err.aku pulak yang menipu.err.getus hati kecil cikgu praktikal itu.
Lalu cikgu praktikal itu menjawab dengan sejujur dan setulus hatinya,"tak ade".Pelajar tersebut dan beberapa pelajar lain mula bersuara,"cikgu.cikgu tipulah","cikgu tak kan takde.","cikgu,cikgu kan cantik mesti ramai punya boyfriend kat facebook".Cikgu praktikal tersebut tergelak kecil mahu gelak kuat-kuat takut dikatakan tidak sopan,"hehe.apenye.takdepun".Berbunga-bunga hati cikgu praktikal tersebut apabila dipuji cantik walaupun dipuji olah gadis berusia 16tahun.haha,terima kasih,perkataan itu hanya terungkap di dalam lubuk hati guru praktikal tersebut.Pelajar perempuan yang awal-awal bertanya tadi masih lagi tidak berpuas hati dengan jawapan cikgu praktikal tersebut dan berkata,"ala cikgu,saya tengok ramai student nak ngorat cekgu,hah tu..tu.. "Sekumpulan pelajar lelaki lalu di luar kelas 4 cemerlang sambil tersengih-sengih,tidak kurang ada yang tersenyum bagai menyatakan dia adalah lelaki kacak, dan paling yang tidak digemari oleh cikgu tersebut apabila ada pelajar membuat bunyi seperti mahu menyedut siput sedut keluar dari cengkerangnya.Sungguh annoying dan tidak sopan bagi pendapat cikgu praktikal tersebut.Cara mengorat itu seharusnya deperbaiki dengan memberi coklat atau roses,getus hati cikgu praktikal tersebut. Berbalik kepada soalan pelajar perempuan tadi,cikgu praktikal tersebut hanya tersenyum.
Pelajar perempuan yang berdiri di sebelah Abang hensem pula berkata,"cikgu,abang hensem ni pun nak ngorat cikgu".Abang hensem buat muka blur mungkin tidak faham bahasa pertuturan atau mungkin juga tanda menafikan kata-kata rakannya.Pelajar-pelajar mula gelak apabila melihat reaksi abang hensem.Kemudian,ada yang bersuara menyatakan,"haaha.korang baju sekolah pun mak ayah belikan ni nak jadi boyfriend cikgu.hahaha.apa lah.".Cikgu praktikal tersebut gelak kecil sambil mengangguk tanda setuju dengan kata-kata pelajar tersebut.Perbincangan masih belum selesai rupa-rupanya,tiba-tiba pelajar perempuan yang berdiri di belakang sekali berkata,"cikgu,saya ada abang ,cikgu kahwin dengan abang saya lah"."errr..",cikgu praktikal itu memberi respon."Wey,abang ko tak hensem tak payahlah kenal dengan cikgu.", pelajar perempuan di sebelahnya berkata.Seisi kelas ketawa berdekah-dekah termasuklah cikgu praktikal tersebut."Kringgg",bunyi loceng yang akhirnya menenggelamkan ketawa dan disertai dengan "terima kasih,cikgu" menandakan sesi persekolahan telah tamat.Cikgu praktikal tersebut tersenyum malah lebih lebar senyumannya dalam hati dan tanpa disedari hari-hari yang dihitung sudah sedikit bilangannya.
No comments:
Post a Comment